downgila: August 2012

Thursday, August 30, 2012

Kisah Hari Last Praktikal

Selesai 10 minggu pertapaan gua di site Mutiara Damansara dan lepas ni tak perlu lah lagi gua pekena RedBull setelah pulang dari kerja. Tapi nampaknya, Gua masih lagi antara yang terbaik dalam pengurusan hal hal jaga hati pekerja.

Buktinya, hari ni bangla bangla site gua menganjurkan makan makan Beriani dan kari daging lembu. Gua sebenarnya terharu jugak. Rasa diri seperti dihargai. Disebabkan gua terharu, gua makan 4 pinggan nasi beriani. Kah kah kah.

Ni gua selitkan sikit gambar sempena hari last praktikal ni.

Ni beras yang bangla2 ni guna. Kecik gila. Satu pack kecik RM16 katanya. Masa raya RM18. Tak ada jual kat IKEA

bangladesh rice beriyani shukri azriy shahrir popo roseley downgila nasi beriani bangla Universiti malaya internshipNi dessert diorang. Entah pelancau dia tulis

bangladesh rice beriyani shukri azriy shahrir popo roseley downgila nasi beriani bangla Universiti malaya internshipBangla tengah masak. Rilek aje tak pakai baju. Patut la extra sedap

Ni dessert, mende alah tadi tu masak dengan susu. Campak kismis sedas dua. Sedap terok!

bangladesh rice beriyani shukri azriy shahrir popo roseley downgila nasi beriani bangla Universiti malaya internshipDengan Engineer

bangladesh rice beriyani shukri azriy shahrir popo roseley downgila nasi beriani banglaDengan 'Engineer'

Tu je la gambor. Ok. Lu orang g la baca post lama lama dulu. Gua nak pergi tandas untuk kali ke 4 ni. Sakit pulak perut.

Sunday, August 26, 2012

No Zo No Zonomi!



Nokharommmmmm ini lah lagu yang paling comel dan sesuai didengar oleh kutu kutu yang berada di ceruk tokkun dan yang baru lepas kena buang kerja.

Takyah sedih sedih! Happy Happy Happy!!!

Kamu kamu to nyan nyan nyan nyan funyan!!!! ARGHHHH$@@!!!HJHL&^QDDHo9UWUIE!!(!@EED

Hal Raya : Ketagihan

kuih raya murah tesco cookie chocolate

Kalau lu orang nak tahu kan, sekarang kan, gua kan, mengalami satu tabiat aneh taw. Balik kerja, gua jadi menggigil. Macam ada benda tak kena. Mulut rasa macam tak ngam. Rasa macam tekak nak kabor sesuatu. Muahh

Hah kesudahannya kuih tat nenas Tesco gua kira tadi dah tinggal dalam 3-4 biji je. Lepas ni gua attack biskut coklat cip Tesco pulak. Dah habis biskut coklat cip Tesco, kuih yang petak-petak, lepas tu bintang-bintang..nasib baik duduk kolumpo susah nak jumpa bahulu dalam tin Milo bersaiz jumbo tuh.

Friday, August 24, 2012

Liverpool & Kholis

Liverpool new shirt banner

Liverpool's league season got off to a very depressing start yesterday with a 3-0 loss to West Bromwich Albion. The goals came from Zoltan Gera, Peter Odemwingie (penalty) and Romelu Lukaku, providing Liverpool with their worst ever result in an opening Premier League fixture.
Malam tu gua tengah baring baring. Penat beraya katanya, padahal lepas sembahyang raya tadi pekena tidor jugak sampai kepetang

Treettt treettt mesej masuk, semenjak hari raya ni meriah sungguh henpon gua berbunyik.

Nama Kholis naik. Gua tekan ‘read’

“Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Semoga aidilftri kali ini…bla3 bla3, dari kholis, isteri dan anak anak”

Peh, scene “isteri dan anak anak” ni makin menjadi jadi pulak semenjak dua mnjak ni. Mengada ngada. Itu hari Mok mesej pun ada jugak anak anak dan isteri ni. Cina pun sama mesej ada jugak ayat tu.

Gua terus tekan ‘Reply’

“Salam 3-0”

“Kena bahan sek sek kito,kih kih kih”, balas Kholis

Berita lanjut GO SINI

Thursday, August 23, 2012

Hal Raya : ATM

Orang tua old man downgila ATM malaysia

Pakcik berkopiah putih dan lusuh tersebut memasukkan kad atm ke dalam mesin keluar duit automatik. Tapi taknya boleh boleh juga. Dia berusaha berulang ulang kali namun usahanya tidak berhasil. Pakcik yang kedua cuba membantu. Hasilnya tetap sama. Pakcik yang pertama tadi ambil keputusan bertanya orang di dalam bank.

Sampai giliran pakcik yang kedua. 

Pakcik yang kedua ambil alih mesin atm. Kusangkakan pakcik yang kedua ini mampu melakukan yang terbaik berdasarkan lagaknya menjadi jurulatih pakcik yang pertama tadi. Sangkaanku jauh meleset. Pakcik yang kedua masuk kad terbalik sambil tersengih " Aih..taknye boleh juga..". Pakcik yang kedua turut mengikut jejak langkah pakcik yang pertama. Masuk ke dalam bank dan bertanya orang bank.

