downgila: 2015

Sunday, December 20, 2015

Pemalas

Tadi mula-mula gua rasa nak tulis pasal bos gua. Pasal bos gua suka reply mesej dekat whatsapp dengan "okey dokey". Kah Kah Kah. Tapi lepas gua makan roti canai Din ni, gua rasa macam tak ada feel nak tulis.

Lepas tu gua cuba nak tulis pasal hal semalam. Hal gua jadi superstar sekejap masa jogging dekat area area construction depan rumah tu. Bangla-bangla tu semua duk bersorak dekat gua lalu menambahkan semangat untuk berlari dengan lebih laju. Tapi gua tak jadi tulis juga. Tak ada spirit langsung gua nak tulis.

Oleh yang demikian, gua ingat nak pergi turun lorong belakang kejap. Mana tahu kot kot bila balik bilik semula, gua jadi hilang pemalas ni.

Friday, November 06, 2015

Masalah Cashier

cashier malaysia 7 eleven

Gua tak paham betul cashier-cashier kat Malaysia ni. Boleh tak stop tanya gua "Ada tak duit kecik". Kalau ada dah lama la gua kasi. Lu ingat gua sengaja-sengaja ke bayar pakai duit RM100 semata-mata sebab nak beli Panadol Actifast? Gua dah la tengah pening kearah-arah nak demam ni. Setan betul sapa pulak bukak aircond ni woi!

Saturday, October 17, 2015

Pengalaman Gua Membasuh Baju di Kedai Dobi Layan Diri Petang Tadi.

laundry bar centrio pantai hillpark

Gua pergi cuci baju tadi. Mesin basuh baju dekat rumah gua dah rosak. Lepas basuh dia tak reti dah nak berpusing. Jadi gua terpaksa membasuh di kedai dobi layan diri depan rumah. Sedang gua menunggu baju gua dibasuh, gua terpandang brader ni dekat dinding. Gua terus jadi tak ada mood tengok muka brader ni. Baju baru satu bakul dah macam masalah besar gila je. Rilek la. Benda boleh setel. Tak payah la nak stress gila pun. Najib Razak satu Malaysia dah benci dia rilek aje pergi bersukan masa Hari Sukan Malaysia itu hari. Lu nak buat-buat stress pulak. Aduh la.

Pada gua, manusia macam ni jenis berlagak dan besar kepala. Asyik dia saja yang betul. Suka jadi ketua. Suka arah-arah orang. Ni kalau naik motor dengan orang macam ni bahaya. Tak ada nak ingat ingat orang tersayang. Tahu nak laju saja. Rasa hormat kat orang tak ada. Pentingkan diri sendiri dan tak ada nak fikir depan dia ada mat-mat yang tak hisap rokok ke, mat-mat kerja bank ke, atau perempuan mengandung. Elok sound je.

Thursday, October 15, 2015

Sapot Band Lokal



Weh jangan gelak la, gua baru je nak dengar lagu-lagu melayu ni. Sungguh la gila. Gua baru tau kewujudan band nama Hyper Act 2 bulan lepas. Mojo ni pulak gua baru tahu 3 minggu lepas masa adik gua pilih lagu ni masa karoke dekat lowyat. Jilaka power gila suara vokalis dia. Sekarang gua tengah berusaha nak simpan rambut panjang paras-paras bahu macam Aweera. Bos gua tegur pun gua buat dek je. Rebel tak rebel gua.

Tapi, dulu Lipis pernah ada band nama Fekteri Efek. Ada satu tahun masa band ni main kat Battle Of The Band dekat kompleks Alamanda aka Food Court Cina, gua duduk depan sekali. Bila penyanyi dia hulur mikrofon, gua diam.

Thursday, September 24, 2015

Pakcik Jensen

Adam Jensen Deus Ex Human Revolution

Gua tak balik raya haji ni sebab esok kerja. Jadi apa yang gua buat harini adalah belek-belek whatsapp family tengok gambar anak sedara gua. Adik gua pulak perangai jilaka tag gua dekat instagram gambor goreng jering mak gua.

