Sesi Luahan Perasaan | downgila

Wednesday, May 15, 2013

Sesi Luahan Perasaan

kyo dir en grey obscure

Sekarang ni gua banyak gila babi kerja sampai jadi tak tau nak buat yang mana dulu. Last last gua tulis blog, kerja tak siap. Kah kah kah. Macam bodoh. Cerita dia macam gini, mula mula gua tengah tersengih-sengih ejas thesis. Masa tu mula la gua teringat besok gua ada ujian, satu hape tak baca lagi. Masa tu jugak laaa teringat kerja projek design hospital depan pintu keluar UM PJ tu tak setel lagi. Ada ke kita orang kena buat BOQ (Bill Of Quantity) bodoh apa entah.

Daripada gua kecik sampai la sekarang haram jadah tak pernah pun belajar buat BOQ. BOQ ni kalau lu orang nak tau kerja Juru Ukur Bahan. Kira kira berapa nak bayar bangla kerja, kira harga lantai, harga besi, besi kecik, besi besor, sungai besi, semua lah. Dah kalau kita orang buat BOQ, Afif Fadhuli nak buat apa? Dia baru je lepas grad itu hari sekarang kerja jadi Juru Ukur Bahan. Pergi la passing kerja tu dekat dia jauh jauh.

Gua buat kerja pulon sangat pun last last gua kena extend jugak. Macam lembu jeeeeeee. Selamat Bangi ada teman. Memang kawan sejati betul dari kecik sampai besar teman gua belajor. Belajor nye tak reti habis habis. Nasib la gua hensem. Boleh jugak buat part time modelling kalau la nanti masa extend ada masa kosong. Ni nanti siapa komen kat bawah ni cakap gua tak hensem ke, gua perasan ke, Bangi lagi cute ke, memang gua 'Flag as Spam' terus. Nak komen blog pun main kroni kroni ke.

Sambung cerita, banyak kerja sampai gua dah berapa hari tak makan nasik untuk makan malam ni. Kalau makan tu pun sebab gua tak makan dari pagi. Kalau sebulan lagi macam ni kesian la sama six packs gua. Asal malam lapar je pekena megi, asal lapar pekena megi. Takut juga gua nanti lama lama botak kepala. Dulu masa sekolah tak habis habis kutuk bapak Darimi Saadon yang botak tengah karang jadik balik dekat gua kan sakit. Haih. Menyesal pulak gua kutuk rambut orang dulu dulu.

Tapi dah berapa hari gua tak makan nasik malam malam ni badan gua tak kurus kurus jugak. Apasal degil sangat lemak dekat bahagian perut ni nak pergi pun gua tak paham. Takkan sampai nak gua minum Herbalife baru nak kurus?

Bercakap pasal Herbalife, gua teringat kes kawan akak gua  yang dulu gemuk serupa itu labu. Lepas tu dia pekena la Herbalife, tup tup berapa bulan terus kurus macam Sepul Nizam kawan gua masa sekolah menengah. Kena tiup angin melayang.  Lepas dia dah kurus, dia pun berhenti la minum Herbalife. Ye lah kan, kalau dah kurus buat apa nak minum lagi? Benda alah tu bukan murah murah seringgit dua macam Choki Choki. Entah berapa ratus. Bila dah berhenti, hah...badan tak semena mena gemuk balik. Lagi gemuk dari yang masa dia gemuk awal awal dulu. Kalau dulu serupa labu, yang gemuk kali kedua ni serupa labu kena cucuk silikon. Dia kata bila dia tengok cermin dia sendiri yang 'apply' gelak sebab rasa macam dah kena troll sama ejen Herbalife.

Tak tahu lah salah dia dekat mana. Mungkin salah Herbalife, mungkin jugak salah dia. Mungkin jugak salah Anwar Ibrahim. Kalau lu orang pergi tanya ejen Herbalife, ejen tu mesti la jawab salah bader tu kenapa lepas dah kurus makan serupa kerbo? Kalau lu tanya brader labu silikon tu mesti la dia cakap salah Herbalife. Sama la macam pilihanraya haritu.

Kes pilihanraya haritu, orang kerajaan salahkan pembangkang, salahkan orang cina sebab taknak undi diorang. Apa ke bodoh sangat, suka hati lah dia orang nak undi siapa. Kata demokrasi. Yang UMNO pulak salahkan melayu tak vote melayu. Dah kalau melayu tu yang songlap duit orang, lagi baik gua undi orang lain.

Pembangkang pulak tak habis habis pasal kes blackout, pakai baju hitam semua. Lu orang tau tak mak gua marah gua pakai baju hitam selalu sangat. Katanya jangan jadik macam abang gua dulu dulu. Black Metal ponteng sekolah hisap gam. Tapi sekarang abang gua dah baik dan power. Anak pun dah sorang. Gua yang tak black metal ni yang macam kimak terkapai kapai dekat UM.

Babi lenguh pulak menaip ni. Lu orang bukan baca pun.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...