downgila: June 2012

Saturday, June 30, 2012

Pakistan Noobshit II

Tadi masa ada lori nak kena angkut masuk bengkel, supervisor gua mintak la Pakistan jaga helmet tu kawal traffic sekejap. Tu la pertama kali gua nampak dia berdiri. Barulah nampak ketinggian sebenar. Celaka, tinggi juga Pakistan ni. Sekali gua pandang, agak agak, dy/dx, tambah tolak, tolak pampers, susu anak semua, gua rasa tinggi dia ni mau sampai 1.95m juga. Kalau pekena berdiri sebelah dia, kepala gua paras dada dia je. Anak haram tinggi.

Kalau macam ni, gua rasa kalah juga gua kalau ajak bergelut dengan dia ni. Tapi dia tinggi kurus. Gua rendah tapi perut six pack ada 7. Tapi takpa, kita tengok dulu macam mana pergi tak pergi nanti. Ada apa apa gua update sini.

Thursday, June 28, 2012

Pakistan Noobshit

Kat pintu masuk site gua dekat Mutiara Damansara ni, ada satu pondok simpan helmet keselamatan tu, yang jaga pondok tu ada la sorang pakistan muka macam cilake mengantuk 24 jam. Dada berbulu nakharam lebat, baju kuning, gua yang duduk kat kaunter ni dah boleh bau dia punya busuk. Mandi pakai bubur kacang agaknya.

Dari hari pertama gua masuk, apa yang gua cakap semasa urusan pemulangan helmet keselamatan, Pakistan ni mesti buat muka mengantuk dia sambil angkat tangan.

Hari pertama
"Terima kasih..", dia angkat tangan + senyum.

Hari kedua
"Thank you..", dia angkat tangan + senyum.

Hari ketiga
"Kejap je eh, saya nak keluar, jangan bagi orang lain pakai". dia angkat tangan + senyum.

Tadi (Hari keempat) gua nak test test power sikit,
"Hello Jin Baghdad...ada senang tak..??", pun dia angkat tangan + senyum.

OK SAH!

Tuesday, June 26, 2012

Welding

downgila welding

Betul. Api dari 2 tabung gas besar besar pemeluk budak tadika tu nampak panas betul. Tambah lagi dengan bunyi dia. Kadang dia tak berapa merah. Dia berat ke biru. Lepas tu ada satu putih bercahaya di tengah tengah biru. Kalau tala ke besi sekejap je besi memerah. Lama sikit besi tertembus.

"CPLOK!", bunyik besi tembus.

Kuat kuat besi, besi pun mengalah. Kalau tala ke dahi?

Aku ingat esok nak pergi cari buku fardu ain le sikit..

Saturday, June 23, 2012

Perkahwinan Berdarah Eros

majlis pertunangan shila amzah perkahwinan

Gua ada seorang kawan. Perempuan. Nama dia Muhairos. Orang kampung panggil apa gua tak tahu la tapi gua panggil dia Eros. Masa sekolah dulu mula mula gua ingat dia ni cina. Sebab putih betul dia masa tu. Masa gua masuk sekolah tu darjah 3. Gua pelik tanya la mak

"Mak, kat sekolah abang kan, ada orang cina..tapi, ada ke orang cina pakai tudung?"

"Hah kerja sekolah dah siap belum?", jawab mak gua. Apa kaitan pun gua tak tahu.

Lepas tu darjah 6 gua pergi masuk sekolah asrama, jarang jarang dah jumpa si Eros. Sedar sedar haritu dia jemput datang dia kawen. Amboi, terkejut beruk mak. Bagus si Eros ni. Muda muda ni kan masih subur.

Gua pun pergi la kenduri si Eros tadi. Selepas menjamu selera, tunggu la pengantin sselesai borak borak dengan kawan dia. Gua nak pergi cakap "Congratulations" dekat Eros. Lepas ni nak cakap tak boleh dah bini orang. Jarang jarang gua tunggu pengantin ni. Biasanya lepas kenyang, dapat sumi dengan gula gula gua dah calo betei balik rumah pekena sumi bawah kipas tak pakai baju. Tapi sebab Eros kawan gua, stay la sekejap apa salah kan.

