Berpindah Ke Kampung Baru | downgila

Monday, January 09, 2012

Berpindah Ke Kampung Baru

karipap sardin downgila

Masa tu tahun 1999, ayah gua yang merupakan seorang tentera telah pun pencen. Jadi gua dan keluarga turut ikut pencen dari tinggal di rumah-rumah tentera. Dan kami berpindah ke Kuala Lipis. Dalam masa yang sama, ayah gua masih tidak mempunyai rumah yang betul-betul 'true' untuk kami sekeluarga tinggal. Masa tu macam macam rumah kami duduk, ada sekali tu rumah sewa tu betul betul sebelah masjid. Mungkin sebab itu jugak, wajah gua ada sipi sipi seperti imam muda.

Berbalik kepada hal rumah, disebabkan kami asyik berpindah, gua jadi runsing. Untuk menolong ayah gua membayar down payment rumah, gua tak mampu kerana gua masa tu baru darjah 3, dan belum mempunyai pekerjaan dengan gaji besor.

Abang gua yang baru habis tingkatan 2 pula baru saja buka akaun ASB yang baru nak naik semasa itu. Sahlah tidak cukup duit simpanannya. Entah-entah hanya boleh beli 4 keping atap zink saja simpanannya itu. Menurut kawan kawan abang gua dan apa yang gua sendiri nampak, abang gua masa tu terlibat di dalam gejala black metal yang baru up di Kuala Lipis. Habis duit gua rasa buat beli 'zine' dan kaset kaset band seperti As Sahar.


Akhirnya dengan bantuan lori askar 8 RAMD, kami sekeluarga berpindah ke kampung baru bersebelahan dengan kampung gua pada masa itu. Semasa hari pindah, ramai jiran jiran datang menolong kami sekeluarga memunggah barang naik ke atas lori. Emak gua pada masa itu sibuk di dapur menggoreng karipap untuk memberi tenaga mengangkat almari, meja, kotak-kotak, kerusi rotan, TV dan peti ais kepada semua yang datang membantu. Cuma mesin basuh sahaja yang kami tidak angkat ke dalam lori kerana kami tidak mempunyai mesin basuh.

Waktu itu, mak gua hanya basuh baju gua, adik gua, adik gua, adik gua, abang gua, akak gua, ayah gua dan bajunya sendiri pakai berus sabut dan sabun buku. Gua rasa kebanyakan mak mak masa tu memang ramai yang menggunakan tangan.

Beruntung mak-mak zaman sekarang. Mereka bukan saja memiliki masa lapang yang lebih banyak dan boleh bermain pesbuk, malah memiliki anak-anak yang aktif berpersatuan seperti persatuan lepak dekat depan tangga Pavillion, persatuan ramai ramai tangkap gambar dalam tandas, 3 line, dan persatuan remaja rambut kuning.

******

4 comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...