downgila: July 2011

Sunday, July 31, 2011

Askar Kah?


Orang nak jadi askar dia sibuk nak jadi askar. 
Ape dah tak ada kerja lain? 
Orang jadik askar pakai baju loreng seluar loreng dia pkai jeans
Orang jadik askar pakai Boots dia pkai Heels
Macam ni nak pertahankan negara. Balik lah. Cair make up nanti. 
Selamat ada Ana Rafali idaman hati

Mengancam la sial pantun 6 kerat gua. Komsas komsas

Illuminati & Freemason


Gua hairan la, budak budak bloggers sekarang, asal nampak menda yang pelik sikit nak dikaitkan dengan Freemason/Illuminati. Ada ayam illuminati sebab mata ayam tu sama dengan lukisan mata Illuminati, apakelancau bodoh sangat pergi percaya? ada duit Illuminati. Silap silap nanti buat kerepek bentuk mata pun orang cakap kerepek Illuminati. Ni la orang melayu, cepattt sangat percaya apa yang orang cakap tanpa buat sendiri kajian. Ni gua jumpa video pasal Illuminati di laman web Spectrum!!! Budak UM wajib tengok ni. Video kat dalam

Friday, July 29, 2011

Gua Pergi Hospital Semalam Part 2



Disebabkan gua tak pukul kaum wanita, tak ada transport nak balik sebab bapak gua balik rumah tertinggal henpon, nak tahan bas rasa macam tak 'indie', tak ada duit nak pergi Klinik Chong, gua teruskan jugak pergi ke department pesakit luar. Pesakit luar ni macam kalau lu demam ke, sakit kaki ke pape lah. Yang tak berat la. Masalahnye gua ni mata. Bukannye kes ringan beb. Lagipun gua dah tahan sakit dari pukul 5 tadi. 

Thursday, July 28, 2011

Gua Pergi Hospital Semalam Part 1


Semalam time gua tengah tidor, dalam pukul 4, tiba tiba mata gua sakit. Macam ada objek asing masuk dalam mata. Yang peliknya, gua tengah tidor. Kalau gua tengah bawak motor ke lain la habuk boleh masuk dalam mata. Ni gua tengah tidor. Mula mula gua buat stone je, tenyeh tenyeh sikit mata nanti hilang la. Tapi tak hilang jugak. Pastu mata gua jadi sakit gila. Jadik berair macam menangis sebab tengok cerekarama kat tv3.

Last last gua panas gua bangun lepas tu pergi bilik air. Gua cebuk air kolah, kasi celup sikit kepala gua dalam air. Bukak mata luas luas. Tapi objek asing ni degil nak mampos tak keluar keluar jugak. Bila gua tutup mata, jadi pedih gila mata gua. Gua tak boleh tidor beb, tengok kat cermin pun tak nampak menda alah ni.

Last last gua kejut bapak gua mintak tolong tengok tengok kan apa ada dalam mata gua, bapak gua jenis rabun dekat, lagi lah tak nampak. Rasa bersalah pun ada gua kejut dia kul 4. Puasa pun belum lagi nak bangun pukul 4 buat sahur. Last last gua redha pastu tidur balik. Tapi gua tak boleh tidur, just tunggu saje sampai pagi besok pergi hospital.

Golek golek sampai la pukul 7, seksa beb, pejam pun sakit, bukak lagi sakit. Dah la tak tau apa dalam mata. Misteri nusantara betul. Bila pukul 7, gua terus gerak pergi mandi. Hari ni la gua mandi pagi paling awal sejak gua balik rumah. Biasanya gua mandi pagi standard dalam pukul 11 macam tu. Lepas gua siap siap gua tengok cermin. Gua jadik terkejut sebab gua nampak Chace Crawford dalam cermin. Bila pandang dua kali baru gua perasan tu gua rupanya. Kacak jugak gua ni.

