downgila: December 2016

Tuesday, December 20, 2016

Scene Biskut Kering Update Disember 2016

Gua baru je balik dari Konvensyen Persatuan Biskut Kering SeMalaysia semalam. Dalam event kami kali ini, nampaknya position nombor satu dalam scene Biskut Kering yang selama ni dikuasai oleh Biskut Hup Seng telah dirampas takhtanya oleh Biskut Julie.

Gua pun tak sangka ada biskut yang boleh lawan biskut Hup Seng sebagai makanan kecemasan semasa bini tak ada di rumah ataupun semasa hujung bulan. Mungkin Hup Seng ni overconfident sebab bila gua beli je biskut tu mesti hangit dekat bahagian bawah. Apa susah sangat ke masak biskut kering? Bodoh.

Setelah gua fedup dan beralih kepada biskut Julie's ni. Gua rasa dah malas nak berpatah balik. Biskut ni juga dah ada siap-siap line kat tengah untuk adegan dramatik karate biskut kering kepada 2 sebelum dicicah di dalam air Teh O panas. KAPOWW!

Dah la. Gua half day hari ni. Baru habis download movie pulak tu. Jumpa lagi bulan depan dalam Update Scene Biskut Kering Tahun 2017.

KAPOWW!!