downgila: December 2011

Friday, December 30, 2011

Hal Ehwal Bertumbuk

Hari ni dah Jumaat, lagi beberapa hari gua punya peperiksaan akhir semester untuk Semester pertama tahun 3 akan bermula, tapi gua masih lagi kucar kacir bila masuk bab belajar kejuruteraan ni. Bukak nota terus rasa sakit perut, mata, hati dan fizikal. Menyebabkan gua rasa mengantuk.

Memang tak masuk betul belajar dengan jiwa gua. Buat header blog lagi senang, amek gambar makwe korea sikit, crop crop, edit bagi nampak lagi nghh, lepas tu tepek tepek sikit tulisan. Pejam sebelah mata pun boleh buat. Sama juga macam bertumbuk.

Mengenai hal bertumbuk, tadi gua ada terserempak dengan musuh ketat gua masa orientasi dulu. Itu jam, gua punya dendam lama menaik. Nasib baik gua tengah makan nasik ayam dekat dewan makan. Mamat tu betul-betul duduk meja depan gua. Kalau gua attack secara solo tadi, ada kemungkinan juga bahu gua akan kembali patah.

Mamat tu duduk makan bertiga. Tangan gua dah capai telefon nak tekan nombor Afif Fadhuli sebagai unit sokongan. Tapi bila gua fikir balik, leceh juga sakit sakit badan ni. Gua dah la nak exam. Lagi pun nanti tak selesa pula orang lain nak makan nasi ayam sambil meja terbalik.  Afif Fadhuli  dah tentu time tu sibuk melayan rumet dia si Slim bermain Dota.

Jadi gua lepaskan dia buat masa ini. Gua siap makan terus pergi solat Jumaat.

Monday, December 26, 2011

Gelak Kuat Kuat : Nara Tak Gentar


Kah kah kah. Gua dengar cerita mamat dalam video ni dapat ratus ratus ribu setahun. Best jadik blogger popular ni. Tapi silap silap boleh menghidap penyakit bangang jugak. Kah kah kah. Nak lagi dramatik play sekali dengan video no 2 kat bawah tu. Video kat dalam

Saturday, December 24, 2011

MAGIK


Magik betul mesin ni, gua masuk baju separa basah keluar keluar dah kering macam lepas sidai tengah panas. Dah la murah. Apa? Tak pernah layan mesin ni? Keringkan pakai tangan je? Lu memang malang.

Friday, December 23, 2011

MEMORI


Tahun 2002. Gua pergi satu kedai kaset dekat Lipis angkat kaset band ni. Amek masa berbulan bulan gua simpan duit belanja sekola gua hari hari. Harga dia masa tu RM 12.60. Masa gua angkat tu, tauke kedai kaset tu nyanyi lagu cina apa tah. Gua ingat lagi. Celaka.

Balik rumah, gua layan kaset band ni sambil potong manila kad. Konon buat blok baju band ni. Celaka. Hari sabtu pergi bandar muka berlagak pakai baju tulis Slipknot garisan atas bawah. Masa tu kat Lipis gua sorang je ada kaset Slipknot. Member member semua layan Tomok yang masa tu suara masih sengau gila. Tak sedap langsung.

Tuesday, December 20, 2011

Menghitung Hari



Bila gua kira kira balik, lagi berapa hari saja lagi nak masuk tahun 2012. Gila babi steady. Tambah lagi 8 tahun. Jadi tahun 2020. Waktu tahun 2020, wawasan yang Malaysia canangkan sudah tercapai. Kereta semua dah boleh terbang. Rakyat semua pakai baju kilat kilat kaler perak. Kebanyak benda dah sudah maju dan menggunakan teknologi tanpa wayar. (wireless) termasuk siram pokok bunga. Geran tanah pun dalam disket.

Nasi dah tak payah makan. Cuma kena makan pil perasa nasi je. Kalau pil kaler kuning, nasi minyak. Kalau kaler kuning pekat sikit, pulut kuning. Kalau pil kaler putih ada sedikit sedikit merah, nasik lemak sambal lebih. Begitulah seterusnya mengikut aturan warna dan saiz yang ditetapkan oleh lembaga padi. Hal yang sama turut berlaku kepada alam buku yang mana kedai buku semuanya digantikan dengan kedai laptop.