Sampai giliran pakcik yang ketiga.

Pakcik yang ketiga nampaknya dari golongan professional. Sekejap saja dia settlekan pengeluaran duit, mengira-ngira duit dan terus blah dengan muka yang puas dan buas. Masa tu datang pulak idea bernas entah dari mana.

"Ni kalau aku bukak bengkel Cara-cara Mengeluarkan Duit Di ATM kat Lipis ni mau berkoyan koyan duit masuk ni."

Friday, August 17, 2012

Monday, August 13, 2012

Peh Lu Pernah Kena Hentak Dekat Kepala?

downgila gamep01nt isteri henyak kepala suami gaduh

Hari panas betul dekat luar, habis merekah dah bibir gua. Lepak dalam site opis sekejap dalam air cond. Abang Ibrahim pulak buat tebiat pasang lagu raya. Peh semangat balik kampung bercampur sikit sikit sedih mula menaik.

Sambil mendengar lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf, gua sikit sikit ke surat khabar Metro. Abang ni dah tau Metro ni cerita pelancau bodoh gila pun pergi beli lagi. Nenek cucu 12 jadik pelacur pun boleh jadi cerita. Metro Metro....Tiba tiba, ada satu berita ni terpampang besar. Gua jadi bagi perhatian.

"ISTERI HENYAK KEPALA SUAMI"

"Peh 90% neraka dah makwe ni", pikir gua sendirian.

Pasalnye laki dia tak kasi shopping raya. Apa ke bebal la pergi tala kepala laki dia dengan lesung batu. Dah berdarah kepala kawan tu. Bini dia ni pun satu. Jenis berkawan dengan Jin Sogo.

Notakaki: Betul, Syurga dibawah tapak kaki suami. Faktor bentuk kaki tolak tepi

The Bourne Legacy Movie Review

Aaron Cross (Jeremy Renner) and Marta Shearing (Rachel Weisz) in an action sequence from The Bourne Legacy. The franchise, now four installments in, marches on with a new lead character and actor.

Walaupun duit gua dalam kocek ada lagi RM5, dalam bank ada RM15, gua gagahkan jugak beli tiket nak tengok citer The Bourne Legacy ni. Tiket RM14 mahal pulak hari ahad ni.

Cerita ni sebenarnya BUKAN sambungan Bourne yang sebelum ni. Tapi cerita dia berjalan pada masa yang sama dengan part ke 3 Bourne tu, Bourne : Ultimatum.

The Bourne Legacy

Director: Tony Gilroy
Genre: Action
Running Time: 135 minutes
Rated PG-13 for violence and intense action sequences

With: Jeremy Renner, Edward Norton, Rachel Weisz, Joan Allen, Albert Finney
The Bourne Legacy ni sebenarnya novel jugak, tulisan Eric Van Lustbader, dia macam sambung cerita Bourne yang asal tu punya penulis. Robert Ludlum. Cerita dia sebenarnya lebih kurang sama aje. Kalau dulu, Bourne ni dari projek rahsia kaw kaw nama dia Treadstone/Blackbriar, mamat kali ni, nama ejen dia bukan Jason Bourne. Tapi Aaron Cross. Aaron Cross ni asal dari program yang upgrade lagi dari Treadstone/Blackbriar, Outcome

Beza Outcome dgn Blackbriar ni jelas jugak. Ejen ejen Outcome ni diorang kena makan ubat. Bourne tak makan ubat, sebab tu gua rasa Bourne lagi lejen. Ubat ni akan modify kromosom pelancau semua so diorang ni jadik "Super-Soldier". Lagi kuat, kurang rasa sakit, leh lompat tinggi semua la. Tapi ada la masalah gua malas nak cerita panjang, so pihak atasan kena hentikan projek Outcome ni. Cara nak stop? Bunuh semua yang terlibat.

Aaron Cross (Jeremy Renner) and Marta Shearing (Rachel Weisz) in an action sequence from The Bourne Legacy. The franchise, now four installments in, marches on with a new lead character and actor.

Jadi ceritanya tuan tuan, Aaron Cross ni dapat larikan diri dari peluru berpandu tebabom semua la sebab dia main karakter kan. Dengan power dia, dia boleh sampai US balik dan carik sorang makwe ni nama dia Dr Marta. Makwe ni la yang buat ubat yang si Aaron ni makan. Takde ubat ni mula la ejen ejen ni jadik kucar kacir.

Tapi masalah dia, ubat tu dah habis. Dah tak ade lagi buat. Sampai ceruk tok kun pun dah tak ada jual ubat tu. Macam mana diorang nak atasi masalah ni? Dah la ada ramai orang datang nak bunuh diorang. Polis semua kejar. Ada ejen Mat Korea lagi kejar diorang. Hah! Lu orang tengok sendiri kat wayang la kah kah kah. Gua beli tiket mahal mahal sedap hati aje nak cerita semua?

Jadi secara keseluruhan , kalau letak 'benchmark' dekat cerita asal Bourne tu 10, gua kasi movie ni 8/10 la. Padat dengan aksi tapi awal awal tu slow sikit.