Jadi sepanjang hari ni, gua menghadap laptop main game. Sebenarnya orait juga layan game tembak tembak ni. Gua sekarang tengah tarik feel nak lawan geng jahat punya ketua je ni. Gua harap ketua dia tak power sangat. Biasanya sebelum ketua tu yang power susahnya, jenis liat nak mati. Takpe la kita tengok je la nanti macam mana.

Friday, August 21, 2015

Kemaskini

Ada orang minat konsert. Ada orang minat smart phone. Ada orang minat konsert pasal boleh isi dalam smart phone. Pandai pandai ko la.

Saturday, May 16, 2015

Pasar Karat JB

Pasar Karat Johor JB

Minggu lepas gua outstesyen ke Johor. Malam tu kawan gua bawak jalan-jalan area JB, pergi Pasar Karat dekat area-area hotel tempat gua duduk. Gua agak eksaited sebab gua nak tahu apa yang karatnya dekat pasar tu sampai nama jadi Pasar Karat.

Selepas gua pusing-pusing, gua dapati Pasar Karat ni macam Uptown Danau versi kecik sikit je. Ingat nak beli la tshirt sehelai dua. Tapi gua kensel la sebab 90% baju kat sana semua duk tulis 'Johor' je. Gila babi. Lu pergi mana-mana kedai semua duk jual baju 'Johor'. Itu belum campur lagi jersi bola Johor, baju Johor tapi Johor tu tulis jawi (جوهر), Johor Harimau Selatan Luaskan Kuasamu, dan macam macam la lagi Johor.

Bawak rilek la orang Johor ni pun. Lu orang sama-sama duduk Johor buat apa jual baju Johor lagi banyak-banyak. Kuat sangat asabiah demeh ni pun. Gua cuma harap Enol Pantai Dalam tak lah terjebak dengan scene semangat Johor terlebih ni. InsyaAllah. Kah kah.

Tuesday, April 28, 2015

Produktif

Afif Fadhuli Fuad Shahrir Roseley Aida Faizah                                                             Afif, gua dan Cina

Minggu lepas gua, Cina, Slim, Lelaki Taiping, Emma dengan abang emma dengan akak emma ke Penang. Afif Fadhuli kawen gua cakap lu. Apa cerita? Sekarang kitorang dah kena susun balik la renking hensem Kolej Kediaman Kelima. Yang paling atas bukan lagi gua la nampaknya. Afif dah merampas takhta secara solo.

Malam Afif kawen tu, abang emma yang dah sememangnya pemurah masyaAllah belanja kitorang makan dekat tepi pantai. Gua bedal entah berapa ekor udang yang besar-besar belake. Kerang, sotong dan segala jenis seafood. Resdung ke apa gua tolak tepi. Kata jantan kan.

Harini gua MC. Air hidung masih meleleh secara pukal, muka gua gatal gila babi, dan yang paling king, gua tak boleh tidur semalam sebab telinga gua sakit nak mampus. Sebabnya gegendang telinga gua bengkak dan menutupi ruang telinga. Ini telah disahkan oleh Dr Aiman semasa gua ke Poliklinik Aiman tadi siang.

Notakaki: Dr Aiman tu bukan Aiman kosmet gua. Dr Aiman bekerja di Poliklinik Aiman, Aiman kosmet gua entah mana hilang.

Sunday, April 12, 2015

Pagi Di Kuala Lumpur

Setelah menunggang motor buatan Malaysia dengan kelajuan 600 batu sejam, pagi tadi pukul 8 gua sampai orang pertama samai di kedai dobi untuk membasuh baju. Gua biasa basuh sendiri je, tapi mesin basuh baju rumah gua rosak. Lepas basuh dia tak boleh nak spin.

Sementara menunggu baju siap, gua ke Bazaria Pantai. Tuju kedai Din Roti Canai. Pekena roti canai la apa lagi. Disebabkan gua tak nak mati kutu lepak kedai Din dengan warga emas, gua ambil surat khabar untuk membaca apa lagi tindakan bodoh kerajaan dan menteri besar nak buat macam tak cukup cukup nak menyusahkan rakyat.

