downgila: March 2014

Monday, March 31, 2014

Aktiviti Hujung Minggu Di Putrajaya



Semalam hari Ahad gua dengan kutu-kutu ni pergi ke Putrajaya untuk aktiviti Futsal free. Dekat Presint 18. Nak dijadikan cerita semalam panas gila babi. Dah la masa main, si Chomet telah disepak dibahagian lelaki beliau. Lepas tu jadi lah terguling-guling atas gelanggang panas. Kesian gila gua tengok. Yang sepak tu boleh blah macam tuuuu je. Cilake.

Disebabkan pasukan ini adalah lubuk, kami hanya sampai ke peringkat separuh akhir. Paling lubuk adalah Shahri. Main duk melilau je, kiri-kanan kiri-kanan kepala pusing. Gol tak jugak. Bengap. Shahri juga nampak jelas gentar dan longgar kaki apabila berhadapan dengan penjaga gol pasukan lawan yang badannya adalah sangat besar dengan linkungan diameter 45cm. Separuh gol tu badan penjaga gol tu saje.

Lepas dah berpeluh-peluh di gelanggang, perut mula lapar dan kita orang bergerak ke tempat paling hepening di Putrajaya iaitu Alamanda. Alamanda semalam ramai betul manusia. Masa dulu-dulu Alamanda ni kosong sampai boleh berlari-lari je depan Rotiboy tu.

Selepas makan, kami ke Sekolah Alam Shah untuk saje-saje dan solat Asar. Bangi dengan Che Nat@Syaf dah balik dah masa ni. Tinggal kita orang berlima je. Bila dah sampai sekolah mula lah nak bergambor je keje.

Ridhwan Tahir Ichiban Shahri Bahari Azrul Chomet Sekolah Alam Shah
Ridhwan Tahir Ichiban Shahri Bahari Azrul Chomet Sekolah Alam Shah

Kah kah masa jalan dalam kelas mana entah gua terjumpa motivasi ceria ni atas meja. Kah kah kah. Ada ke nama Lego? Bagi la nama Syahbudin ke, Ibrahim Binokular ke. Ni Lego.


Yang paling gua kesian budak ni. Jahat sial siapa pergi conteng-conteng janggut dengan tambi dekat muka dia tu. Ish ish ish. Tapi macam setailo juga kan? Kah kah kah. Yang penting bukan gua yang conteng!



Notakaki: Ayat dengan tulisan condong menunjukkan penipuan.

Friday, March 28, 2014

Baju Downgila

Disebabkan gua rasa gua nak brandkan 'downgila' ni, gua macam nak mula dengan buat tshirt dulu. Ni bukan main-main ni. Kah kah kah. Amacam? Ada bran?

Harga:RM26
Material: Gildan Premium Adult Ring Spun
Emel order ke crackse7en@gmail.com
Whatsapp: 019-5524374

DOWNGILA TSHIRT

Tuesday, March 25, 2014

Aktiviti Licik Gua Di Pagi Hari

MAMAK SARAPAN UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA

Kelas gua semester ni tak banyak pun. Tapi semua mula pukul 8 pagi. Jadi gua mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci jam sebelum tidur. Setiap kali ke tidur, gua akan mengunci jam henset Nokia 1280 (henset paling solid untuk kerja berat setakat ini) pada pukul 6.30 pagi.

Keesokan harinya, setelah bersiap lebih kurang dengan dressing tertentu, gua akan singgah di kafe Fakulti Bisnes untuk bersarapan dan mengusha satu makwe kerja kedai makan tu. Makwe tu memang sedap mata memandang. Dari masa tender dia dekat fakulti gua dulu dah ramai yang usha-usha makwe ni. Tapi baru-baru ni gua dengar cerita dia dah bertunang dengan satu mamat ni yang kerja mini market belakang sana. Kah kah kah. Apa sangat le tali pertunangan. Tak semua tali pertunangan boleh lawan dengan tali sawat pemasaan Proton Saga.

Gua memperuntukkan masa lebih kurang setengah jam untuk sesi Horlick suam, nasi lemak dan buat-buat intelek selak nota. Tapi kalau dapat table luar, melarat juga. Tapi sebenarnya mesti melarat punya. Kadang kadang dah pukul 9.30 tak gerak gerak lagi ke kelas. Horlick dalam cawan dah lama kering. Gua buat buat hirup juga.

