downgila: April 2014

Saturday, April 26, 2014

Ancaman TPPA dan Lawatan Obama ke UM

Ancaman TPPA lawatan obama ke malaysia bantah TPPA

Bukan je pesbuk pagi tadi gua ternampak poster ni. Bantah TPPA ke apa entah nak buat dekat Sogo. Gua pun tak tau apakebende TPPA ni. Tapi poster ni lawa. Kalau lu orang rasa macam setailo je pegi la, untung-untung jumpa jodoh kat sana.

Esok hari Ahad, Obama nak datang UM, jalan dekat UM semua dah habis turap. Macam cilake je Obama nak datang baru nak turap jalan. Kalau tak? Haram, jalan serupa anjing, bonggol je banyak. Lepas tu bila orang cakap macam tu, UM respon sebenarnya jalan nak turap bukan sebab Obama nak datang tapi memang dah lama plan nak turap. Kah kah kah. Iye iyeee je diorang ni semua, semua ni sebenarnya tak salah lagi adalah helah illuminati untuk menyesatkan golongan bumiputera supaya lebih mengagungkan Amerika dari Dr Mahathir.

Jalan keluar masuk UM semua tutup besok, pintu Damansara je yang buka. Dengar cerita habis CIA, FBI, Polis dan Azwan Ali datang besok untung keselamatan bader Obama. Jadi dengan rasa bergaya, gua nak protes penutupan pintu-pintu UM esok dengan menghabiskan masa di bilik dan tido. Padan muka Obama. Rasakan kemarahan gua.

Wednesday, April 23, 2014

Hal Berkaitan Air

catuan air syabas selangor water rationing schedule jadual catuan air

Sekarang ni kalau lu orang perasan, semua orang tengah berborak pasal air. Air dekat kawasan Kolumpo ni dah kena catu nak dekat sebulan lebih. Katanya 2 hari tak ada, 2 hari ada. Tapi hari ni dah masuk hari ke-4 kolej gua tak ada air. Macam cilake. Kolej Sepuluh yang menempatkan para 'foreigner' ada pulak air. Apa cerita UM? Air dalam baldi gua ni pun dah tinggal suku. Selamat tadi pagi air ada sekejap dapat juga gua ‘refill’ air untuk kegunaan kecemasan.

Air ni adalah satu kurniaan Tuhan yang sangat power. Sepandai-pandai manusia Albert Enstein pun tak reti lagi nak buat air. Ada teknologi sana-sini main Twitter Instagram Pesbuk tapi bila tak ada air semua jadi kucar-kacir.

Kalau air takde, syarikat pembinaan akan terbengkalai projek projek pembinaannya. Bila projek terbengkalai, mereka akan rugi dari segi masa dan kos pembinaan. Mat-mat indon jadi seronok dan mula menghabiskan masa merayau rayau di bandar dan mencari wartel. Tender boleh kena tarik. Nak dapat tender lepas ni susah. Benta Jaya mungkin akan mengalami keputusan bekalan dan masalah penghantaran stok pasir, batu bata, kayu dan simen.

Ambulans PPUM akan kehilangan sengat. Ramai pesakit terpaksa menderita lebih lama dan mati lebih awal. TNB boleh lumpuh pergerakkan dalam membaik pulih bekalan elektrik dan menimbulkan cakap belakang masyarakat dan mendatangkan kemarahan kepada kaki bola, kaki Suria FM dan kaki duduk bawah kipas. Lebih parah lagi jika lori zirafah mereka turut tersadai.

Orang orang pejabat kerajaan kehilangan kemudahan Pajero untuk kegunaan pergi minum pagi di warung Pak Teh. Lori-lori menghadapi kegagalan di Puspakom. Pegawai pegawai Puspakom akan mendapat durian runtuh bagi mengatasi kegagalan lori lori. Lori-lori dapat beroperasi tanpa cukup syarat dan bertindak merbahaya di jalan raya. Ini seterusnya menimbulkan cakap-cakap belakang pemandu kereta nasional yang takut pintu belakang lori terjatuh ke atas kereta mereka yang lemah.

Kedai makan industri akan sentiasa dikunjungi gua yang keletihan dan mengidamkan bandung ais. Ada kemungkinan lori-lori sawit mengalami kerugian sawit yang keluar membuak-buak dari bahagian papan belakang lori yang bocor.

Mat-mat rempit cawangan Felda akan menjadikan itu sebagai alasan kekalahan mereka malam semalam semasa sesi ujian kepantasan jarak dekat dan sederhana. Ramai lagi yang turut memerlukan air secara langsung atau tidak langsung.

Oleh itu gua nak bagitau budak-budak Kolej Lima ni dah tau air tengah kena catu, tak payah la pergi jugak basuh baju bila air ada sekejap-sekejap bodoh. Pergi la basuh baju dekat rumah. Orang lain nak berak pun payah. Otak letak dalam dompet.

Ok lah. Gua berhenti seketika untuk memberi laluan ke basuh baju. Air tengah ada sekejap ni. Kang kalau air tak ada gua nak basuh baju kat mana?

Sunday, April 13, 2014

Ramalan Kaji Cuaca Petaling Jaya

ramalan kaji cuaca kawasan petaling jaya jadual catuan air

Ini adalah ramalan kaji cuaca untuk kawasan Petaling Jaya mulai hari ini sampai hujung bulan 4. Marilah sama-sama berdoa supaya hujan yang turun tu lama gila, lepas tu air masuk kedalam empangan supaya catuan air boleh la stop-stop dah.

Gua dah penat berak je cek-cek paip air takde. Ish ish ish.

Wednesday, April 09, 2014

Soalan Cepumas Petang Semalam.

Semalam lepas puas bergelimpangan dari lepas makan tengah hari sampai petang, gua keluar rumah untuk berjalan kaki. Kasut tak bawak balik nak jogging. Lagipun kalau gua jogging kat area Kg Berembang ni, mokcik-mokcik semua pandang slekkk je. Faking.

Dalam 10 minit berjalan, gua lalu depan rumah Hussein Alam Flora tu. Rumah beliau baru je siap. Satu lagi baru naik tiang. Tiba-tiba bini dia menegur gua dari jauh.

"Eh aok! Tengah jalan kaki ke tu?!", dengan suara melaung.

Gua hanya mampu angguk-angguk sambil senyum je. Bagus rakyat Malaysia ni. Dia nampak gua tengah jalan kaki tapi dia masih nak ambil berat, mana lah tau kot kot gua ada sorok motor dalam poket keee kan?