Lepas tu gua pergi hospital dengan bapak gua. Tangan gua setiap masa kena pegang sebelah mata gua. Kalau gua lepas jadik sakit. Ingatkan nak pergi klinik mata. Tapi kat kuala lipis ni mana ada klinik mata. Gua pun pergi hospital jek. Pergi kat kounter kecemasan. Sebab mata gua memang pedih ni beb. Lepas dah register semua, bader tu suruh gua duduk dulu. Gua pun macam

"Kecemasan kejadah kalau kau boleh suruh aku duduk duduk dulu. Mata gua dah sakit gila ni"

Nak cakap orang ramai macam kat PPUM tak jugak. Gua orang 1st kat situ. Memang sepatutnya gua boleh terus masuk buat rawatan. Tapi tidak di hospital kerajaan. Segala galanya kena ikut 'Prosedur'. Bugima.

Gua pun duduk duduk la dulu. Kat kounter pertanyaan ada awek, gua tak dapat nak pastikan comel ke tak sebab gua malas nak pandang. Hilang la macho sebelah mata kena tutup dengan tangan. Punya la lama gua tunggu 'kecemasan' ni. Dalam 20 minit jugak lah. Nama gua tak jugak kena panggil. Gua siap boleh nyanyi lagu raya lagi dalam hati. Berterabur juga senikata dia. Raya dah la tak lama lagi.

Dalam setengah jam baru nama gua kena panggil. Gua ingatkan dia nak suruh datang besok dah, pukimak lama gila kena tunggu. Masalahnye gua sorang je dekat situ. Apa yang bengap sangat amek masa lama gila?

Bila gua pergi dekat nurse tu, dia bagi borang suruh gua pergi dekat department Pesakit Luar pulak. Macam celaka!! Gila lama gua tunggu, dia suruh gua pergi tempat lain. Pesakit luar dah la ramai gila. Takkan gua nak tunggu lagi?? Mata gua dah sakit gila kot! Kalau nak suruh gua pergi kat pesakit luar, baik suruh gua pergi awal awal tadi bangang! Gua jadik rasa nak terajang akak tu. Tapi gua tak pukul kaum wanita.

Bersambung kat sini....

Adakah gua berjalan kaki sampai ke rumah kerana kecewa? Adakah nurse itu akan kena terajang di dada? Adakah gua kecewa dan pergi klinik swasta?

Tuesday, July 26, 2011

Scene Bola Malaysia

rajagopal malaysia harimau muda poster

Sekarang scene bola Malaysia memang mantap. Ramai gila budak budak, remaja, orang tua, makcik makcik sokong bola Malaysia, sampai mak gua pun aritu tengok bola. Sebelum ni dia mana into scene bola ni. Senang cakap kalau dah main bagus, memang ramai la tengok kan.

Monday, July 25, 2011

ARTWORK TRANSFORMERS GILA PUNYA AWESOME!



Pernah tengok Unapproved version robot robot ni? Mesti tak pernah kan. Ni gua nak tunjuk sikit gambar gambar Yang sangat sangat lah awesome. Selebihnya kat dalam. Reminder : Sila Klik gambar untuk size sebenar okaii

Road To Kuala Lipis 2


Sambungan sebelum ni..

6 PM
Gua sebat jugak. Bawak dalam 10 meter dari bilik gua dah mengah. Kalau gua nak berjalan sampai LRT memang patah la gua punya kaki. Gua timbang timbang guna naluri gua, beg gua ada la dalam 40 Kilo. Gila berat.

