downgila: May 2012

Thursday, May 31, 2012

Emak

Tringggg trung....tringggg trunnggggg....

Bunyi nada dering "Tin Can" henpon gua berbunyi. Masa tu pukul 4.30. Gua baru balik dari seminar Green Card. Gua tak tengok pun henpon gua masa tu. Punya la sedap gila tidur tak pakai baju bawah kipas. Dalam dua kali berbunyi, gua buat tak layan lagi. Mungkin Bangi yang telefon, mungkin makwe mana mana. Gua bukan ramai sangat orang nak kontek. Gua biarkan.

Dalam pukul 7.15 gua terjaga.Gua capai henpon yang berada sipi sipi di bucu katil. Sikit lagi kena sentuh memang jatuh keatas lantai.

"2 Missed Calls"

Rupanya tadi mak gua yang telefon. Gua cepat cepat call balik. Mak gua tak angkat. Mungkin sedang sibuk berborak dengan Anjang Tipah depan rumah.

Dalam pukul 8 gua telefon sekali lagi.

"Assalamualaikum mak, hah, mak buat apa?"

"Waalaikummussalam. Baru je lepas solat ni hah nak tengok berita pulak. Abang dah makan?"

"Dah. Tadi baru makan", sebenarnya gua tak makan lagi. Terlepas makan di dewan makan tadi petang. "Mak sehat tak?"

"Sehat. Mak Ayah sehat. Abang sehat tak? Suara macam tak tak sehat je?"

"Sehat. Cuma ada stress sikit", jawab gua yang sebenarnya kurang sehat sebab asyik bdenyut denyut kepala pening. Nak cakap tak 'exercise' tiap tiap petang gua pergi jogging.

"Duit ada lagi tak?"

"Ada ada. tak payah risau."

*****

"Ok la mak, kirim salam kat ayah semua eh. Assalamualaikum"

"Waalaikummusalam"

Gua tekan butang letak. Sekarang gua harap RM17 ni sempat la tahan untuk 2 minggu lagi.

Notakaki: Lu orang dah telefon mak ayah belum hari ni? Tak guna henpon mahal mahal, makwe cantik gila babi, pointer tinggi, baju mahal beli kat topshop, kasut futsal harga 6 juta, gitar jenama Gibson kalau telefon mak seminggu sekali, tu pun sebab nak suruh mak masukkan duit.

Tuesday, May 29, 2012

Lain Kali Rambut Lu Jangan La Pendek Sangat

jogging posters adidas nike running man

Semalam badan gua tak berapa nak sedap sebab dah 2 hari juga tak pekena jogging. Sampai pukul 5 gua terus cepat cepat siapkan apa yang patut dan terus berpakaian sukan untuk berjogging. Gua ni jogging jenis takleh jauh sangat sampai 20KM ke ape gua bukan Syahir Fantaghiro. Pemalas babi jogging dekat sangat setakat depan pasum je jogging baik tak payah jugak. Jadi gua boleh dikategorikan sebagai penjogging jarak sederhana.

Jenis gua jogging bila dah penat gua akan pandang bawah takut la ada tersepak batu ke anak anjing ke hape. Semalam masa kat tasik tengah tengah jogging secara tak perasan terlanggar la bahu seorang makhluk Tuhan ni.

Cekebum!

"Sori bang...", kata gua meminta maaf sambil didalam hati memaki hamun "Lu kalau jogging nakhariak punya slow tak payah la jogging kat tengah tengah jalan. Ketepi la sikit. Kenderaan berat sebelah kiri. Lu ingat lu diva?"

Tapi gua perasan la muka brader tu macam tak puas hati betul. Pandangan beliau tajam sungguh memandang gua muka seperti ingin meluahkan sesuatu. Ah persetankan beliau. Gua meneruskan jogging.

Bila gua terserempak dengan brader ni sekali lagi gua memperlahankan langkah dan gua perati secara mendalam tahap tingkatan 6 atas, baru gua perasan.

"Laa...pompuan rupanya, apasal badan macam terminator.."

