downgila: February 2012

Tuesday, February 28, 2012

Bermanja Dengan Adik



Baru baru ni cuti gua ambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sekejap sebab rindu pulak dekat mak ayah di rumah. Gua balik hari Jumaat tempoh hari. Sampai rumah mak gua dah masak sedap sedap. Ini la yang gua suka duduk rumah. Takdelah kebulur macam dekat kolumpo.

Selain makan sedap, ada satu perkara yang  jarang jarang berlaku terjadi pada gua, gua ada pergi keluar dengan adik pergi mengeteh. Adik gua yang laki ni perangai dia bugima sikit. Ni dia tiba tiba baik dengan gua ni ada la apa yang dia nak ni. Tak baju gua, duit.

Petang tu kita orang gerak pergi kedai kopi dekat dekat rumah, dengan harapan bapak gua tak ada kat situ main dam. Sampai situ Alhamdulillah Encik ayah tiada. Gua order air teh halia. Adik gua order horlick ais.

"Budak budak....", monolog gua sendirian apabila mendengar adik gua minum air ada ais.

****

Seminit lepas tu, air sampai, atas meja pula ada letak roti krim, gua sambar terus. Kelmarin gua ada pekena teh dengan dekat Pekeliling sementara tunggu bas. Gua makan roti krim juga. Ada jodoh ni. Tapi tengah gua ralit borak dengan adik gua pasal apa dia nak jadi tak habis habis merempit, krim jatuh dari roti gua. Jatuh ngam ngam tepi gelas teh gua.

"Rugi, rugi..." adik gua geleng kepala..

Gua terdiam. Masa tu fikir keluarga je. Kalau tidak, memang gua dah lempang adik gua itu jam juga.

Template Untuk Dijual


Sebenarnya template ni dah lama ada, tapi gua tak pakai je. Sekarang gua ingat nak bagi template ni dekat lu orang. Tapi kena beli ah. Gua tengah sengkek ni. Jangan risau harga murah. Ciri ciri template ini

1) Ringan
2) 2 Kolum
3) Ada navigation bar untuk letak (About me, Hubungi bagai)
4) Di adaptasi dari Wordpress untuk Blogger
5) Font dari Google

Untuk demo klik butang dibawah, segala pertanyaan dan rundingan harga boleh email gua dekat gamep01nt@yahoo.com atau crackse7en@gmail.com



Monday, February 27, 2012

Wallpaper Downgila Free


Hah ni wallpaper saje saje gua buat. Lawa jugak la kalau buat desktop background. Serius. Nak sebarkan boleh just pastikan credit dekat gua balik. Sekian majulah Rosmah untuk negara


*************




Sunday, February 26, 2012

Tam Spider


Gua memang pantang betul orang cakap ada lagi suara sedap dari Tam Spider. Tam Spider suara dia true kot. Gua suka, kasi 6 bintang! Mengata lagi Tam Spider depan gua, gua sepak kasi bisu. Jangan main main la.

Friday, February 24, 2012

Art & Teknik Berak


Pagi tadi, sebagai seorang Muslim, gua bangun la nak solat subuh. Bila sampai tandas, bau tandas macam jahanam busuk gila. Bila gua cek dekat tandas nombor tiga dari kiri tu ada seketul tahi gila degil yang keras dan tidak mahu mengalah kepada kuasa air. 

Dengan menutup hidung menggunakan baju, gua mendekati flush dan cuba lagi flush. Tak jalan. Gua jadi terkesima dan terus memikirkan cara lain. Gua takut kalau gua buat buat semangat flush, tiba tiba ada lagi bader masuk tandas, kang tak pasal pasal gua yang kena tuduh berak merata. Mana nak letak maruah?

Dengan itu, gua mengambil keputusan untuk membiarkan tahi tersebut terus mengeras disitu, apa nasib dia lepas ni gua tak tahu la. 

Kepada yang berak tu, masterkan dulu art berak ni, contoh paling senang : sebelum berak, cek dulu konsistensi bendalir didalam tahi. Kalau tahi keras dan kurang air, pandai pandai la taruk sabun dulu atas mangkuk tandas tu bagi senang tahi lu bergerak sejurus selepas menyentuh permukaan mangkuk tandas. Ini tidak, main berak lepas tu bila tahi dah melekat atas mangkuk tandas, mula la jadik gelabah dan pergi begitu sahaja. 

Dah tahi kau siapa nak basuh? Tahi!

