Futsal Scene Report : Awam VS Elektrik | downgila

Friday, March 30, 2012

Futsal Scene Report : Awam VS Elektrik



Atas Dari Kiri: Sarawak, Daus, Abrar, Zahid, Din
Bawah Dari Kiri:  El Nino, Arep, Bangi, Kimi

Semalam gua julung julung kalinya berfutsal dengan kawan kawan satu kelas. Walaupun gua bengap sikit dan jarang dah sekelas dengan dia orang. Kami budak budak Awam lawan budak budak Elektrik. Setelah sejam bermain, kami telah berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan yang power dan padu. Tapi....jangan bangga dulu, gua dapat analisa beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Biar gua ulas sedikit sebanyak berdasarkan pemain.

Bangi

1. Tahan bola fail dan bersepah
2. Rembat macam pondan, tak laju dan macam crossing.
3. Rembat ke atas atau ke tepi walaupun dalam kawasan D.
4. Bingai.

Kimi

1. Lari lambat dan passing lambat
2. Kaki keras/kayu
3. Kaki begitu lambat untuk membuat tendangan atau rembatan. Cth: Pemain lain mengambil 1 saat untuk kaki sampai ke bola. Kimi mengambil kira kira 2 hingga 2.5 saat dan bola sempat ditahan/dicuri pemain lain dalam lingkungan 3-4 meter
4. Pakai baju lengan panjang

Arep

1. Malas dan jarang berlari
2. Skill atau footwork yang dihasilkan sangat lambat dan tidak mengelirukan musuh
3. Senyum lebih lebih dan tidak serius.

Sarawak

1. Peluang gol kerap kali disia siakan sehingga tiba tiba menghadirkan gol pada pihak lawan
2. Depan gol tak gol
3. Alasan banyak ( baru lepas makan le, penat tengok wayang, kasut tak grip, saja je, dan pelbagai)

Abrar

1. Bola sepatut boleh kejar pun tak dapat, lepas tu salahkan orang yang passing
2. Ada satu kes dia rembat sangat laju tapi tak kena bola. Perkiraan juri jika lutut tak kuat, kaki mampu melayang ke flat atau atas atap rumah Ustaz Azhar

Daus

1. Bola keeper passing, orang baru gertak sikit dah dia passing keeper balik
2. Selalu mengubah rentak sehingga serangan pantas (counter-attack) tak menjadi
3. Kawalan bola lemah dan tak seperti penyerang utama sekolah
4. Rajin terbuat hantaran kepada pihak lawan
5. Buat skill sampai bola ter’out’ sendiri
6. Patut lari tak lari, patut tak lari, dia lari
7. Sering terhiling hiling dalam gelanggang.
8. Nak main rileks tapi realitinya mudah panik, cuak dan menggelupur
9. Lubuk

Yang lain lain gua tak ulas tu main bagus. Terutamanya Zahid dan Din.

pic credit to Sarawak


13 comments:

  1. gua berharap stricker utama civil fernando kuchai sembuh dari kecederaan slab yang tidak siap dan mampu beraksi pada pertandingan akan datang.

    ReplyDelete
  2. ganteng gantenggg semua nya.
    hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha kasut tak grip bagai

    ReplyDelete
  4. APASAL TAKLEH KOMEN GUNA AKAUN GOOGLE?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. gua tak payah la gua dah semestinya profesional

      Delete
    2. yelah. lu hebat la kan.!

      Delete
  6. Lu profesional? gua saspek lu adalah sekadar referee sahaja ataupun gay cheerleader. Mihmihmihmih.
    x)

    ReplyDelete
  7. ghei cheerleader.
    (ulang ayat miziey)
    harharhar~

    ReplyDelete
  8. Wwakkakakakakakkakakakakakakakkakaka rembat macam pondan! whahahahahahkakakakakakkakakakak

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...