downgila: May 2013

Friday, May 31, 2013

Review: Fast & Furious 6

fast and furious 6 posters the rock dwayne johnson

Tajuk : Fast & Furious 6
Rating: 6/10
Komen: Biasa punya movie. Macam cerita hari raya. Dah boleh agak ending.

Gua baru dapat kesempatan nak tengok cerita ni tadi. Pada gua cerita ni takdelah best mana pun. Sama je jalan cerita dengan yang lepas lepas. Vroom vroom vroom sana vroom sini langgar dinding, orang baik menang. Habis cerita. Yang lainnya kali ni, dia punya tak logik tu gila sangat tak logiknya.

Kah kah. Pada gua, logik lagi cerita alien datang bumi dari scene yang Dom lompat dari jambatan sebelah untuk sambut Letty tu. Gila babi kalah cerita hindustan. Apa luka pun tak ada kah kah. Imba gila seperti ultraman!

Satu lagi part last yang kejar kapal terbang tu. Gila panjangnya trek kapal terbang tu. Tak reti reti nak habis dia racing situ. Mari kita buat kiraan matematik sikit ya adik adik.

Scene tu diorang nak kejar kapal terbang tu, kapal terbang tu tengah nak speed sebab nak terbang kan? Jadi, jom kita anggar anggar la diorang bawak kereta masa tu kelajuan 230 km/j.

Kelajuan kereta  kita agak agak 230 km/j

Jadi untuk berapa jauh dia drive seminit, kita bahagi 60 minit sebab kalau lu orang tak tau, sejam ada 60 minit.


So, dalam seminit, diorang akan bergerak 3.83 km, scene tu ada lah dalam 25 minit. Sampai gua tak tahu dah siap jahat siapa baik. Jadi. Kita darab dengan 25 minit.


Jadi untuk scene last tu, diorang travel lebih kurang dalam 96 kilometer. Lapangan terbang mana sial ada sampai 96 kilometer. Dah sampai Lipis dah pun gua rasa. Lepas tu si Dom mula mula dah eksiden teruk gila kereta sampai hancur. Yang hancur tu pulak bukannye Myvi ke proton saga ke. Kereta mahal tu. Tapi nanti....si Dom tetap secara ajaibnya masih hidup. Hero orang kabor. Tapi hero hero pun logik la sikit boleh lagi jalan macho keluar dari api. Kah kah kah.

Jadi senang cerita, sebagai konklusi, gua rasa Dom (Van Diesel) ni sebenarnya orang Melayu. Jenis bela jin sebab nak pakai ilmu kebal.

Thursday, May 30, 2013

Serba Tak Kena

angry man pushing kill woman

Pening la kepala. Pening..... Dengan orang asing dalam bilik ni tak reti reti nak bangun tido menambahkan kepalatan hidup aku. Aku keluar kelas pagi tengah tidor. Balik tengah hari, tidor, keluar balik petang tidor. Malam bangun main pesbuk. Lepas tu apa cerita skype lama lama 2 3jam, pastu tetiba gelak kuat kuat, pastu lagi duk buat-buat slang orang Scotland? Babi.

Mak aku suruh balik rumah minggu ni sebab akak long nak belanja bawak jalan jalan ke Cherating. Aku dah eksaited gila babi nak balik. Thesis dah setel, itu projek design hospital dah setel. Aku baru ingat nak berehat sekejap sehari dua, buat lawa pekena pakai 'sunglass' gedabak sambil kaki lunjur tepi pantai tengok makwe main bola tampar. Lecturer ni pulak tak habis habis nak buat kelas ganti. Dah kalau masa dalam jadual tu hari Isnin, 3 jam kelas, buat je lah haritu. Yang kau memandai-mandai ikut suka hati je nak buat kelas sejam hari Isnin sejam Jumaat sejam Rabu tak jadi lah brader.

Kalau sekali dua takpa la, ni dah setiap minggu nak buat macam tu sakit la juga. Orang lain ada masalah. Tahu tak dah berapa lama aku tak balik jumpa mak ayah aku ni?? Aku hati keras ni pun reti jugak rindu kampung halaman jumpa mak ayah dengan anak sedara la woi. Belum kerja lagi silap silap kena cop anak derhaka nanti.

Dah la baik aku tidor.

