downgila: April 2012

Monday, April 30, 2012

Berborak lagi

Selain Tam Spider, Noh Hujan Neelofa dan Afif Fadhuli, gua juga suka berborak bersama drummer dan bassist Sum 41



nampak macam sedih gua terus pujuk Cone


Steve pulak


Okay sekarang tunggu Najib reply tweet gua. Sombong betul orang tua ni

Friday, April 27, 2012

Kenangan 1996 : Oral


Pagi tu hati gua rasa tak enak. Macam ada benda tak selesai. Gua pergi sinki. Kumur, kumur dan berkumur. Tak menjadi juga.

Dekat pukul 8 pagi, dengan berat hati gua bertolak ke sekolah Tadika Kemas anak anak tentera berjalan kaki secara solo. Tadika tu depan rumah je. Sambil jalan gua cuba nyanyi lagu Ultraman seven. Berterabur juga senikata dia. Mulut pula ada lagi rasa tak ngam. Dalam perjalanan itu runsing gua tak putus putus. Sepanjang perjalanan muka berkerut.

Di kelas, cikgu Sharipah tak sampai lagi. Gua pekena main buai dulu sepam. Main buai pun takde feel. Dah puas duduk, berdiri, hayun laju-laju lepas tu loncat 3 meter kehadapan. Dia punya seronok tak pergi. Baru sekolah tadika gua dah pandai runsing.

Separuh masa pertama, Cikgu Sharipah ajar melukis. Gua lukis gambar ayam. Dalam resah, gua masih beri yang terbaik. Cuma kadang-kadang gua ke sinki. Cuba selesaikan sesuatu. Kumur kumur. Tak jadi lagi.

Gua rasa gua dah kumur dengan tekanan air paling tinggi dah tu. Tapi tak jalan.

Gua sambung lukis gambar ayam. Dalam ramai ramai tu, gua je lukis ayam ada bentuk ayam sebab dekat rumah bapak gua selalu memberi tuisyen percuma berkaitan dengan 'art' melukis haiwan. Kecik kecik lagi bakat gua melukis dah terserlah. Member-member lain lukis gambar ayam serupa memerang, ada yang macam sayur kangkung pun ada. Bodoh.

Tak lama gua duduk, gua ke sinki lagi, kumur, kumur, kumur kaw kaw, kumur padu, kumur air banyak, kumur air sikit, masih tak berjaya. Gua mula berang.

Gua cuba lagi. Kumur, kumur, kumur kaw kaw, kumur padu, kumur air banyak, kumur air sikit..tiba tiba..

Kelekingg..!!

Terpancar kepuasan di sengih gua. Gua ambik balik sebatang gigi dalam sinki dan simpan dalam kocek tepi seluar.Orang tua kata kena tanam..

Wednesday, April 25, 2012

Tragedi Asam Gelugor

downgila need for speed most wanted the run laju poster banner

" Gua jalan slow je masa tu. On the way nak pergi bandar Lipis le, nak pergi cari kek pisang. Tiba tiba ada satu kereta tu cucuk rapat gua punya kereta. Siap bagi lampu tinggi. Gua mula syak sesuatu. Dalam pada tu sempat juga gua bertentang mata dengan driver kereta belakang ikut cermin pandang belakang. Pandangan dia yang sinis dan tajam seolah olah nak mencabar gua. Gua memang pantang dicabar. Gua balas balik senyuman sinis dia, gua change gear, zass zass..zasss sekali lagi..gua tarik pick up gear 3 sampai naik 140 km/j gua cakap lu.. Peh..cicir jauh. Tak melawan langsung..puas hati gua itu hari..Ada ke bader tu nak kejar gua punya Porsche. Memang tak lah. Dah la pakai Myvi"

*****

Bapak gua : Bukannya nak perati betul betul..! Start kereta main jalan je..Habis sekilo macam tu je..Aok pergi cari balik..Kutip kutip balik atas jalan sana..

Gua : Laa.. mana orang tau. Yang pergi jemur asam gelugor atas bonet tu apsal..?

Saturday, April 21, 2012

Roti Dan Stokin

downgila stokin malaysia red devil

Jam menunjukkan pukul 6.59. Bergegas gua ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Waktu bangun tidur gua tersasar lagi. Orang kata nak jog sedap sebelum pukul 7.30. Sebab tu banyak event lari lari start pukul 7.30. Tapi gua dah lambat, tidur lama sangat. Musim-musim hujan tengah hit ni, memang 'in' tidur. Lagi-lagi kipas speed 3, selimut kuning kelubung, tingkap buka. Peh..macam tidur terbaik dunia.