Gua amek keputusan tahan teksi. Tunggu teksi macam cilake. Asal gua tahan tak pernah nak berhenti. Padahal kalau awek yang tahan, Ada orang pun dia suruh orang tu turun nak kasi awek tu naik. Dalam 15 minit gua tunggu, teksi sampai. Gua usha driver dia. Pakcik melayu umur lingkungan 60-an

Sunday, July 24, 2011

'ART' PLANKING YANG PINCANG


Gua paham la sekarang ni Planking ni memang tengah trending. Gua pun ada rasa nak buat bila tengok Lelaki Taiping buat planking masa dia pergi buat kos work kat Terengganu. Planking ni setau gua---

1) Lu carik tempat yang agak agak best, pastu meniarap bagi flat 90 darjah
2) Err..Tak ada dah step kedua.

Senang kan. Tapi nak menguji ke-true-an Planker tu, dia kena meniarap dekat tempat yang lagi public. Maksudnya ramai orang la. Lagi public, lagi true. Tapi, pada gua kutu kutu kat atas ni bapak bangang sial. Sori klau bader yang dalam pic tu terasa. Tapi gua rasa lu orang tetap bengap. Kenapa? Read more

Saturday, July 23, 2011

Road To Kuala Lipis 1


Hari semalam, Jumaat, hari last short sem gua. Gua dah kena check out hari jumaat petang tu. Sepatutnya gua nak check out khamis dah. Tapi ada la hal skit kena check out jumaat pulak. Pagi pagi lagi gua dah mimpi kemas barang. Barang gua banyak gila. Nervous sampai terbawak bawak dalam mimpi. Bila gua bangun pagi tu, dalam pukul 12 tgh hari, gua online sekejap, cadang nak kemas barang. Tapi gua tangguh la dulu. Online sekejap. Tengok tengok ada tak awek awek comel e-mel gua ke, ada tak sapa sapa tag gua dalam gambar kasut ke, bra ke, ada ke mamat mamat bangang yang tak habis habis tukar relationship status, Pastu gua jadik teringat ingat mimpi gua kemas barang. Bodoh gila mimpi kemas barang, Tak 'true' langsung. Read more..

Thursday, July 21, 2011

Cakap Tamil


Tadi gua berborak dengan member lama dekat YM, lama betul tak jumpa member gua yang sorang ni, Tapi td dia ada cerita pasal anak jiran dia reti cakap tamil.

"Anak jiran gua reti cakap tamil  weh. Umur baru 5 tahun", jelas beliau

"Peh, 5 tahun? Power power. Gua sampai sekarang tak paham lagi sepatah haram jadah bahasa tamil, dia sekolah Tamil ke pe?", balas gua

"Tak lah. dia tak sekolah lagi.", jawapan buat gua makin menaik. Gua nak power tamil jugak

"Abes tu mana dia belajar?", gua tanya balik

"Mak dia India"

"Ohh. Ayah dia Melayu ke Cina? Kalau cina gua cop anak dia bila dah besar, anak mix cina india ni biasanya mantap", gua jawab

"Ayah dia pun India jugak lah", member gua jawab dengan selamba

"Pastu? Kalau dah ayah dengan mak dia india, standard r dia reti cakap tamil. Apa yang power??", gua dah panas ni

"Mana ada aku cakap dia power. Aku cakap dia reti cakap tamil je. Kau yang cakap dia power kenapa?"

"Macam setan", gua terus offline

Wednesday, July 20, 2011

Tunggu Gua Di Pintu Syurga

Photobucket
Pic ni bergerak weh! 

Keadaan panas macam cilake, gua masih berkaki ayam, 2 3 (masukkan penjodoh bilangan sendiri) makhluk Allah sedang berborak di depan gua, gua pelik, apahal gila panas ni, kaki gua dah melecur, teruk.  2 3 makhluk Allah tadi ushar gua semacam, gua jadik tak senang hati, 

"Errr....Kat mana ni bro? apahal panas gila. Naik bengap dah gua", tegur gua.

Tuesday, July 19, 2011

Bosan Bosan. Pap! Keluar Menda Ni


Klik untuk saiz yang ok.Klik zoom lagi sekali untuk size asal. Nak download silakan. Sesuai dijadikan Wallpaper, nampak cun dimana sahaja sebab gambar ni ada 'beliau' tengah senyum manja gitu.