Sebenarnya tempoh 8 tahun adalah satu tempoh yang agak singkat berdasarkan pengalaman gua menempuh tiga kali 10 tahun sebelum ini (1990, 2000, 2010). Jadi pandangan gua kerajaan mesti tengah giat dalam menjayakan misi wawasan 2020 secara intensif dengan menggunakan orang-orang macam gua di Putrajaya.

Sebagai contoh simpang 2 tengah selepas Dewan Tunku Cansellor di UM perlulah disediakan traffic light supaya kereta tidak lah memasuki simpang secara mengejut dan mengakibatkan kecederaan kepada gua dan Motor gua. Tadi gua lalu naik Ninja dah barai tayar belakang bunyi kruk kruk sampai kolej. Tapi bila gua pikir balik waktu gua sedang tulis ayat ni, buat apa nak ada simpang masa tu kereta semua terbang dengan menggunakan gas hidrogen.

Dalam arena politik dan majlis rasmi, Najib lebih banyak dalam bentuk hologram. Orang murusuh pun dalam bentuk hologram. Bila kena FRU tembak gas, mata tak pedih dan mereka terasa seperti dipermainkan.

Tapi bila gua fikir balik. Sebenarnya time time macam ni baik gua tidur. Malam karang gua nak pergi siapkan sedikit kerja sekolah yang sangat bugima bersama Sarawak dan Bangi.


Notakaki : Apa azam 2012 lu orang? gua ingat lepas tulang gua dah sambung gua nak cuba menempatkan diri dalam pasukan duathlon Pahang.

*****

Saturday, December 17, 2011

Membukak Pintu



DANGG!!!

Bunyi pintu kedai runcit di lorong Jalan Pasar di Pudu terbuka dengan amarah memecah keheningan pagi. Dari dalam kedai itu, muncul seorang pemuda berambut panjang serabai, paras bahu dan bersinglet lusuh disertai gambar Godzilla

"Jilaka Betul..." sungut pemuda itu sambil kedua-dua biji mata liar mencari-cari sesuatu berhampirannya.

DANGGG!!!!

Akhirnya seluruh pintu gelangsar kedai itu tersingkap apabila ditolak ke atas dengan sebatang penyapu. Pemuda itu kemudian mencampak batang penyapu yang digunanya tadi ke dalam longkang tepi kaki lima.

Terbukanya pintu gelangsar tadi tidaklah menampakkan paras rupa keadaan di dalam kedai itu. Ia masih berhadang dengan cermin hitam pekat dan hanya terdapat satu pintu cermin jenis tolak tarik untuk keluar masuk yang juga hitam pekat.

Hitam pekat cermin kedai itu bukan lah seperti cermin tinted biasa. Ia menyebabkan orang di kaki lima tidak nampak aktiviti di dalam kedai. Orang yang di dalam juga tidak nampak apa yang berlaku di kaki lima kerana seluruh cermin dicat dengan cat hitam jenis kilat. Win Win situation orang kabor. Kalau diperhatikan betul-betul kelihatan kesan berus cat lintang-pukang di permukaan cermin.

Tanpa disedari pemuda itu sudah masuk ke dalam. Ni apa benda yang gua nak cerita pun gua tak tahu.

******

Friday, December 16, 2011

TIPS : GUNA FACEBOOK BARU "TIMELINE"


Tadi kecoh kecoh dekat Twitter pasal FB punya profile baru. Nama dia timeline. Sekarang masih dalah percubaan. Tapi kepada kutu yang tak ada kerja nk try boleh guna steps dibawah

1) Go SINI.

2) Click “Get Timeline.” ...Tudia. dah enabled, tapi belum published lagi

3) Click “Publish Now.” Siap

4) Klik share button kat sebelah. Share dengan member, Jangan nak song song. Bila melayu nak maju?

Dah enable jangan nak banyak bunyik privacy lu orang terganggu la apa. Dah kalau nk privacy sangat pergi buat social network sendiri. Suruh atuk lu, nenek, abang saudara, adik angkat lu orang je guna. Baru ada privasi. Guna benda free nak banyak komplen. Gua panas betul dengan sakai sakai macam ni. Sekian Terima Kasih

Contoh Profile baru dekat dalam...

Wednesday, December 14, 2011

GOKU GOKU JADIAN

YA DENGAN INI SAYA MEMPERKENAL SEGMEN TERBARU! SEGMEN BBNU! BUDAK BARU NAK UP! SEBAB SUSAH MENULIS, GUA UPLOAD GAMBAR JE. KLIK UNTUK SAIZ ASAL. 