Tuesday, February 21, 2012

Menonton Teater Kolej 11


Dalam Panggung Eksperimen, semua orang ralit pandang pentas. Tonton teater. Depan gua, makwe A. Depan gua lagi sikit, makwe B, gaya macam gitaris utama Jinbara, rambut serabai serabai. Sebelah dia, makwe C, dari belakang ada gaya macam Palapes.

Sebelah gua, Syarifah Syazwani. Sebelah lagi satu si Waniey Primadona. Sebelah dia pulak si Daisy Baine, dressing style ustazah Sekolah Agama Padang Tengku. Alhamdulillah. Depan Daisy tu pula, orang Jepun agaknya. Tapi pakai tudung. Belakang gua, ada sorang akak yang bawak anak dia, anak dia bising gila. Selamat comel, kalau tidak dah lama kena pijak. Belah hujung hujung, ada 2 makwe. Peh... semua orang teater. Kita orang tengok teater Kolej 11 tajuk Bukan Malaikat.

Habis tayangan, semua borak pasal Fahmi pelakon yang jadik lembut lepastu bertaubat. Fahmi tu dulu mula mula kolej gua, lepas tu dia keluar masuk kolej 11 sebab kolej gua punya teater tak ada tawarkan karakter bapok tahun ni. Semua mula berborak. Gua angguk angguk kepala serius.

***

Balik bilik, gua tulis ini entry, gua tersengih-sengih sebab gua baru perasan malam semalam sekeliling gua semua makwe. Dah macam kena kerumun dengan zombie. Kelass nyah.

Saturday, February 18, 2012

Cheese Nan Scene Report II

cheese nan RSMY house of real briyani
Tarikh : 17 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 11.00 malam
Tempat : RSMY House Of Real Briyani, Jalan Medan Tuanku, KL
Kedatangan : Gua, Lelaki Taiping, Salak, Sarawak, Cina, Hazim, Sham, Kechik, Wawa, Ayed, Megat, Asyraf Muiz, Aro, Aspau, Ainaa, Zaf, Pika, Akif, Emma Bananina

Scene Cheese Nan yang berlangsung pada hujung minggu ni akan dikendalikan oleh hos yang tidak asing lagi, saudara Asyraf Muiz menggantikan Saudara Ahmad Syahmi yang tidak dapat hadir pada malam itu.

Scene Cheese Nan Kolumpo yang dah masuk belas belas kali ini menampilkan perubahan yang drastik berbanding 2 3 bulan sebelum ini. Biasanya yang hadir hanyalah 4-5 orang. Paling ramai pun 6 orang. Tapi kali ini, scene ini telah disertai oleh lebih dari 15 orang. Satu pencapaian yang membanggakan.

Bagi tempat pula, kami telah memilih untuk pergi ke RSMY untuk bekalan stuff kerana menurut majoriti kutu kutu ni, stuff di RSMY lagi sedap daripada Stevens di Setapak. Sarawak telah men-describe cheese nan RSMY sebagai

"Sesuatu yang 'rare' dan jarang dapat dinikmati di negara kita dan negara teluk." 

Friday, February 17, 2012

Halusinasi



Selepas lebih 2 minggu training siang malam pagi petang, dapat la jugak akhirnya team teater kolej gua, Halusinasi mementaskan teater "Relik : sebuah lagenda berdarah" semalam. Gua sebagai sebahagian daripada show memang lega dan berpuas hati. Yang tengok tak tahu la pulak. Bosan ke, best ke kan. Yang penting kitorang dah buat sehabis baik.

Terima kasih dekat coach kitorang Adeq, tahun ni tahun ketiga gua bekerja dengan dia. Pengarah yang bertungkus lumus ajar, Ayed, Abg Supi, Syahmi, Kak Ed, Afiq, Abg Azlin, dan ramai la lagi senior senior yang tolong. Seminggu kitorang makan sebab senior yang sponsor.

Terima kasih jugak dekat halusinasi punya crew dan para pelakon yang menjayakan teater ni. Mula mula gua agak risau budak budak 1st year tak dapat tahan centralize yang sangat pack dan memenatkan. Tapi diorang berjaya membuktikan yang diorang ni powa. Credit dekat Manis, Zaf, Jaja, Aina, Luqman, Epul. Korang semua mmg powa. Yang masuk mula mula bapak ramai. Last last yang tinggal 4-6 orang ni lah yang kitorang nak untuk join family Halusinasi.

Lagi terima kasih dekat kawan kawan 3rd year dan 2nd year, Cina, Hamdan, Hazim bertungkus lumus menjaga bahagian teknikal, yang nak sebut semua memang tak dapat la sebab ramai kan. Hah lupa pulak si Afif Fadhuli dan adik dia si "He-Who-Shall-Not-Be-Mentioned".

