downgila: January 2013

Thursday, January 17, 2013

Pengalaman Mengambil Air Sembahyang Tadi

Tadi aku nak sembahyang Asar. Jadi aku kena lah ambil air sembahyang. Nak ambil air sembahyang kena la ada air. Tapi aku tak pergi bilik air, sebaliknya aku pergi bilik membasuh baju. Dekat situ pun ada air kalau engkorang nak tahu.

Sampai saje aku terus lipat lipat seluar aku dan menonggek. Dah sampai basuh tangan kanan, aku rasa nak terkentut, jadi sebelum aku habiskan mengambil air sembahyang, baik aku kentut terlebih dahulu. Tak payah ambil air sembahyang dua kali. Smarvo.

Tengah aku kentut, masuk seorang brader entah dari mana. Masuk masuk saja tepat aku kentut. Dia terus pandang aku semacam. Aku dalam keadaan masih menonggek secara konsisten juga memandang dia semacam. Kami bertukar tukar pandangan 'semacam' selama lebih kurang 4 saat

bent down kentut

Krik krik krik

Situasi menjadi pelik seketika.

Selepas itu beliau keluar dari bilik basuh baju tersebut dan menunggu giliran diluar, dan aku mengambil semula air sembahyang. Kami masing masing tidak memandang semasa aku keluar dari bilik membasuh baju.

"Hek eleh. Macam la kentut kau wangi sangat."

Monday, January 14, 2013

Downgila Wallpaper 5

Hazwan Kamarudin Waniey Khirzuan downgila wallpaper Sharifah Zohra Jabeen

Sebenarnya gua edit gambar ori ni tadi tak ada niat pun nak buat wallpaper. Sekali bila pandang, brader dalam gambar tu memang semacam tengah downgila. Jadi gua terus pekena buat jadi wallpaper.

DOWNLOAD SINI

Rasanya macam ada kasar sikit sebab gua tengah tak ada mouse sekarang. Padam semua guna mousepad. Haram jadah susah gila.

Model tersebut adalah brader Hazwan. Siapa siapa yang nak talent untuk modelling sila contact beliau melalui Twitter. Pencapaian terbaik beliau setakat ini adalah memenangi pertandingan gambor yang diajukan oleh Macbeth Malaysia sekaligus memenangi tiket free ke Rockaway 2012.

Sharifah Zohra Jabeen memalukan pelajar UUM bhavani

Kononnya Rendah Diri

study last minute exam universiti malaya

Gua sebenarnya dah lama sabar dengan manusia jenis macam bila kita tanya macam mana exam tadi
dia jawab macam..

"Alaaa...tak boleh jawab langsung paper tadi. Sedih.", lagi dramatik siap lap air mata.

Sekali keluar result, nah makan! A solid. Paling teruk B+. Cilaka. Sama la macam "Alaaa pointer aku teruk gila sem ni...", sekali pointer 3 lebih jugak. Cilaka lagi. Lu rasa lu merendah diri la cakap macam tu? Cuba la pikir perasaan pelajar pelajar kurang cemerlang macam gua ni. Kalau 3 pointer tu teruk, habis gua ni apa? Teruk anjing la?

Kalau result ok cakap saje la "Alhamdulillah result aku ok."

Susah sangat?

Friday, January 11, 2013

Cerita Separa Betul: Pengawas Peperiksaan

Bermula hari Rabu itu hari, gua memulakan peperiksaan akhir semester untuk semester ini. Dan sejak hari Rabu itu hari jugak, pengawas peperiksaan yang pendek tu tak habis habis usha gua dengan Bangi. Asal lalu sebelah gua je tersipu sipu.

Semalam pun, semalam lagi pun dan hari ni juga. Tapi tadi gua membuat pandangan tajam dekat dia, habis peperiksaan dia terus datang dekat gua.

"Maaf saya tak bermaksud nak tengok awak lama lama, tapi awak ni Sam Bunkface kan?"

"HAHAHAHHAHAHAJSHOAIUDOIU#$@#HOIUHiahsidhuieHQWEY*()EUYWQ!!*eyiuaosyd!!"

Notabunkface: Lu orang anggap je la cerita ni betul. Gua baru nak gembira sikit ni.

Tuesday, January 08, 2013

Nasihat Online

Masalah utama yang aku nampak dekat dgn gambar nasihat online yang sedang berlambak lambak dekat Pesbuk dan Twitter ni adalah, kau tak tahu pun betul ke ustaz tu ada cakap macam tu.

Kah kah kah.

Tapi sebab ada gambar Ustaz Azhar Idrus, semua betul. Orang yang tak setuju dengan kau semua jadik kafir.