YA ALLAH!

ORANG YG TRIM RMBUT KUTU KUTU NI PUN SURE GELAK

ASTARGHFIRULLAH!! MINTAK SIMPANG

Tuesday, December 13, 2011

Soalan Kacak


Buat sesiapa yg tak tahu lagi, baru baru ni gua eksiden, ada patah bahu, so sebelah tangan gua tak berapa efisyen, nak menaik pun payah. Hah tengok dah salah eja. Ahh gua malas nak padam.

So untuk 3 hari, gua terpaksa berehat di rumah di Lipis. Nak dijadikan cerita satu hari gua kat rumah, ada la jiran jiran datang rumah, bila nampak gua tangan sebelah ada kain anduh ni dia tanya la mak gua.

"Lahh kenapenye anak aok ni Ne....", Ne tu nickname mak gua.

"Eksiden kelmarin kat UM, patoh bahu tu"

"Naik moto??"

"Ha'ah..nak ngelok kerete last last langgor ke divider"

"Pastu tu jatuh la tuu?"

Gua dengar terus menjawab dalam hati

"Takde ahh, keh terbang.....bengap"

Okey, itu aja gua nak cakap. Sekian, terima kasih

Friday, December 09, 2011

TILL I COLLAPSE



Semalam ada musibah sikit melanda gua dan sarawak. nanti tangan gua dah elok dua dua belah gua bagi detailed report apa yg terjadi. Sekarang susah sikit sebab nak menulis guna sebelah tangan adalah sangat sakit hati.

[Intro:]
'Cause sometimes you just feel tired,
Feel weak, and when you feel weak, you feel like you wanna just give up.
But you gotta search within you, you gotta find that inner strength
And just pull that shit out of you and get that motivation to not give up
And not be a quitter, no matter how bad you wanna just fall flat on your face and collapse.

Monday, December 05, 2011

Barai


Dulu masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5, gua tinggal di asrama. Macam biasa lah, kalau tinggal di asrama, kerja gua hari-hari selama 5 musim itu adalah pergi sekolah. Gua pergi sekolah dari pagi pukul 7.15 sampai ke pukul 1.50 petang.

Kemudian dari pukul 2.30 petang sampai pukul 4.30 petang. Ada prep petang, masa tingkatan 1, prep petang adalah masa untuk rilek rilek di kelas walaupun selalunya berpeluh peluh. Tapi bila naik tingkatan 5 ada je lah kelas tambahan.

Tak habis lagi. Kemudian malam pun ada dari pukul 9 sampai pukul 11 malam. Esoknya ulang lagi. Lusa pun.

Disebabkan perasaan tertekan yang amat sangat, gua dan geng geng gua selalu merakam beberapa video ekstrem.

Pagi ni gua fikir balik, barai betul gua dulu. Barai barai. Bukan sikit sikit punya barai. Gila babi punya barai. Barai square



Notakaki : Mana satu gua pun gua tak ingat. Budak yang supply camera High Definition ni sekarang dekat Indon buat medic. Yang baju belang belang tu kat Jepun buat engineering.

*****

Saturday, December 03, 2011

Pancut Dalam Telinga II


OK..macam biasa. Guna 2 video ni untuk relaks dan jangan dengar time lepas clash. Penghayatan perlu ada. Tutup mata, pkai headphone, full volume, kalau boleh pkai HD punya quality dekat video tu. Bagi 2 2 video habis load dulu

Video kat dalam

Thursday, December 01, 2011

Design Logo Untuk Kawan Lama



Kadang kadang bila gua tak tahu nak buat apa sedangkan report lab berlambak lambak gua kena setelkan, gua suka mendesign logo. Haritu Bangi ada mintak design logo ragbi kolej dia. Gua ada la cuba cuba nak design. Ramai yang mengambil remeh hal hal design logo ni. Ramai yang menyangka bahawa design logo adalah kerja mudah dan boleh dibuat oleh orang banyak.

Walhal sebenarnya proses pembuatan logo adalah sangat rumit kerana ia memerlukan kreativiti yang tinggi dan kajian yang banyak. Logo perlulah padat, ringkas, sendat dan paling penting, dalam logo yang ringkas, mesej yang hendak disampaikan mestilah sampai. Kalau tak sampai, bukan lah logo. Ia lebih sesuai dipanggil sampah ataupun pembaziran masa.