downgila: March 2012

Friday, March 30, 2012

Futsal Scene Report : Awam VS Elektrik



Atas Dari Kiri: Sarawak, Daus, Abrar, Zahid, Din
Bawah Dari Kiri:  El Nino, Arep, Bangi, Kimi

Semalam gua julung julung kalinya berfutsal dengan kawan kawan satu kelas. Walaupun gua bengap sikit dan jarang dah sekelas dengan dia orang. Kami budak budak Awam lawan budak budak Elektrik. Setelah sejam bermain, kami telah berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan yang power dan padu. Tapi....jangan bangga dulu, gua dapat analisa beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Biar gua ulas sedikit sebanyak berdasarkan pemain.

Bangi

1. Tahan bola fail dan bersepah
2. Rembat macam pondan, tak laju dan macam crossing.
3. Rembat ke atas atau ke tepi walaupun dalam kawasan D.
4. Bingai.

Kimi

1. Lari lambat dan passing lambat
2. Kaki keras/kayu
3. Kaki begitu lambat untuk membuat tendangan atau rembatan. Cth: Pemain lain mengambil 1 saat untuk kaki sampai ke bola. Kimi mengambil kira kira 2 hingga 2.5 saat dan bola sempat ditahan/dicuri pemain lain dalam lingkungan 3-4 meter
4. Pakai baju lengan panjang

Arep

1. Malas dan jarang berlari
2. Skill atau footwork yang dihasilkan sangat lambat dan tidak mengelirukan musuh
3. Senyum lebih lebih dan tidak serius.

Sarawak

1. Peluang gol kerap kali disia siakan sehingga tiba tiba menghadirkan gol pada pihak lawan
2. Depan gol tak gol
3. Alasan banyak ( baru lepas makan le, penat tengok wayang, kasut tak grip, saja je, dan pelbagai)

Abrar

1. Bola sepatut boleh kejar pun tak dapat, lepas tu salahkan orang yang passing
2. Ada satu kes dia rembat sangat laju tapi tak kena bola. Perkiraan juri jika lutut tak kuat, kaki mampu melayang ke flat atau atas atap rumah Ustaz Azhar

Daus

1. Bola keeper passing, orang baru gertak sikit dah dia passing keeper balik
2. Selalu mengubah rentak sehingga serangan pantas (counter-attack) tak menjadi
3. Kawalan bola lemah dan tak seperti penyerang utama sekolah
4. Rajin terbuat hantaran kepada pihak lawan
5. Buat skill sampai bola ter’out’ sendiri
6. Patut lari tak lari, patut tak lari, dia lari
7. Sering terhiling hiling dalam gelanggang.
8. Nak main rileks tapi realitinya mudah panik, cuak dan menggelupur
9. Lubuk

Yang lain lain gua tak ulas tu main bagus. Terutamanya Zahid dan Din.

pic credit to Sarawak

Wednesday, March 28, 2012

Downgila Wallpaper II

downgila wallpaper free gamep01nt

Gua jadi terkejut juga wallpaper sebelum ni, GO SINI, mendapat sambutan dan 'feedback' yang power daripada lu orang. Siap ada yang mintak kaler itu kaler ini. Okay seperti yang dijanjikan, hujung bulan 3 gua keluarkan satu lagi wallpaper. Tapi kali ni ada 3 kaler. Biru downgila, Oren Ubuntu, Kuning Pisang. kah kah kah. Power jugak gua memberi nama kepada kaler.

Untuk efek seperti didalam preview, sila set wallpaper anda kepada "Fill". Download kat dalam

Monday, March 26, 2012

Belajar Bersama Bangi

noh hafizri bangi downgila

Hari ni gua 'studi' dekat menara kejuruteraan sebab besok ada ujian. Subjek Matematik Kejuruteraan Awam. Apa jadah equation persamaan X Y semua keluar. Gua jadi pening. Dah la gua study berdepan dengan si Bangi. Muka dia ni bila face to face dalam jarak dekat....Astarghfirullahalazim...Porno! Patut la dari tadi satu apa gua tak paham paham.

