downgila: March 2013

Sunday, March 31, 2013

Downgila v3

Kah kah. Gua rasa macam catchy pulak nama. Maksud dia version 3. Yang sebelum ni version 2 la. Last gua tukar template entah lama jugak dulu. GO SINI. Malas nak ulas panjang. Template baru ni lebih laju selaju halilintar. Font lagi besar.

downgila v3 down gila

Oh gua dah try Internet Explorer 10. Macam gampang tak best langsung, kalau ada lagi yang jenis pkai Internet Explorer tu bawak bawak la bertaubat. Downgila v3 ni paling cun ditengok menggunakan Chrome sebab ada CSS3 yang baru dan masih belum di-support oleh Firefox. Internet Explorer apatah lagi.

Kalau lu pakai chrome, lu akan nampak gambar tu hitam putih, bila dah letak mouse baru dia ada kaler. Kalau kat Firefox dia tak jadik effect tu.

Woi pkai la chrome oi. Bukan kena bayar pun. Puih.

Kemaskini: Setelah beberapa hari gua rasa template lama macam lagi into la dgn diri gua. Entah apasal. Revert balik

Thursday, March 28, 2013

Lawatan Tabligh

muslim man quran doa tabligh

Gua tengah makan masa tu sambil layan movie "The Hobbit" baru je siap download. Tiba tiba pintu bilik gua diketuk 'somebody'.

Tok tok tok!

"Assalamualaikum..."

Tok tok tok! Ketukan semakin kuat tapi masih maintain berhemah,.

"Assalamualaikum..."

Sekali lagi dengar suara sayup sayup memberi salam dari luar.

Sejak bila pulak si Sarawak ni pandai bagi salam nak masuk bilik gua? Biasanya jenis tonyoh je masuk tanpa segan silu dan rasa malu.

"Weh masuk aje lah, aku tak kunci pintu", Jerit gua dari dalam sambil sambung makan daging masak lemak DM. Scene movie masa tu pulak Bilbo Baggins tengah mencelah celah nak amek pisau dekat jubor troll yang curik pony dia orang.

Dah banyak kali sangat ketuk, gua sendiri pergi membukak pintu. Pintu gua bukak sedikit demi sedikit. Sedar sedar depan pintu bukanlah Sarawak, bukan juga Taiping, tapi ada 2 orang budak berjanggut. Seorang berpakaian arab, seoarang lagi pakai T-shirt ada tulisan 'Larian Amal Palestin'.

"Kami nak pinjam beberapa minit dari saudara. Boleh ke?", Sambil menghulur tangan ingin bersalam.

"Ah sakit.....", monolog gua sendiri.

Gua angguk lalu capai jaket panas di kepala katil. Orang tabligh datang ni, kalau tak pakai baju nampak tak senonoh benar. Gua perbetulkan sila memandangkan kerusi di bilik gua tidak cukup kalau nak bawak berborak secara 3 on 3.

Dari cerita Abu Hurairah hinggalah ke Harta Karun. Dari Harta Karun hingga la ke cerita Pirate of Carabean semua benda keluar. Kapten Jack Sparrow la, orang perut gendut la, orang muka sotong la, orang kaki dengkot la, makwe Inggeris la, semua watak budak baju 'Larian Amal Palestin' tu perincikan satu persatu.

Gua banyak mengangguk dan ter 'haa, haaa...' saje.

Seperti biasa, gua pun buat buat faham, meneruskan teknik pandangan mata ke mata yang gua belajar di latihan teater dan beberapa kali mengangguk serta ter "haaa, haaa..."

Agaknya mereka faham pandangan gua, mereka pun berangkat mahu bertarbiah ke orang yang lebih patut. Tapi sebelum tu, abang pakai baju arab ada sound;

"Kami teringin benar nak dengar suara saudara di corong surau.", Sambil tersenyum manis penuh harahap.

Gua terus senyum dan buat macam "haaa, haaaa..." lagi.

Monday, March 25, 2013

Kemana Selepas SPM?

INDECISE GORILLA KEPUTUSAN SPM 2013 RANKING SBP SPM 2013

Gua sering diajukan soalan “mana nak pergi lepas SPM”. Mula mula adik gua, lepas tu kawan adik, lepas tu adalah anak kawan mak gua dan lain lain. Ada yang tanya nak masuk diploma ke, PASUM ke, matrik ke tingkatan 6 ke atau pergi menjadi tabligh.