Yang ada dekat situ hanya surat khabar Utusan. Cilakak dah tahun 2015 ada lagi orang baca Utusan. Yang lagi sedih ada jugak yang percaya apa Utusan ni kabor ke dalam cerita-cerita demeh. Gua sebak mengenang nasib kerajaan.

Tapi gua lagi sebak dengan kebodohan abadi Ahmad Maslan ni.

Wednesday, April 08, 2015

Entri Islamik


1) Setelah gua berijtihad sekejap lepas bangun tidur maghrib tadi sambil, gua ingat nak tukar blog ni jadi blog agama-agama.

2) Ini adalah disebabkan oleh dunia internet sekarang ni tak banyak bahan agama-agama ni. Berdasarkan maklumat terkini yang gua perolehi, tak sampai pun 5 peratus.

3) Para ustaz dan imam, tak ramai yang celik IT. Tambahan pula masjid-masjid dan surau-surau tidak menawarkan kemudahan wi-fi. Mereka lebih gemar membeli keyboard yang ada huruf arab untuk kepuasan sendiri dan memandang serong kepada kutu-kutu yang jarang ke masjid. Dalam masa yang sama, anak mereka menghisap syabu.

4) Seperti yang kita sedia maklum, Islam adalah agama yang syumul iaitu bersifat menyeluruh bagi setiap aspek kehidupan dari sains hingga ke sastera, dari politik hingga ke politeknik, sosial, ekonomi, ternakan cacing, dan serba-serbi lagi.

5) Jadi semua itu melibatkan hubungan dengan bukan sahaja tuhan tetapi sesama manusia dan alam sekeliling.

6) Oleh itu orang yang beriman, bertaqwa dan setiap hari memakai kopiah perlulah memberi signal jika hendak masuk ke simpang ketika memandu.

7) Begitu juga dengan budak-budak tabligh. Membasuh baju adalah satu ibadat. Memakai deodoran pula boleh mengurangkan bau ketiak sekaligus menjana hubungan baik sesama manusia.

Thursday, April 02, 2015

Dakgalbi Bangla

1) Tadi lepas habis meeting yang bapak lama nak mampos, gua bergegas untuk makan tengah hari.

2) Nak keluar malas, jadi gua dan beberapa rakan sekerja jalan jalan area opis je untuk mencarik makan. Sampai dekat kedai korea Dakgalbi ke menatang apa tu gua macam tertarik dengan menu dia.

3) Gua nampak set rm39 untuk 3 orang tu. Tu belum campur GST la. Yang bangangnya, yang jaga kedai dekat depan tu Bangla.

4) Patut la kedai kosong tak ada sambutan. Kasi la amoi cun ke hijabister ke yang jaga.Ni bangla yang jaga gua nak masuk pun jadi ke cancel.

5) Lepas tu gua tanya ni ada apa dalam set ni, bangla tu tak habis habis cakap "Halal meat sir halal meat sir". Gua tau la halal, gua tanya dalam set tu ada apa, madefaker bangang Ya Rabbi.

Wednesday, March 11, 2015

Hal Berkaitan Bonggol

road bump malaysia

Gua sebenarnya dah lama sabar dengan bonggol dekat Malaysia ni. Jenis cam tiba tiba eh, ada bonggol. Bonggol ni sebenarnya adalah untuk mengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui sesuatu seksyen jalan raya dan ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian akibat kemalangan tersebut. Senang cerita bila ada bonggol orang akan mula memperlahankan kenderaan ler.

Tapi yang gua kurang gemar adalah, kalau masa lu tengah bawak motor laju gila babi sebab dah nak terberak gila taik dah dekat hujung-hujung nyawa lepas tu ada bonggol secara tiba-tiba dan lu orang tak sempat nak perlahan lepas tu terhenjut sebab bonggol tu, dah la tengah menahan gelora, ada pulak bonggol entah dari mana...Pergh..impak selepas bonggol..Pergh...Pergh gua cakap lu....Mungkin ada terkeluar sikit-sikit juga. Setan.

