downgila: January 2012

Monday, January 30, 2012

Live Update : Misi Mencari Kunci

SIAPA AMEK KUNCI AKU?????!!!

Okeh, Pukul 6.30 tadi gua sampai UM, naik bilik terus nak mandi, nak bukak loker, loker gua terkunci kemas. Sekarang disebabkan gua power, gua tak ingat dekat mana letaknya kunci. Gua akan kemaskini post ini dari semasa ke semasa. Jangan kemana mana. Adakah gua kan jumpa kunci? Adakah kunci tersebut tertinggal dirumah? Nantikan...

Kemaskini  pukul 7
Sekarang pukul 7, bayang kunci masih belum kelihatan, gua dah tweet kunci gua hilang, malangnya tiada siapa yang tahu mana gua letak kunci gua, Dalam beg habis dah selongkar. Lepas ni gua ingat nak suruh semua lunci dengan henpon gua buat akaun Twitter. Senang sikit.

Kemaskini pukul 7.30
Azan Maghrib berkumandang, gua tengah tunggu depan pintu dengan harapan kunci akan keluar dari bilik untuk ambil air sembahyang.

Saturday, January 28, 2012

New Design Is Ready!

downgila blog design cara buat template blog

Pergi mati, hari ni gua nak cakap omputeh!

After only a few months opening this new blog, i found that the reactions among readers are out of my expectation and very positive. In order to make it easier for you guys to read, I've decided to change my template. After 2 or 3 days of designing and googling CSS code, finally i managed to use this new lightweight template, due to the previous template is so heavy with all those fancy headers and all, me myself feels kinda distracted due to it's messiness.

This past week, I spent a few days upgrading my blog by visiting many websites to get the feeling and cilok cilok some of the designs in order to handle these varying resolutions. I'm not a designer nor a HTML/CSS master, so i have to cilok cilok others' codes too.

Sure, I did this to ensure the site reads across all devices, but mostly, I wanted to learn how to do it. I plan to follow this up with a few posts on how to make your own template. Keep an eye out. If you noticed, I used only a small header, removed the "Blogger Follow" widget because  didn't see the use of it and used small-sized compressed PNG images.

downgila blog design cara buat template blog
Me finalizing the codes using Notepad++

Font also changed,

The title font is Museo Slab, and the paragraph font is Verdana, Museo Slab is a free fonts by Exljbris Font Foundry which obviously are not provided by Blogger.

Enjoy reading and thanks..Ohh btw, for those of you who might wonder where to view my blogger profile... the cute cartoon at the top will link to my Blogger Profile and also will spin if you hover your mouse onto it. =)

Any questions please mail me at gamep01nt@yahoo.com

HAH AMACAM? NAMPAK MACAM PANDAI KAN GUA BILA GUA "SPEAKING"?? PATUT AH RAMAI ORANG KAYA SUKA SPEAKING. KAH KAH KAH

******

Friday, January 27, 2012

Terserempak Dengan Boss


Pukul 5.57 petang gua terjaga dari tidor, terus gua bergegas Solat Asar dan terus mengenakan sedikit wangian untuk pergi pekena teh. Biasanya hari hari lain gua duduk rumah mengeteh dirumah, ada masa gua pergi minum itu air tebu sama sedikit keropok dekat Kampung sebelah.

Tapi harini "mood" jadi lain, tekak mengidam nak pisang goreng sama teh halia. Setelah 5 minit gua siap siap adik gua pulak balik. Memang nais sebab gua perlukan motor. Adik gua ni pun satu. Jenis rempit kampung. Motor elok elok sedap bawak dia otter otter sampai jadik macam celaka tak sedap langsung rasa bila bawak.

Gua keluar rumah, pergi dekat adik gua, gua bagi satu right-hook dekat perut dia, terus terjatuh kunci dari tangan.

"Good Job..", kata gua sambil mengambil kunci dan berlalu pergi. 