Secara ‘honest’ gua mana lah tahu mana lagi bagus sebab gua tak pernah masuk semua. Gua dulu budak PASUM. Batch 08/09. Jadi gua boleh ulas PASUM saje. Ini pun gua ulas yang dalam Malaysia aje. Kalau lu orang jenis 10A, 11A pastu dapat pergi obersea lain pulak cerita dia. Yang tu gua malas nak cerita. Nanti panjang sangat pulak. Gua dah mengantuk ni.

Jadi, alternatif yang popular sekarang adalah matrik dengan PASUM je sebab masa singkat. Setahun pastu masuk degree. Diploma dengan tingkatan 6 lama sikit. Ada yang tanya nak masuk PASUM ok ke? Pada pandangan gua, kalau nak senang, masuk la matrik, gua bukan nak pandang rendah mana mana tapi memang betul la matrik senang dari PASUM.

Lu bayangkan, PASUM satu sem belajar 8 subjek. Satu subjek dia pecah kepada 2. Matrik gua rasa 4 ke 5 gitu je. Budak hayat PASUM kena belajar Fizik jugak. Babi kan? Gua lah salah satu mangsa. Budak hayat PASUM belajar fizik lagi dalam dari budak Fizikal kat matrik belajar Fizik diorang. Babi lagi kan? Gua tau.

Contoh. (ni subjek yang budak PASUM kena amek masa gua dulu la, ni untuk sem 1 SAHAJA):

a) Kimia –Kimia bukan organic, Kimia organic = 2 subjek
b) Matematik – Algebra, Statistik = 2 subjek
c) Fizik – Fizik 1, Fizik 2 = 2 subjek
d)(HAYAT) Biologi – Biologi 1, Biologi 2 = 2 subjek
   (FIZIKAL) Subjek fizikal - Matematik kejuruteraan, C++ Programming

Jumlah 8 subjek. Macam haram banyak. Mana sempat weh nak fokus. Pastu nanti susah la sikit nak skor exam oi. Kalau lu masuk matrik diorang mana ada belajar programming ke math engine ke haram apa semua takda. Yang basic basic saje. Nak tolong melayu punya pasal. Tu pun ada lagi yang buat main main tak sedar dek untung tau beromen aje kat matrik. Bodoh punya melayu.

Budak tingkatan 6 pulak gua nampak ramai budak cina. Sebab diorang susah nak masuk matrik. Nak cakap kat sini tingkatan 6 pada gua aliran sains dia lagi susah dari PASUM. Sebab tu budak budak cina yang masuk UM untuk Ijazah ni semua pandai gila. Diorang punya silibus lagi dalam.

Diploma pulak lama sikit, tapi apa yang gua nampak budak diploma keluar diorang lebih matang dan macam banyak pengalaman sikit. Bila masuk degree itu dan tau ini dah tau la banyaknya budak diploma ni. Lepas habis diploma pun dah boleh kerja.

*****

So sebagai konklusi, kalau lu orang nak pengalaman dan boleh kerja amek la diploma, rasa pandai dan suka buat kerja sekolah dan bukan melayu, masuk la tingkatan 6. Kalau lu melayu dan saja saja gedik nak duduk KL, amek la PASUM. Susah nak skor nanti pastu asyik ‘compare’ result dengan kawan kawan matrik jangan salahkan gua. Kalau lu orang melayu, nak skor, nak jadi doctor ke apa, masuk la matrik. Susah ke senang yang penting lu skor. Tak kisah la kat mana. Jadi kenapa nak yang susah kalau ada jalan yang lagi senang?

Tapi yang gua cerita ni aliran Sains aje. Yang geografi la, sastera la, pembangunan manusia, perakaunan, undang undang semua gua tak berapa nak pasti. Yang gua tau budak budak Undang undang kat UM ni ramai juga dari Asasi Undang Undang UiTM.

Dah. Setel. Sekali lagi gua tak ada niat nak rendahkan mana mana pihak. Gua cakap pun dari pengalaman dan apa yang majority orang kabor.  Lu tak setuju dan nak jugak mempertahankan matrik lu orang power ke apa, boleh jalan.

Satu lagi, kalau lu orang masuk PASUM, secara automatik korang akan menjadi bodoh dalam bab bab melintas jalan. Gua pun tak paham kenapa. Budak matrik melintas gua tak tahu macam mana. Mungkin lebih berterabur.

Gua nak pekena baring dulu. Selamat ber-asasi. Jangan jadi kutu hisap gam sudah lah. Sekian.