Friday, March 06, 2015

Duit Gua Dah Habis Banyak Jugak Minggu Ni Sahaja

Kriss GT 128 Modenas

Kelmarin aku pergi kerja motor aku bawak rasa tak umph..Rasa macam ada yang tersangkut kat rantai. Last-last aku bawak motor pergi tukar spoket sekali rantai baru. Masa dekat kedai aku tengok spoket dah jadi tajam, dah haus. Aku ingat aku je boleh haus selepas jogging, rupanya spoket juga boleh kena haus. Aku tak teringat langsung spoket motor aku dah 3 tahun tak tukar. Kakakaka. Nasib baik aku ingat lagi cara membawak motor.

Tapi sebenarnya ada satu benda aku dah perati lama dan tak puas hati dengan scene pembawak motor yang lalu federal highway sejak kebelakangan musim hujan petang petang ni. Kalau hujan, langit gelap dan jalanraya havoc dengan air, pasang la lampu kecik. Selamat tak eksiden tadi. Takkan la mende senang macam tu pun tak boleh buat. Bangang. Benda untuk kesejahteraan tak nak buat, benda untuk dia sorang konon boleh masuk syurga bukan main lagi buat sampai lekeh-lekehkan orang. Bodoh.

Thursday, February 26, 2015

Air Mempelam

Dato' Abdul Mutalib bin Alias pr1ma homes pr1ma daftar pr1ma logo

Dalam pukul 10 lebih tadi gua terjaga. Nyamuk begitu menggila menyerang badan sedap gua ni. Gua jadi naik angin pasal gua tengah mimpi baik punya. Bukan senang nak dapat mimpi Dato' Abdul Mutalib bin Alias sama Che Razani Che Abas datang makan burger kat meja gua dekat opis. Steady betul gua layan. Gua punya sembang pun lain masa tu. Kejap kejap InsyaAllah, kejap kejap Astarghfirullah.

Berbalik pada kes nyamuk tadi, gua ambil keputusan turun bawah pergi kedai. Ubat nyamuk cap ikan emas  ni memang tak boleh pakai. Tak lut. Kena main sembur-sembur juga baru jalan. Nyamuk dekat rumah gua ni pulak jenis baka racing dari Russia agaknya. Gua sarung seluar panjang, sarung selipar dan berjalan kaki pergi ke KK mart 50m dari rumah.

Sampai kedai, gua beli air mempelam. Peh... sedap betul tekak ni pekena air mempelam.

Friday, February 13, 2015

Gementar

rempit malaysia mati

Sekarang gua balik malam-malam pukul 11 pun tak apa sebab gua dah ada lesen motor. Kih kih kih. Tak perlu berwaspada semasa membawak motor lagi. Kih kih kih lagi. Lu orang belum ada lesen motor? Lu memang malang.

Wednesday, February 11, 2015

Berlawan Dengan Polis

Semalam lepas habis kerja gua ke Tesco Extra dengan hajat murni membeli ayam goreng. Pusing punya pusing ayam goreng tak ada. Last-last gua beli anggur sahaja.

Gua bertolak dari Tesco dalam pukul 8.30 menuju ke Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan. Sampai kat persimpangan subang tu gua memilih untuk tidak melalui jalan motosikal sebab jalan motor ni macam sial je lubang sana sini dan gelap.

Sampai dekat depan Avon tu gua nampak ada satu kelibat polis menghampiri dari belakang. Polis ni mintak gua berhenti. Gua pun berhenti la malas nak pecut je masa tu. Kalau pecut, setakat Ninja 250 tu apa lah sangat. Moto gua Kriss 128 buatan Malaysia kot.

"Encik, kenapa encik tak lalu di lorong motosikal?", tanya polis tersebut.

"Err..err..Jalan motor gelap la tuan...", jawab gua separuh yakin.

"Tapi motor encik ada lampu kan?"