Saturday, March 24, 2012

Main Osom



Menatang ni pun ada pertandingan sedunia? Siap ada pengadil pakai baju belang belang macam pengadil gusti dah gua tengok. Entah mana nak apply borang pun gua tak tau. Kalau ada kosng nak jugak sauk satu dua tempat

Thursday, March 22, 2012

Budak PASUM Melintas Macam Sial

Kengangan budak pasum melintas bodoh pusat asasi sains 2012

Gua marah betul sekarang ni. Dahi dah berkerut kerut mata sepet marah punya pasal. Hari ni dah kali ke-dua gua nyaris nyaris nak langgar budak PASUM/RPKJ kat depan simpang depan tu. Jenis melintas macam babi kena kejar dengan hantu. Jahanam betul. Gua tengah bawak motor tiba tiba PANG!! ada sekor beruk PASUM keluar secara mengejut. Gua yang bawak motor ni pula yang kena guna brek emergency. Tak ke pukimak melintas macam tu? Kan ke UM dah buat lintasan zebra yang ada line warna kuning kuning tu. Siap ada dua tiga lagi. Lintas la dekat situ setan. Ini tidak, sesuka hati abah kau aje melintas dekat mana kau rasa macam seronok. Tengok la dulu kiri kanan sebelum lintas.

Dah nampak orang ramai bawak motor time tu jugak nak melintas. Selamat gua masih waras dan masih bersabar. Kalau tidak gua langgar lari aje. Biar menggelupur mulut berbuih tengah panas tu. Ape dekat sekolah dulu cikgu kau tak ada ajar cara nak melintas?

Lepas tu bila gua jerit "HOI!!" kau angkat tangan tunjuk jari tengah macam kuat sangat. Kang ada gua turun motor terajang perut lu bagi tak boleh bercakap baru tau. Gua divider jalan yang keras tu pun gua dengan Sarawak berani langgar itu hari, ni kan pula budak PASUM. Kalau berani jom la Counter Strike dengan gua seround dua tengok macam mana!

Seingat saya ada kemalangan melibatkan pelajar PASUM semester lepas berhampiran IPS. Saya secara peribadi, sedapat mungkin, akan mengelak daripada melalui kawasan berhampiran PASUM. Saya lebih sanggup ikut jalan jauh kerana kemahiran melintas jalan pelajar PASUM amat meragukan. (Ini pandangan peribadi saya, tidak ada kena-mengena dengan pihak lain). :) -En. Shaikh Mohd Saifuddeen

Wednesday, March 21, 2012

Font : Ostrich Sans


The League of Moveable Type Ostrich Sans Free Download

The League of Moveable Type Ostrich Sans Free Download
The League of Moveable Type Ostrich Sans Free Download

Font ni nama Ostrich Sans, didesign oleh The League of Moveable Type kali ni gua bagi font yang free la senang sikit. Yang tak best font free ni ada sesetengah karakter dia tak ada.

Tapi font yang ni pada gua adalah sangat sesuai nak buat header ataupun poster. Dan semua huruf besar. Tak ada huruf kecik. Kah kah kah.

DOWNLOAD KAT SINI (1.6MB)

Monday, March 19, 2012

Sakit Perut

downgila sakit perut stomachache

Untuk sesi pagi ni sahaja, dah 7 kali gua ulang alik ke tandas. 3 daripada nya berakhir dengan kecewa saja saja mencangkung sambil mulut menganga "Aaaaaaaa" dalam tandas. Angin sahaja yang keluar. Stuff tak ada pulak nak keluar. Sekarang ni pun ada can gua akan bergerak buat kali ke 8 ke tandas.

Perut gua memulas gila dari semalam. Nak cakap keracunan makanan tak jugak. Gua makan semua makanan bersih dan sihat. Pagi semalam je gua ada pekena roti canai kerinchi sama teh panas. Bukan gua makan ulat gonggok nak keracunan. Ada makwe sorang ni belajar medik dekat USM, dia cakap sebab gua tak makan, jenis minum air. Last last asid apa jadah nama jadi tensyen dan buat gua sakit perut. Cilaka punya asid dalam perut. 

Tapi tadi gua baring baring sambil sapu minyak yuyi cap limau dekat perut. Gua rasa gua dapat tahu sebab apa perut gua sakit.

"Ada gaya macam six packs nak tumbuh ni....", gua tersengih serius sambil meneruskan penyapuan minyak. Memang gua dapat rasa ada ketul ketul baru nak up jadi 'mainstream'.

Saturday, March 17, 2012

Malaysia Ukulele Day (MUD) 2012

ukulele day malaysia 2012 pictures

Saturday minggu ni gua dengan Cina join satu event yang hepening dekat Kolumpo, Malaysia Ukulele Day, dekat Rumah Titi, Titiwangsa. Dekat dekat dengan Tasik Titiwangsa. Gua gerak awal dengan si Cina semangat nak gerak awal. Sarawak dengan Lelaki Taiping gerak lambat sikit sebab Sarawak ada tengok bola apa entah. Gerak dari UM pukul 9.15. Sampai 9.35 macam tu. Macam cilake ada 2 3 kerat aje. Masing masing jadik malu nak bawak itu ukulele.

