downgila: June 2013

Saturday, June 29, 2013

Total Guitar & Gua

downgila gamep01nt azwan total guitar magazine cover download

Ni la masa gua masuk page depan Total Guitar itu hari.

Total Guitar & Hazwan

hazwan kamarudin governerd total guitar cover magazine

Masa tak ada kerja ini lah kerja gua. Membuang masa dengan Photoshop. Untuk channel Youtube bader ini. Penuh dengan video gitar yang mantap, Sila go SINI


Thursday, June 27, 2013

Kemaskini

old man day dream

Lama jugak gua tak tulis apa apa dekat sini. Banyak masa ke belajar. Sebenarnya tak ada lah belajar sangat. Duduk bukak buku 5 minit, tengok My Boss My Hero satu jam. Formula tak ingat. Bangang. Nak keluar tak boleh jugak brader. Jerebu teruk sekarang ni. Sampai menara TM depan UM ni pun gua tak nampak. Tapi tadi hujan. Dua tiga hari lagi hujan setel la kot jerebu ni. Mak gua dah suruh balik Lipis. Tak pernah kena jerebu. Rilek aje kampung halaman gua. Tak guna KLCC tinggi 80 tingkat kalau paru paru penuh habuk.

Tadi petang paper akhir gua untuk sem ni. Bukak pesbuk semua kawan kawan kelas gua dah tangkap gambor nak grad. Gua je kena tahan setahun lagi kat sini. Tapi takpa. Rezeki gua lambat sikit. Kalau nak cakap dalam nada Imam Muda, "ada la hikmahnya tu". Takpe takpe. Lu orang tangkap la gambor puas puas. Balik exam tadi gua terus pekena baring. Sambil sambil baring mula lah ke berangan.

Sekilas berborak dengan diri sendiri.

"Kalau gaji aku RM5500 sebulan kan syok. Baru je guna RM500 aish dah masuk pulak gaji bulan depan..lepas tu bulan depan baru je guna RM700 aish masuk lagi gaji..tak ke berkoyan koyan duit aku..hmm hmm power power"

Saturday, June 22, 2013

Amacam? Lu Orang Boleh Celen?



Oh lupa nak bagitahu, kalau ada yang masih tak tahu, KL sekarang jerebu teruk. Elok la demeh ikut pakai topeng sekali keluar rumah. Boleh jugak mengurangkan kadar menyampah.

Thursday, June 20, 2013

Perpustakaan

universiti malaya internet perlahan speedtest internet universiti malaya
Macam biasa lah. Bila musim peperiksaan mula la gua buat lawa dekat Perpustakaan Fakulti ni. Nak belajar nye tak sangat. Saja nak duduk sini ada ekon dengan internet nakharam laju gila babi. Tak caya? Lu kasi tengok gambor kat sebelah ni.

Yang tak best nye perpustakaan ni semua orang senyap. Haram bosan. Apa cerita? Berborak la sikit. Semua buat buat rajin je baca buku konon. Padahal tengah Whatsapp dengan makwe. Makwe pulak dekat sebelah je. Lepas dah whatsapp duk "hik hik" sorang sorang. Bagi alasan dalam perpustakaan tak boleh bercakap. Puih. 

Watdehel. Patutnya sekarang gua study. Baik, gua nak sambung buat kerja. Gua sekarang dah boleh kata macam bodoh dari pagi duduk sini yang masuknye sikit saje. Ni la sebab gua tak suka internet laju ni. Habis semua iklan Youtube gua tengok. Iklan susu UHT pun sama gua bedal. Balik karang gua rasa macam nak singgah kedai runcit Kolej 12 beli susu UHT kotak besar. Nak beli 5 kotak. Malam ni ingat nak try minum sampai mabuk, kalau gua tido awal jugak, gua akan lancarkan jihad papan kekunci ke atas Dutch Lady macam biasa gua buat pada Astro dan Telekom. Peduli apa gua dorang kisah ke tak, janji gua puas.