Terima kasih dekat yang datang tengok show semalam. Penuh panggung sampai ada yang kena berdiri dan duduk atas tangga. Terima kasih dekat member member sekolah gua, Jai, Eqi, Otai, Bangi, Mok dan penyeri si Asya. Mintak maaf tak dapat keluar semalam sebab gua kene setel banyak kerja lagi.

Tak lupa dekat kosmet kosmet tersayang si Fatin, Myra, ODE. Diorang dah nak g korea next sem. Habis lah aku bosan takde makwe nak ajak lepak.

Apa apa pun congratz dan terima kasih

LAMPIRAN
halusinasi kolej kediaman kelima universiti malaya makum 2012 feseni karviter Syed Ahmad Nazrullah
halusinasi kolej kediaman kelima universiti malaya makum 2012 feseni karviter Syed Ahmad Nazrullah

halusinasi kolej kediaman kelima universiti malaya makum 2012 feseni karviter Syed Ahmad Nazrullah









Hah carik mana satu gua mana satu lelaki taiping

Lupa nk letak...gambar ihsan dari cik adik manis Ika Zul


******

Wednesday, February 15, 2012

Pancut Dalam Telinga IV

piano depressed downgila


Kali ni mood lagu macam down sikit sebab gua tengah down. Selain menulis, lagu jugak dapat menolong mengeksperesi kan ke-down-an gua. 

Video kat dalam

Monday, February 13, 2012

Perut Komando

downgila roti gardenia sakit perut

Okay, jam menunjukkan pukul 1:41 pagi. Perut mula berbunyi rancak, bila dengar betul betul, macam ada gaya lagu Najwa Latep mengah mengah salah beat. Gua usha sekeliling bilik, makanan apa pun takde. Yang ada hanyalah sebungkus roti Gardenia yang masih belum sempat gua habiskan terletak elok di bucu meja. 

Gua capai roti. Tengok tarikh luput. Tertera "09 FEB 2012".

"Ohh. Baru 4 hari expired. No big deal", gua berspeaking 

Berpegang pada prinsip "membazir amalan syaitan", gua terus jadik bersemangat seraya membuka ikatan roti dan memakan empat keping roti Gardenia. Gua rasa roti tu masih sedap aje. Janji kenyang. Gua syak ni semua kerja syaitan la ni yang buat gua ragu ragu nak makan roti ni.

Kemaskini 8:21 pagi
Ok gua gerak tandas dulu. Jilaka sakit gila perut. Roti ni gua sedekah dekat monyet aje lah

Friday, February 10, 2012

Makin Hari Makin Slow

ping pong downgila gamep01nt

Semalam gua dah hantar Ninja untuk dibaiki ke kedai motor depan pasar malam UIA tu. So hari ni gua pergi solat Jumaat jalan kaki. Sampai masjid tudia peluh macam air terjun. Gua amek masa rilek rilek kejap lepas tu baru masuk masjid. 

Khutbah pulak pasal Valentine's Day. Ustaz yang baca khutbah cakap ada Fatwa yang Valentine's Day ni haram. Gua mula la resah sebab gua layan jugak band Bullet For My Valentine. Sekarang gua rasa nak tulis emel dekat ustaz tadi tanya ejas ejas macam mana. Gua rasa tak haram band ni.

Lepas solat gua balik lah kan. Niat nak jadik tabligh tak sampai lagi. Gua tak tahu pulak Malaysia sekarang gila panas. Gua jalan la laju sikit. Didalam gua dah rasa gua laju, baru gua sedar ramai gila budak budak PASUM potong gua. Pandang belakang dah tak ada siapa, ada pun bader gemuk mana entah pakai spek jalan mengah mengah. Ni maknanya gua semakin slow ni. Mana boleh jadi.

Tanpa disedari tangan gua mula memegang bahagian perut. Terdapat sedikit bonjol dibahagian perut gua.

"Celaka. Main pingpong hari hari pun six pack tak naik rupanya"

Start harini gua nak sit up 7000 kali sehari. Dan kepada bader bader tough kolej lima seperti Salak, Sarawak dan Ayed, gua nasihatkan berjaga jaga. Gua dah start makan telur separuh masak.

Thursday, February 09, 2012

Sibuk Dan Dr Rozmey

dr rozmey faster poster buruk

Dua Tiga hari ni sibuk gua makin menaik pulak. Nak setel macam macam, Motor gua yang barai kat parking belakang ni belum pikir lagi. Ni kena setel hal Teater dulu. Nak download movie pun tak ada masa. Internet pun jarang jarang guna.

