Revolusi | downgila

Sunday, April 15, 2012

Revolusi

Dulu masa kecik kecik umur dari 0 tahun sampai 12 tahun, mak gua yang basuh baju gua. Masa tu kita orang hidup susah. Mesin basuh pun kecik gila. Sekejap sekejap rosak. Mintak buang aje. Baju pulak bertimbun timbun. Mak gua jugak power, basuh, keringkan, sidai baju kita orang secara manual pakai tangan. Sob sob sob. Lepas dah kering tu angkat, pastu lipat lagi. Sebab tu gua jenis baran tengok adik gua jenis campak campak aje baju dalam baldi. Silap hari bulan gua kasi satu right hook dekat ulu hati bagi senak sikit.

Sampai umur gua 13 tahun, gua pindah asrama, masa kat asrama, gua basuh baju pakai tangan juga. Bukan tak ada dobi, ada, tapi seminggu sekali. Hantar minggu ni, dapat minggu depan. Jadi, barang yang sesuai untuk dihantar dobi hanyalah kain gebor dan baju batik. Selain dobi, mesin basuh berbayar juga ada disediakan. Disebabkan dia mesin basuh berbayar, gua kena lah bayar. RM 2 sekali basuh. Gua mana la ada duit masa tu. RM 2 tu macam mahal juga pada gua. Makan kantin pun seminggu sekali.  Kadang kadang gua jeles juga tengok anak anak orang kaya. Baju pakai sekali lepas tu kumpul dalam beg hari jumaat mak datang ambil. Hari Ahad dah dapat balik. Siap ada yang dalam plastik. Tak payah guna RM 2 sendiri. Tapi takpa la kan. Takkan semua nak senang.

Basuh baju pakai tangan ada jugak kebaikan dia. Dapat la gua rasa kesusahan mak gua yang hari hari buat benda sama. Untuk 7 orang punya baju. Tak ada pun mengeluh penat. Gua baju sendiri je takkan tak boleh kan? Tapi bila masuk tingkatan dua ada la senior senior bagi baju suruh basuh. Gua gagah juga basuh pakai tangan.

Naik tingkatan 4 dengan 5, gua ada tukang jaga baju sekolah gua, junior ni akan ambil baju gua hari Jumaat malam dan bila gua bangun pagi Isnin, baju sekolah, seluar sekolah, Set baju Melayu+Sampin, dan baju Pengakap sudah tersedia didalam loker. Sekali sekali gua upah juga dia 2 3 biji gula gula perisa mangga tu. Baik kan gua. Gula gula tu tengah top masa tu. Gula gula yang kunyah Lot 100 nama dia. Iklan dia ada budak budak makan sambil main hoola hoop macam tak ada menda lain nak main. Tapi bukan semua baju gua kasi dekat junior. Baju sekolah aje. Baju baju seperti baju harian dan baju dalam gua basuh sendiri. Gua juga masih berperikemanusiaan.

downgila lot 100 gummy

Naik PASUM sampai gua Tahun 1 pun gua still basuh baju pakai tangan. Masa ni kewangan gua tak ada lah sengkek sangat, Tapi sebab gua dah biasa pakai tangan, gua basuh juga pakai tangan. Mungkin sebab sudah lama gua basuh baju pakai tangan, tangan gua bila tengok sekali Imbas ada la macam tangan Son Goku.

TAPI.....Tapi....bila gua naik Tahun dua, gua mula kenal dengan menatang ni.

washing machine

Murah dan power. RM1.50. Gua mula ragu ragu adalah ingin meneruskan penggunaan tangan atau menggunakan mesin. Akhirnya, gua mengambil keputusan untuk mencuba cuba nasib.

Tak sangka pulak gua mende alah ni addict. Sekali cuba mula la nak cuba lagi. Sejak dari itu. Titik hitam dalam hidup gua bermula. Gua mula malas membasuh menggunakan tangan. Semua kerja nak senang. Masuk duit, mesin tu pusing fiu fiu fiu sedar sedar baju dah kering. Sangat ajaib. Gua kecewa dengan diri sendiri. Gua bukan lagi Azwan yang gua kenal dulu.

Tapi semalam, gua pergi konsert Sum 41. Harga tiket dia RM111. RM111 tu dah boleh dapat kasut converse satu lu tau dak? Tapi disebabkan Sum 41 ni la band yang paling gua suka, gua dari kecik bercita cita nak pergi. Gua keluar duit juga nak pergi. Semasa konsert tu, gua mula terfikir, sampai bila gua nak terus macam ni? Sampai bila gua nak terus menerus bergantung kepada mesin basuh untuk membasuh baju gua. Bukannya bersih sangat. Mesin tu bukan ada tangan nak sental daki daki yang degil dibahagian kolar baju.

Jadi bermula pagi tadi, gua sudah mula membasuh baju menggunakan tangan kembali. Gua ingat gua nak basuh pakai tangan sampai langsai RM111 yang gua guna untuk beli tiket. Kalau kita sama sama kira..

Sekali basuh baju gua guna RM1.50. Kalau gua malas tahap cilake gua keringkan lagi. RM1.50 lagi. Jadi RM3. Tapi bukannya selalu. Jadi kita amek purata sekali basuh gua guna RM2

Jadi,

RM111 / RM2 = 55.5 lebih kurang 56. Jadi untuk tebus balik duit tiket tersebut. Gua akan membasuh baju menggunakan tangan sebanyak 56 basuhan selepas ini. Sama sama lah doakan gua berjaya ok?







11 comments:

  1. i feel u bro. adatla asrama en

    ReplyDelete
  2. boleh jadi suami mithali lu ni

    ReplyDelete
  3. gua malas basuh pakai tangan ni. sayang lah tangan gua. kasar nanti. makwe tak sukeww

    ReplyDelete
  4. gua start 18 tahun br hialng kemanjaan.masak sendiri.basuh pakai tangan.bangun pakai jam.kahkah.lu ni..ok lah tu.pandai bawa diri.haha

    ReplyDelete
  5. Peh! gud luck! gua sapot lu. Semoga sukses. Err, basuhkan baju gua sekali boleh? teehhee.
    :D

    ReplyDelete
  6. gelak2 aku baca enrty ko ni.. siap ade bunyi fiu fiu lagi mesin ko.. hahhaa
    btw, selamat basuh baju dgn tangan utk kali yg ke 55 kali lagi.

    ReplyDelete
  7. aku start matrik.
    mak sediakan duit syiling 5posen banyak2 untuk basuh baju kat mesin.
    adat tu diteruskan sampai sekarang.
    lebih kurang 2 tahun lebih dah ni.
    agak2 berapa pasang kasut converse dah aku boleh dapat?
    huhuhu.

    ReplyDelete
  8. gua ptt mintak biskot loan kan lu kat gua la dulu. bersih skit baju baju skolah gua. hahahaha.

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...