Sampai sini sahaja, banyak lagi kerja gua kena setelkan dan apa yang disetankan, gua masih tak paham macam mana nak buat graf log ni. Doakan gua berjaya. Celaka, boleh rosak pulak hurup "J" ni, kena tekan kuat kuat baru keluar.

Saturday, June 15, 2013

Hal Hal Rambut



Hobi gua memang record video muka separuh pun. Jangan tanya kenapa lah.

Friday, June 14, 2013

Hujan Batu

winter amsterdam

Tahun 1996, Chuping dilanda hujan batu. Betul. Gua nampak satu ketulan ais sebesar batu bata jatuh kemudian berderai di atas tangga kayu depan rumah gua. Cepat benar ais itu mencair. Sampai hendak berkelahi dengan abang gua sebab haram dia tidak percaya apa yang gua nampak.

Petang itu hujan berhenti. Gua dan sebahagian keluarga bertandang ke rumah kawan bapak gua di kem tentera sebelah. Nama pakcik tu Guruh. Orang Sarawak. Muka dia ada parut parut sikit dan sangat violent. Gua masa tu kalau dengar nama pun dah meremang tengkuk ngeri. Masa dulu mak gua selalu acah-acah kalau gua taknak pergi tadika, dia nak hantar ke pakcik Guruh. Gila gua terus laju ke mandi.

Macam biasa, sebagai budak tadika, apa hal petang-petang duduk dalam rumah? Gua berborak dan bertukar-tukar cerita hujan batu dengan anak pakcik Guruh yang sebaya sambil duduk di atas bonet belakang kereta Nissan Sunny bapak gua.

"Mak aku cakap kalau minum air hujan batu, boleh jadi pandai.." kata anak pakcik Guruh tanpa unsur-unsur komedi.

Secepat kilat gua colek sisa-sisa hujan di atas kereta bapa gua dan terus masukkan ke dalam mulut.

"Tapi air hujan tu tak boleh kena apa-apa, mesti terus dari langit baru berkesan.." sambung anak pakcik Guruh yakin.

Cilakakk..!! Gua dah masuk dalam mulut baru nak kabor. PAAANG! Gua karate kereta bapa gua sepam dan terus berlari masuk ke rumah cari karipap.

2013, gua masih lagi sangkut di UM, kawan kawan semua dah ada kereta, rumah sendiri. Kalaulah gua colek air hujan batu itu tadi dari bot mewah.....

Wednesday, June 12, 2013

Trailer The Hobbit Weh



Dalam buku tak ada cerita pun pasal Legolas sebenarnya. Dalam movie ada. Havoc juga scene Legolas dengan makwe mana entah tu.

Sunday, June 09, 2013

Balik Kampung & Merepek

Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak Pantai Dalam merupakan sebuah restoran masakan Pantai Timur yang sangat terkenal. Restoran ini terletak berhampiran dengan stesen komuter pantai dalam

Gua baru sampai kolumpo tadi. Tengah hari tadi makan dekat Anis Putri. Lu duduk UM tapi tak tahu Anis Putri kat mana? Lu memang malang. Gua sebenarnya dah lama tertanya tanya. Kenapa orang ramai bebenor dekat Anis Putri? Nak cakap lauk dia sedap tak ada la sedap mana pun. Nak cakap ikan dia manis, sama je ikan beku dia pakai. Ulam petai dia pun besar secoet je. Lembik pulak tu. Tapi ramai jugak orang, sampai berpeluh peluh celah punggung nak carik tempat duduk saje. Tapi tak apa lah janji pisang goreng dia sedap.