Notakaki : Lepas tu gua patah balik dan jogging pusing bukit cinta takut kena hentak dengan makwe terminator tu mau patah 15 gua

Sunday, May 27, 2012

15 Kuasa Hebat Teh

downgila teh benefits of tea kebaikan teh hijau

Anda pengeteh tegar? Pastinya anda tersenyum seperti cilake setelah mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E.

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan.

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida menjadikan anda hensem dan kekal muda seperti Azwan Mat Datar

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Secawan teh adalah ibarat secawan peluh pekerja ladang teh. Peluh pekerja ladang teh baik untuk menghalang anda menjadi bodoh serta lampi

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser. Namun menelan daun teh yang masih hijau akan menjadikan anda seekor lembu

15. Jika seorang lelaki meninggalkan makwenya semasa gua ajak mengeteh, lelaki tersebut adalah seorang yang penyanyang dan berkuasa.

Sumber asal di sini

Friday, May 25, 2012

Kucar Kacir

downgila kucar kacir Nazmi Faiz Bakal Bermain Di Liga Portugal Bersama Kelab SC Beira Mar

Gua sekarang tengah kucar-kacir. Cari surat beranak gua. Cari slip pencen abah gua, surat beranak abah gua, kad pencen abah gua, kad pengenalan abah gua, kad pengenalan gua, sijil SPM gua, geran tanah, surat cukai pintu, sijil simpanan premium, sijil perakuan kecemasan, surat doktor, buku bank, lesen bawak motor tak pakai helmet, sijil kementerian kewangan, bil api , bil sehati berdansa dan macam macam dokumen. Nasib baik diorang ni tak minta lesen jurulatih format laptop kelas B.

Gambar passport pulak tinggal satu. Lepas tu pula semua barang tu gua nak kena fotostat bawa jumpa tok penghulu. Gua harap tok penghulu tak menghampakan gua. Gua dah la tak ngam sama tok penghulu. Kalau amil zakat, gua boleh kautim lagi.

Dalam kacau-bilau, gua sempat SMS Kirk Hammett.

"Lu isi borang stay kolej itu hari ada ke pakai sijil SPM?" Faiz Bakal Bermain Di Liga Portugal Bersama Kelab SC Beira Mar

Thursday, May 24, 2012

Monday, May 21, 2012

K@UM Makyung Di Universiti Malaya



Pada hari Jumaat dan Sabtu ini iaitu pada 25 dan 26 Mei atau pada 6 dan 7 Rejab 1433, akan berlangsungnya sejenis acara yang tidak melanggar hukum syarak. Acara ini diadakan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya yang terletak di Universiti Malaya lah. Universiti Malaya lu tak tahu kat mana pergi la terjun mana mana bangunan. Disebabkan kemasukan ke acara ini tidak berbayar, tak payah jemput pun takpe kan? Lu orang datang saja seramai mana yang boleh. Siapa-siapa pun tak kisah. Nak bawa bekal nasi pun boleh. Nak bawa adik angkat yang masa kat sekolah dulu pun boleh. Entah apa apa main adik adik angkat. Mengada

Gua malas nak cerita panjang-panjang. Semasa berlangsungnya K@UM MAKYUNG ini, gua nak kasi tahu beberapa peluang. Peluang hanya muncul pada sekali seumur hidup iaitu bermula pada pukul 6 petang. Sila lihat video diatas untuk menjadi tahu. Sepanjang dua hari pesta ini, bagi yang pasang hajat untuk mendapatkan Perempuan Simpanan, lu orang tuju Panggung Eksperimen juga. Bangi cakap dia bawa stok yang paling akhir. Kalau habis, habislah.

Bagi yang menyimpan angan-angan nak belanja gua makan nasi, gua juga mungkin ada tersengih-sengih kat situ. Lu panggil saja. Gua dah la sen dah makin nipis hujung hujung sem ni. Macam gampang duit entah kemana pergi.