Monday, May 27, 2013

Pesan Ringkas: Makwe

Lepas ni kalau lu orang jumpa makwe makwe yang tulis macam

"Eh berani betul cakap kite ni budak sekolah! tak tau ke umur kite dah 23!"

"Ehhh pakcik ni tak habis habis cakap i macam 16, i dah keje taww!!"

"Cashier wayang ni semua tanya betul ke dah lebih 18!! Eiii marah!!"

Lu orang puji je lah cakap diorang tu muka nampak muda ok? Kesian juga gua tengok orang orang orang macam ni. Nak paranawei karang perempuan.

Notaringkas: Gua banyak kerja sekarang. Semua pun ringkas. Gua mandi pun jadi ringkas. 54 saat.

Cerita Ringkas: Sekilas Berborak Dengan Pami

Tadi masa dalam tandas, gua tengah pekena buang air, tiba tiba gua sedar yang pemegang flush dia patah. Gua pun jadi tak tentu hala 2 saat. Baru gua nak bergerak ke sinki, gua nampak Pami masuk. Gua batalkan niat ke sinki dan kaver kaver macam tengah on the way jeee lagi.

Pami dengan bertuala nipis pun tegur gua. "GP!"

Gua pun balas balik. "Pami!"

Lepas Pami masuk tandas gua terus sprint ke sinki untuk mengambil air bersih. Selepas selesai, gua pun menegur Pami yang sedang berada didalam tandas.

"Mandi ke Pami malam malam ni?"

Pami tak jawab. Gua saspek dia tengah berak je. Orang tua tua kata masa berak tak elok bercakap.

Thursday, May 23, 2013

Cerita Ringkas: Sekilas Berborak Dengan Jim

Tadi masa gua nak naik bilik, gua terserempak dengan Jim tengah sibuk menekan apa benda entah dekat sematfon beliau. Smart betul pakainya. Siap pakai kasut lawo lawo.

"Jim!...nak g mana?", tegur gua.

"Fasik..."

Pehh. Malam malam jumaat masa orang tgh baca yasin ni 'deep' jugak perkataan perkataan fasik ni. Berkerut dahi gua memikir kenapa Jim nak pergi "Fasik".

Wednesday, May 22, 2013

Malam Penghargaan Dayasari (MPD) 2013

Gua malas ulas panjang. Ni MPD terakhir gua, Slim, Taiping, Salak, Sarawak, Aspau, Azri dan yang lain lain. Selama 4 tahun ni gua berbangga setiap tahun, budak meja gua yang akan menang pakaian paling smarvo. Ini tahun keempat berturut turut Frank menang. Tahun ni entah dia nak bawak siapa pergi bermalam dekat hotel Swiss Garden tu gua tak tahu. Yang penting bukan bawak Cik Norsyam le.

Video presentation mantap. Makanan ok. Audio ok. Salak ok. Afif tak datang, tak ok. Meja gua serupa musang, sekor sekor makan macam mangsa tsunami. Letak makanan, 4 saat licin. Cilaka! Kah kah kah, tapi gua enjoy. Yang penyelia sound meja gua bising apa kes? Nak kena garfu terbang?

Malam penghargaan dayasari kolej kediaman kelima universiti malaya MANDETA kolej kesebelas

 Notakaki: Masa nyanyi lagu kolej last last tu pepalih sedih jugak sebenarnya. True tak true la gua kabor.

Tuesday, May 21, 2013

Klasik 1998: Kerja Sekolah

angry kid rebel kid

Sekarang dah minggu ke-13, kerja gua semakin menimbun. Harap boleh siapkan thesis sebelum dateline. Masa masa macam ni teringat masa kecik kecik. Tak payah risau langsung pasal kerja sekolah.

****

Malam semakin malam. Kerja sekolah ada satu lagi karangan cikgu Zakiah. Kerja Mr Pang ada 40 lagi soalan matematik. Esok kena siap. Tadi bukan main menonton Keluang Man. Petang tadi handal sangat memanjat bukit depan rumah ustaz. Sekarang gua dah terkial kial kucar kacir. Ulat terbang lalu atas buku pun lain macam "shuh shuh!!" dia punya halau. Penuh dengan rebel.

Dalam kepala dah terbayang cikgu Zakiah punya lempang. Mr Pang (mendiang) punya tarik rambut hantuk kepala dekat papan hitam bertalu talu hidung berdarah muncul.

Mak gua sambil lipat kain rilek je sound.." Haa..baru tau, siang tau nak main je.."