Adik gua masih tersadai, mungkin ada patah patah sedikit. Gua memang plan nak lepak lama dekat kedai ni. Nak makan goreng pisang RM2, banyak gila punya.

Sampai dekat kedai, gua terus jerit dekat akak tu dengan nada sombong.

"Kak! Teh halia satu..."

Bila gua masuk dalam kedai, gua nampak seorang uncle yang sangat "familiar", tengok lagi 2 3 kali memang positif. Bapak gua rupanya. Ini lah yang gua tak minat ni jenis bapak dengan anak terserempak dekat kedai kopi ni. Perkara perkara macam ni gua rasa kerajaan patut ambil serius. Tak patut pemuda macam gua yang nak lepak lama tererempak dengan bapak sendiri. Feeling gua jadik lain.

Tiba tiba akak waiter jerit balik

"Dik air tadi aok nak minum ke bungkus?"

"Err...bagi bungkus la kak, keh nak cepat ni", jelas gua

Siap siap bungkus gua balik pekena teh halia dalam keadaan sedih dekat rumah sambil tulis ini entry.

Notakaki : Bapak gua sekarang ranking no 1 dam dekat kedai kopi tu. Patut la gua power main dam. Genetik.

*************

Thursday, January 26, 2012

Wednesday, January 25, 2012

Berjinak Jinak Dengan Basikal 2

lomo lomography downgila basikal

Sambungan dari SINI

Selepas gua lihat siput terjun kedalam longkang kerana terasa dihina, gua masuk kedalam rumah. Bersiap siap untuk berbasikal. Gua capai satu seluar pendek paras lutut dan sedikit angkat keatas untuk lebih selesa. Baju gua sarung baju semalam alang alang nak berpeluh.

Setelah siap memakai seluar dan baju, gua bergerak ke garaj rumah untuk mengambil basikal. Basikal ini akak gua menang masa Karnival Lipis itu hari sebagai hadiah cabutan bertuah. Nombor satu dapat motor Wave 100. Power gila Kuala Lipis masa kini.

Gua pun meruskan perjalanan berbasikal di sekeliling kampung. Dalam 10 minit gua bergerak, terserempak pulak dengan bukit yang amat tinggi, dalam perjalanan pergi, gua gagahkan lagi untuk merentasi bukit. Dalam  lebih kurang 5 km, gua pun memulakan perjalanan pulang.

Bukit kali ini memang gua dah tak boleh nak gagah. Stamina gua pun masih belum pulih. Gua mengambil keputusan untuk berjalan.

Sambil berjalan, gua membuat regangan menendang angin. Sedang gua komited menendang angin, tiba-tiba gua tertendang jin.

"Aduh!" jerit jin.

"Minta maaf, jin.", balas gua.

Gua menyambung perjalanan pulang.

Apabila melintasi rumah Tok Empat Bakar, Tok Empat Bakar yang sedang mengikat bata menambah rumahnya secara 'indie' menguntumkan senyuman terhadap gua. Gua senyum semula. Begitulah juga halnya ketika gua melintasi rumah Aki Khamis, Senyuman Aki Khamis gua balas dengan senyuman yang manis.

Di hadapan rumah Ustaz Mahyuddin turut tidak jauh bezanya.

"Haa! Lama cuti?" tanya Ustaz Mahyuddin sambil menebang pokok pisang.

"Biasa la, Ustaz. Cuti semester" jawab gua 'gentle'. Seluar pendek gua rendahkan sikit kasi tutup lutut.

Dalam lebih kurang 5 minit berjalan gua kembali menaiki basikal sampai ke rumah. Di rumah mak gua sudah sediakan Teh dan kek pisang ada diatas meja dihadapan rumah, Gua duduk berpeluh peluh sambil hirup air teh suam.

"Slrrpppp........Ahhhhhhhhhh..Kalau bini aku nanti tak reti buat teh aku carik bini lain", pikir gua didalam hati.