Sedang gua berjalan menuju ke pengantin, Hampir lapan tapak.. entah dari mana, gua tersepak batu. Hampir hampir jatuh. Sakit macam cibai. Malu tolak tepi la. Bila gua tengok kaki gua, ada sedikit pendarahan berlaku. Gua amek tisu lap mulut tadi, lap balik darah yang mengalir. Ada la sikit je berdarah.

"Peh...sampai berdarah", monolog sendiri.

Jadi kesimpulannya, kaki gua berdarah semasa perkahwinan Eros. Perkahwinan itu sendiri tak berdarah malah berjalan lancar. Itu je lah ceritanya. Gua dah lambat ni nak balik Kolumpo Isnin start masuk opis, baju mende tak beli lagi ni. Opis tu pun entah celah mana gua tak tahu. Esok la setel.

Notaberdarah : Selamat Pengantin Baru dan moga berbahagia sampai ke tua kepada Eros

Friday, June 22, 2012

Misteri 1Malaysia

Orang tua tua kata jangan tido lepas subuh, gua degil. Lepas pekena pulut dengan rendang tadi. Gua baring baring aje. Tak sedar mende tertidor.

Lepas tu gua mimpi kena format satu laptop ni. Budak india punya. Bila gua dah format separuh, lelaki taiping format separuh. Lepas dah siap, gua pergi la rumah india ni nak pulangkan laptop. Sampai rumah, gua tengok bapak India ni adalah seorang Melayu.

Pakcik tu suruh letak dulu laptop tu dekat tepi. Nakharam misteri gila.

Wallpaper Downgila III

downgila free wallpaper mac gamep01nt

Lama pulak tak ada wallpaper baru. Ni hah fresh dari ladang ayam. Kalau guna dekat mana mana sila credit.

Wednesday, June 20, 2012

Kena Troll

downgila down gamep01nt sedih pancut dalam telinga

Tadi masa gua main dengan anak sedara, budak kecik tu asyik menangis. Nak tangan kang kecik lagi. Umur baru 5-6 bulan. Gua letak dia meniarap, menangis, angkat menangis, aucak aucak menangis. Panas juga hati. Adik gua kabor dia tak biasa tengok muka gua yang kacak ni sebab jarang balik rumah. Ada logiknya kat situ.

Masa gua baringkan budak kecik tu atas tilam dia, akak gua datang. Cuti MC harini suara dia hilang. Serak serak basah jadiknya.

(Suara serak) "Kau nak kasi budak tu cepat kenal kau bang, kau buat buat jelir sikit lidah tu. Kalau dia balas balik, dia kenal kau la tu", katanya.

"Hah mana pulak kau dapat fakta ni?", tanya gua musykil.

"Nona..."

Gua pun jelirkan la lidah mengikut saranan akak. Jelir sekali, dia tak jelir balik, jelir padu, jelir sikit, jelir banyak, jelir High Definition, jelir konsisten. Tak jugak budak kecik tu jelir balik. Dia buat muka pelik adalah.

Tiba tiba,

"HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH!!", akak gua gelak turbo

"Kau jelir??? KAH KAH KAH KAH KAH KAHH!! Kau jelir??? KAHAHAHAHHHHAHAHHAHA!!!", lagi sekali dia gelak.

WACHAAA!!!
Meja yang berdekatan terus gua karate terbelah dua.

Masa tu baru gua sedar gua dah serupa menatang apa dah ni duk terjelir-jelir daripada tadi.

"ANAK HARAM PUNYA NONA!!!"