"Hah aku bawak kamera, kau bawak Ukulele", jelas gua kepada Cina

"Ahh...kau bawak la, biar aku bawak kamera", semua segan sebab semangat sangat.

Dengan bermuka tebal, kita orang masuk jugak, dekat sejam jugak la baru ada nampak bayang manusia yang lain. Kita orang start register pukul 10 macam tu. Cina register kelas untuk Beginner dengan Advance. Gua register hanyalah untuk cabutan bertuah.

Dalam pukul 11, kelas pun start. Selebihnya biar gambar yang cerita. Gambar kat dalam.


ukulele day malaysia 2012 pictures
Dah la noob. Lepas tu duduk belakang, Haih..Gua dah suruh duduk depan degil.

ukulele day malaysia 2012 pictures
Bader yang muka macam Frank tengah kenalkan ini Ukulele bukan Violin.

ukulele day malaysia 2012 pictures downgila
Tengah break. Popo bersosial dengan mempraktikkan apa yang sudah dipelajari.

Lepas tu kita orang bergerak keluar untuk melihat live band. Gua tunggu band member. The D.I.A. Tak pernah dengar? Layan Bunkface aje?? LU MEMANG MALANG!

Makwe ni nama Syasya. Selain As I Lay Dying, dia juga layan Asking Alexandria. Heh
ukulele day malaysia 2012 pictures
Hah juih juih lagi mulut tu.

ukulele day malaysia 2012 pictures
Peluang bergambar seperti satu pasukan bola sepak juga tidak dilepaskan.

ukulele day malaysia 2012 pictures the D.I.A

The D.I.A pula adalah sebuah Supergroup tempatan yang ditubuhkan di Ampang. Kumpulan ini dianggotai oleh beberapa orang anak muda berpakej lengkap yang serius dalam muzik. Permainan mereka sangat dahsyat. Gua pernah sekali tengok diorang main 'live' di Glastonbury, UK. Muzik memang makanan diorang.

Pada pandangan gua, kumpulan ni patut dijadikan rujukan utama budak-budak sekarang yang cuba nak into bidang muzik dan tak pandai tune gitar. Vox dia nama Elyas. Muka ada sama sikit dengan Cina. Kan? Versi si makwe Syasya

Sekian.

Friday, March 16, 2012

8 Fakta Mengenai Saya


Penafian : Gambar asal gua cilok dari 9gag. Tapi apahal rambut gua warna kuning?

Thursday, March 15, 2012

Lepas Makan Basuh La

new google plus button

Dalam keheningan pagi, perut gua diburu keresahan. Gua terjaga dari tidur.

Lapar sangat ni kadang kadang bugima jugak sebab boleh menganggu tidur. Gua tengok lelaki Taiping tidur. Lena betul. Dengan penuh harapan, gua bangun berjalan ke loker. Target gua satu, buka loker dan sauk apa yang patut. Bila tengok dalam loker yang ada hanyalah tiada apa apa. Cilaka. Tapi itu hari gua ada beli bihun segera PAMA RM5.50. Mak gua suruh beli kek pisang untuk buat makan pagi, minum petang dan minum malam. Tapi gua degil beli bihun segera PAMA, rasanya bihun tu gua ada letak dekat meja.

Dengan pandangan yang masih kabur kabur dan 'Noise' gua raba raba dekat laci, Good job, ada lagi 2 paket PAMA, gua amek satu paket sekali dengan bekas tupperware lantas bergerak kearah water cooler untuk mengambil air panas. Perjalanan dari bilik ke water cooler agak jauh bagi orang yang pemalas seperti gua. Gua percepatkan langkah. Pandangan yang 'Noise' bukan lagi penghalang.

Gua hampir sampai ke water cooler. Betul-betul hampir. Dalam setengah langkah lagi. Tapi di saat itu, gua tak jadi ambil air panas. Gua patah balik. Patah balik ke bilik gua dan meletakkan balik bekas tupperware dan bihun segera PAMA. Perasaan 'angry' dan 'hungry' bercampur baur.

"Kruk kruk kruk Ba Dum Tss", perut tengah rocking. Gua geleng kepala. Terasa gua sangat 'asshole'.