Notakaki : Ni adalah kursus yang Bangi ambil untuk KO-K Elektif Luar sem ni. Pengurusan Teater ke apa ntah. Kepada yang teringin nak jumpa dia hentak muka dia jangan la lepaskan peluang keemasan ini. Dia akan kelihatan berlegar legar buat busy dekat situ nanti

Saturday, May 19, 2012

Hafiz Juara MANIA, Bawa Pulang RM500,000

Akhirnya debaran MANIA telah pun berakhir sebentar tadi dan Hafiz telah pun dinobatkan sebagai juara. Dengan kemenangan ini, Hafiz membawa pulang RM500,000. Sepanjang MANIA, Hafiz berada di empayar Ahmad Dhani. Ahmad Dhani turut membawa pulang RM300,000 berikutan kejayaan Hafiz.

Sementara itu, Jacyln Victor mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM100,000. Stacy pula berjaya mendapat tempat kedua sekaligus membawa pulang RM200,000. Jutaan tahniah Abang Nara(gua copy paste, harap maklong)ucapkan kepada semua pemenang. Jangan lupa untuk berkongsi kejayaan dengan para peminat yang telah banyak mengundi anda.keputusan penuh mania 2012

LU YANG MENGUNDI DAPAT APA? KAH KAH KAH.


hafiz mania jac victor m nasir juara 500k, Astro MANIA , Final MANIA Musim 1 2012 , Keputusan Penuh MANIA Musim 1 2012 , Pemenang MANIA Musim 1 2012 , Pemenang MANIA Musim 1 2012 Konsert MANIA Musim 1 2012 » Keputusan Penuh MANIA Musim 1 2012

Islamik

Setelah gua berijtihad sekejap lepas bangun tidur pagi tadi sambil pekena teh Boh secawan, gua ingat nak tukar blog ni jadi blog agama agama. Sebabnya dalam dunia internet sekarang ni tak banyak bahan agama agama ni. Berdasarkan maklumat terkini, tak sampai 10 peratus. Itu pun dah dikira sekali dengan blog Ustaz Azhar Idrus.Para ustaz dan imam, tak ramai yang celik IT. Tambahan pula masjid-masjid dan surau-surau tidak menawarkan kemudahan wi-fi. Mereka lebih gemar membeli keyboard yang ada huruf arab untuk kepuasan sendiri dan memandang serong kepada kutu-kutu yang jarang ke masjid. Dalam masa yang sama, anak mereka menghisap syabu.
Deodorant Quiksilver Waves Breeze Frost Splash poster
Islam adalah agama yang syumul iaitu bersifat menyeluruh bagi setiap aspek kehidupan dari sains hingga ke sastera, dari politik hingga ke politeknik, sosial, ekonomi, ternakan cacing dan serba-serbi. Jadi semua itu melibatkan hubungan dengan bukan sahaja Tuhan tetapi sesama manusia dan alam sekeliling. Oleh itu orang yang beriman, bertakwa dan setiap hari memakai kopiah perlu memberi signal jika hendak masuk ke simpang ketika memandu. Begitu juga dengan budak-budak tabligh. Membasuh baju adalah satu ibadat. Janggut tu memang elok simpan tapi kalau boleh jaga la kasi kemas sikit trim ke macam mana. Memakai deodoran pula boleh menjalin hubungan baik sesama manusia.

Wednesday, May 16, 2012

Solidariti Palestine Kepala Bana


Jadik trend pulak dekat FB sekarang, gua tak amek port pun. Tukar la sangat kalau nak tukar. Tunjuk la support lu orang kat Palestine tu. Pandangan gua la, (no offence) kalau lu orang tukar pun tak ada apa jugak yang jadik dekat Palestine tu, sama jugak. Diorang kisah pulak berapa ramai tukar. Diorang entah entah tak tahu pun.

TAPI... gua respek la pandangan siapa siapa yang tukar tu kan. Mesti ada hujah dan sebab masing masing kan. Serius gua respek la kepada yang betul betul nak membantu saudara saudara kat Palestine kan. Semua nak membantu tapi medium nak tolong tak cukup. Kita duit pun tak banyak. Orang orang Islam yang kaya, ada duit kat arab tu pergi beli kelab bola, beli player mahal mahal, takde nak tolong saudara sendiri pun. Kita yang kat sini doa aje lah banyak banyak ok.