Tuesday, June 19, 2012

Tragedi Di Masjid Jamek

masjid jamek ramai station stesen malaysia lrt star kuala lumpur downgila

Hah selamat pagi. Gua baru aje mencelikkan mata ni. Semalam gua balik Lipis. Letih mengalahkan letih Foo Kok Keong berlawan badminton dengan Lee Chong Wei. Lee Chong Wei tahu, bukan Hafiz Hashim. Semalam masa di Stesen LRT Masjid Jamek, orang beli tiket punyalah ramai. Manual panjang, automatik pun panjang. Gua ambil jalan selamat. Gua pilih manual.

Jadi gua terpaksa berbaris. Panjang betul barisan. Kalau kira kira dan bundar bundar sikit, tolak bangla, indon, boleh buat 4 team bola separa professional. Kalau tolak kuat sikit, banglas tersebut akan jatuh.

Sambil tunggu giliran untuk gua berurusan, tiba-tiba gua termengelamun. Jauh betul mengelamun. Lain macam dia punya pergi.

Sedar tak sedar dah sampai giliran gua. Muka akak sedap mata memandang jaga kaunter itu dah betul-betul depan gua. Gua pun apa lagi..jadi kucar-kacir order tiket..

"Liverpool.."

Saturday, June 16, 2012

Klcc, Jerebu, Suzuran

Suzuran japan surgical mask trend downgila

Ok secara rasminya gua dah habis exam. Jadi hari ni daripada duk melanguk depan laptop macam bodoh ada baiknya gua pekena keluar KLCC jalan jalan cuci mata.

Dengar cerita dekat Indonesia ada kebakaran hutan peringkat king. Sampai KL asapnya. Tapi, keadaan KL yang berjerebu sekarang tidak mematahkan semangat gua. Sebelum pergi, ada juga gua angkat satu topeng mulut untuk menutup hidung dari asap jerebu. Beli dekat kolej 12. RM1.50. Macam sial topeng bodoh macam ni RM1.50. Dah la tak grip. Kena tiup angin sikit mula la nak tercabut. Macam pondan. Tapi tu lah.....asap jerebu ni bahaya. Lu orang tahu tak?

Sampai stesen LRT, gua jadi terkejut, gua sorang aje rupanya yang pakai topeng ni. Majibai. Orang lain semua duk buat rilek tak pakai apa apa. Bernafas gitu aje. Siap pandang pandang gua macam la gua geng geng Suzuran. Pelik betul gua. Asap jerebu ni bahaya. Lu orang tahu tak? Tak sayang paru paru ke mende?

Thursday, June 14, 2012

Debaran Intern

downgila internship universiti malaya 2012 pasum

24 haribulan ni gua kena masuk intern dekat company area area sini. Tiba tiba perasaan risau tu menaik pula. Dengan risaunya, gua email akak yang incas dengan intern tu sedas. Email dia gaya macam ni la
Good Morning Miss Neelofa (bukan nama sebenar), saya nak tanya

i) ada tak checklist apa yg saya kena bawa nanti
ii) work attire. Macam baju kemeja and seluar formal sahaja or else?
Akak tu reply,
Just bawa your Uni name tag and original letter from Uni for the training form.
Office attire. But kena ready PPE i.e safety boot , safety helmet untuk kerja di site (if they sent you on that day) dan baju yang sesuai untuk kerja di site.

Lepas tu gua nak pergi carik pakaian apa yang "untuk kerja di site". Baru nak google tiba tiba gua terfikir. Lagi baik kalau gua pekena google akak yang incas ni. Google punya google PAM!! keluar muka. Terkejut gua bahawasanya 'akak' tersebut bukan lah seorang akak. Beliau sudah 'Married' dan ada seorang dua tiga empat anak. Beliau juga nampak gaya macam cikgu cikgu yang garang.

Ya Allah, macam mana kalau dia tiba tiba baca entry ni lepas tu dia buli gua? ARGHH!!! kalau la dia suruh gua pergi site tak apa lagi. Kalau dia suruh gua buat kopi? Teh? Teh O kurang manis? Sirap selasih? Macam mana? Mana gua nak carik selasih masa tu? ARGHH!!!