Notakaki : image asal aku sebat kat google. kalau tuan gambar jumpa, gua mntak kebenaran guna. Salahkan google

Tribute Kepada Pihak Polis




Testing testing. Power Power in the house?? Power tak datang cikgu!
Polis sekarang power
Menteri menteri sekarang pun power. Read More..

Berdasarkan video diatas...gua dapat concludekan

Polis tahu buat kerja
Orang ramai tak tahu kerja polis
Polis pukul orang sebab sayang
Polis sikit, orang ramai, polis mesti menang jugak punn
Robocop pun tak macam ni
Kita kena terima hakikat bahawa ini semua kerja polis dan sebagai orang awam kita perlu kena pukul untuk membantu pihak polis.
Kerja polis ini semua bukan hasil bisikan iblis
Cubit peha polis, peha Najib terasa
Polis peramah
Polis dengan Buletin Utama, Berita Harian, Utusan memang kawan baik. Tak lupa jugak dengan rasuah
Orang dah nak mati baru polis berhenti sekejap jadi polis, pastu jadi bengap
Polis dengan Botak Juvana tak jauh beza sangat pun
A Galak nak kira macam mana?
Kalau rumah gua kena masuk perompak memang la gua panggil polis. Kuasa jahat kena la lawan dengan kuasa jahat.

KE MACAM MANA??

Sunday, July 17, 2011

Saving


Sekarang baru gua sedar susah nak cari duit. Tak ada duit memang sakit. Nak makan pun sekali sehari je. Sedih habis. Ni gua jadik nak belajar sungguh sungguh ni. Duit time short sem ni mengalir macam air. Sehari nak dekat RM 10 makan sahaja. Tu belum kira nak tengok wayang, nak makan kentaki ke tiba tiba kan. Mak gua bagi gua duit memang tak cukup lah kan. Bukan nak cakap mak gua tak nak bagi. Tapi setiap kali mak gua telefon, lepas dia tanya sehat ke tak, dia mesti tanya dah makan ke belum. Read more

Thursday, July 14, 2011

Happiness Has No Conditions : Gua Tacing


Gua tengok gambar gambar ni, jadi sedih pun ada. Gambar ni telah dirakan oleh Jin Yunzhong, pasal seorang pekerja penyapu jalan yang bermesra dengan cucu dia. Jangan tanya mana gua kenal bader Jin Yunzhong tu. Gua dapat gambar ni pun dari Fengniao.com. Sekutu kutu gua, gua still ada rasa terharu tengok gambar gambar ni. 

Dekat China, pekerja pekerja sapu sampah ni diorang pandang hina dan dianggap macam masyarakat bawahan la. Tapi diorang still happy dengan hidup diorang. Baru gua sedar. Kita belajar tinggi tinggi, gaji besar, kereta besar, bini lawa macam megan fox, semua tak ada guna kalau tak happy. Mana nak happy, hari hari menghadap muka client, anak semua terbiar, Gaji 18 ribu kalau tak happy pun tak ada guna. Kan? Ada 5 gambar semua. Ushar kat dalam lagi 4...

Tuesday, July 12, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Nasik + Ayam


Form 2 kalau dekat Alam Shah adalah masa yang paling jahanam sekali sepanjang 5 tahun gua duduk kat Alam Shah. Se jahanam-jahanam hidup gua time tu, ada lagi yang lagi teruk, Sarang Buaya dengan Otai Kedah lagi sakit. Selalu gila kena panggil dengan 'abang-abang' kena buat macam macam. Dari kemas bilik, buat megi, pijak pijak belakang sebab belakang lenguh dan macam macam lagi.

