downgila: November 2011

Wednesday, November 30, 2011

Nike We Run KL 10K 2011

Nike We Run KL 10k 2012 20111



Event yang disediakan oleh Nike untuk manusia manusia yang suka lari lari lepas tu dapat urut free. Gua register dengan member member mula mula. ada la dalam 12 orang kutu kolej gua register menda alah ni. Gua sebagai abang yang hari hari jogging sebab tak power main futsal takkan tak nak join? Mana nak letak maruah gua?

Gua sahut cabaran, bayar RM20, dapat Baju nike selai, botol, dgn ada lah menda alah lain. Baju tu saja dah nak dekat RM 50 last gua check dekat butik Nike. Gua memang selalu jalan jalan dekat butik butik nike, adidas ni semua. Baru nampak kaya. Padahal duit dalam poket ada RM 12.

Monday, November 28, 2011

WiFi Kolej Kediaman Kelima UM Is Shit

Ini bukan tahi gua. Tetapi wifi kolej kediaman kelima

Entry ini disediakan untuk memberitahu yang dah 5 hari gua tak boleh bukak semua site .blogspot.com termasuklah blog gua sendiri. Celaka baik tak payah bayar mahal mahal kalau servis macam monyet. 

Friday, November 25, 2011

MONYET UM CELAKA ANJING




Dulu masa short sem, gua duduk aras bawah sekali. Dan masalah terbesar masa tu adalah nyamuk. GO SINI. Tapi sekarang gua duduk blok yang sama, cuma tingkat atas sekali. Dan masalah gua sekarang lagi besar. Dan masalah gua kali ni bukan sahaja besar malah boleh melarikan makanan, baju, dan ubat gigi. Masalah gua kali ini adalah lebih besar dari nyamuk tapi kecil sedikit daripada manusia. 

Pada satu pagi yang hening, gua dan lelaki taiping masih lagi lena dibuai mimpi. Dalam pukul 9 macam tu, gua dan lelaki Taiping serentak terjaga apabila ada haiwan masuk dalam bilik gua. Bila gua terjaga, gua nampak haiwan tersebut sedang memegang balang biskut kacang lelaki Taiping. Biskut kacang ni sedap beb. 

Tuesday, November 22, 2011

Definisi Power


Gua rindu zaman sekolah sebab dulu gua tak ada nak susah susah blaja tapi bila buat test jadik macam pukimak jugak. Dulu apa yang gua study, yang itu lah keluar SPM, tapi skang, gua study last last test macam babi tak boleh buat. Memang lama la nampaknya gua kat UM ni.

*****

Dulu masa kat Alam Shah gua seorang student yang sederhana power. Walaupun masa tu gua tak ada ASB, gua seorang student yang ada prinsip. Prinsip gua mudah.

Kalau gua malas pergi prep, gua tak pergi. Kalau tiba tiba mud gua datang dan gua nak pergi, gua pergi. Itulah yang didefinisikan sebagai power. Dan power ini jarang-jarang dimiliki oleh orang banyak.
Notakaki : Kisah gua kat Alam Shah GO SINI

Monday, November 21, 2011

Cheese Nan Scene Report

Dekat tengah tu adalah cheese dia yang padu dan meleleh.

Cheese Nan scene report

Attendance : GP, Mok, Bangi
Venue : Steven's Corner, Setapak.
Time : 10:20 PM - 11.50 PM

Nampaknya 'scene' cheese nan semakin berkembang sejak kebelakangan ini. Setakat dalam dua tiga bulan kebelakangan ini, ada la dalam 10 orang kutu dalam komuniti scene cheese nan Kolumpo. Gua rasa scene ni boleh berkembang dan menjadi lebih power. Tapi tak best juga kalau ramai poser.

Buat masa ini stuff kami cuma lah dari Steven's Corner dan RSMY dekat dekat SOGO.

Untuk laporan kali ini, kami telah menuju ke Steven's Corner di Setapak untuk mendapatkan stuff kami. Perjalanan ke Steven's mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya. Kali ini kami bergerak menggunakan kereta Bangi.

Selain disebabkan oleh Bangi sangat noob tidak pernah lagi makan di Steven's kerana baru berjinak jinak didalam scene cheese nan, kami memilih Steven's adalah kerana stuff nya yang solid dengan kadar harga yang berpatutan. Dan yang lebih power, stuff mereka juga boleh tahan lebih kurang 3 hari kalau simpan dalam peti.

Aktiviti 'scene' cheese nan Kolumpo awal-awal ni tak banyak lagi. Selain kumpul stuff, biasanya kami cuma buat gig cheese nan kecik. Yang datangnya dalam 5-6 orang. Tapi kira puas hati la. Bagi gua yang penting dia punya kualiti tu, bukan kuantiti. Lagi satu yang penting, kami semua respect each other dan tak buat chaos.

Okey sekian saja laporan kali ini. Cheese Nan in my blood!