Selepas siap solat Subuh, gua sarung baju jogging Nike Run. Dan bersiap siap untuk memakai stokin. Tapi sebelum tu kena capai seluar pendek dekat ampaian. Capai stokin wangi gua lalu pakai stokin belah kanan dengan cargas, baru nak pakai stokin yang belah kiri, tiba tiba perut gua terasa sangat kosong kosong kosong Najwa Latep. Lalu gua buat pusingan 'u'. Gua capai roti dan sapu sedikit kaya yang terletak di atas meja. Kucar-kacir gua makan roti.

Masa nak sarung stoking, gua pegang dulu roti pakai mulut. Kata orang tak manis pegang stoking sekali dengan roti. Roti dah sepit dekat mulut pun gua ada hati lagi nak kunyah. Amboi, lain macam dia punya sedap roti tu.

Wednesday, April 18, 2012

Kerja Jahat Diwaktu Malam



Semasa semua orang sudah tidur, Lelaki Taiping pun memulakan kerja beliau menggodam wifi penyelia didepan bilik. Saksikan beliau beraksi. Havoc juga dia ni rupanya.

Monday, April 16, 2012

Sum 41 Live In Kuala Lumpur 14 April 2012

sum 41 live in kuala lumpur malaysia deryck cone tom stevo32
sum 41 live in kuala lumpur malaysia deryck cone tom stevo32
sum 41 live in kuala lumpur malaysia deryck cone tom stevo32
sum 41 live in kuala lumpur malaysia deryck cone tom stevo32
sum 41 live in kuala lumpur malaysia deryck cone tom stevo32
sum 41 live in kuala lumpur malaysia deryck cone tom stevo32 one buck short

Legendary. Itu saje yang gua dapat cakap pasal konsert Sum 41 hari Sabtu haritu.Cuma ada slek dekat si Deryck yang nampak mabuk dan high. Banyak lupa lirik dengan banyak interlude yang terlebih panjang. Gua duduk depan sekali belah kanan. Sebelah gua masa ni makwe comel. Tapi sampai setengah show dia pergi belakang sebab tak tahan kena himpit. kah kah kah. Taknak kena himpit balik rumah tengok Roda Impian la.

Ada satu brader ni rekod diorang main. Sila go SINI

Oh lupa nak bagitahu. Gambar ni bukan gua yang tangkap. Ada makwe INI yang tangkap. Dengan menggunakan teknik Photoshop yang tak seberapa gua telah dengan kurang hajarnya memadam watermark dia. Sebab watermark dia beso sangat. haha. Sori kak

Sunday, April 15, 2012

Revolusi

Dulu masa kecik kecik umur dari 0 tahun sampai 12 tahun, mak gua yang basuh baju gua. Masa tu kita orang hidup susah. Mesin basuh pun kecik gila. Sekejap sekejap rosak. Mintak buang aje. Baju pulak bertimbun timbun. Mak gua jugak power, basuh, keringkan, sidai baju kita orang secara manual pakai tangan. Sob sob sob. Lepas dah kering tu angkat, pastu lipat lagi. Sebab tu gua jenis baran tengok adik gua jenis campak campak aje baju dalam baldi. Silap hari bulan gua kasi satu right hook dekat ulu hati bagi senak sikit.

Sampai umur gua 13 tahun, gua pindah asrama, masa kat asrama, gua basuh baju pakai tangan juga. Bukan tak ada dobi, ada, tapi seminggu sekali. Hantar minggu ni, dapat minggu depan. Jadi, barang yang sesuai untuk dihantar dobi hanyalah kain gebor dan baju batik. Selain dobi, mesin basuh berbayar juga ada disediakan. Disebabkan dia mesin basuh berbayar, gua kena lah bayar. RM 2 sekali basuh. Gua mana la ada duit masa tu. RM 2 tu macam mahal juga pada gua. Makan kantin pun seminggu sekali.  Kadang kadang gua jeles juga tengok anak anak orang kaya. Baju pakai sekali lepas tu kumpul dalam beg hari jumaat mak datang ambil. Hari Ahad dah dapat balik. Siap ada yang dalam plastik. Tak payah guna RM 2 sendiri. Tapi takpa la kan. Takkan semua nak senang.

Basuh baju pakai tangan ada jugak kebaikan dia. Dapat la gua rasa kesusahan mak gua yang hari hari buat benda sama. Untuk 7 orang punya baju. Tak ada pun mengeluh penat. Gua baju sendiri je takkan tak boleh kan? Tapi bila masuk tingkatan dua ada la senior senior bagi baju suruh basuh. Gua gagah juga basuh pakai tangan.