Sekarang ni dari gua melalut baik gua ikhtiar macam mana nak hidup duit dalam dompet ada lagi 8 ringgit sen sen. The Bourne Legacy BRRIP free download mediafire single link DVDrip MKV

Thursday, August 09, 2012

Tiket

Transnasional down gila tiket kuala lipis skim lindungan mesra selalu

Sekarang dekat tempat kerja memang gua dah tak boleh fokus, pandang bangla A nampak lemang, pandang bangla B nampak rendang. Ahhh sakit...

Hari Ahad tempoh hari gua ada beli tiket untuk balik kampung. Selamat gua cepat sikit aje. Kucar kacir juga gua merempit ke Pekeliling carik tiket.Sekali sekala accelerate, sekali sekala brek, sekali sekala isi minyak kuning 5 ringgit. Ni tiket nombor 3 last. Tengok seat pun dah 10A. Peh peh sipi sipi lagi gua balik kampung tumpang lori sawit.

Cuma yang gua tak puas hati kenapa tiket makin mahal ni? Dulu masa sekolah tiket gua RM9.40. Pastu naik 11.30, pastu naik lagi RM 14.60, pastu haritu naik lagi RM 14.70. Ni celaka apa "Skim Lindungan Mesra Selalu" pun gua tak tahu. Dari tahun 2003 gua naik bas ni tak pernah ada makwe bas cun nak bagi 'layanan mesra' pun?

Monday, August 06, 2012

Bapak Gua

downgila Lee Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta Muka Hadapan Kosmo

Bapak gua seorang peminat sukan bolasepak nombor satu. Dia dah layan bola ni sejak zaman liga semi-pro. Handal tak handal, semua pemain bolasepak liga semi-pro dia kenal nama. Semua negeri. Termasuk pasukan polis dan tentera yang masa tu memang sayur habis. Kalau lawan Pahang, semua jadi budak pengakap.

Zaman tu, dia memang kuat pergi stadium. Kalau Pahang main dekat Perlis, mesti tengok walaupun ada siaran langsung dalam TV. Member askar semua pergi stadium, apa barang tengok kat rumah. Makcik makcik je tengok kat rumah sambil lipat kain. Itu pun ada anak yang tak reti bahasa, orang nak tengok bola dia boleh alih nak tengok Opah.

Pernah la satu kali tu gua layan Pahang lawan Perlis dekat stadium apa ntah dekat Perlis tu. Masa tu gua duduk Perlis. Bapak gua punya la semangat sanggup tempah teksi awal awal nak bawak kita orang tengok Pahang main. Masa tu bapak gua tak cukup duit lagi nak beli kereta. Motor Vespa je ade. Mana cukup nak bawak mak, along, angah, gua dengan adik gua masa tu.

Bila masuk era Liga M, dia dah tak berapa. Zainal Abidin Hassan pun dah main bek. Dunhill dah berenti supply duit rokok. Main dah banyak melompat. Khairul Azman merajuk pindah Sabah. Ada satu dua tahun tu takde pemain import. Astro pun dah sampai bawak siaran langsung bola orang putih. Dulu cuma dapat tengok highlight.

Sekarang lepas ada Astro sendiri, semua jenis bola bapak gua dapat tengok. Tapi team Pahang pulak yang main macam monyet. Sebab tu sejak dua menjak ni bapak gua lebih ke Maria Sharapova daripada tengok bola. Lee Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta – Muka Hadapan Kosmo

Friday, August 03, 2012

Kad Raya

Sesiapa yang masih mempunyai tabiat suka menghantar kad raya bolehlah berbuat demikian dengan menghantarnya ke alamat di bawah. Nanti gua balas sekali dengan bedak wangi selit selit dalam kasi macam surat cinta. Bosan ah asyik main SMS. Tak ada thrill langsung nak sambut raya.

Alamatkan ke >>

Azwan Mat Datar,
Lot 688, Kampung Berembang,
27200, Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur

Wednesday, August 01, 2012

Tak Payah La Bangga Sangat Kawan

downgila sedih

Gua ni bukan la baik sangat. Kalau suruh jadi imam, silap ari bulan gua pecut saf paling belakang takpun buat buat sakit perut. Tapi paham paham la ni bulan puasa kan. Gua nak mengajak pergi solat terawih pun nanti ada la yang cakap macam baik sangat la pelancau.

Ni orang malam malam sibuk berzanji, berteraweh, berzikir, lu sibuk dekat kelab malam sambut "End Of July". Botol arak dekat je kat sebelah. Gua cuba pikir positif la yang lu tak sentuh pun. Lu pekena Redbull aje la kan. Tapi, guna la otak sikit, pikir logik, dah buat mende tak elok tu tak payah la nak bangga bangga tayang dekat Pesbuk. Lu ni bengap tahap High Definition ke otak tertinggal dalam almari ke macam mane?

“Jibril telah mendatangiku, kemudian dia berkata: “Celakalah orang yang menjumpai Ramadhân lalu tidak diampuni”. Maka aku menjawab: “Amîn”.