Nak dijadikan cerita, bilik gua dari form 1 sampai form 5 dekat tingkat atas sekali, tingkat 4. Sakit gila duduk tingkat atas ni, dah la hari hari kena naik tangga. Bila terlupa apa apa, macam terlupa pakai seluar dalam ke apa ke, mesti kena berlari lari manja naik sampai tingkat 4. Bila sampai atas berpeluh macam celaka. Nak pakai seluar dalam pun jadik lari 'tune'.

Paling sakit duduk tingkat atas ni kalau lu orang form 2, bila nak turun je, ada la senior mula buat bunyik memanggil macam "swiitt switt" tu. Tak pun di panggil "OI FORM 2!!"..lagi tahi bila dia panggil nama lu terus. Memang headshot kena kat kepala tak dapat mengelak dah. Biasanya kami akan turun ramai ramai satu group supaya abang abang akan jadi keliru tak tahu nak panggil yang mana satu, yang terkorban tu nasib la. Hidup sebagai form 2 sangat Syahid. Sedih sedih.

Satu hari ni, time puasa, gua dah tertinggal dengan 'group' gua, last last tu gua dah lambat gua sauk je turun sorang sorang. Waktu berbuka dah dekat. Nasik gua tak ambik lagi.

Sampai tingkat 3, floor form 3, takda siapa panggil sebab takkan la form 3 nak panggil form 2. Kalau diorang panggil pun gua buat dek sudah. Gua meneruskan perjalanan.

Sampai tingkat 2, floor form 4, gua jalan buat tak tahu, gua ada jugak dengar bunyik swiit swiit, tapi gua buat stone je. Jalan dah macam berlari. Punya takut kena panggil.

Sampai tingkat bawah sekali, tingkat paling ngeri, form 5. 'King' of Alam Shah. 3 saat pertama tak ada orang panggil. Gua dah gembira gila. Tapi langkah gua semakin laju. Baru nak bangga tak ada orang panggil. Tiba tiba...

"OI AZWAN MAT DATAR!", sorang senior form 5 ni jerit, NI LAH YANG DINAMAKAN HEADSHOT! memang time tu gua macam

"Aduh! celaka betul kantoi"

Gua datang dekat abang tu, dia cakap macam ni. Ayat dia sangat lah mintak kaki

"Kau pergi kantin, tapaukan nasik untuk aku. Aku nak berbuka ni. Beli Nasik dengan ayam masak merah dengan sayur dengan air anggur sekali. Nah ambik duit. Baki kau simpan la.."

Dengan bangga dia bagi gua RM 1.50.

"Baki kepala bapak kau...", dalam hati la tapi.

Monday, July 11, 2011

TERBONGKAR SUDAH RESIPI KENTAKI


Dulu waktu gua start duduk Kuala Lipis, Kentaki baru lagi bukak, masa tu 'scene' kentaki gila femes. Yelah, sebelum ni nak merasa kentaki kena pergi Kolumpo. Sekarang tak payah dah. Femes dia sampai kalau lu orang beratur nak amek order tu, boleh buat muka bangga sebab lu dapat makan kentaki. Bila dah sampai turn order, muka mesti macam haram punya excited, tangan letak dalam kocek sebab getar getar nervous sangat nak order. 

Nak dijadikan cerita, semalam gua online online jumpa rahsia resipi Kentaki yang menjilat jari tu. tapi gua makan Kentaki selama ni tak pernah pulak gua nak jilat jari. Gua bukan lapar sangat sampai nak jilat jari, ahh..apa apa la. Macam cilake gua tiba tiba emo. Ni gua nak share resipi yang gua dapat semalam. Apa yang menjadikan kentaki ni laku sampai sekarang. Resipi ni telah didedahkan oleh seorang hacker Indonesia, Norsham (bukan nama sebenar) yang telah berjaya menggodam laman web Kentaki KFC. Power Power.. Read More..