Jadi, selepas ni gua bertekad untuk tidak membiarkan tupperware berkulat sebelum digunakan sekali lagi. Ok, gua tunggu siang dulu.

Tuesday, March 13, 2012

Makwe Makwe Down

Downgila kena dera dengan majikan (Klik Untuk Saiz Asal)
Downgila menangis announcement tak reti stop.

Sunday, March 11, 2012

Scene Announcement

the simpsons downgila

Tadi pukul 2.30 berakhir lah Festival Dayasari yang berlangsung entah dari bila gua tak ingat. Berbagai bagai pertandingan dan aktiviti ada la buat masa ni. Ada masak masak, menyanyi, lukis lukis semua ada. Yang paling gua ingat adalah scene announcement kolej.

Announcement ini akan bermula seawal pukul 8 pagi. Dan selang 5 minit announcement yang sama akan di ulang. Ini menyebabkan ramai tahi tahi twitter termasuk gua memberikan kata kata yang kurang sopan di Twitter.

Nak salahkan si pemberi announcement tak boleh jugak sebab dia buat kerja dia. Dia pun bukan nak sangat mengacau orang tidur pagi ahad kan. Nak salahkan kami yang marah marah ni tak boleh juga sebab pagi Ahad kot. Pukul 8 orang tengah sedap sedap baring kipas '5' mimpi berjumpa Nik Aziz, announcement dah berbunyi. Kalau lu pun, lu panas jugak ye dok. Tapi takpa lah dah habis jugak

Tapi dalam banyak banyak announcement (ada la dalam 3 ribu) ada satu announcement yang paling king. Dia punya king sampai gua rasa nak pergi tandas berak tak tutup pintu. Announcement dia dibuat oleh seorang Palapes. Lebih kurang macam ni lah.

Ting Tong.~

"Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, buat penghuni Koleh Kediaman Kelima, marilah beramai ramai ke gerai Palapes kerana kami ada menyediakan pertandingan Paint Ball dengan hadiah yang lumayan.

Hadiah tempat Ketiga 3, 300 ringgit, tempat kedua 200 ringgit, tempat pertama 100 ringgit..marilah beramai ramai."

Ting Tong~

"Ulang suara, Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, buat penghuni Koleh Kediaman Kelima, marilah beramai ramai ke gerai Palapes kerana sekarang kami ada menyediakan pertandingan Paint Ball dengan hadiah yang lumayan.

Hadiah tempat Ketiga 3, 300 ringg......eh........Maaf pembetulan, tempat pertama 300 ringgit, tempat kedua 200 ringgit dan tempat pertama 100 ringgit, marilah beramai ramai"

Gua terus macam..

jackie chan my brain is full of fuck face downgila

Saturday, March 10, 2012

Font : Klavika OT

klavika OT font downloadNi font nama dia Klavika OT, release tahun 2004, banyak gak Syarikat syarikat ternama guna font ni macam  ABC Sports, ESPN, dan paling jelas Facebook,. Untuk menjadikan blog gua sebaris dengan ESPN, gua target kena tukar header guna font ni. Tu dah tukar. Sekarang baru gua rasa gua lebih power dan level konfiden lebih tinggi macam lecturer dah gua rasa. 

Segmen baru "FONT" ni gua share font font powa yang best untuk design. Font ni boleh didapati di SINI

Friday, March 09, 2012

Awesome Galak


Uncle ni memang nombor satu. Dia ni bukannya takde can pegang pistol. Ada can tapi dia sengaja tak nak guna. Tak baik tembak tembak ni dia kabor. Naya ke orang nanti. Member india pakcik ni hok gemuk botak tengah nama Linggam ke apa tu suruh pakai pun uncle ni degil tak nak guna. Dia tahan guna pisau lipat dari pakai pistol.

Ada sekali tu dah dapat pistol ni dekat tangan. Tapi dia tak buat tembak budak Castello tu. Dia buat spanar pulas paip air nak lawan orang jahat. Cilakak betul uncle ni. Lu memang true. Gua kasi 6 bintang! Tapi kenapa pengumuman kolej gua tak reti reti stop ni. Celaka

Wednesday, March 07, 2012

Tutorial : Pusing Pusing Dengan CSS3

css3 html5 banners
Kalau lu orang tak tahu, CSS punya animation adalah sangat awesome, smooth, ringan, dan menjimatkan masa loading. Sebenarnya blog omputeh banyak dah pakai HTML5 dengan CSS3. Blog melayu je still pakai yang widget2 welcome to my blog lah, kursor bunga bunga bagai. Buat sakit mata. Yes offence.

