Jenis Jenis Perokok 1 | downgila

Sunday, June 19, 2011

Jenis Jenis Perokok 1


JENIS 1 : Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi makwe, dia mula nyala rokok.

Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri. Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian makwe ke arah mereka. Lagi satu, rokok di sini mungkin sebagai alat untuk mengaburi kekurangan yang wujud pada diri. 


Mereka beranggapan bahawa orang di sekeliling akan lebih tertumpu kepada gaya mereka menyedut dan menghembus asap rokok daripada memandang gaya mereka berjalan yang seakan-akan membuat hantaran bola ke hadapan. Ada juga kemungkinan semasa berjalan penampilan diri dirasakan tak kena terutamanya pada bahagian tangan. Tangan tak tahu nak letak dalam kocek ke, menggengam erat ke, berpeluk tubuh dan sebagainya. Jadi apabila rokok berada di jari, segala-galanya terjawab.

3 comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...