Hujung minggu yang baru ni gua pekena balik Lipis. Lama betul dah gua tak balik. Ni alang alang nak periksa akhir semester, balik la sekejap jumpa mak ayah. Bila gua balik Lipis, mende yang wajib pekena ialah air tebu Aki Daud dekat kampung sebelah. Ini baru lah boleh dikatakan sedap. Air tebu dia 'pure' dari tebu tak ada campur air sejuk. Dia mesin tebu tu, dapat air terus kasi lu minum. Harga? Tak payah cakap. Secawan 50 sen. Murah gila babi. Tapi pelanggan takde lah ramai macam Anis Putri.

Sepanjang di kedai gua melepak dengan Encik Mahmud. Encik Mahmud mahaguru gua. Apa benda yang mahaguru gua pun tak tahu. Mungkin sebab rambut Encik Mahmud juga kembang seperti sarang tebuan walaupun umur sudah mencecah 60-an. Tapi yang pasti Encik Mahmud kuat merepek. Umur dah 65 tahun. Agak-agak dah berapa lama dia merepek sepanjang hayatnya?

Encik Mahmud sembang pung pang pung pang. Gua sengih. Gua tahu, dia merepek.

Encik Mahmud tanya gua.

"Eh kau kenal tuhan?"

Gua sengih. Takdelah merepek sangat Encik Mahmud ni rupanya.

Wednesday, June 05, 2013

Parlimen Bubar

cerita kedai kopi malaysian street food coffee shop williams corner parlimen bubar

Kelas gua berhenti rehat untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar dan pengajar-pengajar pekena minum pagi. Gua ke kantin. Lecturer gua ni macam dah biasa mendidik pelajar-pelajar supaya cenderung berehat awal. Ni yang gua sayang lebih ni. Pada pandangan gua, kita perlukan lebih ramai lecturer yang bertindak macam ni demi masa depan cemerlang anak bangsa. Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal hal macam ni.

Ok sambung. Bagi memenuhi masa beberapa minit sebelum kelas seterusnya bermula, gua mengorder Horlick suam lalu duduk ditengah tengah kantin. Mata meliar mencari makwe. Manalah tahu kot-kot dapat satu makwe di saat-saat genting nak dinner kolej ni..Barulah metropolitan.

Tiba-tiba muncul kutu kutu first year agak serentak. Salah seorang tidak semena-mena bertempik terkawal setelah membaca khidmat pesanan ringkas di telefon bimbitnya.

"Parlimen dibubarkan woi..!!"

Suasana kecoh. Semua kucar-kacir. Semua tertanya-tanya.

"Betul ke?"

"Bila bubar..?"

"Bangunan parlimen siapa duduk sekarang..?"

Dalam gua tengah sibuk mem'browse' makwe solid-solid, macam-macam kenyataan pula keluar dari mulut orang ini dan orang itu.

"Maknanya sekarang ni kuasa semuanya dipegang En. Rahman le.."

En. Rahman seorang askar pencen. Orang itu bergurau barangkali. Orang ini dan orang situ pula berkata..

"Darurat le kiranya time sekarang ni.."

"Agong le kira paling 'king' sekarang.."

Ada satu kutu yang mula berminyak mulut pekena bekal mee goreng penuh yakin berkata.

"Sain sain YB ke, menteri ke semua dah tak laku lagi masa ni.."

"AES apa cerita woi? Aku belum bayar lagi."

Pelik gua, bebudak first year ni berborak lebat sangat ni umur dah cukup ke nak mengundi? Bermacam-macam jenis persoalan dan kenyataan keluar sampai kusut semua di situ memikirkan. Aneh. Antara malaikat lalu atau semua agaknya sibuk berfikir nak sembang apa lagi.. keadaan berubah.

Hening.

TET TENENET TENENET! Khidmat pesanan ringkas masuk.

"PEH KELAS KENSEL!!" teriak gua spontan di memandang khidmat pesanan ringkas yang gua baru terima sambil tersengih-sengih.

Betul. Lain macam gaya orang-orang kat kantin tu jeling gua..

Monday, June 03, 2013

Cicak

Tahukah lu orang bahawa cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Licik.