LAMPIRAN 

DARI ATAS : Bangi tengah terkesima merasa cheese, Mok gua tak tahu nak cakap apa yang dia tengah buat, Gua tengah tarik cheese....



Nazmi Faiz Mansor, the SPM boy tak amik SPM semata mata nak berjuang main bola for negara. Now that's cool.

Saturday, November 19, 2011

Marjerin


Gua sekarang memang tak banyak masa nak menulis blog ni. Banyak masa gua habis menghadap Modern Warfare 3 punya game yang level Veteran punya. Gila babi susah. Orang jahat dia jenis liat betul nak mati. Tembak punya tembak last last gua yang mati. Marjerin betul.

Bercakap pasal marjerin, marjerin ni sangat berbahaya.Seingat ingat gua marjerin ni tak baik untuk kesihatan. Ia adalah sejenis lemak buatan manusia dan kandungan lemaknya sangat tinggi. Dengan menambah sebijik lagi molekul, merjerin boleh bertukar menjadi plastik. Baik makan mentega.

Bercakap pasal mentega, menda alah ni mahal kalau nak banding dengan marjerin, lagi lagi yang jenama Buttercup tu. Guna sekali buat kuih raya dah habis. Baik beli game. Boleh main banyak kali.

Bercakap pasal game, kalau dah diri tu makan marjerin tak payah la nak sound orang suruh berhenti main game. Kau tu baik berhenti makan merjerin. Bahangong

Wednesday, November 16, 2011

GP sudah Berhenti Menulis Di Blog Ini


Hai. Nama gua Lelaki Taiping, gua pernah dimention oleh si GP didalam Post nya sebelum ini. Go SINI. Tanggungjawab gua berat sekarang. Dia dah jadi lebih kurang macam AC Mizal kena ganti tempat Aznil dalam rancangan Akademi Fantasia 6. Macam haram. Apakejadah si GP berhenti menulis blog ni gua pun tak clear. Yang gua tahu hari last gua jumpa dia, dia belanja gua motor sebijik.

"Hah lu nak motor apa..? Hah pilih..pilih.."

Pucuk dicita, gua pun apa lagi. Gua sambar Suzuki Panther sebiji. GP keluar duit RM8000 cash dari dompetnya. Sambil lewa je dia bayar kat apek kedai motor tu. Gua sempat intai dompet dia. Peh macam stor duit dompet dia. Gua jadi hairan. Jangan-jangan dia dah berhenti jadi miskin..

Tuesday, November 15, 2011

Memori Muda Muda

(Klik untuk saiz asal)

Ni gambar kelas gua masa form 5 dulu. Gua tak ingat sangat apa nama diorang ni. Ingat nama manja je.

Lokasi : Pavillion kot

Barisan depan : Nak berak

Barisan tengah (dari kiri) : Vietnam-girl baru bangun tidur, Peace-boy baju kolar, Mat Indon Lepas Kerja, Eksotik Rimau Bintik Bintik nampak perut *((&()!&$$! , Mulut Itik Pakai Short Pants

Barisan belakang (dari kiri) : Kurang jelas, Seronok dapat 8A PMR

Tiada dalam gambar : Gua, gua yang tangkap gambar kan.

Sorang sorang set muka eksotik sangat lu orang boleh jumpa dalam muzium  je

Sunday, November 13, 2011

Tips Kurangkan Rabun

tips kurangkan rabun petua

Gua dulu dulu masa kecik anak orang susah. Adik beradik ada 6, 5 orang sekolah. Jadi gua dah biasa jugak hidup sen sikit ni. Dulu masa sekolah rendah, duit belanja gua 60 sen je. Ada rezeki lebih 70 sen. Masa tu 60 sen dah boleh dapat makan banyak dah. Pergi kantin makan nasik lemak 50 sen sama air oren 10 sen sedut ikut bontot plastik, tak ada straw. Ada hari gua bayar, ada hari gua angkat nasik lemak budak budak rancangan makanan tambahan.

Gua bukan apa, nasik lemak tu banyak banyak pun tak habis juga, padahal kantin dah sediakan cukup cukup untuk semua. Ada la yang berlagak kaya tak nak makan. Taknak ambil nasik lemak yang dah disusun untuk diorang.  Budak budak rancangan makanan tu kadang kadang ada je duit belanja seringgit makan laksa dengan air 30 sen ada straw. Melampau betul. Baru sekolah rendah dah pandai tolak subsidi.

Tapi dulu masa sekolah rendah takda la hari hari gua makan nasik lemak, ada hari gua makan mee goreng, meehun goreng, karipap dan pulut panggang. Ada juga gua cuba cuba untuk makan makanan yang gua tak tahu pun apa nama. Kita kena berani mencuba. Cuma mee kari je yang gua tak makan sebab takut baju kena kari.