Macam mana pulak kalau tiba tiba dia suruh gua pergi beli barang dapur dia? Lepas tu kicap pulak nak jenama Kipas Udang, tak mahu yang jenama Jalen ataupun keluaran Felda punya kicap. Macam mana?? ARGHH!!!

Lagi, macam mana pulak kalau dia suruh pergi hantar anak dia sekolah, lepas tu pukul 1 gua kena ambil anak dia dan hantar pulak pergi kelas Mengaji Fardhu Ain pukul 3? ARGHH!!! Anak dia pulak jenis mengarah nak aiskrim itu aiskrim ini. Macam mana?? ARGHH!!!

Tapi bila fikir balik, orang melayu kat bandar sekarang mana hantar anak pergi mengaji dah. Semua duk hantar kelas muzik dan kelas speaking english. Urban la katakan. Oh My English! pula adalah lebih penting dari Oh My Tajwid

Wednesday, June 13, 2012

Pasar Malam

pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster

Sekarang tengah musim peperiksaan, tak ada masa betul nak menulis. Jiwa memberontak juga nak menulis tapi takkan gua nak cerita pasal simen, besi, macam mana nak kira besi mana nak pakai, batu mana sesuai buat rumah, batu mana sesuai pelangkong muka budak budak PASUM yang rambut serupa Sasuke, dekat sini? Ye dok?

Jadi gua ingat lepas habis peperiksaan ni gua nak berjinak jinak balik dengan scene pasar malam la. Menulis pasal makanan macam best juga. Yelah bulan puasa dah nak hampir tiba ni. Elok juga gua riki dulu mana pasar malam yang padu, takde lah nanti masa bulan puasa minum air kosong aje sebab tak tau kat mana pasar malam. Lain la lu orang puasa dekat rumah tunggu mak yang masak. Gua cuti ni ada praktikal pulak. Puasa sorang sorang dekat sini la gayanya. Berbuka pun tenung seluar dalam.

Bercakap pasal Pasar Malam, Itu hari gua ada turun pasar malam dekat sebelah Petronas tu, depan sikit dari cakoi Akak Cantik. Gua tengok 'scene' kuih talam dengan lemang jagung boleh tahan lagi aktif. Tapi line-up yang awal-awal dulu dah ramai yang tak ada. Mungkin dengan pertumbuhan pesat scene burger bakar, semua kuih muih dilupakan. Ini semua agenda barat, Yahudi, Syiah, supaya kita rakyat Malaysia melupakan tinggalan nenek moyang. Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal ni. Tak patut kita sebagai orang melayu melupakan kuih muih tapi lebih meminati burger bakar. 'Scene' yang kecil ni harus dipertahankan bersama. Jangan sampai bila dah tak ada gigi nanti, baru terkial-kial cari kuih talam sama kuih koci.

pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster
pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster
pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster
pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster


Friday, June 08, 2012

Pancut Dalam Telinga V

downgila bamboo pancut dalam telinga

1) Kali ni lain sikit. Gua rasa macam lagi sedap bila pasang video 1st tu dulu.
2) Tepat 6 saat lu start yang no 2.
3) Ni sedap dengar masa nak tidor, bukan masa tensyen. Tapi boleh je tak salah pun ye dok?
4) Dengar muzik macam ni lu kena ada feeling sikit. Duk tengok skrin laptop memang la bengap tak jadik mende. Cube la pejam mate bayangkan pape sikit. Echeyh
5) Yang sebelum ni punya go SINI
6) Video kat dalam. Volume full jangan lupa. Pakai headphone. Zack New Boyz Dihukum Gantung Gambit Berjudi Poker Di Australia

Wednesday, June 06, 2012

Keluar Malam

downgila pancut dalam telinga hisap rokok jenis jenis perokok bahaya merokok smoking dangerous azwan mat datar naseha uyaina

Abang gua mula pandai keluar malam sejak habis darjah 6. Cuti sekolah. Masa itu dia keluar dekat dekat. Tak depan rumah Amus, habis kuat pun lepak terowong dekat taman permainan. Balik pun tak lambat. Dalam pukul 10, 10 lebih sikit. Itu pun tak selalu. Kalau ada Honey I Shrunk The Kid, tak keluar.

