Malaysia Ukulele Day (MUD) 2012 | downgila

Saturday, March 17, 2012

Malaysia Ukulele Day (MUD) 2012

ukulele day malaysia 2012 pictures

Saturday minggu ni gua dengan Cina join satu event yang hepening dekat Kolumpo, Malaysia Ukulele Day, dekat Rumah Titi, Titiwangsa. Dekat dekat dengan Tasik Titiwangsa. Gua gerak awal dengan si Cina semangat nak gerak awal. Sarawak dengan Lelaki Taiping gerak lambat sikit sebab Sarawak ada tengok bola apa entah. Gerak dari UM pukul 9.15. Sampai 9.35 macam tu. Macam cilake ada 2 3 kerat aje. Masing masing jadik malu nak bawak itu ukulele.

"Hah aku bawak kamera, kau bawak Ukulele", jelas gua kepada Cina

"Ahh...kau bawak la, biar aku bawak kamera", semua segan sebab semangat sangat.

Dengan bermuka tebal, kita orang masuk jugak, dekat sejam jugak la baru ada nampak bayang manusia yang lain. Kita orang start register pukul 10 macam tu. Cina register kelas untuk Beginner dengan Advance. Gua register hanyalah untuk cabutan bertuah.

Dalam pukul 11, kelas pun start. Selebihnya biar gambar yang cerita. Gambar kat dalam.


ukulele day malaysia 2012 pictures
Dah la noob. Lepas tu duduk belakang, Haih..Gua dah suruh duduk depan degil.

ukulele day malaysia 2012 pictures
Bader yang muka macam Frank tengah kenalkan ini Ukulele bukan Violin.

ukulele day malaysia 2012 pictures downgila
Tengah break. Popo bersosial dengan mempraktikkan apa yang sudah dipelajari.

Lepas tu kita orang bergerak keluar untuk melihat live band. Gua tunggu band member. The D.I.A. Tak pernah dengar? Layan Bunkface aje?? LU MEMANG MALANG!

Makwe ni nama Syasya. Selain As I Lay Dying, dia juga layan Asking Alexandria. Heh
ukulele day malaysia 2012 pictures
Hah juih juih lagi mulut tu.

ukulele day malaysia 2012 pictures
Peluang bergambar seperti satu pasukan bola sepak juga tidak dilepaskan.

ukulele day malaysia 2012 pictures the D.I.A

The D.I.A pula adalah sebuah Supergroup tempatan yang ditubuhkan di Ampang. Kumpulan ini dianggotai oleh beberapa orang anak muda berpakej lengkap yang serius dalam muzik. Permainan mereka sangat dahsyat. Gua pernah sekali tengok diorang main 'live' di Glastonbury, UK. Muzik memang makanan diorang.

Pada pandangan gua, kumpulan ni patut dijadikan rujukan utama budak-budak sekarang yang cuba nak into bidang muzik dan tak pandai tune gitar. Vox dia nama Elyas. Muka ada sama sikit dengan Cina. Kan? Versi si makwe Syasya

Sekian.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...