*********

Tuesday, January 24, 2012

Berjinak-jinak Dengan Basikal

siput babi downgila

Petang semalam cuaca di Kampung Berembang Kuala Lipis sangat baik. Matahari berselindung di sebalik awan. Burung berterbangan riang sambil menyanyikan lagu lagu Haslina Kamsan. Dua tiga ekor ular berkawan baik dengan ayam dan menolong ayam mencari jarum emas. Gua menggeliat di pintu dapur. Dua tiga ekor tupai mengangkat tangan tanda hormat. Gua lambai balik membalas hormat.

Gua senyum sendiri. Badan gua macam dah berkarat sebulan lebih tak banyak bergerak.

"Petang yang indah begini elok juga kalau aku pergi main basikal sikit..." kata gua sendirian.

"Betul tu, brooo..." sampuk seekor siput babi di bibir longkang dengan suara serak serak basah. Gua merenung siput babi peramah yang sedang mengikat buluh untuk membuat rakit.

"Ahhh dan dan lah kau siput babi oi..Kau bukannya paham hal ehwal berbasikal ni"

"Ok, fine kau panggil aku babi..." balas siput babi semula. Siput babi terus memakai 'life jacket' dan terjun ke dalam longkang.

"Ish ish siput zaman sekarang..Tak sedor diri", Gua geleng kepala...

*******

Sambung SINI

Sunday, January 22, 2012

Mimpi Buruk

Jam menunjukkan pukul 4.30 ptg...

Gua dan beberapa orang yang gua tak berapa cam masa tu jalan jalan depan pintu UM, yang gua ingat Charpy ada sekali. Masing masing membawa satu galas beg plastik hasil belian buku dari kedai buku menggunakan voucher RM200.

Gua angkat satu set buku memasak oleh Dr Ezani. Ingat nak buat sambal petai nanti balik rumah. Charpy pulak beli entah buku apa ada gambar Hulk Hogan tengah tertera dekat kulit buku.

Tiba tiba Charpy bersuara

"Eh exam Teori Struktur II besok pukul berapa ek?"


Serentak dengan itu, gua terjaga dari mimpi, gua pandang kiri kanan, picit picit sikit pipi. Gua bangun. Ok, solid

"Mimpi...mimpi....exam dah habis..exam dah habis.......", gua cuba tenangkan diri sendiri sambil tutup mata tangan usap usap kepala.

*****

Saturday, January 21, 2012

Serius : Deodoran & Kanser Tetek


Sebenarnya dah lama menda ni gua nak tulis, tapi tak cukup sumber, tapi hari ni gua beduk je tulis. Kenapa tiba tiba gua rasa nak tulis? Kisahnya macam ni, satu hari gua tengah baring baring bawah kipas speed 5, tiba tiba gua terpikir, kenapa zaman sekarang makin lama makin ramai orang kena kanser tetek ni.

Laki ke perempuan sama je. Lelaki pun ada tetek jugak kan. So sama sama la baca research gua yang bukan nya budak medik ni. Kalau ada budak medik yang baca and rasa ada salah kat mana mana sila betulkan. Gua tak terajang siapa siapa. So persoalannya hari ni ....

"Adakah pemakaian Deodoran menyebabkan kanser di bahagian tetek?"

Friday, January 20, 2012

Komik Minggu Ini : Gua Givap

Komik yang paling sesuai menggambarkan kesedihan gua lepas dapat tahu result. haih. Lama lagi la gua kat UM ni..

Komik kat dalam. Panjang sangat nak letak kat depan..

Thursday, January 19, 2012

Nampak Real


Satu masa dahulu. Satu brader pernah cakap pada gua.