TAPI.... bila ada kutu kutu yang tukar jadik gambar Ironman, Son Goku, Mamat Bulu, Kakashi keluar semua kat mana tujuan asal? Tujuan asal nak tolong Palestine. Tapi apa yang gua nampak semua saja nak suka suka dan nak ikut trend. Nak jadik bongok tak payah la terang terang sangat. Entah entah "Solidariti" tu pun tak tahu apa maksud. Otak udang.

Sunday, May 13, 2012

Kenangan 1997 : Bermain Bersama Mei Mei

downgila main masak masak kids

Ada satu Ahad, gua jadi ubuntu. Semua tidur. Bapak gua tidur. Mak gua tidur. kakak gua tidur. Anak jiran gua pun tidur. Abang gua pula sejak dari tadi hilang entah kemana membawa kereta dash yankuro. Cilaka tinggal gua kat rumah. Gua 'on' TV. Satu siaran pun tak kena dengan selera gua. Sebagai darjah 1, apahal gua nak layan rancangan berbentuk sembang ekonomi?

Gua mundar-mandir dalam rumah cari ilham. Tak dapat. Gua masuk bilik pula cari ilham. Satu ilham pun tak ada. Gua cuba capai gitar untuk memetik riff riff 'Smells Like Teen Spirit" untuk mencari ilham. Rupanya lu orang kena tipu. Masa tu gua pun tak tahu gitar tu sejenis alat muzik.

Tiba-tiba gua terpandang satu buku atas meja kerja sekolah kakak gua. Buku baru. Tafsir Quran Karim.

Dengan imej tak pakai baju, seluar pendek getah pinggang tak grip, gua cuba mendekatkan diri dengan Tuhan yang maha besar. Hamek kau, satu apa pun tak faham. Gua berang. Gua keluar rumah. Cari ilham lain.

Gua berlatih rembat bola pada dinding rumah gua. 23 kali rembat, jiran gua sound suruh senyap anak dia nak tidur. Gua angkat jari tengah. Masa tu gua ingat itu adalah simbol 'peace'. Kecoh betul, rumah gua masa tu rumah flat tentera ada 5 tingkat dekat Sungai Besi.

Tiba tiba, gua terpandang adik perempuan gua dengan anak tauke kedai runcit, Mei Mei di luar rumah. Wah bukan main seronok. Gua pecut masuk bilik mak cari baju.

Kesudahannya gua dah main masak-masak dengan adik gua dan Mei Mei. Apa cerita? Janji dapat main dah le..

"Nak masak apa hari ni..?"

"Masak je lah gulai ikan patin..", jawab gua sambil buat-buat balik dari 'Opis'.

Friday, May 11, 2012

Baju Baru LFC Kit 2012-13

New LFC Kit 2012-13 Steven Gerrard models the new Liverpool FC 2012-13 kit
Luis Suarez models the new Liverpool FC 2012-13 kit New LFC Kit 2012-13
New LFC Kit 2012-13
Liverpool Football Club is delighted to reveal its brand new home kit for the 2012-13 Barclays Premier League season. #lfckit

Ini adalah baju baru Liverpool untuk sem depan. Harap Liverpool main lebih baik kerana baju dia punya sponsor sama nama dengan batch gua masa kat sekolah dulu. Ada ong tu nama "Warrior", jelas Ah Seng bengkel kereta sungai jelai.

Tapi apasal guna Suarez ntah? Agger rambut mohawk masykudap kudap ada kot.

Wednesday, May 09, 2012

Pendekar Laut

Tadi masa gua duduk baca Naruto, tiba tiba teringat masa kecik dulu, zaman darjah 3 hari hari kat sekolah berborak dengan member gua nama dia Ecu. Bercerita pasal pendekar laut. Wunan la Kerabat Diraja Pai semua dia tahu. Tiba tiba gua terlintas nak carik poster Pendekar Laut entah boleh gua otter bagi lagi cun.

