Misteri Pedal Bakar Dan Air Bandung 14 | downgila

Friday, July 08, 2011

Misteri Pedal Bakar Dan Air Bandung 14


Pedal Bakar kat mapley 14 sangat sedap. Rasa iras iras sate pun ada. Semalam gua mengidam nak makan pedal bakar, gua merempit pergi 14 sebelum hari makin lewat malam dan polis mula nak 'carik duit poket lebih'. Dalam pukul 9 gua gerak

Orang tua tua cakap, kalau lu orang membeli air bandung bungkus dan 10 cucuk pedal bakar, pastikan bungkusan air bandung dijinjing sebelah kiri dan bungkusan pedal bakar pula dijinjing sebelah kanan. 

Gua belajar pelajaran yang amat mahal semalam. Di mapley 14, gua bawak kedua-dua bungkusan di tangan kiri. Tangan kanan? Gua belek belek DVD cetak rompak.

Lepas dah siap 'ushar-ushar' DVD haram satu apa pun cerita tak best. Gua ushar tu pun nak jaga hati bader yang jual tu, kang nanti gua tak usha dia cakap gua sombong. Macam la gua tak boleh download sendiri

Sebelum nak letak 'stuff' gua dalam raga motor untuk pulang, gua dapati air bandung sudah berkurangan. Misteri nusantara betul. Asap dari gerai pedal bakar membuat suasana bagai berkabus, menambah misteri kepada nusantara. Gua jadik seram sejuk. Bulu roma meremang.

Rupanya tiada misteri pun. Cuma lidi-lidi pedal bakar sudah mencucuk dan membocorkan plastik bandung. Bugima betol gua telah menyiram jalanraya sepanjang perjalanan gua dengan air bandung. Gua balik makan pedal bakar perisa sate sikit sikit ada rasa bandung, Untung la tu dapat jugak rasa bandung.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...