Sunday, July 10, 2011

SERIUS LA : BERSIH, SEDIH AKU TENGOK


Kali ni gua serius. Macam semua orang tau. Siapa tak tahu pasal apa yang terjadi semalam (9hb Julai) baik pergi tembak diri sendiri kat kepala. Kalau takut sakit tembak kat pusat. Lambat sikit mati. Semalam boleh cakap peristiwa yang amat happening berlaku kat KL. Bersih. Gua sebagai rakyat yang prihatin ikut jugak la perkembangan Bersih ni. So dari awal gua nak cakap gua tak ada sebelah mana mana pihak. Sebab gua tak tahu mana satu yang betul.

Dari malam 8hb tu gua ushar twitter, dekat timeline #Bersih, penuh dengan caci maki sesama kita sendiri. Yang tu salah yang ini salah. Dia jugak nak betul, last last Tweetdeck gua 'hang' sebab ramai sangat orang post pasal Bersih. Hang tu tersangkut dalam bahasa melayu nya, bukan Hang yang orang utara punya loghat tu, Jangan keliru ok. Read More..

Saturday, July 09, 2011

Bersih 1.6


Gua ingat nak join Bersih pakai baju merah besok sebab gua MUDA lagi. Kah kah kah

p/s : Dulu bersih 1.0, pastu bersih 2.0. mana bersih 1.1? Gua baru baru nak tunggu bersih 1.6, baru counter-strike gitu

Friday, July 08, 2011

Misteri Pedal Bakar Dan Air Bandung 14


Pedal Bakar kat mapley 14 sangat sedap. Rasa iras iras sate pun ada. Semalam gua mengidam nak makan pedal bakar, gua merempit pergi 14 sebelum hari makin lewat malam dan polis mula nak 'carik duit poket lebih'. Dalam pukul 9 gua gerak

Thursday, July 07, 2011

Bahasa Melomputeh


Apa tu Melomputeh? Melomputeh ni Melayu+Orang Puteh. Dari mana gua dapat idea ni? Gua baru dapat tadi. Style kan? Sekarang ni penggunaan bahasa Melomputeh ni sangat berleluasa. Terutamanya dalam penggunaan SMS dan cakap cakap dengan member. Kadang kadang gua maki bangla isi minyak pon guna bahasa ni. Bangla isi minyak sekarang memang manja. Kena maki sikit baru dia sedar bangla manja sangat tahi. Asyik nak kacau bini orang

Dewan Bahasa dan pustaka pon semacam menyokong pulak penggunaan bahasa bahasa macam ni. Contoh perkataan :  revolusi, transformasi, kontroversi, promosi, induksi, semua ada si kat belakang. Apa la, semua menda nak cilok. Si si si. Bodoh. Tak ada 'kick' langsung.
Antara yang lagi banyak orang guna. Gua senarai sikit. Nak tambah silakan..Read More

Wednesday, July 06, 2011

GUA MARAH!!!


Pagi tadi gua bangun tidor je member gua halo halo gua mintak ambik dia dekat stesen Universiti depan UM ni. Gua bangun mandi pastu terus pergi kat ninja gua, Ninja gua model Kriss Modenas, tapi gua nak panggil ninja jugak, baru semua orang kucar kacir. Gua sampai dekat ninja gua, gua nampak kedudukan dia tak sama macam gua parking semalam. Gua dah rasa lain macam. Read More..

Tuesday, July 05, 2011

Suara suara disebalik Transformers

Ni la otai otai disebalik suara robot yang nice dalam transformers, yang cool nye, diorang semua orang yang sama sejak dari zaman Transformers bentuk macam peti ais lagi (zaman gua kecik kecik dulu, transformers semua petak petak je, kalau kena bucu boleh luka) sampai sekarang.

Cleverbot yang racist


Semalam gua bosan. Tunggu budak bangi nak emel gua gambar tak sampai sampai. Haha. Gua bosan bosan main la cleverbot ni. Siapa siapa yang dah takde kerja, dari korang layan blue, isap dadah, buat rusuhan, atau pukul warga emas, baik korang try main Cleverbot ni. Cleverbot ni akan jawab apa apa saja soalan korang. Bila dia dah jawab, dia save soalan korang so next time ada orang tanya, dia kuarkan soalan korang sebagai jawapan. Memang LICIK! 