Masa tu nak menjawab pun tersekat sekat suara dekat kerongkong.

Tiba tiba keluar suara Farid Ismed. Peh..dia punya hancur hati..

Esok punya berdebar tak payah cerita le..

Notakaki: Yang berdarah tu gua tipu je la. Taknye ade la sampai berdaroh demeh. Gile mende?

Saturday, May 18, 2013

Download Free Font VIM

Vim SM Free Typeface download
Vim SM Free Typeface download
Vim SM Free Typeface download
Vim SM Free Typeface download

Vim ni font semua huruf besar. Didesign oleh saudara kacak Santiago Moreno daripada Colombia. Sesuai digunakan untuk tajuk poster, banner, dan tempat tempat yang memerlukan penekanan. Jangan lu orang benak sangat pergi pakai buat tulis thesis sudah.

Download free GO SINI

Wednesday, May 15, 2013

Sesi Luahan Perasaan

kyo dir en grey obscure

Sekarang ni gua banyak gila babi kerja sampai jadi tak tau nak buat yang mana dulu. Last last gua tulis blog, kerja tak siap. Kah kah kah. Macam bodoh. Cerita dia macam gini, mula mula gua tengah tersengih-sengih ejas thesis. Masa tu mula la gua teringat besok gua ada ujian, satu hape tak baca lagi. Masa tu jugak laaa teringat kerja projek design hospital depan pintu keluar UM PJ tu tak setel lagi. Ada ke kita orang kena buat BOQ (Bill Of Quantity) bodoh apa entah.

Daripada gua kecik sampai la sekarang haram jadah tak pernah pun belajar buat BOQ. BOQ ni kalau lu orang nak tau kerja Juru Ukur Bahan. Kira kira berapa nak bayar bangla kerja, kira harga lantai, harga besi, besi kecik, besi besor, sungai besi, semua lah. Dah kalau kita orang buat BOQ, Afif Fadhuli nak buat apa? Dia baru je lepas grad itu hari sekarang kerja jadi Juru Ukur Bahan. Pergi la passing kerja tu dekat dia jauh jauh.

Gua buat kerja pulon sangat pun last last gua kena extend jugak. Macam lembu jeeeeeee. Selamat Bangi ada teman. Memang kawan sejati betul dari kecik sampai besar teman gua belajor. Belajor nye tak reti habis habis. Nasib la gua hensem. Boleh jugak buat part time modelling kalau la nanti masa extend ada masa kosong. Ni nanti siapa komen kat bawah ni cakap gua tak hensem ke, gua perasan ke, Bangi lagi cute ke, memang gua 'Flag as Spam' terus. Nak komen blog pun main kroni kroni ke.

Sambung cerita, banyak kerja sampai gua dah berapa hari tak makan nasik untuk makan malam ni. Kalau makan tu pun sebab gua tak makan dari pagi. Kalau sebulan lagi macam ni kesian la sama six packs gua. Asal malam lapar je pekena megi, asal lapar pekena megi. Takut juga gua nanti lama lama botak kepala. Dulu masa sekolah tak habis habis kutuk bapak Darimi Saadon yang botak tengah karang jadik balik dekat gua kan sakit. Haih. Menyesal pulak gua kutuk rambut orang dulu dulu.

Tapi dah berapa hari gua tak makan nasik malam malam ni badan gua tak kurus kurus jugak. Apasal degil sangat lemak dekat bahagian perut ni nak pergi pun gua tak paham. Takkan sampai nak gua minum Herbalife baru nak kurus?

Bercakap pasal Herbalife, gua teringat kes kawan akak gua  yang dulu gemuk serupa itu labu. Lepas tu dia pekena la Herbalife, tup tup berapa bulan terus kurus macam Sepul Nizam kawan gua masa sekolah menengah. Kena tiup angin melayang.  Lepas dia dah kurus, dia pun berhenti la minum Herbalife. Ye lah kan, kalau dah kurus buat apa nak minum lagi? Benda alah tu bukan murah murah seringgit dua macam Choki Choki. Entah berapa ratus. Bila dah berhenti, hah...badan tak semena mena gemuk balik. Lagi gemuk dari yang masa dia gemuk awal awal dulu. Kalau dulu serupa labu, yang gemuk kali kedua ni serupa labu kena cucuk silikon. Dia kata bila dia tengok cermin dia sendiri yang 'apply' gelak sebab rasa macam dah kena troll sama ejen Herbalife.