Thursday, March 21, 2013

Kecemasan

Gua tengah syok isi air panas dekat water cooler depan tandas tu sekali dari jauh gua ternampak seorang budak 1st year berlari sambil mulut beliau terkebil kebil menjerit sesuatu. Jeritannya dengan loghat utara tersebut kurang jelas. Isian air panas terhenti.

"Tepi tepi! Tepi! emergency!", jeritan beliau yang dapat gua dengar apabila beliau semakin mendekati gua.

Gua pun ketepi, beliau sempat menoleh sambil tersengih. Gua sempat bertanya juga

"Apahal ni..?", tak sempat dijawab.

Beliau terus meneruskan larian kecemasan ke tandas. Pa pa pa pa pa papapappa. Setel. Stuff yang keluar selepas itu gua rasa semua pun sudah sedia maklum.

Gua tersenyum sendiri. Hmmmm.

"Selamat sempat...."

Tuesday, March 19, 2013

Membaling Ayam

Bilik gua ni tingkat 2 je. Kalau terjun dari tingkap pun rasa tak luka pun. Menghadap hutan, bawah ada parking motor. Kalau tak monyet yang masuk, asap motor bader mana entah yang masuk ikut tingkap ni.

Preng peng peng peng peng...PREEENGGGG!!!

Habis bilik gua bau asap motor. Bader mana entah ni memang perangai macam budak rempit, Tak perlu kot gua rasa bakar bakar motor tu banyak kali. Hidupkan motor, tunggu dalam 2 minit, jalan la. Kalau motor jenis tak berasap tak apa. Ni motor buruk jenis pakai minyak 2T pastu asap berkepul kepul macam jerebu 45 skala richter.

Tadi bader tu preng peng peng lagi dalam seminit. Gua tengah makan. Suap nasik ke mulut terus jadik lain. Setan. Gua ambil ayam masak lemak yang masih tinggal separuh, target betul betul dari tingkap, target tepatttt dekat motor.

archery downgila

PANG!!

Habis ayam tepat landing atas seat motor.

"OI!! babi sungguh!", jerit bader tersebut. Muka dia gua tak berapa nak cam, gelap.

"Padan muka kau lahanat! Aku nak makan nasik bukan asap motor!", jerit gua sambil sambung dengan memakan sayur.

****

Monday, March 18, 2013

Membesar

Burp..Alhamdulillah kenyang..

Eh makin bulat pulak mende alah ni. *pegang perut*

Ah lantak..Burppppp....

Saturday, March 16, 2013

Festival Akustik Dayasari

Besok ada Festival Akustik Dayasari dekat Kolej Kediaman Kelima UM, pukul 8 malam katanya start. Dekat depan kolej tu lah. Gua dengan Lelaki Taiping, Cina, Slim, Hamdan dan Qila ada main besok. Dalam tiga lagu akan kita orang sampaikan dengan permainan gitar yang mantap dan riff riff menggigit  jari hasil ciptaan sebentar tadi juga.

Gua minggu ni sangat kompliketed dan sibuk. Tak sempat langsung nak prektis. Mana yang boleh ajelah gua main. Jangan lupa datang besok. Pakai lawo2. Bawak kamera kalau ada kamera.

Gambar training tadi. Gua cilok dari instagram si Uyaina. Terkebil kebil juga gua nak mencari kord bass untuk si Hamdan ni.

hamdan ammar feseni universiti malaya pop band Qiela Rossidi waniey khirzuan

Wednesday, March 13, 2013

Teknologi

Teknologi main add add member dalam group kat pesbuk ni actually power betul. Tapi ramai pulak nakharam yg salah guna add gua dalam "Borong Online" la, "Inni Uhibbuz Zuhud" apa kepala bana dia. Sedar sedar penuh pulak Pesbuk gua dengan bahasa Arab apa kes? Perangai macam kerbo.

Notakaki: Gua sejak dua menjak ni memang banyak kerja kena setel. Asyik nak marah sesaja. Mintak maaf. Tapi ni blog gua. Suka hati la gua nak tulis apa pun. Kakakaka. Genius betul gua ni. Sikit haribulan orang kompius gua dengan Rais Yatim

Tuesday, March 12, 2013

Jahanam

Dalam banyak banyak warganegara, warganegara paling jahanam dan anjing pukimak adalah warganegara Iran. Sama jugak macam rakan sekumpulan gua untuk subjek Rekabentuk Bersepadu yang perlu gua ambil sem ni. Projek design hospital pakar. Warga Iran, pentingkan diri sendiri, dia aje yang betul, bau badan hapak, berbulu lebat macam musang dan berperangai babi.