'Kalau kamu nak jadi engineer, kamu mesti jadi engineer yang nombor satu. Kalau nak jadi kutu, jadilah kutu yang nombor satu juga. Kalau nak jadi rambut kuning, hisap gam, ahli kelab malam dan segala-galanya pun, jadilah yang nombor satu. Pendek kata, kalau buat apa pun, into apa bidang pun, mesti jadi yang nombor satu. Mesti jadi yang terbaik. Yang paling handal. Yang paling mansoi. Yang paling nghh.

Lebih kurang macam itulah brader tu cakap sampai serak serak angsa. Gua sebenarmya tidak mengambil ringan perkara yang brader tu cakap sebab, memang ada betulnya. Cuma yang rambut kuning dan yang lepas lepas tu, gua reka sendiri pasal nak kasi nampak real.

Monday, January 16, 2012

Polis, Rasuah, dan Bola


Awal 90an dahulu, pasukan bolasepak polis sikit pun tak kuat. Memang sayur. Kulit bawang. Dah lah main liga semi pro divisyen 2, duduk di posisi corot corot pula.Tak habis habis kena kitai. Main kejar bola ramai ramai macam monyet.

Tadi, setelah hampir 15 tahun, baru gua dapat jawapan. Gua dah tahu di mana silapnya. Syak gua memang berat ke situ.

"Rasuah lettew.." kata gua sambil terbayang bek pasukan polis tersengih-sengih selit duit kopi RM50 pada getah pinggang seluar bola sebelum berlari masuk padang.

Saturday, January 14, 2012

Sstu Pagi Yang Hening


Tadi pagi gua baring atas katil sambil pandang kipas siling speed 5. Angin kencang semacam sampai gua pejam celik pejam celik mata. Speed 5 ni memang laju. Dalam dunia ni tak banyak kipas siling yang ada speed 5. Rata-rata yang speed 5 ni kipas udang. Kipas angin atas meja biasanya sampai speed 3 saja. Kipas industri pun gua rasa sama. Speed sampai 3 saja.

Tapi, bila gua perati, kipas siling ni yang lemahnya starting dia slow masa start jalan. Memang cicir kalau kena dengan kipas angin atas meja. Kipas industri pun sama. Dia punya blade kipas tu adalah besi. Sebab dia besi dia mula la berat. Bila dah berat mula la pikap dia jadik kurang.

Tapi bila nak bersembang pasal bab top speed, mana mana kipas pun tak boleh lawan kipas siling sama kipas industri ni gua rasa. Dua dua memang payah nak berhenti bila dah cecah top speed. Lajak dia power. Sesuai untuk buat main long distance atau bikin jadi kipas embun.

Maaf


Gua dengan ini nak meminta maaf kepada akak long, abang ngah, adik adik gua, makwe, member member yang membazir masa mengajar gua tapi tak reti reti nak pandai ni, rakyat malaysia yang bayar cukai untuk menampung perbelanjaan gua di UM. Dan yang paling penting kepada mak ayah gua. Gua minta maaf. Seriously...

Wednesday, January 11, 2012

Pancut Dalam Telinga III

Gua tengah exam ni, takda masa sangat nak menulis so gua buat Pancut dalam telinga 3 la.. Kali ni memang awesome. Kalau boleh pakai headphone lepas tu tengok video 1st tu dalam 720p. (HD). Enjoy..

Video 1st memang awesome, gua tengok macam "Lahanat kreatif mat saleh zaman sekarang!!"

Video kat dalam

Monday, January 09, 2012

Berpindah Ke Kampung Baru

karipap sardin downgila

Masa tu tahun 1999, ayah gua yang merupakan seorang tentera telah pun pencen. Jadi gua dan keluarga turut ikut pencen dari tinggal di rumah-rumah tentera. Dan kami berpindah ke Kuala Lipis. Dalam masa yang sama, ayah gua masih tidak mempunyai rumah yang betul-betul 'true' untuk kami sekeluarga tinggal. Masa tu macam macam rumah kami duduk, ada sekali tu rumah sewa tu betul betul sebelah masjid. Mungkin sebab itu jugak, wajah gua ada sipi sipi seperti imam muda.