Tak tahu lah salah dia dekat mana. Mungkin salah Herbalife, mungkin jugak salah dia. Mungkin jugak salah Anwar Ibrahim. Kalau lu orang pergi tanya ejen Herbalife, ejen tu mesti la jawab salah bader tu kenapa lepas dah kurus makan serupa kerbo? Kalau lu tanya brader labu silikon tu mesti la dia cakap salah Herbalife. Sama la macam pilihanraya haritu.

Kes pilihanraya haritu, orang kerajaan salahkan pembangkang, salahkan orang cina sebab taknak undi diorang. Apa ke bodoh sangat, suka hati lah dia orang nak undi siapa. Kata demokrasi. Yang UMNO pulak salahkan melayu tak vote melayu. Dah kalau melayu tu yang songlap duit orang, lagi baik gua undi orang lain.

Pembangkang pulak tak habis habis pasal kes blackout, pakai baju hitam semua. Lu orang tau tak mak gua marah gua pakai baju hitam selalu sangat. Katanya jangan jadik macam abang gua dulu dulu. Black Metal ponteng sekolah hisap gam. Tapi sekarang abang gua dah baik dan power. Anak pun dah sorang. Gua yang tak black metal ni yang macam kimak terkapai kapai dekat UM.

Babi lenguh pulak menaip ni. Lu orang bukan baca pun.

Monday, May 13, 2013

Apakejadah Punknye Demeh..??



Minggu lepas gua dapat sponsor untuk tukar tali gitar gua selepas setahun lebih. Tali Elixir
Acoustic 80/20 Bronze with NANOWEB Coating. Walaupun lagu jiwang macam sial, gua tetap 'menten' smarvo dengan tidak menunjukkan muka. Amacam? boleh ganti Jamal Abdillah tak suara emas gua? Kah kah kah.

NotaAbdillah: Terima kasih Ainan Tasneem yang sponsor strings. Kalau nak guna duit sendiri memang takkan la gua beli strings ni, baik buat makan ayam goreng ke strawberi ke

Sunday, May 12, 2013

Kes Hari Ibu Haram

Gua tak paham betul jenis yang bila Ustaz Azhar Idrus cakap je terus semua nak percaya. "Yang tu kapir!" semua pun "Kafirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr". "Yang ini haram!" semua pun "Haraaammmmmmmmmmmmm". Mau duk leks la brader. Jangan cepat sangat terus lompat ke konklusi. Ustaz Azhar Idrus tu pun manusia jugak. Ada lah salah silap.

Yang gua konpius sekarang ni pasal kes hari ibu haram ni. Si Ustaz Azhar Idrus cakap Hari Ibu ni haram sebab sama dengan hari mother church apa benda entah.

Hari ibu ialah hari Mother Church/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut, silakan. Siapa takut rosak akidah, jangan sambut
Amboi sedap je cakap orang rosak akidah sebab nak tunjukkan kita hargai mak ye. Kah kah kah. Pada gua Hari Ibu ni haram kalau lu orang pergi sambut dengan mak lu orang dengan menghadiri parti bogel dekat Bukit Bintang sambil pusing pusing kepala dengar lagu Lady Gaga, ye dia jatuh haram.

Dah la, gua malas nak cakap banyak banyak. Lu orang gaduh la dulu pasal hari Ibu ni haram ke tak untuk kali kelima belas juta. Gua nak pergi ejas ejas kerja sekolah gua sambil bermuruku dulu.


Tuesday, May 07, 2013

Pandangan Gua Terhadap Isu Perkauman Utusan

Project Kita Kawan Mah racism chinese tsunami

Hari ni kecoh gila babi dekat laman sosial pasal kes yang Utusan punya tajuk berita tu. Gila kot. Pada gua tak boleh salahkan orang cina jugak kalau diorang nak chaos. Rasis anjing kot statement "APA LAGI CINA MAHU". Yang tulis tu bengap. Yang luluskan artikel tu jadi muka surat depan pun sama lembu.

Weh pikir la sikit, sebelum pilihanraya punya lah lu orang-orang paper canang "kita satu bangsa satu negara satu matlamat satuu satuuu" macam apa entah, sekali dah menang, salahkan pulak sana sini. Bila tak puas hati dengan orang cina je cakap macam

"Oi cina! Pokemak ayam sungguh! Balik la China tu! Semak je korang duduk Malaysia ni!"