Naik tingkatan 4 dengan 5, gua ada tukang jaga baju sekolah gua, junior ni akan ambil baju gua hari Jumaat malam dan bila gua bangun pagi Isnin, baju sekolah, seluar sekolah, Set baju Melayu+Sampin, dan baju Pengakap sudah tersedia didalam loker. Sekali sekali gua upah juga dia 2 3 biji gula gula perisa mangga tu. Baik kan gua. Gula gula tu tengah top masa tu. Gula gula yang kunyah Lot 100 nama dia. Iklan dia ada budak budak makan sambil main hoola hoop macam tak ada menda lain nak main. Tapi bukan semua baju gua kasi dekat junior. Baju sekolah aje. Baju baju seperti baju harian dan baju dalam gua basuh sendiri. Gua juga masih berperikemanusiaan.

downgila lot 100 gummy

Naik PASUM sampai gua Tahun 1 pun gua still basuh baju pakai tangan. Masa ni kewangan gua tak ada lah sengkek sangat, Tapi sebab gua dah biasa pakai tangan, gua basuh juga pakai tangan. Mungkin sebab sudah lama gua basuh baju pakai tangan, tangan gua bila tengok sekali Imbas ada la macam tangan Son Goku.

TAPI.....Tapi....bila gua naik Tahun dua, gua mula kenal dengan menatang ni.

washing machine

Murah dan power. RM1.50. Gua mula ragu ragu adalah ingin meneruskan penggunaan tangan atau menggunakan mesin. Akhirnya, gua mengambil keputusan untuk mencuba cuba nasib.

Tak sangka pulak gua mende alah ni addict. Sekali cuba mula la nak cuba lagi. Sejak dari itu. Titik hitam dalam hidup gua bermula. Gua mula malas membasuh menggunakan tangan. Semua kerja nak senang. Masuk duit, mesin tu pusing fiu fiu fiu sedar sedar baju dah kering. Sangat ajaib. Gua kecewa dengan diri sendiri. Gua bukan lagi Azwan yang gua kenal dulu.

Tapi semalam, gua pergi konsert Sum 41. Harga tiket dia RM111. RM111 tu dah boleh dapat kasut converse satu lu tau dak? Tapi disebabkan Sum 41 ni la band yang paling gua suka, gua dari kecik bercita cita nak pergi. Gua keluar duit juga nak pergi. Semasa konsert tu, gua mula terfikir, sampai bila gua nak terus macam ni? Sampai bila gua nak terus menerus bergantung kepada mesin basuh untuk membasuh baju gua. Bukannya bersih sangat. Mesin tu bukan ada tangan nak sental daki daki yang degil dibahagian kolar baju.

Jadi bermula pagi tadi, gua sudah mula membasuh baju menggunakan tangan kembali. Gua ingat gua nak basuh pakai tangan sampai langsai RM111 yang gua guna untuk beli tiket. Kalau kita sama sama kira..

Sekali basuh baju gua guna RM1.50. Kalau gua malas tahap cilake gua keringkan lagi. RM1.50 lagi. Jadi RM3. Tapi bukannya selalu. Jadi kita amek purata sekali basuh gua guna RM2

Jadi,

RM111 / RM2 = 55.5 lebih kurang 56. Jadi untuk tebus balik duit tiket tersebut. Gua akan membasuh baju menggunakan tangan sebanyak 56 basuhan selepas ini. Sama sama lah doakan gua berjaya ok?

Thursday, April 12, 2012

Battleship Moview Review

downgila battleship movie poster review download free BRRIP

Gua tengok cerita ni hari Selasa haritu dengan Sufee, Slim dgn Lelaki Taiping. Si Sufee dapat 4 tiket premiere free. So terasa bangga jugak menjadi orang yang mula mula tengok cerita ni. Disebabkan tayangan yang kita orang pergi ni adalah yang pertama, kawalan adalah sangat ketat. Ramai gila bader2 jalan usha entah entah ada yang rakam guna henpon sampai gua pun kena sound sebab tengah reply mesej si Mok. Gua nak makan pop corn chicken yang dibeli kat Carrefour pun payah.

Cerita dia jenis letup sana letup sini. Lebih kurang macam cerita Battle Los Angeles. Meletup dari awal sampai habis. 2 jam setengah tak penat penat meletup. Ada orang jenis minat cerita macam ni. Pada yang jenis minat cerita macam Semerah Cinta Stiletto, Ombak Rindu semua tu mesti rasa cerita ni bosan.

downgila battleship movie poster review download free BRRIP
downgila battleship movie poster review download free BRRIP
downgila battleship movie poster review download free BRRIP

Plot pulak, dia punya plot sama je macam cerita alien alien lain. Ada alien datang bumi, alien ni nak takluk bumi, alien je mesti power gila. Teknologi macam celaka punya maju. Tembak kapal sekali tebabo meletup tapi last last ada hero lawan balik. Pastu hero menang. Plot biasa la. Tapi gambar lawa, makwe hero tu pun lawa.  Silap jari alien tu ada 4 je menyebabkan gua rasa sedikit geli. Yang gua jadi bangga tu sebab ada satu part tu diorang ada letak Malaysia dalam senarai negara yang mempunyai Askar Laut yang power setanding US dan Jepun.

