Makwe Zaman Sekarang | downgila

Thursday, March 01, 2012

Makwe Zaman Sekarang

downgila chef wan memasak

Semalam gua masuk satu kelas Ko-K. Nama kelas tu Bimbingan Rakan Sebaya. Gua dengan Sarawak satu kelas. Kita orang daftar kelas ni pun sebab boleh balik awal. Sampai kelas gua tengok lelaki ada 2 3 kerat je. Selebihnya semua makwe. Yang tudung labuh ramai juga. Gua cuba pikir positif.

Dalam pukul 5.45 petang, masuk seorang pensyarah muka senyum senyum gembira. Dia mula buat ramah mesra dengan kita orang. Lepas tu, dia mintak buat "ice-breaking". Macam kenal kenal gitu. Dia suruh lelaki start dulu.

Sampai turn gua, gua bangun dengan muka mat jambu, dan terus perkenalkan diri

"Nama saya Azwan, boleh panggil Azwan jugak, asal Amsterdam, fakulti bla bla bla dan suka main game dan kadang kadang saya suka join Tabligh. Sekian"

Habis semua lelaki dah kenalkan diri, makwe makwe pulak kenalkan diri. Dari apa yang gua perhatikan, majoriti makwe kat situ hobi semua taknak kalah. Ada makwe tudung labuh sorang yang suka "hias dan mencantikkan blog", ada yang "saya suka buat teka silang kata", dan tak lupa juga "tengok cerita korea".

Tapi, dalam banyak banyak hobi, 70% makwe makwe tu cakap hobi diorang tidur dan membukak facebook. Ada seorang je yang suka memasak. Ni apa nak jadi ni oi makwe makwe Malaysia? Jawab!


woman go back to the kitchen






Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...