Gua dengar celeverbot ni pandai sangat, so sebelum gua berdepan dengan cleverbot, gua dah prepare awal awal soalan soalan yang Adi putra genius matematik belum tentu boleh jawab. Ni soalan 14 tahun punya jalan kira. Soalan pertama..Read More..

Saturday, July 02, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Sodom Time Form 2


Jam menunjukkan pukul 2.30 ptg, masa untuk pelajar pelajar tingkatan 2 Sekolah Alam Shah untuk ke prep petang semakin  hampir. Tapi gua masih lagi tak solat Zohor sebab tadi lepas kelas gua kena pergi bilik guru, buat apa pun gua tak ingat, Seingat ingat gua mungkin gua tolong cikgu angkat buku dan barang barang lain. (memang tak ahh).

Gua cemas..Kalau lambat nanti mesti kena kumpul bilik malam ni pastu ketua bilik gua mesti bagi 'kasih-sayang' dekat gua. Besok gua lebam. Gua dan beberapa kutu kutu lain mula mencari alternatif nak solat dekat mana. Nak pergi surau jauh. Kitorang mula berjinak jinak kepada budaya Sodom. Sodom ni bukan liwat liwat tu. Sodom ni sebenarnya Solat dalam dorm, biasanya dilakukan oleh pelajar pelajar yang lebih senior 'abang-abang' form 4 dan form 5. Tapi disebabkan gua dah tertekan, gua mengambil risiko untuk bersodom jugak

"Ni kalau kantoi sodom dengan Wanpat ni mampos kita Apis!", gua cemas

Wanpat tu ketua bilik gua, merangkap ketua bilik paling cool dan sempoi, dia abang form 4. Apis tu roomate gua, gengster Sarang Buaya dari Muar Johor

"Ahh kau ni, tak payah cuak sangat, Cepat cepat sodom pastu blah la. kau tunggu sini memang la kantoi", jawab Sarang Buaya

Disebabkan kami ramai, kami menggunakan sistem sodom bergilir gilir. Dan sodom ini kami lakukan didalam stor sebelah bilik seterika, kalau sodom dalam bilik memang mampos. Senang cerita kami macam seludup seludup sodom. Dua orang cek line, dua orang sodom, Stor panas macam celaka, peluh dah macam air paip. Bau badan pun jadik macam gampang, disebabkan nak cepat, member gua sodom dulu, gua dengan sarang buaya cek line. Sejadah amek selimut sudah. Buat jadik sejadah pon jalan je. Duduk asrama memang kena pandai pandai survive.

Selesai dua orang kutu tu sodom, gua dengan sarang buaya pulak sodom, time tu tengah cuak, selimut kami warna kuning, takde gambar masjid dekat tempat nak sujud, Gua cemas dan beduk solat Zohor dengan tak berapa Khusyuk. Pung pang pung pang tahyat akhir. Dah macam solat subuh dia punya speed. Time tu member gua masuk, dia jerit

"Oi macha!! Bodoh sial kau ni, Salah kiblat tu!! "

"Taik! mana la aku tau, sejadah ni entah mana satu atas mana satu bawah pun aku tak tau!", gua dah frust.

Gua pandang Sarang Buaya, Sarang buaya pandang gua.

"Nak solat balik??", gua cakap dalam hati. Sarang Buaya macam paham paham

"Yakin sudah!", jerit Sarang Buaya.

Kitorang bangun cepat cepat lari pergi prep petang, Sampai kelas buat muka innocent.

Semoga kita semua bersolat dalam keadaan yang selesa hendaknya. Alhamdulillah...Ingat ya adik adik. Yang penting yakin