Shift Twitter | downgila

Thursday, June 30, 2011

Shift Twitter

Gua rasa sejak kebelakangan ni 'instinct' gua makin power la. Gua dapat rasa yang twitter gua macam ada shift pulak. Bila siang, penuh muka certain certain akak je, diorang baru masuk office, sebelum start kerja tweet dulu. Lepas tu bila tengah hari, kanak kanak baru balik sekolah pulak start tweet tweet, mesti diorang balik terus berlari depan komputer dan tweet. Read More

"Hari ni i tak dapat apew2 langsung dekat skool. Tapi tadi time makan adew abang misai ushar ushar kitew. geli..euww" 

Gua lagi geli baca tweet lu. Persetan betol (Pendekar Laut punya style mencarut) 

Lepas tu akak akak start tweet pasal keje penat bagai. Time lunch orang suruh pergi makan bukan bertweet. Gua memang dah dapat agak apa yang diorang nak cakap. Bukan sehari dua diorang tweet menda sama.

Bila dah petang sikit, mula la remaja remaja pulak start tweet tweet, sebab diorang baru abes kelas sesi petang dan baru siap siap nak 'hang out'..Kay Ell siot bahasa gua.

Bila dah malam,akak akak tadi dah tidor, dalam pukul 12 sampai 4 pagi, kutu kutu seperti Hazwan Kamarudin, Syaffiq Adha, gua dan Muhd Zulhilmi mula terjaga dan bertweet2 pulak.

Bila akak akak tu terjaga pagi, Kitorang pulak tidor.. Rantai makanan ni terus berterusan hingga malaysia block twitter pulak...

Ini bukan post sia sia. Ini SAINS. FOOD CHAIN mat salleh panggil. Kalau lu orang tak nampak, lu orang memang malang 

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...