downgila: July 2014

Wednesday, July 30, 2014

Saturday, July 26, 2014

Update secara langsung gua balik kampung

8.30
Gua mula bergerak dari Pantai Hillpark jam 8:30pm. Housemate gua hantar ke stesen LRT universiti.

9.15
Gua sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan. Pakcik gua plan nak amek gua kat sini. Pergh..last gua berhenti dekat stesen ni masa tingkatan tingkatan atas. Haram gua tak kenal langsung tempat ni. Makcik yang berniaga kuih tu pun dah takdek.

10.15
Pakcik gua sampai. Mari balik. Pahang power.

11.15
Gua nak tidur sekejap. Penat dari pagi tak tidur.

12.30am
Wehhhhh cibai gua baru di Bentong. Kereta bersusun macam lego. Gua ingat dah sampai, bangun bangun baru dekat Bentong. Dah tu bila nak sampai Lipis??

Gua rasa kerajaan negeri Pahang patut la buat jalan 2 lorong. Ape mende ni negeri punya banyak balak tapi jalan satu lorong ni. Faking!

Sunday, July 20, 2014

Zakat Fitrah Membersihkan Harta

MASJID MOSQUE Sultan Selim Mosque

Lama betul gua tak kemaskini blog. Tak ada laptop. Ni minggu lepas baru beli satu laptop baru. Baru boleh kemaskini. Kalau lu orang tahu, sekarang ni bulan pose, lu orang dah bayar zakat belum? Masa mula-mula gua into scene zakat, rasa berdebor je nak pergi bayar. Mana le tau kot-kot kena uji-uji macam ambik penilaian asas fardhu ain masa darjah 6 dulu. Kot-kot kena tanya "puasa penuh ke tak penuh?" guna mikrofon masjid. Sampai ada satu peringkat, rasa macam nak hafal semua surah surah lazim je sebelum pergi bayar.

Gua into scene zakat ni sejak ada duit sendiri. Bapak gua tak suruh, gua sendiri yang volunteer.Biasanya gua pergi bayar zakat di Masjid Bapong yang terletak kira-kira 3 kilometer mengikut jalan kereta. kalau ikut jalan semak dari dapur rumah gua, mungkin 1 kilometer. Tapi kalau tergelincir masa menurun bukit bawah pokok manggis tu, memang balik rumah semula le makan murtabak. Seluar cantik ada satu je. Takkan nak pakai seluar jean koyak lutut pergi bayar. Pakai kain pelikat? Hehe..macam tak ngam je..

Biasanya gua akan bertolak ke masjid selepas reda kenyang berbuka. Lebih kurang sebelum isyak. Sebelum pergi, gua akan mandi sepenuh hati. Zaman-zaman punk habis sekolah dulu ingat senang ke nak dapat peluang mandi lama-lama. Asyik sibuk je dekat kelas pergi prep.

Selesai mandi, gua berdepan tugas sukar iaitu mencari pakaian sesuai ke masjid. Selepas puas selongkar almari, barulah dapat baju melayu yang dah tak berapa dengan seluar slack yang dah bau almari. Dah settle semua, usha-usha sikit buku PAFA adik gua, sauk murtabak sepotong, cilok kunci motor bapak gua, gua start motor dan terus merempit ke masjid. 

Sampai masjid gua, gua parking motor dan usha line dulu. Kemudian gua akan tersengih-sengih masuk ke perkarangan masjid. Motor vespa banyak sticker amil zakat tu dah ada nampaknya. Selalunya mesti ada sekor-dua kutu melepak di meja moreh yang sedar kelibat gua. Hek eleh macam tak pernah tengok orang pergi masjid..

Di satu sudut di dalam masjid, dah bersila amil zakat dengan buku resit dan karung duitnya. Ada juga gua dengar khabar angin dekat negeri selangor sana, dia punya amil zakat terer tak terer boleh pakai Mercedes. Tapi amil zakat kampung gua ni nampaknya baik-baik dan amanah orangnya. Gua biasa lalu depan rumah dia. Tak ade Mercedes.

Hah masa ni kemuncak berdebar dia dah datang. Gua tersengih-sengih bersila tunggu turn. Pakcik-pakcik depan gua ni kadang sampai 18 kepala nak kena bayar. Ada yang nama anak sendiri pun lupa.

Bila sampai turn gua. Gua kasi IC. Dia bagi satu potongan ayat suruh baca. Peh bahasa melayu pulak tu. Tersengih je gua tengok. Gua passing dalam 5-6 ringgit je kot masa tu. Kemudian gua bersalaman dengan erat dan membaca niat dengan seikhlasnya. Kacang gila. Membazir je berdebar tadi.

Siap saja berzakat, rasa macam berbunga-bunga hati. Balik rumah girang je. Muka berseri-seri dan rasa macam orang baik-baik. Balik rumah naik motor rasa macam nak menyanyi nasyid.

Akhirnya tahun itu berjaya gua menyempurnakan zakat buat kali pertama secara solo. Tahun seterusnya, gua dah tak risau dan lebih konfiden. Tahun ni rasanya kena bayar kat kolumpo sebab gua mencari rezeki di kolumpo sekarang. Sini lagi senang, tak payah cari baju melayu. Dekat supermarket pun ada orang kutip. Hah esok lusa boleh le pergi.

Semoga semua mendapat moral dari cerita saya tadi. Sekian, selamat menunaikan rukun Islam yang ke..hehe cari sendiri. Takkan itu pun gua nak bagitau.