Sebagai permulaan, hari ni tetiba gua nak share sikit. Gua pun tak power pun, semua belajar sendirik, ada ilmu simpan sorang sorang buat apa kan. Antara efek yang gua suka pakai adalah efek "spinning".

Mula mula, nak pusing pusing, kena la ada gambar kan. kalau tak ada nak pusing apa.So, lu orang buat la satu gambar dekat Photoshop ke apa apa. Lepas tu upload la letak dekat gadget tepi macam yang gua buat dekat sebelah bahagian "Mari Berborak"

Lepas dah ada gambar, kita kena create asas animasi tersebut dengan menggunakan
 @-{vendor}-keyframes:

Pergi dekat bahagian CSS dalam template dan masukkan ini, carik ]]></b:skin> dan paste code ni kat atas.

@-webkit-keyframes rotater {
0% { -webkit-transform:rotate(0) scale(1) }
50% { -webkit-transform:rotate(360deg) scale(2) }
100% { -webkit-transform:rotate(720deg) scale(1) }
}


@-moz-keyframes rotater {
0% { -moz-transform:rotate(0) scale(1) }
50% { -moz-transform:rotate(360deg) scale(2) }
100% { -moz-transform:rotate(720deg) scale(1) }
}

-webkit- maksudnya untuk Chrome dan Safari dan apa apa yang base dengan Webkit. -moz- pulak untuk mozilla dan Gecko punya browser-based.

Fungsi -webkit-transform adalah untuk menggerakkan gambar.  Masa dekat 0% gambar tu dekat 0 rotation dan skala 1 -- saiz asal gambar.  Dekat 50% pusing, gambar akan pusing 360 darjah (satu pusingan lengkap), lepas tu membesar dengan skala 2 kali ganda (scale(2))  Dekat 100%, gambar akan balik ke saiz asal dan berpusing 720 darjah, so nampak macam asal tadi.

****

Animasi dah siap, kita apply pulak code bila orang letak mouse dekat gambar, macam ni, ni pun letak dekat CSS punya section dalam template blog.

Mula mula, set satu ID untuk gambar tu, gua pilih  #emel-me 


#emel-me a {
display: block;
width: 200px;
height: 200px;
text-indent: -9999px;
background: url(url gambar) no-repeat 0 0;
}


#emel-me a:hover {
/* safari / chrome */
-webkit-animation-name:rotater; 
-webkit-animation-duration:500ms
-webkit-animation-iteration-count:1
-webkit-animation-timing-function: ease-out;


/* mozilla */
-moz-animation-name:rotater; 
-moz-animation-duration:500ms
-moz-animation-iteration-count:1
-moz-animation-timing-function: ease-out;


/* opera */
-o-transform:rotate(360deg) scale(2);
-o-transition-duration:500ms;
-o-transition-timing-function: ease-out;
}

Pergerakan ni di-assigned menggunakan -webkit-animation-name yang kita dah declare awal awal tadi. Efek lain boleh jugak letak.


-webkit-animation-duration menjadikan satu animasi lengakp ni jalan dalam masa 500 millisaat, kalau nak tambah boleh je.


-webkit-animation-iteration-count untuk bagi dia pusing sekali, tapi dekat gambar sebelah tu gua pakai 2, so dia pusing 2 kali.

dan -webkit-animation-timing-function set animasi tu efek dia ease-out. Maksud dia dia slow last2 tu.

****

Last sekali, pergi dekat image yang korang letak dekat gadget tadi. Korang kena assign div element dekat gambar tu ikut nama yang di declare dlam css tadi. Contoh macam gua punya

<div id="emel-me">
<a href="mailto:gamep01nt@yahoo.com" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="url gambar" /></a>
</div>


Siap. Ada soalan tanya, Senang je kan, KAH KAH KAH


*kemaskini : kat mana nak letak CSS.



Tuesday, March 06, 2012

Orang Besar

cuban cigar

Masa tu gua masih dekat office, company gua masa ni nak buka tawaran untuk budak budak universiti buat praktikal dekat kompeni gua. Gua sebagai CEO Syarikat Ibrahim Binokular Sdn Bhd menyelak sehelai demi sehelai 'resume' para pelajar. Punya la banyak, gua sampai tertidor. Ayat jenis semua main copy paste.