Gua harap besok masa dia naik LRT dia kena terajang dengan warga emas dekat bahagian tertentu lelaki sekaligus menjerit-jerit memintak tolong, tapi tak ada orang tolong seraya menjadi malu seorang diri. Bodoh punya Iran.

Sekian saja luahan hati untuk kali ini.

Thursday, March 07, 2013

Membuat Tak Tahu

MOTORCYCLE ACCIDENT REMPIT JATUH MOTOR DOWNGILA

Cerita nya macam ni. Tadi gua balik dari kelas lalu shortcut yang depan Kolej 1 tu. Masuk sampai depan DTC sekali ada sorang bader ni keluar simpang entah salah handle ke ada kecelaruan jantina ke apa gua tak tahu, tak ada angin tak ada siapa siapa paksa tetiba dia langgar divider. Dah langgar lepas tu tersungkur la makan jalan.

Kah kah kah.

Gua dengan Sarawak pernah jugak langgar divider, jadi gua paham perasaan bader tu. Sakit, rasa tahi, berpinar pinar dan paling penting malu anjing. Tapi lebih ke malu la. Jadi gua teruskan membawa motor dan gua biar saje bader tadi tersadai. Pandai pandai la dia bangun sendiri.

Bagi pihak gua, gua rasa tindakan ini lah yang paling betul dan munasabah untuk gua buat pada masa tu. Peh kalau gua tolong, mana bader tu nak letak maruah dia sebagai seorang lelaki? Mana?

Notakaki: Lupa nak bagitau kita orang punya teater Tat Nenas itu hari dapat no 3 beb. Kah kah kah power. Laporan go SINI

Sunday, March 03, 2013

Brooks Half Marathon 2013

Gua baru balik dari larian Brooks Half-Marathon ni. Nak try 21KM pulak. Selama ni 10KM je. Bosan jugak lama lama. Sebagai remaja yang cekal dan amanah, gua perlukan cabaran yang baru. Gua register sama Salak. Pergi naik kereta Salak.

Masa berlepas pukul 5.30 pagi. Gila babi awal. Disebabkan disiplin yang tinggi, gua dan Salak berlepas pada  pukul 5.30 juga. Masa tak payah tanya la. Lambat sikit takpe la ye dok first time. Mana ada lu orang start main bola terus boleh jadik macam Robin Van Persie.

Larian Brooks ni best. Yang best nya sepanjang lari tu susah jugak nak nampak orang berjalan. Semua lari. Tak macam Nike We Run KL, lu start je, baru 200meter dah ada yang berjalan. Siap pimpin tangan. Celaka apa? Baik tak payah masuk event lari. Masuk la event "Mari Jalan-jalan Sekitar Kolumpo" ke apa apa yang lain.

Habis larian gua pekena tembikai 2 potong, sembur ubat panas sikit dengan dapat Tau Foo Fa. Cina punya lah tapi. Yakin je lah halal. Gua tengah kebulor kot!

brooks half marathon 2013 picture posters
brooks half marathon 2013 picture posters
brooks half marathon 2013 picture posters
brooks half marathon 2013 finisher t-shirts medal

******

Balik balik kolej nampak ramai makwe tengah main Bola Tampar sepena "Sukan Antara Aras" gua rasa. Salak kata dia berkenan dengan yang baju merah tu. Selera seks yang pelik rupanya si Salak ni.

Dayasari Kolej kediaman kelima Universiti malaya national blood donation

Notakaki: Semalam gua pergi Big Bad Wolf yang jual buku murah tu. Gua telah membelanjakan RM0 sebab buku semua entah apa apa dah yang tinggal. Pelik jugak jenis yang beli sampai 3 4 kotak bawak balik tu. Beli banyak banyak baca ke?

Friday, March 01, 2013

Terseksa Semasa Solat Jumaat

Gua tak tahu la gua solat jumaat tadi sebelah manusia normal berdarah panas ke kilang minyak sapi. Bau dia nakharam menjerit jerit batin gua terseksa. Selamat 2 rakaat. Kalau 4 rakaat? Tak ke pengsan ditengah solat. Dah kena solat lagi sekali. Ish ish ish.

Mandi la dulu oi sebelum pergi masjid. Pokemak.