Tentang isu semasa gua banyak juga ambil tahu sejak akhir-akhir ni. Akses internet yang disediakan di kepala katil adalah laju, tapi gua mana lepak bilik sekarang, kesibukan gua menyebabkan gua jadi banyak membaca surat khabar.

Pejabat Kolej gua pulak memang dah tahu nak buat kerja bila gua sampai. Tak dan berapa minit, teh tarik satu sama surat khabar dua ada disangkut ditepi pintu untuk gua baca. Yang tak sedap surat khabar dia bahasa omputeh pulak. Feeling dia tak sama la nak baca.

Tapi kalau dekat kedai kopi, banyak jenis surat khabar metro tu. Yang tak sedapnya kedai tu beli surat khabar Metro ni, berita merepek. Cerita orang makan nasi lauk 3 jenis pun boleh jadi isu. Celaka. Itu belum masuk bab orang bercerai dan muka Doktor Rozmey. Astaghfirullah............

Sunday, February 05, 2012

Menulis Buku Cerita



So minggu ni gua busy dengan Teater kolej, tak sempat nak repair ninja gua eksiden haritu. Sedang gua berbaring baring memikirkan ilham, idea lain datang. Gua ingat tahun 2012 ni gua nak perlahan sikit tulis blog. Kalau boleh setahun ada 2 3 entri sahaja yang panjang panjang. Gua nak lebih mendalam dalam hal-hal lain pula. Kalau mengikut perancangan gua, dalam suku pertama tahun ni gua nak keluarkan sebuah buku cerita.

Buku cerita tentang seorang remaja yang kecewa dalam bidang seni suara dan berlatih main bola betul-betul sampai ke Itali. Di Itali, dia bertemu Michael Corleone dan seterusnya bekerjasama membuka perniagaan repair seluar jeans dan seluar jenis askar yang penoreh getah ramai pakai. 

Gua harap buku cerita ni laku sampai gua boleh beli gitar akustik yang Tam Spider pakai tu dua bijik. Sebijik untuk buat main, sebijik lagi untuk buat berlagak bawa berjalan pusing bandar.

Thursday, February 02, 2012

Pengalaman Membasuh Baju Part 2


Selesai memandang makhluk bermata tiga tersebut, sepemeluk baju kotor tadi gua masukkan ke dalam mesin basuh. Kemudian gua masukkan tiga keping syiling lima puluh sen dan mengisi serbuk pencuci sehingga ke paras wangi yang maksimum. Selesai sudah, gua tutup mesin basuh dan jam di pemasa telah tetapkan pada kadar 69 minit. Mesin basuh gua mula beroperasi rancak seperti show KRU. Bunyinya juga agak garang. Sesuai sekali dengan nama timangannya, Syed Ahmad.

'Blerghhhh...burrrr pssttts ttttssss buff buff buff blerrrr'

***

Masa berlalu begitu pantas. Lepas dua tiga kali berulang alik mesin basuh-bilik, mesin basuh-bilik, akhirnya baju gua dah siap 'spin'. Kini tiba masanya untuk gua pergi menyidai baju. Sebelum ke mesin basuh, gua capai mana-mana hanger yang tak ada kerja di tempat sangkut baju dalam bilik gua. Sengaja gua ambil banyak. Tapi sebenarnya ada 1-2 je hanger gua, yang lebih semua lelaki taiping punya.

Wednesday, February 01, 2012

Pengalaman Membasuh Baju Part 1

Kedai dobi mana yang hantar kau syaiton??

Pada satu hari yang nyaman, gua tengok tempat sangkut baju gua dah tak berapa ada banyak baju. Yang tinggal hanya baju melayu, baju kemeja, singlet Nike RM10 beli masa FESKUM, tali pinggang dan baju orang datang tertinggal lepas tu tak reti nak ambil semula. Hati gua jadi berbelah bahagi. Nak buat tatu satu badan, takut berdosa. Dalam masa yang sama, kipas berpusing pada kelajuan 5 menyebabkan mata gua tidak boleh dibuka dengan begitu baik.

"Tak boleh jadi ni..." kata gua dalam hati.

Gua kutip baju kotor lebih kurang sepemeluk dalam loker dan bergegas ke mesin basuh di depan Blok C. Setibanya di mesin basuh, kelihatan seorang lelaki bermata satu sedang berdiri di atas mesin basuh yang gua rembat bawa dari kampung tahun lepas. Tubuh yang besar di atas mesin basuh yang lemah. Serta-merta gua menjadi berang.