Bapak Gua | downgila

Monday, August 06, 2012

Bapak Gua

downgila Lee Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta Muka Hadapan Kosmo

Bapak gua seorang peminat sukan bolasepak nombor satu. Dia dah layan bola ni sejak zaman liga semi-pro. Handal tak handal, semua pemain bolasepak liga semi-pro dia kenal nama. Semua negeri. Termasuk pasukan polis dan tentera yang masa tu memang sayur habis. Kalau lawan Pahang, semua jadi budak pengakap.

Zaman tu, dia memang kuat pergi stadium. Kalau Pahang main dekat Perlis, mesti tengok walaupun ada siaran langsung dalam TV. Member askar semua pergi stadium, apa barang tengok kat rumah. Makcik makcik je tengok kat rumah sambil lipat kain. Itu pun ada anak yang tak reti bahasa, orang nak tengok bola dia boleh alih nak tengok Opah.

Pernah la satu kali tu gua layan Pahang lawan Perlis dekat stadium apa ntah dekat Perlis tu. Masa tu gua duduk Perlis. Bapak gua punya la semangat sanggup tempah teksi awal awal nak bawak kita orang tengok Pahang main. Masa tu bapak gua tak cukup duit lagi nak beli kereta. Motor Vespa je ade. Mana cukup nak bawak mak, along, angah, gua dengan adik gua masa tu.

Bila masuk era Liga M, dia dah tak berapa. Zainal Abidin Hassan pun dah main bek. Dunhill dah berenti supply duit rokok. Main dah banyak melompat. Khairul Azman merajuk pindah Sabah. Ada satu dua tahun tu takde pemain import. Astro pun dah sampai bawak siaran langsung bola orang putih. Dulu cuma dapat tengok highlight.

Sekarang lepas ada Astro sendiri, semua jenis bola bapak gua dapat tengok. Tapi team Pahang pulak yang main macam monyet. Sebab tu sejak dua menjak ni bapak gua lebih ke Maria Sharapova daripada tengok bola. Lee Chong Wei Terlepas Habuan RM4 Juta – Muka Hadapan Kosmo



Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...