Gua google "Pendekar Laut" keluar gambar ni

Wunan pendekar laut sea tiger Wan Yat Leung

Apa cerita ni Google? mak pukul anak setahun merangkak indonesia video download

Monday, May 07, 2012

Malam Penghargaan Dayasari (MPD) 2012

downgila Malam Penghargaan Dayasari 2012 MPD afif fadhuli shukri azri

Hari Sabtu haritu ada kolej gua punya Makan Besar. Orang sini panggil malam penghargaan Dayasari (MPD). Ni tahun ketiga la gua join bermakna tahun terakhir buat Afif Fadhuli dan kawan kawan yang tahun akhir.

Macam biasa la makan makan mesti la kena pakai lawa. Tapi dalam tiga tahun MPD ni, apa yang gua dapat perhatikan ialah ramai gila makwe pakai meriah. Kiranya tema tahun ni bagus la kan senang nak carik baju. Gua rilek aje pakai baju warna ungu dengan seluar slek licin persis seorang pegawai bank. Ini adalah sebab gua tak berapa nak minat ikut tema ni. Tak ada kelainan la.

Bila gua 'observe' dan duk perati, jenis tudung yang gua nampak semakin berleluasa adalah tudung belit belit. Apa nama tudung ni gua tak tahu. Cuma ada satu dua makwe yang masih memakai tudung bawal. Tu belum campur aksesori kat tudung, ada yang siap lekat layang layang dekat kepala. Tapi takpa, semua nampak comel dan masih menutup aurat. Yang tak comel pun gua cakap la comel juga nak jaga hati. Tahniah gua ucapkan.

Tapi setiap mende mesti lah ada kelebihan dan kekurangan kan. Pada gua, kelebihan MPD tahun ini adalah

1)  Makanan sedap

2) Meja gua semua jenis bagus tak berebut lauk

3) Frank menang lagi pakaian terbaik, ni adalah perkara yang gua sudah jangka dan tiap tiap tahun terjadi.

4) Persembahan multimedia best.

5) Sistem audio best

6) Tema yang sesuai

7) MC malam tu suara sedap, lagi2 makwe yang baca berita tu.

Okay, yang boleh diperbaik adalah

1) MC kenapa tak pair? MC dah best. Tapi perempuan dengan perempuan tak sedap sangat tengok. Kalau pair laki dengan perempuan macam ok sikit. Bila laki dengan laki mula la MC jadi naik syeikh dan cakap macam dah nak menjerit. Kah kah kah

2) Artis dia tak participate. Legar legar area stage buat apa. Penyelia tu bukan reti menyayi pun. Diorang reti sign sign borang aje. Mai la meja gua. Aiyo. Tapi suara dia padu la.

3) Kalau ada bajet lebih ajak la 2 orang artis. Kah kah kah senang aje gua cakap

4) Palapes punya intro tu macam tak masuk la dengan tema. Tema "Live, Laugh, Music" "Love, Life, Music". Bila Palapes duk menjerit, lompat macam tu atas stage, dah lari tema la, tak nampak apa yang love lagi kat situ. Dah macam "Jump, Scream, Kill all The Monkeys".

Yang gua tau memang tak boleh dielak dan tak ada kaitan sangat dalam post mortem tapi gua tak berapa puas hati dan nak cakap jugak adalah

1) Makwe usherer yang berdiri depan gua dengan Afif Fadhuli tu apa cerita? Tayang punggung depan gua dari awal start sampai habis, sampai gua tak nampak stage.

2) Stage kecik gila.

3) Masa tarian tengah perform, penuh depan gua dengan abang abang yang jaga makanan, gua nak tengok tarian. Ketepi lah sikit.

4) Lain kali letak Encik Saufi Palapes tu jauh sikit la, letak kat tepi pintu ke kat mana, kalau dapat usahakan letak dia belakang stage pun padu juga. Asal orang jerit sikit nak toleh belakang. Nak senyap balik rumah tengok Al Kulliah la. Lubuk.

