Berjinak Jinak Dengan Basikal 2 | downgila

Wednesday, January 25, 2012

Berjinak Jinak Dengan Basikal 2

lomo lomography downgila basikal

Sambungan dari SINI

Selepas gua lihat siput terjun kedalam longkang kerana terasa dihina, gua masuk kedalam rumah. Bersiap siap untuk berbasikal. Gua capai satu seluar pendek paras lutut dan sedikit angkat keatas untuk lebih selesa. Baju gua sarung baju semalam alang alang nak berpeluh.

Setelah siap memakai seluar dan baju, gua bergerak ke garaj rumah untuk mengambil basikal. Basikal ini akak gua menang masa Karnival Lipis itu hari sebagai hadiah cabutan bertuah. Nombor satu dapat motor Wave 100. Power gila Kuala Lipis masa kini.

Gua pun meruskan perjalanan berbasikal di sekeliling kampung. Dalam 10 minit gua bergerak, terserempak pulak dengan bukit yang amat tinggi, dalam perjalanan pergi, gua gagahkan lagi untuk merentasi bukit. Dalam  lebih kurang 5 km, gua pun memulakan perjalanan pulang.

Bukit kali ini memang gua dah tak boleh nak gagah. Stamina gua pun masih belum pulih. Gua mengambil keputusan untuk berjalan.

Sambil berjalan, gua membuat regangan menendang angin. Sedang gua komited menendang angin, tiba-tiba gua tertendang jin.

"Aduh!" jerit jin.

"Minta maaf, jin.", balas gua.

Gua menyambung perjalanan pulang.

Apabila melintasi rumah Tok Empat Bakar, Tok Empat Bakar yang sedang mengikat bata menambah rumahnya secara 'indie' menguntumkan senyuman terhadap gua. Gua senyum semula. Begitulah juga halnya ketika gua melintasi rumah Aki Khamis, Senyuman Aki Khamis gua balas dengan senyuman yang manis.

Di hadapan rumah Ustaz Mahyuddin turut tidak jauh bezanya.

"Haa! Lama cuti?" tanya Ustaz Mahyuddin sambil menebang pokok pisang.

"Biasa la, Ustaz. Cuti semester" jawab gua 'gentle'. Seluar pendek gua rendahkan sikit kasi tutup lutut.

Dalam lebih kurang 5 minit berjalan gua kembali menaiki basikal sampai ke rumah. Di rumah mak gua sudah sediakan Teh dan kek pisang ada diatas meja dihadapan rumah, Gua duduk berpeluh peluh sambil hirup air teh suam.

"Slrrpppp........Ahhhhhhhhhh..Kalau bini aku nanti tak reti buat teh aku carik bini lain", pikir gua didalam hati.

*********

11 comments:

  1. cian bini lu. tau la kosong 3

    ReplyDelete
  2. lorh..kalo bini x pndai,ajaq la.. :P

    ReplyDelete
  3. cube buat kelas kat bini lu haha xP

    ReplyDelete
  4. lu sering kali ubah template, avatar, favicon & header

    kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. template lama berat. haha. nk tukar angin. simple n ringan

      Delete
  5. sapa nk jd bini hang kena pandai buat kek pisang kan..HAHA

    serius lama tak mkn kek pisang,buat kt aku weh..:))

    ReplyDelete
  6. wahhh berwajah baru. haha.

    ReplyDelete
  7. hehehehe. jin x kejar plak?

    ReplyDelete
  8. aku kesian dengan bini ko nanti. haha..

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...