"Memang ada lampu, tapi selalunya lampu saya tak boleh menyuluh paku paku di jalan raya. Dua hari lepas tayar saya baru je kena paku, meletup tuan. Kalau tak percaya, cuba tengok saya baru je ganti tayar baru.", jawab gua sambil menunding jari kearah tayar yang gua baru ganti dua minggu lepas. Tapi macam baru je.

"Hmmm..bawak diatas jalan kereta ni berbahaya untuk encik jugak. Kalau macam tu encik sila keluarkan lesen dengan IC."

Ahh cibai betul polis ni. Gua selak selak dalam bag gua dan bukak beg duit. Gua bawak keluar kad Mebeng.

"Nah.."

Wednesday, January 28, 2015

Lunch

Opis ni punya lunch hour betul pukul 1 sampai 2. Tapi pukul 12.30 semua dah tak ada, 2.30 semua pun tak masuk lagi. Kah kah kah. Power gila. Aku tengah duduk je dalam opis makan kuih donat satu 40 sen.

"Kuih ni berapa makcik?"

"Satu 40 sen, 5 dua ringgit", jawab makcik tersebut.

Bila aku congak, memang la kalau satu 40 sen, 5 biji dapat dua ringgit. Tak payah bagitau pun aku reti kira sendiri. Puih. Tapi donat ni sedap.

Saturday, January 24, 2015

Magnum Cafe Mid Valley

Tadi petang gua berjalan-jalan secara gerila dekat Mid Valley. Gua ingat nak beli baju sehelai dengan seluar sehelai. Kesian seluar jeans yang gua beli masa nak raya tahun 2011 ni, Dah koyak rabak dah. Bila sampai tingkat atas, gua terserempak dengan satu restoren yang agak hepening. Gila babi ramai orang beratur sepanjang 65 KM. Bila gua tengok dua kali. Kedai ais krim je rupanya.

magnum cafe mid valley KL

Gua tak faham apa yang sedap sangat sampai nak kena tunggu lebih kurang sejam setengah nak dapatkan ais krim magnum ni? Dah la harga mahal gila babi. Ada yang set apa entah sampai RM70. Baik lu orang belanja gua baju sehelai dari beli ais krim.

Pada pandangan gua, Gua pun boleh jamin ais krim tu rasa sama je dengan Magnum yang dekat KK Mart tu, Mende macam ni sebenarnya Placebo Effect je. Taw dak Placebo Effect tu mende? Dia macam sebenarnya satu benda tu tak ada beza pun, tapi lu rasa macam ada beza sebab benda tu mahal. Bila lu makan ais krim RM10 dekat kedai mahal selepas kena beratur sejam lebih, mula la rasa ais krim tu lebih sedap berbanding yang biasa, padahal tak pun.

Orang tua-tua kabor kalau nak tau sedap atau tidak, kena cuba sendiri, jadi gua mengambil tindakan tegas untuk mencuba sendiri ais krim ni. Tapi sebenarnya bila pikir balik ais krim sundae cone choco top McD jugak ais krim paling sedap dalam dunia. Jadi gua beli sundae cone sahaja. Jimat la RM9. Yahudi tak yahudi belakang kira.

Nota-aiskrim: Lepas makan ais krim, gua terus balik je. Tak beli pun baju ke mende sebab gua lupa. Kahkahkah bodoh

Thursday, January 22, 2015

Diari Orang Kebanyakan

Nah lagu sempena gua tak ada mood hari ni. Sila dengar sambil baca entry ni

Hari ni gua berjaya mencatat sejarah dalam bidang perlesenan semalaysia kerana gua berjaya lulus ujian JPJ untuk lesen motor. Kah kah kah, Jangan terkejut gua baru ada lesen motor. Selain daripada tu, tak banyak benda gua buat. Opis pun gua tak masuk hari ni.

Masuk hari ni dah 4 hari gua tak makan nasik. Tangan pun dah bergetar-getar. Jadi tengah hari gua makan dekat area Pantai Dalam tu. Ikan pari bakar dengan nasi campur sayur baru RM5. Nakharam power. Lepas tu gua jalan kaki turun bukit pergi ke tapak motor gua parking. Jauh juga kena berjalan. Nak tahan teksi, rasa macam tak 'indie' pula. Letih sekali-sekala apa salahnya. Apa pun nasib baik badan gua 'fit' sikit hari ni.