Kan? Cuba pikir...Kalau semua cina balik China.

Siapa lagi nak main Badminton wakil Malaysia kat kejohanan dunia sekarang?

Takkan nak harap Roslin Hashim? Dia kes dengan makwe dia pun tak habis habis lagi. Dia macam kena memilih antara rumah tangga dan negara. Macam mana nak fokus main badminton. Bila tak fokus, nanti mula lah main badminton serupa gampang. Kita Melayu ke, Cina ke India ke kena la bersatu padu brader, kita saling memerlukan orang kabor..

TAPI..........

Sekarang ni pada pendapat gua, bangsa yang kita patut halau dari Malaysia ni sebenarnya bangsa K-Pop (kecuali SNSD) dengan bangsa Gwiyomi je. Gua nampak sekarang dua jenis bangsa ni makin menular dikalangan makwe makwe melayu. Ramai lah makwe melayu yang telah bertukar bangsa Melayu ke bangsa K-Pop. Bahaya oi. Cuba pikir, masa 10 tahun lagi, lu tanya bini lu

"Nasik dah siap belum? Abang dah lapar..Pukul berapa dah ni??", dia jawab secara ekselen...

"1+7, Gwiyomiiii..", hah, sakit brader sakit......tak ke parah masa tu?? Lu nak carik bini lain? Kalau lu hensem takpe lah. Kalau muka lu saing saing Razak Mohaideen? Tak ke naya ke diri sendiri?

Jadi sebagai konklusi, marilah kita rakyat Malaysia bersatu padu, tidak kira melayu, cina atau india, bergabung tenaga menghapuskan Bangsa K-Pop (kecuali SNSD), bangsa Gwiyomi dan bangsa bangsa yang sewaktu dengannya. TAKBIRRRR!!!!

Gambar kredit dari Project Kita Kawan Mah 
tags: utusan malaysia, Parking kini ada GST, GST cukai parking, utusan melayu rasis, tsunami cina, najib razak rasis

Monday, May 06, 2013

Meleis Bangsaku

meleis makwe comel

Sebenarnya gua kurang paham jenis yang suka panggil member sebangsa sendiri Meleis. 'Meleis' ni gua tak tau la asal mana, entah genius mana yang start guna. Maksud dia macam kalau melayu tu perangai dia macam teruk, buat menda tak elok, dia meleis la.

Jangan la macam tu kawan. Tak sedap la panggil rakan sebangsa dengan panggilan 'meleis' tu. Apa yang menyebabkan kau rasa kau adalah melayu yang standard tinggi sikit? Sebab kau ada ijazah dari UM? Sebab sekarang rambut kau kaler kuning? Tak macam 'meleis' lain rambut hitam. Sebab kau minum kopi dekat Setarbak? Tak macam 'meleis' lain minum kat mapley je.

Dah la tu yek. Nasihat ikhlas ni dari gua berhenti la panggil kawan kawan lain dengan panggilan Meleis tu. Pernah ke kau nampak Cina mana mana panggil cina lain Cineis ke apa ke? Kalau diorang teruk, panggil la 'bingai' ke, 'kutu' ke 'lembu, ke. Sedap sikit dengor. Contoh macam. Ish kau ni hari hari merempit perangai serupa lembu. Kah kah kah.

Sunday, May 05, 2013

Gua & Mengundi

selamat mengundi pru13 inikalilah betternation fahmi reza kuasa siswa

Apa yang gua nampak untuk PRU 13 kali ni:

Kempen BN: Satuuu, Satuuu, Satuuu, Video Seks, Satuuu, Satuuu, Satuuu, Video Seks, Satuuu, Satuuu, Satuuu, Salah Anwar, Satuuuuu, Satuuuuu

Kempen PR: Free, Free, Free, Rosmah, Free, Free, Free, Atlantuya, Free, Free, Free, Lembu, Free, Free.

Jadi pandai pandai demeh la nak undi yang mane. Gua tunggu juga A. Galak bertanding tak ada jugak tahun ni. Jadinye lu orang pergi la mengundi dulu, ada masa gua pergi.
keputusan terkini PRU 13, keputusan terkini Pilihanraya Umum 13, Keputusan penuh pru13, keputusan semasa pru13 

Thursday, May 02, 2013