Kah kah kah.

ceramah Ustaz azhar idrus youtube ustaz azhar 2013


Happy Birthday Warriors 0307

warriors 0307 sekolah sultan alam shah putrajaya sekolah kluster rozaini abdul rahman ismail mat safar safwan norizan

1) 8/1/2003 gua dan sejumlah lagi kutu harapan bangsa masuk Alam Shah.
2) Orang pertama gua kenal Izzat Isam. Lepas tu dia masuk bilik gua selamba padahal budak rumah lain.
3) Ketua bilik gua G-Mex. Nama betul dia Izzat. Cerita selanjutnya go SINI
4) Ketua aras Mozac. Nama dia Muiz. Seorang jejaka zuhud.
5) Duit gua hilang RM50.
6) Selipar tertinggal dekat rumah.
7) Hari ni cukuplah 10 tahun dari hari pertama gua masuk Alam Shah.
8) Kek yang lu orang ganyang masa lepas habis SPM sampai cikgu emo dulu macam mana kira?
9) Azi lalok dah kawen.
10) Eimad boleh tidor berjalan lagi tak?
11) Gua sayang lu orang semua.
12) Halimi rumah keenam.

Gua dah lambat ni nak pergi library buat efektif study besok ada paper. Assalamualaikum dan selamat standing in the eyes of the world.


Sunday, January 06, 2013

Perpustakaan

Gua tengah dekat Perpustakaan Utama Universiti Malaya ni. Ramai betul makwe makwe dan pakwe pakwe yang belajar dekat sini. Muka semua kelihatan bijak dan buat struggle. Gua? Peh baru sejam dua duduk sini gua rasa macam dah pandai.

Kah kah kah. Tak lama lagi boleh dah gua ganti tempat Syed Hamid Albar jadik menteri dalam negeri.

Friday, January 04, 2013

16018020068212

Pukul 11 pagi semalam dengan mata yang rabak baca buku berbagai formula, gua dapat sepucuk emel dari NetKL, gua punya tempat gua beli dot com tahun lepas. Faking laa sekejap je setahun dah.

Dear our valued user,
The domain(s) listed below are going to expire in 23 days. Renew now before it's too late...downgila.com - 16/01/2013
To ensure the domain does not expire, you should renew it now. You can do this from the domains management section of our client area here: http://billing.netkl.com
Should you allow the domain to expire, you will be able to renew it for up to 30 days after the renewal date. During this time, the domain will not be accessible so any web site or email services associated with it will stop working.
'Cilaka!'

Gua karate keyboard. Tengah tengah bankrap ni la mende alah expired ni nak buat hal. Tapi apa-apahal yang kat tajuk tu nombor akaun Bank Islam gua. Sila alert. Lu orang nak derma berapa pun gua terima. Kah kah kah

Hidup ni antara berani dengan tak berani je.

Thursday, January 03, 2013

Emoticon Tahi Pesbuk

shah iskandar rozita smiley tahi facebook poop emoticon facebook

Gua perati je dua tiga hari ni. Gua perati je. Penuh pesbuk dengan emoticon yang fresh dan hangat dan digemari hipster hipster pesbuk. Emoticon gambar tahi.

Habis kalau boleh semua status, komen gambar, komen status, komen apa semua kau nak letak emoticon tahi. Gua belum cuba lagi. Tapi budak budak ni buat gaya macam seronok pulak gayenye.

Apa yang seronok sangat gua tak tahu lah emoticon tahi ni. Gua hari-hari berak pun tak ada tengok tahi sendiri. Kadang kadang tu ada lah sekali dua. Tapi selalunya tak lah. Gua hanya fokus pandang depan saje. Jadi tak tahu apa yang seronok memandang tahi.

Jadi, gua harap ada la sekor dua hipster tolong perjelaskan isu kenapa pesbuk gua penuh dengan emoticon tahi ni sekarang. Dekat mana seronok dia dan kenapa semua tempat pun kau nak letak emoticon tersebut? Tak ada emoticon lain dah?

Mark Zuckerberg pun satu. Ejas koding pesbuk buat sambil lewa. Buat la emoticon muka Azwan Ali, boleh jugak gua buat bahan gelak. Ni buat emoticon tahi.

Lepas ni kalau ada member member lu orang post lagi emoticon tahi tu lu suruh diorang baca entri ni. Kah kah kah.

Dasar tahi.

Tuesday, January 01, 2013

Mencarut

Ta ta tra ta!!!
Ta ta tra ta tra ta!!!
Ta ta tra ta tra ta tra ta ta!!!

Counter-Terrorist win!

"Ceh senang....", kata gua berbangga dengan pencapaian diri mengalahkan orang jahat di dalam game Counter-Strike. Lebih separuh juga tepat tembakan ke kepala. Sedang gua ingin menyambung pusingan seterusnya, kedengaran bunyi seseorang ingin membuka pintu bilik. Gua biarkan. Mesti rumet gua si Uzbek.

Klak..Pintu terbukak. Betul tekaan gua, si Uzbek baru balik dari kelas. Muka beliau masa tu semacam sangat eksaited dan sangat tidak sabar ingin memberitahu gua sesuatu.

Sambil membuka kasut didepan pintu, Uzbek memulakan perbualan.

"Azwan! i learned a new Malay word today!!", Ujar beliau.

"Yeah? Good for you..And what's the word?", tanya gua untuk mendapatkan kepastian.

Sambil senyum dan nada yang gembira Uzbek menjawab.

"Pukimak!"

"............"

facepalm epic mengeluh downgila

Notakaki: Kalau lah gua boleh tembak manusia betul macam dalam Couter-Strike, gua memang pekena tembak siapa yang ajar uzbek mende mende tak elok gini. Asshole