Sampai ke tapak motor gua lepak, gua tengok motor gua tak berubah. Lega. Gua cucuk kunci dah cuba start. Celaka. Tak boleh juga.

Gua start lagi. Tak boleh juga. Jadi gua ambil keputusan untuk periksa apa yang patut. Mula-mula gua ketuk sikit kepala motor tu kasi cergas sikit. Kemudian gua buka kabel palam pencucuh dan tiup sambil baca apa-apa yang patut dan ada bunyi agama-agama sikit. Seterusnya gua tepuk-tepuk bateri kasi bergegar sikit. Selesai semua, gua pasang balik komponen-komponen yang terlibat iaitu sistem penghidup dan sistem kemasukan udara dan bahan api. Sebelum gua cuba start, gua goncang sikit motor gua.

Gua cuba start.

"Ada gaya, ada gaya..." kata hati gua.

Bunyi macam nak hidup tu dah ada. Tapi tak hidup juga.

Tiba-tiba gua teringat sesuatu. Gua baca Bismillah. Kemudian gua start motor gua.

Prengg...prengg....!!!

Alhamdulillah.

Gua naik motor dan terus balik rumah. Hari ni tak tahu la. Rasa macam takde 'mood' nak pergi jogging. Hari pun hujan ni.

Wednesday, January 14, 2015

Makan Pagi

Sekarang sebelum gua pergi kerja, gua biasa akan singgah dekat depan stesen Universiti tu membeli breakfast. Ada la dalam 5-6 warung-warung dekat situ. 70% jual nasik lemak. Minggu lepas straight Isnin-Jumaat gua pekena nasik lemak pagi-pagi.

Nasik lemak ni secara saintifiknya bagus. Sebab apa bagus gua tak tau la tapi macam bagus je. Secara domestiknya dia tak bagus sebab dalam area-area pukul 10 tu gua akan jadi mengantuk babi. Kadang-kadang tengah berborak dengan bos pun boleh menguap.

Tapi disebabkan gua orang melayu, gua kena la sapot makanan melayu ni. Nak harapkan makwe-makwe urban sekarang mana boleh. Semua nak breakfast 'French Toast' dengan kopi. Tapi gua masih lagi pegang ungkapan makcik kantin gua semasa di sekolah rendah. "Takkan nasi lemak hilang di dunia."

full english breakfast

Gua tak pernah lagi pekena sarapan pagi macam ni. Entah halal ke dak. Takpe laa, nanti gua dah senang pakai Mercedes nanti, gua mesti cuba satu kali.

Monday, January 05, 2015

Live Dari Kedai Makan

terbaik dari langit review

Sekarang gua rasa malas betul nak bukak laptop selain dari main game. Gua tengah taip secara 'live' dari kedai makan. Sambil itu gua tunggu telur dadar kedai ni siap. Macam celaka lembab.

Gua cuma ada satu perkara nak cakap. Kesempatan yang ada ni gua nak ucapkan terima kasih secara terbuka kepada Bront Palarae kerana kasi gua tiket cerita Terbaik Dari Langit secara percuma hari Sabtu minggu lepas. ulasan review terbaik dari langit

Gua lupa nak review, cerita ni best. Tak ada lah best gila babi macam Inception tapi best. Tak mengantuk macam cerita melayu lain yang ada sekarang. Semua cerita gengster dengan cerita hantu. Kalau nak sangat jumpa gengster sekali dengan hantu, meh la gua bawak jumpa dengan Muzakkir Ayob. Kalau lu orang tak pergi tengok lagi cerita ni, bawak-bawak la pergi tengok.

Sekali lagi terima kasih Bront. Nanti kalau team teater gua buat filem, gua kasi tiket free kat lu pula. Lu jangan risau.

Apa? Lu orang tak percaya? Kalau tak percaya, lu orang tanya Kosmo. Gua malas cerita panjang.