Berbalik kepada hal rumah, disebabkan kami asyik berpindah, gua jadi runsing. Untuk menolong ayah gua membayar down payment rumah, gua tak mampu kerana gua masa tu baru darjah 3, dan belum mempunyai pekerjaan dengan gaji besor.

Abang gua yang baru habis tingkatan 2 pula baru saja buka akaun ASB yang baru nak naik semasa itu. Sahlah tidak cukup duit simpanannya. Entah-entah hanya boleh beli 4 keping atap zink saja simpanannya itu. Menurut kawan kawan abang gua dan apa yang gua sendiri nampak, abang gua masa tu terlibat di dalam gejala black metal yang baru up di Kuala Lipis. Habis duit gua rasa buat beli 'zine' dan kaset kaset band seperti As Sahar.


Akhirnya dengan bantuan lori askar 8 RAMD, kami sekeluarga berpindah ke kampung baru bersebelahan dengan kampung gua pada masa itu. Semasa hari pindah, ramai jiran jiran datang menolong kami sekeluarga memunggah barang naik ke atas lori. Emak gua pada masa itu sibuk di dapur menggoreng karipap untuk memberi tenaga mengangkat almari, meja, kotak-kotak, kerusi rotan, TV dan peti ais kepada semua yang datang membantu. Cuma mesin basuh sahaja yang kami tidak angkat ke dalam lori kerana kami tidak mempunyai mesin basuh.

Waktu itu, mak gua hanya basuh baju gua, adik gua, adik gua, adik gua, abang gua, akak gua, ayah gua dan bajunya sendiri pakai berus sabut dan sabun buku. Gua rasa kebanyakan mak mak masa tu memang ramai yang menggunakan tangan.

Beruntung mak-mak zaman sekarang. Mereka bukan saja memiliki masa lapang yang lebih banyak dan boleh bermain pesbuk, malah memiliki anak-anak yang aktif berpersatuan seperti persatuan lepak dekat depan tangga Pavillion, persatuan ramai ramai tangkap gambar dalam tandas, 3 line, dan persatuan remaja rambut kuning.

******

Saturday, January 07, 2012

CKT Dan Kereta Di Tepi Jalan

char kuay teow kerinchi gamepoint crackfive stesen universiti
Baru je tadi, tiba tiba gua macam mengidam Char Kuay Teow (CKT) taknak tauge depan stesen U, tanpa berlengah lengah, gua start motor terus menuju ke kedai CKT. Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 5 minit. Sampai dekat kedai CKT gua terserempak pulak dengan si Faris Tarmizi, Apel dan seorang kawan dia yang gua tak sempat nak tanya nama.

Tiba-tiba ada sebiji kereta berhenti tepi meja kami. Betul punya tepi table. Tanpa mati enjin, mamat yang bawak kereta kereta turun entah pergi mana. Dalam kereta tinggal satu makwe mekap tebal layan lagu Lady Gaga yang dipasang kuat boom bang boom bang sehingga mengganggu orang yang sedang makan. Faris Tarmizi  kata dia ada nampak makwe ni jugak dengan lelaki lain dekat Library tadi petang.

Berbalik kepada cerita asal, mula-mula gua ingat kereta tu nak berhenti order take away CKT sekejap aje. Tapi dah 5 minit pun tak reti reti nak berambus. Kemudian nak dijadikan cerita lagi, makwe tu pula dan dan ada member entah dari mana datang ke tingkap kereta ajak berborak.

Gua punya suap CKT jadi lain.

Gua bangun, gua tendang kereta tu. Kereta tu pecah dua. Enjin juga relai sampai ada yang terdampar ditepi divider jalan.  Faris Tarmizi  dan Apel pula lebih kejam, Diorang tarik makwe tu keluar kereta terus hentam dua tiga empat lima enam das tepat tepat dekat muka, dan makwe itu jadi susah nak cam.