Ada hari jugak gua tak makan pun dekat kantin sebab mak gua dah bagi bekal. Masa rehat gua, gua duduk tepi lereng bukit tengok kawan kawan main galah panjang. Masa tu mesti ada 2 3 ekor kutu tak ada sen lepak sekali tengok orang main. Kadang kadang diorang bukan tak ada sen, saja tak nak makan simpan duit hujung minggu nak pergi cyber cafe main "Metal Slug". Jenis yang macam ni gua respek. Pandai menabung dan mengawal perbelanjaan.

Jadi kat mana rabunnya? Bangang.


Saturday, November 12, 2011

Malang


Tak pernah main game ni? Serius la? Tak pernah?

Tak pernah pun main seharian menghadap laptop pastu lupa nak makan? Betul?

Tak pernah main game ni sampai lupa yang kau ada makwe?

Kau memang malang!

Wednesday, November 09, 2011

Panjang Berjela : Seksualiti Merdeka


Gua dapat rasa post gua kali ni akan jadik panjang lebar. Sebab gua jenis tulis je, tak ada nak buat peta minda dulu. Seksualiti Merdeka. Pukimak apa kah ini? Meh gua bagitau.

Seksualiti merdeka ni adalah macam forum la. Diorang yang join ni ramai ramai kumpul lepas tu borak borak dalam bengkel yang dianjurkan oleh penganjur, ada ceramah sikit, tengok movie sikit dan adalah lagi pebende gua tak tahu. Gua tak pernah rasa nak pergi. Yang penting diorang tak ada tayang cerita Powerpuff Girl mahupun cerita Real Steel. Review Real Steel GO SINI

Tuesday, November 08, 2011

MAKWE

Ni nama dia Ellen Page. Makwe baru gua

Haritu gua bosan bosan ada post status attention seeker dekat facebook. Status gua macam ni

"Gua tertanya tanya mana la makwe makwe sweet menghilang dua tiga hari ni..haihh"

Lepas tu ada la 3 4 makwe yang balas

"gua ada je kat sini..apasal?"

Kah Kah Kah. Berani mati punya statement betul.

Sunday, November 06, 2011

Gitaris Idaman Gua Yang Baru

jimi hendrix great guitarist

Gua tak tahu nak tulis apa sekarang. Jarang dah gua ada masa depan komputer sekarang. Masa gua banyak habis dekat Youtube sahaja. Tak youtube pun gua layan Twitter. Nanti nanti la gua habiskan masa untuk komputer pulak.

Bercakap pasal Youtube, semalam gua jumpa sorang bader ni. Duduk Australia, pastu dia try masuk Australian Idol, muka dia macam cina sikit. Dia kabor ke Juri tu dia punya Inspirasi adalah John Lennon. Tak kenal John Lennon? Pergi bunuh diri. Dia audition ni pun bawak lagu John Lennon. Memang legend habis ah bader ni.

Video kat dalam

Friday, November 04, 2011

Otak Gua Bergeliga


Okeh macam ni. Katakan gua yang kacak ni ada akaun Twitter. Nama akaun twitter gua HeyAzwan. Haaa. Lu orang kenal ke gua? Lu orang tau gua macam mana? Katakan pulak nama twitter gua Rosmah Binokular. Lu orang kenal ke gua? Lu orang tau ke gua macam mana? Kalau nama twitter gua Kushairi Jantan. Lu orang kenal ke gua? Lu orang tau ke gua macam mana.

Last last nanti yang mana kenal gua je tau gua macam mana. Itu pun tak payah pakai Twitter pun diorang dah tahu nak cari gua kat mana. Kalau susah sangat pun diorang call gua tanya gua dekat mana. Kah Kah Kah! Bergeliga betul otak gua ni. Patutnya gua jadi menteri. Kah Kah Kah

Wednesday, November 02, 2011

Jangan La Kejut Gua Kalau Tengah Hujan


Daripada dulu sampai sekarang 80% orang yang datang ke bilik gua mesti bukan nak carik gua. Rasa tensyen tu sebenarnya dah lama menebal dalam diri. Tapi gua malas layankan sangat perasaan ni. Paling celaka bila time time hujan lepas tu orang tu ketuk pintu kuat kuat. Rasa nak terajang pun ada.

Masa gua dekat PASUM dulu, gua duduk sebilik dengan budak Pengajian Islam. Budak budak pengajian Islam ni masa tu selalu layan scene main basikal petang petang. Dia sebenarnya basikal ke apa apa pun bila buat ramai ramai jadik seronok. Gua biasanya petang petang kalau penat sangat memang gua tidor

Tuesday, November 01, 2011

PERLUKAH GUA GUNTING RAMBUT?


Minggu ni memang macam jahanam punya sibuk. Dengan test berlambak2, assignments dan macam macam lagi perkara yang gua rasa sakit hati bila gi apikir balik. Tapi, kalau xde aral melintang lepas gua siap siap lab semua gua nak keluar jugak jumaat ni pergi jumpa makwe.

Tapi sekarang gua ada satu dilema. Rambut gua. Gua tak tahu perlukah gua gunting rambut. Perlu kah atau tidak?? Sebab makwe suruh potong rambut. Gua tak nak potong rambut.