Azam Dan Semangat Baru | downgila

Sunday, January 01, 2012

Azam Dan Semangat Baru

azam tahun baru 2012

Bila gua buat imbasan tahun 2011 gua, gua memang tak tahu nak letak muka kat mana. Satu apa pun tak boleh pakai. Ada la satu dua yang boleh. Tapi kebanyakannya tak lah. Tahun yang paling kutu. Tahun yang paling keliru. Jadi gua rasa hal-hal tahun 2011 tak payah gua cuba cuba nak ingat dan mengeluh tak tentu hala. Gua kena fikir ke hadapan. Kena ada wawasan. Kena ada anjakan paradigma. Dan kena ada Estima.

Tahun 2012 ni gua dah ada pasang beberapa wawasan dan perancangan yang kemas. Untuk suku pertama 2012, gua dah ada projek-projek yang mesti kena jadi. Kalau tak jadi nampaknya gua akan terus dibawa mimpi la nk score 3 pointer.

Bagi memulakan perancangan 2012 gua yang kemas ini, motivasi gua sekarang ada satu. Dalam kocek gua ada dalam 12 ringgit macam tu. Dalam bank tak ada duit langsung. Barang-barang dan aset banyak dah jual. Gua rasa ini pembakar perasaan yang baik. Ini akan menggalakkan semangat menabung, Tak gitu?

Perancangan 2012 ini dimulakan dengan dalam tempoh 2-3 hari ini, gua akan stop sikit sikit bermain dota. Dota ni susahnak stop. Dia macam rokok jugak. Susah bebenor nak stop. Lagi lagi apabila hidup dikelilingi pemain dota pro atau separa pro dan ada yang masih amatur. Doakan gua berjaya. Satu game dota mengambil masa dalam 1 jam. Kalau 3 game, dah 3 jam. campur setting setting wayar dah nak dekat 4 jam. 4 jam kalau gua tidor, dah boleh ber interview dengan Dr Rozmey dalam mimpi.

dr rozmey kacak buruk

Kemudian, dalam dua bulan pertama, gua ingat nak teruskan minum susu Anlene sampai tulang bersambung balik. Kalau ada yang nak sponsor gua punya bekalan susu sila emel gua di gamep01nt@yahoo.com

Lain-lain projek gua malas cerita lagi sebabnya kalau tak jadi gua juga yang malu.

Akhir sekali gua harap tahun ni gua dapat kumpul RM6 juta. Duit 6 juta tu gua nak buat beli Khairul Fahmi Che Mat untuk main bola dengan pasukan Liverpool.

********

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...