So kalau gua nak bagi rating, gua bagi 6.5/10 la. Tapi gua up jadi 7/10 sebab tiket free orang belanja. Lu orang wajib tengok

Tuesday, April 10, 2012

Rage


downgila jerit screaming


Perkara paling 'rage' yang boleh berlaku pada lu pada satu satu hari adalah apabila pagi tersebut sangat hening, sejuk, nyaman, dengan suasana hujan sederhana lebat, ditambah pulak dengan Lelaki Taiping yang menyambung tidur diatas katil yang empuk sambil bertanya "ada kelas ke rumet?" dan lu terpaksa menjawab "Ha'ah ada kelas kul 8". Pada masa tu lu akan bertanya pada diri sendiri, perlukah aku sambung tidur atau menjadi pelajar efisyen dan pelajar 3 pointer untuk kekelas. Wajah  dan pesan ibu bapa yang berpesan "Belajar elok elok wan" juga mula terngiang-ngiang di telinga menyukarkan lagi pilihan...

Tapi apabila lu mengambil keputusan untuk kekelas, yang ada hanyalah lu seorang dan rupa rupanya kelas sudah kensel. Setan.

Sunday, April 08, 2012

Tak Macam Holiday Orang Lain

downgila superhero celaka

Pagi gua masa tu dikejutkan oleh suara mak gua, bukan alarm henpon seperti biasa.

"Hah bangun Suboh ni dah pukul 7 dah! Suboh gajoh ke mende aok nak semayang ni?? Bangun!"

Disebabkan mak gua bukan alarm henpon, gua tidak boleh sesuka hati "snooze". Gua bangun. Menggeliat bukan main badan sengal sengal lagi bawak beg balik semalam. Gua balik Kuala Lipis cuti mid semester seminggu. Lepas subuh gua sambung balik tidor.

Gua bangun balik pukul 10 gitu. Terus bergegas ke dapur. Bukak tudung saji angan angan nak makan pagi. Celaka nasik dah habis kena bedal dengan siapa ni gua lapar!

Tidak mengapa, gua bergerak balik ke bilik nak pasang laptop. Hati hati gua keluarkan laptop. Siap setting semua tiba tiba gua perasan sesuatu. Adapter laptop gua tertinggal kat UM. Celaka.....gua nak buat apa nganga seminggu kat rumah tanpa laptop gua? Macam mana gua nak tengok cerita cerita lucu dan tidak lucu yang baru habis di download tempoh hari?

Tidak mengapa, gua boleh online guna komputer rumah. Lantas gua membukak komputer sambil tangan memegang biskut cap ping pong sekeping. Celaka ..... komputer rumah pulak tak ada internet akak gua tak bayar lagi bil bulan lepas.

Tidak mengapa, disebabkan tiada laptop dan internet, gua bergerak membaca surat khabar, bukak page belakang, hah! ada berita pasal Liverpool. Gua baca tajuk besar "Liverpool Kalah Buat Kali Ke-11" .Celaka.....kalah lagi? Gua dah penat buat buat sokong Liverpool ni. Dengan kelab besar boleh menang bila dengan team ayam tak boleh pulak menang. Jenis bodoh. Baik gua sokong Polis lepas ni.

Tapi tidak mengapa, gua bukak page tengah, hah! ada berita pasal Liyana Jasmay. Lawa betul Liyana Jasmay ni. Pandang sekali lawa, pandang 2 3 4 kali pun still sama lawa. Tutup surat khabar bukak balik pun lawa juga. Bila gua baca tajuk..Celaka ..... berita Liyana Jasmay bertunang dengan mamat ni nama  Fathuddin Mazlan. Gua terus hilang feel nak baca surat khabar.

****

"Oi! mana bahagian tengah paper hari ni pasal Liyana Jasmay tu? Siapa ambik?!", jerit adik gua sampai kebilik gua kedengaran suara beliau yang tak berapa merdu tu.

Gua dalam bilik rilek goyang kaki berpuas hati dengan 'art' gua. Dekat pintu blik gua ada keratan surat khabar yang sudah gua conteng. ada gambar Liyana Jasmay. Sebelah tu ada gambar si  Fathuddin Mazlan, dekat mata, gua bagi bulu kening tebal sikit. Hidung gua buat bulat merah besar besar jadi macam badut. Mata kasi juling kaw punya. Lepas tu ada air liur meleleh dekat mulut. Ada sikit sikit tulisan Jepun.

Gua tersenyum sendiri. Cantik betul 'poster' baru ni.