Masuk line tingkatan, dia dah advance sikit. Dah pandai kayuh basikal pergi minum dekat warung burger abang Man. Tapi tak lambat balik. 10 atau 10 lebih sikit.

Tingkatan besar sikit, abang gua lebih komited. Dah tak pandang sangat siaran televisyen waktu perdana. Dia curi curi pakai motor ayah, pergi lepak batu 2 tak pun kedai makan Banjo dekat Padang Tengku. Apa barang lepak kedai makan tapi minum saja. Rokok mesti hisap. Tapi bukan dia la, kawan kawan dia. Abang gua tak hisap rokok. Lepas tu berjinak jinak pula dengan pomen motor. Balik pun tak lewat sangat kononnya.

Habis sekolah, abang gua lebih menganaktirikan rumah. Keluar lepas maghrib, balik sampai 3-4 pagi. Ada sesetengah kes, orang azan subuh baru balik. Entah benda yang dicari.

Sampai sekarang dia dah sebati dengan keluar malam. Kalau mula mula dulu, balik rumah pukul 10. tapi lepas tu, pukul 11-12 baru nak keluar. Kadang kadang habis Cerekerama baru keluar.

Tapi sejak dia kawen tahun lepas, berubah betul abang gua. Baik gila. Tak pernah pernah telepon gua tanya bila exam start tup tup telepon tanya. Gua jadi kekok pun ada berborak dengan abang. Selalu berborak dengan akak aje.

Hari ini gua tengok adik gua yang tak habis sekolah lagi ni dah pandai merayau keluar malam, lepak minum kat kedai macam orang tua dengan asap rokok pung pang pung pang, memekak main gitar depan kedai orang, senyap senyap curi kunci motor rewang sana sini. Geram juga gua tengok. Entah siapa yang mengajar..

Monday, June 04, 2012

Mengaji

Rosmah Mansor mengaji tak tutup aurat tudung atlantuya

Ok, gua sedikit sibuk sekarang, Zohor Isyak pun dah nak masuk, jadi gua ingin memberi laluan kepada Rosmah dengan kawan kawan dia mengaji dulu. Nanti kita cerita panjang.

Friday, June 01, 2012

Budak Budak Sekarang Dan Televisyen

downgila gamep01nt televisyen pancut

Siaran televisyen yang wujud masa aku kecik seingat aku ada 3 je. TV1, TV2 dan TV3. TV1 dengan TV2 kau tak payah tanyalah. Memang tak berubah sampai sekarang. Gambar semua macam gampang tengok jadik tak ada mood troih. Baca berita macam tak ikhlas. Paling hebat masa itu TV3. Ada dia punya warna warni sikit. Lagi lagi bila sampai segmen Alam Ria Cuti Sekolah. Cerita apa yang keluar pun tengok aje. Paham tak paham belakang cerita. Yang penting tengok TV. Dah itu aje yang ada.

Tapi masa tu, di Kuala Lipis, TV3 kalau nak terang kena pasang satu barang tambahan. Kalau tidak, tak merasa nak tengok Muzik Muzik bersama Azwan Ali. Kalau satu barang tambahan tu tak ada, terpaksa la duduk rumah baca buku. 3 penyiasat ke, 5 penyiasat ke, Ujang, Gila Gila, siri bercakap dengan jin ke dan sebagainya

Tapi sekarang siaran TV dah berdozen dozen. Bukak TV tudia ada 54672 juta channel. Dari yang pakai baju sampai tak pakai baju. Kalau tak cukup boleh bukak  internet tengok Youtube.

Tapi sampai macam tu pun ada lagi budak budak sekarang komplen "BOSAN TV TAK ADE CERITA". Kebangangan? johan naib juara super spontan, keputusan akhir super spontan, pemenang super spontan, super spontan, zizan, zizan juara super spontan