Cakap Tamil | downgila

Thursday, July 21, 2011

Cakap Tamil


Tadi gua berborak dengan member lama dekat YM, lama betul tak jumpa member gua yang sorang ni, Tapi td dia ada cerita pasal anak jiran dia reti cakap tamil.

"Anak jiran gua reti cakap tamil  weh. Umur baru 5 tahun", jelas beliau

"Peh, 5 tahun? Power power. Gua sampai sekarang tak paham lagi sepatah haram jadah bahasa tamil, dia sekolah Tamil ke pe?", balas gua

"Tak lah. dia tak sekolah lagi.", jawapan buat gua makin menaik. Gua nak power tamil jugak

"Abes tu mana dia belajar?", gua tanya balik

"Mak dia India"

"Ohh. Ayah dia Melayu ke Cina? Kalau cina gua cop anak dia bila dah besar, anak mix cina india ni biasanya mantap", gua jawab

"Ayah dia pun India jugak lah", member gua jawab dengan selamba

"Pastu? Kalau dah ayah dengan mak dia india, standard r dia reti cakap tamil. Apa yang power??", gua dah panas ni

"Mana ada aku cakap dia power. Aku cakap dia reti cakap tamil je. Kau yang cakap dia power kenapa?"

"Macam setan", gua terus offline

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...