Kami sambung balik makan CKT sambil berborak pasal sekolah dulu dulu.

Benda benda remeh macam ni sepatutnya gua tak payah ajar. Apel punya asap rokok tau lu marah. Lu punya asap kereta nak kira macam mana? Mati enjin la kalau nak berhenti.....Setan.

********

Thursday, January 05, 2012

Update Sebulan Selepas Eksiden

Gambar baru baru ni sambut 2012 atas bumbung. Hujung sekali belah kiri adalah Afif Fadhuli. 

Hari ni pukul 8 gua dah bangun mandi  mandi dan bergerak ke PPUM untuk temu janji bersama doktor selepas sebulan gua eksiden.

Dan selepas 2 jam pusing pusing mencari kaunter dan menunggu giliran, doktor telah memberitahu gua tak payah dah nak pakai kain anduh. Cuma masih belum boleh bergaduh dan bergelut. Dia cakap berbelit belit la jugak dengan loghat cina yang pekat.

"Okeh, sudah ader bone forming disini nyee pun..Jadi incik boleh la bukak arm sling itu dan buat apa apa yang incik suka, cuma jangan angkat barang yang berat ye incik..Tapi biasanyee selepas dua bulan, baru tulang akan keras la yeee incik. selepas itu, baru incik boleh buat apa apa yang incik suka"

Jadi sebenarnya berapa lama baru gua dapat "buat apa yang gua suka" ?

Tuesday, January 03, 2012

Rambut Idaman


Tahun 2025

Masing masing sudah berkeluarga, tapi tahun ni ramai pulak budak budak ni melawat gua di Kuala Lipis. Entah nak buat apa pun gua tak tahu. Kuala Lipis hanyalah bandar bersejarah yang dilengkapi dengan satu supermarket kecil. Satu petang gua bawa Slim, Sarawak, Afif Fadhuli dan Lelaki Taiping mengeteh di sebuah kedai mamak bersebelahan dengan kedai runcit cina.

Kami saja saja nak lepak mengeteh setelah beberapa tahun sibuk dengan kerja. Masing masing memesan roti canai dah teh suam. Tak ramai yang lalu-lalang di musim perayaan ini baik di kaki lima mahupun di Main Street Kuala Lipis yang bersifat sehala. Cuma sesekali ada juga makwe-makwe 'rare' yang tak pernah kelihatan mukanya di Kuala Lipis ini memandang seisi bandar Kuala Lipis dengan meluat dari dalam kereta nasional dan internasional yang melintasi. Masing-masing memanjangkan leher sehingga kereta-kereta (wajah makwe) itu hilang dari pandangan.

Sunday, January 01, 2012

Azam Dan Semangat Baru

azam tahun baru 2012

Bila gua buat imbasan tahun 2011 gua, gua memang tak tahu nak letak muka kat mana. Satu apa pun tak boleh pakai. Ada la satu dua yang boleh. Tapi kebanyakannya tak lah. Tahun yang paling kutu. Tahun yang paling keliru. Jadi gua rasa hal-hal tahun 2011 tak payah gua cuba cuba nak ingat dan mengeluh tak tentu hala. Gua kena fikir ke hadapan. Kena ada wawasan. Kena ada anjakan paradigma. Dan kena ada Estima.

Tahun 2012 ni gua dah ada pasang beberapa wawasan dan perancangan yang kemas. Untuk suku pertama 2012, gua dah ada projek-projek yang mesti kena jadi. Kalau tak jadi nampaknya gua akan terus dibawa mimpi la nk score 3 pointer.

Bagi memulakan perancangan 2012 gua yang kemas ini, motivasi gua sekarang ada satu. Dalam kocek gua ada dalam 12 ringgit macam tu. Dalam bank tak ada duit langsung. Barang-barang dan aset banyak dah jual. Gua rasa ini pembakar perasaan yang baik. Ini akan menggalakkan semangat menabung, Tak gitu?