Parlimen Bubar | downgila

Wednesday, June 05, 2013

Parlimen Bubar

cerita kedai kopi malaysian street food coffee shop williams corner parlimen bubar

Kelas gua berhenti rehat untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar dan pengajar-pengajar pekena minum pagi. Gua ke kantin. Lecturer gua ni macam dah biasa mendidik pelajar-pelajar supaya cenderung berehat awal. Ni yang gua sayang lebih ni. Pada pandangan gua, kita perlukan lebih ramai lecturer yang bertindak macam ni demi masa depan cemerlang anak bangsa. Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal hal macam ni.

Ok sambung. Bagi memenuhi masa beberapa minit sebelum kelas seterusnya bermula, gua mengorder Horlick suam lalu duduk ditengah tengah kantin. Mata meliar mencari makwe. Manalah tahu kot-kot dapat satu makwe di saat-saat genting nak dinner kolej ni..Barulah metropolitan.

Tiba-tiba muncul kutu kutu first year agak serentak. Salah seorang tidak semena-mena bertempik terkawal setelah membaca khidmat pesanan ringkas di telefon bimbitnya.

"Parlimen dibubarkan woi..!!"

Suasana kecoh. Semua kucar-kacir. Semua tertanya-tanya.

"Betul ke?"

"Bila bubar..?"

"Bangunan parlimen siapa duduk sekarang..?"

Dalam gua tengah sibuk mem'browse' makwe solid-solid, macam-macam kenyataan pula keluar dari mulut orang ini dan orang itu.

"Maknanya sekarang ni kuasa semuanya dipegang En. Rahman le.."

En. Rahman seorang askar pencen. Orang itu bergurau barangkali. Orang ini dan orang situ pula berkata..

"Darurat le kiranya time sekarang ni.."

"Agong le kira paling 'king' sekarang.."

Ada satu kutu yang mula berminyak mulut pekena bekal mee goreng penuh yakin berkata.

"Sain sain YB ke, menteri ke semua dah tak laku lagi masa ni.."

"AES apa cerita woi? Aku belum bayar lagi."

Pelik gua, bebudak first year ni berborak lebat sangat ni umur dah cukup ke nak mengundi? Bermacam-macam jenis persoalan dan kenyataan keluar sampai kusut semua di situ memikirkan. Aneh. Antara malaikat lalu atau semua agaknya sibuk berfikir nak sembang apa lagi.. keadaan berubah.

Hening.

TET TENENET TENENET! Khidmat pesanan ringkas masuk.

"PEH KELAS KENSEL!!" teriak gua spontan di memandang khidmat pesanan ringkas yang gua baru terima sambil tersengih-sengih.

Betul. Lain macam gaya orang-orang kat kantin tu jeling gua..


11 comments:

  1. Kelas cancel adalah nikmat dunia paling maha dasyat berbanding sembang parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat. walau kena ganti tp feeling dia teteps padus

      Delete
  2. Biase la freshie...

    ReplyDelete
  3. kelas keluar awal itu paling happy .. gua masa study gua yg paling pantas hahahha..

    ReplyDelete
  4. agong mmg sntiasa pling king

    ReplyDelete
  5. tak habis lagi ke oii citer parlimen bubar..hahaha....

    kadang2 aku rasa ko ni macam HIRO akal tunjang la..lama member tu tak update..

    ReplyDelete
  6. Ko yang tengah suap makanan tu eh? ker gambar hanya sekadar hiasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hiasan la oi. aku mana tangkap gambar

      Delete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...