Menghitung Hari | downgila

Tuesday, December 20, 2011

Menghitung Hari



Bila gua kira kira balik, lagi berapa hari saja lagi nak masuk tahun 2012. Gila babi steady. Tambah lagi 8 tahun. Jadi tahun 2020. Waktu tahun 2020, wawasan yang Malaysia canangkan sudah tercapai. Kereta semua dah boleh terbang. Rakyat semua pakai baju kilat kilat kaler perak. Kebanyak benda dah sudah maju dan menggunakan teknologi tanpa wayar. (wireless) termasuk siram pokok bunga. Geran tanah pun dalam disket.

Nasi dah tak payah makan. Cuma kena makan pil perasa nasi je. Kalau pil kaler kuning, nasi minyak. Kalau kaler kuning pekat sikit, pulut kuning. Kalau pil kaler putih ada sedikit sedikit merah, nasik lemak sambal lebih. Begitulah seterusnya mengikut aturan warna dan saiz yang ditetapkan oleh lembaga padi. Hal yang sama turut berlaku kepada alam buku yang mana kedai buku semuanya digantikan dengan kedai laptop.

Sebenarnya tempoh 8 tahun adalah satu tempoh yang agak singkat berdasarkan pengalaman gua menempuh tiga kali 10 tahun sebelum ini (1990, 2000, 2010). Jadi pandangan gua kerajaan mesti tengah giat dalam menjayakan misi wawasan 2020 secara intensif dengan menggunakan orang-orang macam gua di Putrajaya.

Sebagai contoh simpang 2 tengah selepas Dewan Tunku Cansellor di UM perlulah disediakan traffic light supaya kereta tidak lah memasuki simpang secara mengejut dan mengakibatkan kecederaan kepada gua dan Motor gua. Tadi gua lalu naik Ninja dah barai tayar belakang bunyi kruk kruk sampai kolej. Tapi bila gua pikir balik waktu gua sedang tulis ayat ni, buat apa nak ada simpang masa tu kereta semua terbang dengan menggunakan gas hidrogen.

Dalam arena politik dan majlis rasmi, Najib lebih banyak dalam bentuk hologram. Orang murusuh pun dalam bentuk hologram. Bila kena FRU tembak gas, mata tak pedih dan mereka terasa seperti dipermainkan.

Tapi bila gua fikir balik. Sebenarnya time time macam ni baik gua tidur. Malam karang gua nak pergi siapkan sedikit kerja sekolah yang sangat bugima bersama Sarawak dan Bangi.


Notakaki : Apa azam 2012 lu orang? gua ingat lepas tulang gua dah sambung gua nak cuba menempatkan diri dalam pasukan duathlon Pahang.

*****

18 comments:

  1. mcm mana ko leh pikir sampai mcm tu sekali pasal nasi.. ayooo~ haha
    gud imagination. :D

    nnt da 2002, ko da x pakai ninja ko tu.. :p

    ReplyDelete
  2. azam 2012?? gua nk jadi hensem? bole? -slimohslimo

    ReplyDelete
  3. entah, aku pon tak pk lagi azam baru

    ReplyDelete
  4. azam abang zam, abang nak kekalkan moto abang zam
    trimas

    ReplyDelete
  5. haha...mane2 la dpt idea kuning sket pult kuning:)

    ReplyDelete
  6. 2020 masih Pok Jib jd PM kerr?
    Nyway, pasal nasik tu bro, kenyang ker makan pil? kah3
    Hahah
    xD

    ReplyDelete
  7. sekarang ni ko boleh berkira-kira untuk masuk paralimpik aku rasa. amacam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. -_- paralimpik sesuai utk kau ada lah

      Delete
  8. Gua rasa pil nasi tu sekarang pun dh wujud, lbh dikenali sebagai PIL DIET. Idea hologram tu best, bleh anta hologram aku g kelas atau keje, tp sbenanya tido kt rumah. mcm SAKA pn ada gak bunyinya.

    ReplyDelete
  9. "Bila kena FRU tembak gas, mata tak pedih dan mereka terasa seperti dipermainkan."

    sial. hahaha

    ReplyDelete
  10. fes time dlm hidup aku baca blog xdek kaitan ngn binatang ataupun artes, semua entri aku baca nih! tahniah

    ReplyDelete
  11. semoga sukses..

    heheheh

    ReplyDelete
  12. 8 tahun lagi Malaysia akan menjadi status negara maju sepenuhnya tahun 2020. cepat betul masa berlalu.

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...