Masuk pukul 10.00, hati masih berat ditambah lagi dengan kelibat makwe tu yang lincah meja ke meja. Sampai ada satu peringkat dah 10.30 baru nak blah. Cilakak.

Ini dah bukan salah ke kelas lambat. Kalau Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Extend Dunia (KEPADA), Mohammad Nur Kholis Abrar tahu kegiatan gua ni, tersingkir le gua dari pencalonan Pelajar Extend Terbaik Dunia kategori bawah 24 tahun yang akan berlangsung di Frankfurt musim panas akan datang.

Tuesday, March 18, 2014

Masuk

Masa-masa final year ni la gua nak terjebak dengan mende alah ni. Haih la


Future Music Festival Asia

Gua tak ada nak cakap apa pun pasal yang mati overdose dadah tu semua. Overdose dadah ni berlambak je dekat bawah jambatan Masjid Jamek sana. Bukan dekat konsert ni je yang mati. Tapi apa yang gua tertarik adalah jenis 'muzik' yang diorang bawak. Armin Van Buuren, Deadmau5 dan berbagai lagi pemuzik bukan bumiputera.

Kalau kerajaan terus-menerus memberi kebenaran untuk pembuat bising ni semua menjalankan konsert diorang, macam mana dengan nasib pemuzik bumiputera seperti Bangpes dan Wings? Diorang nak perform dekat mana?

Pada gua lagu-lagu dekat FMFA ni tak layak dikategorikan sebagai muzik pun. Apa yang gua dengar adalah "dum dum dum dum dum eokk eokk eokk keikk keeikk keikk dumm dumm dummm dummchis dummchiss dummchiss". Apa kes sial? Apa yang 'future' nye? Gua tak nampak satu alat muzik pun dekat atas stage tu. Nak cakap pasal muzik, kutu-kutu FMFA ni mesti tak pernah dengar Sigur Rós kan? Apasal teruk sangat 'taste' lu orang ni? Banyak sangat makan cekelat udang?


Friday, March 14, 2014

3.58 Pagi

malaysia smog hazardous kuala lumpur jerebu

Sejak kebelakangan ini, gua lebih senang menulis di waktu pagi. Waktu pagi yang mana orang-orangnya sedang tidur. Kalau yang baik-baik boleh jadi sedang sembahyang. Tapi rata-ratanya sedang tidur. Yang kerja kerajaan tidur. Yang kerja swasta tidur. Yang laki-laki metroseksual tidur. Yang perempuan moderen megah menuntut kebebasan dan hak-hak serta keadilan kaum wanita pun letih lalu tidur. Dan yang jahanam pun barangkali sedang bersiap-siap untuk tidur sekarang ini.

Kalau ada yang belum tidur pun, mungkin mereka sedang mengikut kehendak peraturan pekerjaan masing-masing. Jarang-jarang ada orang yang berkeinginan untuk bekerja di kala semua orang sedang nyenyak tidur. Dan tiba-tiba muncul gua. Yang tak dapat tidur daripada tadi sebab lemas jerebu teruk. Daripada bilik gua ni, menara TM hilang secara magik. Gua pun kena la tutup tingkap rapat. Bilik jadi panas, tidur pun berpeluh sepeti lembu.

Gua harap yang baik-baik bangun sembahyang tu doa-doa lah moga hujan turun besok pagi.

Saturday, March 08, 2014

Hantu Moden


Tadi lepas solat subuh gua tidor la balik. Dalam 6 saat pejam mata gua lena dan terus masuk ke alam mimpi. Gua mimpi ke sekolah lama di Alam Shah Cheras. Kita orang buat 'reunion' la kononya. Main itu main ini. Yang tak bestnya gua asyik kena kacau dengan hantu. Ada satu kali tu, gua tengah duduk sikat rambut ada hantu gigit ibu jari kaki gua. Pergh real gila mimpi tu. Rasa dia punya sakit.

Yang bestnya entah dari mana ada sorang wak ni muncul bagitau yang sebenarnya, semua kawan-kawan gua adalah hantu. Diorang mati eksiden jatuh gaung masa dalam perjalanan ke sekolah tu lah. Malam tu gua terus bukak laptop nak pasang la surah Yasin ke apa yang patut. Tengok-tengok semua surah-surah Al-Qur'an dalam laptop gua dah kena delete, lepas tu hantu-hantu tu pandai pulak pergi 'empty recycle bin'.