Aktiviti Licik Gua Di Pagi Hari | downgila

Tuesday, March 25, 2014

Aktiviti Licik Gua Di Pagi Hari

MAMAK SARAPAN UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA

Kelas gua semester ni tak banyak pun. Tapi semua mula pukul 8 pagi. Jadi gua mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci jam sebelum tidur. Setiap kali ke tidur, gua akan mengunci jam henset Nokia 1280 (henset paling solid untuk kerja berat setakat ini) pada pukul 6.30 pagi.

Keesokan harinya, setelah bersiap lebih kurang dengan dressing tertentu, gua akan singgah di kafe Fakulti Bisnes untuk bersarapan dan mengusha satu makwe kerja kedai makan tu. Makwe tu memang sedap mata memandang. Dari masa tender dia dekat fakulti gua dulu dah ramai yang usha-usha makwe ni. Tapi baru-baru ni gua dengar cerita dia dah bertunang dengan satu mamat ni yang kerja mini market belakang sana. Kah kah kah. Apa sangat le tali pertunangan. Tak semua tali pertunangan boleh lawan dengan tali sawat pemasaan Proton Saga.

Gua memperuntukkan masa lebih kurang setengah jam untuk sesi Horlick suam, nasi lemak dan buat-buat intelek selak nota. Tapi kalau dapat table luar, melarat juga. Tapi sebenarnya mesti melarat punya. Kadang kadang dah pukul 9.30 tak gerak gerak lagi ke kelas. Horlick dalam cawan dah lama kering. Gua buat buat hirup juga.

Masuk pukul 10.00, hati masih berat ditambah lagi dengan kelibat makwe tu yang lincah meja ke meja. Sampai ada satu peringkat dah 10.30 baru nak blah. Cilakak.

Ini dah bukan salah ke kelas lambat. Kalau Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Extend Dunia (KEPADA), Mohammad Nur Kholis Abrar tahu kegiatan gua ni, tersingkir le gua dari pencalonan Pelajar Extend Terbaik Dunia kategori bawah 24 tahun yang akan berlangsung di Frankfurt musim panas akan datang.

19 comments:

  1. punye ramai makwe UM, makwa cafe gak lu nak usyar..jus ketum ke apa makwe tu dah tuba ngko ni..haha..

    bak sini no ko sebelum aku gegar kolej5 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh bundle, kau kena usha duluuu baru cakap. Makwe tu anak tokey tu hah. Sekali sekala dia tolong2 mak dia. Pergi ah tengok duluuu hahahah

      Delete
    2. cafe tu kat mane?..meh nak usyar gak..hehe..

      Delete
    3. Fakulti ekonomi tu. Atas bukit. Tapi makwe tu kadang2 tak ada. Dia macam sekejap2 ada, sekejap2 xda. Bila dia tau aku breakfast situ ada lah. Bila kau nak datang dia saja buat2 MC hahahaha

      Delete
  2. Lupakan jela awek2 ni... belajar bagi habis dulu baru fikir pasal awek..
    Muahahaha... aku paste ayat org tua pesan kt aku ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh. Aku rela lagi usha sekarang dari lepas belajar baru nak carik. Kang mula lahkawen dgn pilihan mak ayah. Kalau mak ayah pilih siti nurhaliza xpe jugak. Kena noorkumalasari? hahahahah

      Delete
  3. boleh tahan juga citarasa kau ni yer...hehe

    ReplyDelete
  4. Aku layak join x kesatuan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah kau tak register lagi??

      Delete
    2. belumm...ahh ginilah GP....x reti ajak member.

      Delete
  5. tali sawat pemasaan tu timing belt eh? amboi nak kena cungkil mata nih!

    ReplyDelete
  6. selamat maju jaya dengan aktiviti nko tu !
    betul ayat kejuruteraan nko guna nih .
    baguih dok ada !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh biasalah. Betul ke x aku tak tau hahahahha

      Delete
  7. Berpusing anak mata aku cari makwe tu dalam gambar *hampa*

    ReplyDelete
  8. heheheheh best best!

    ReplyDelete
  9. Kencang penglibatan kau dalam KEPADA! :)

    Tahniah, aku akan vote kau untuk wakil pelajar ke Maldives sempena Conference winter nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah terima kasih! Sebagai seorang insta femes, pertolongan kau amat aku hargai! XD

      Delete
  10. So, еnjοy the pleasure of having the canopy installed inn the fist roofinց place.
    This helpos in the prevention of corrosion that ϲomes
    wityh hіring professional, licеnsеd roofing cօոtractors iin your area.
    In countriess lke Germany aոd USA, green roofing can also be a bad sign.


    Feel free too sսrf to my web page: Roofing in Loveland

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...