Dalam 30 minit gua tidor, PA gua, Charlotte, mengetuk pintu meminta kebenaran masuk. Gua terjaga. Ketika itu pandangan gua agak kabur dan 'noise'. Badan pula menjadi sakit sakit sakit akibat tidur di atas kerusi panjang yang sebenarnya gua lagi panjang.

Gua capai kotak cigar gua, dan bawa keluar cigar yang diimport dari Cuba sebatang. Gua bakar. Nyalaan gua ternyata memuaskan. Gua senyum sendiri dan asap keluar ikut hidung serta celah gigi. Kalau budak-budak sekolah buat macam ni depan gua, gua lempang terus tak banyak cakap.

Keh keh keh. Gua senyum sendiri lagi sekali bila terbayang budak yang kena lempang tu tercampak kena ampaian belakang rumah sambil asap serentak keluar ikut mulut dan hidung tak sempat nak hembus.

Gua geleng kepala.

****

OK. Good Job. Cukup berangan. Sekarang baik gua siapkan hal hal resume gua ni nak hantar kat Syarikat syarikat. Ada siapa siapa nak amek gua kerja?

Saturday, March 03, 2012

Laptop Murah Saya

downgila compaq cq40

Ini laptop gua. Laptop ni di beli masa 1st year. Masa tu azam nak 3 pointer masih tinggi. Semua kerja nak siapkan awal la konon. Pensyarah gua suruh siapkan kerja-kerja lukisan bodoh apa entah pakai AutoCAD. Masa tu gua beli laptop ni dengan Bangi. Kitorang pergi lowyat angkat ini laptop. Harga masa tu murah la. Kalau sekarang dengan harga yang sama, lu orang dah boleh angkat yang berganda ganda lagi power.

Walaupun laptop gua murah dan brand pun hanya brand cabuk. Tapi ini jugak adalah hadiah dari bapak gua, jadi sampai sekarang gua masih jaga elok elok. Dalam setiap beberapa bulan gua akan bukak habis ini laptop kasi cuci kipas kasi buang habuk. Laptop ni jenis suka makan habuk. Pelik betul.

Kerja kerja sekolah, design, blogging semua pakai laptop ni. Sumber cari makan la laptop ni. Beliau juga adalah laptop yang hebat dan serba boleh sebab boleh main Modern Warfare 3. Sesuai la dengan nama timangan beliau, Badlishah Hanafi.

Masa gua first year dulu, laptop ni gua letak atas meja 24 jam. Jadi, kadang-kadang ramai la kutu kutu 5th akan datang duduk di depan kompiter dengan berpakaian tidak senonoh dan boleh menimbulkan syak.

Kalau gua pergi mandi atau pergi bancuh neskepe sekejap di water cooler, golongan ini akan secara rahsia datang ke meja kerja gua dan menyamar sebagai gua di Yahoo Messenger dan Facebook Chat. Faking.

Thursday, March 01, 2012

Makwe Zaman Sekarang

downgila chef wan memasak

Semalam gua masuk satu kelas Ko-K. Nama kelas tu Bimbingan Rakan Sebaya. Gua dengan Sarawak satu kelas. Kita orang daftar kelas ni pun sebab boleh balik awal. Sampai kelas gua tengok lelaki ada 2 3 kerat je. Selebihnya semua makwe. Yang tudung labuh ramai juga. Gua cuba pikir positif.

Dalam pukul 5.45 petang, masuk seorang pensyarah muka senyum senyum gembira. Dia mula buat ramah mesra dengan kita orang. Lepas tu, dia mintak buat "ice-breaking". Macam kenal kenal gitu. Dia suruh lelaki start dulu.

Sampai turn gua, gua bangun dengan muka mat jambu, dan terus perkenalkan diri

"Nama saya Azwan, boleh panggil Azwan jugak, asal Amsterdam, fakulti bla bla bla dan suka main game dan kadang kadang saya suka join Tabligh. Sekian"

Habis semua lelaki dah kenalkan diri, makwe makwe pulak kenalkan diri. Dari apa yang gua perhatikan, majoriti makwe kat situ hobi semua taknak kalah. Ada makwe tudung labuh sorang yang suka "hias dan mencantikkan blog", ada yang "saya suka buat teka silang kata", dan tak lupa juga "tengok cerita korea".

Tapi, dalam banyak banyak hobi, 70% makwe makwe tu cakap hobi diorang tidur dan membukak facebook. Ada seorang je yang suka memasak. Ni apa nak jadi ni oi makwe makwe Malaysia? Jawab!