Akhir sekali, tahniah kepada semua AJK yang terlibat yang berjaya menjayakan MPD tahun ini dengan jayanya. Good Job. Cuma ingat la pesan gua yang nombor 4 tu.

Saturday, May 05, 2012

Somebody That I Used To Know By Lelaki Taiping



Tgk kat Vimeo kat SINI, Youtube reduced quality kat SINI

Video yang dibuat saja saja. Sebenarnya nak test kepower-an kamera si Cina. Cina yang main 'pum cekepap pum pum cekepap pum pum' tu. Dia ketuk katil entah macam mana boleh jadik bunyik macam ketuk drum pulak.

Thursday, May 03, 2012

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Rock Kapak

azri jamaludin AJ sekolah alam shah fitri hassan

Waktu aku sekolah SAS dulu, dalam setahun sekali, sekolah aku akan kucar-kacir menganjurkan bulan Bahasa Inggeris ke apa ntah. Entah apa benda yang englis aku tak tahu. Kitorang cakap melayu jugak kat kelas. Untuk kemuncak bulan speaking ni, ada battle of the band, Semua orang wajib turun dewan tengok. Aku jadik tak sedap badan betul bila dengar perkataan wajib ni.

Ye lah aku baru fikir nak 'pekena' lepak dorm tak pakai baju sambil layan sembang pung pang pung pang dengan Fitri Smeagol, berborak pasal Yu-Gi-Oh dengan si Fitri ni memang tak akan habis. Ada je taktik trap card dia semua. Tapi warden pulak satu hal, depa boleh paksa pergi pula. Kalau tak pergi, kena rotan. Apa cerita? Dah lah pagi subuh tak turun kena rotan, tengah hari tak pergi prep kena, petang petang main ragbi dalam bilik pun kena, maghrib kena lagi. Tak letih ke merotan?

Berbalik kepada malam kemuncak, aku dengar ramai budak budak kata, malam itu ada band Pelajar Tingkatan 5 yang padu perform lagu rock kapak. Bandnya hebat kalau mengikut kata Cikgu Tukiman yang baru dapat lesen motor di usia lewat itu. aku masa tu jangan harap nak ambil tahu sangat. Punkrock Sum 41 tengah kuat dalam jiwa masa tu. Otak aku tak habis habis putar lagu Still Waiting tu.

Malam yang dirancang akhirnya tiba. Semua pelajar bijak pandai dan para junior mengambil tempat di dalam dewan. Sebelum BOTB ada ucapan ucapan pengetua la pengarah projek semua dulu. Bosan macam gampang. Aku yang tak berapa nak junior ambil tempat di luar dewan. Barulah berangin sikit. Amacam? Licik tak? Tapi kadang kadang kena cek line juga. Warden nakal yang nama Jinggo tu memang selalu ronda ronda.

Satu demi satu persembahan dipersembahkan di pentas. Ada yang menyanyi, ada yang buat persembahan yang tak dapat dikenalpasti, ada yang berlakon drama dan ada yang menyanyi lagi. Aku menonton dengan kadang ke pentas dan kadang ke borak.

Nak dijadikan cerita, akhirnya tibalah sudah giliran band Pelajar Tingkatan 5 tadi. Aku jadi beri tumpuan. Seisi dewan turut diam memerhati. Penyanyi itu memperkenalkan dirinya dan ahli kumpulan mereka. Selepas itu, gitaris utama yang namanya AJ aku tak silap terus goreng wiu wiu wiu gitar dia.

Sumpah. Malam itu habis saja acara itu, sambil berjalan beramai-ramai balik asrama, semua budak terjerit-jerit. Balik dorm, semua terjerit-jerit. Pergi jamban, terjerit-jerit. Ada satu kes, dah baring nak tidur dah ni, dengar saja kawan terjerit-jerit, bangun balik join menjerit. Sampai aku pun terikut menjerit. Peh..itu dia penangan Pelajar Tingkatan 5 punya band "Cintamu Mekar Dihati Ini" itu malam. Vokalis dia nama Kentut. Muka setepek mintak kaki. Tapi suara. Padu nakharam wa cakap lu