Laptop Murah Saya | downgila

Saturday, March 03, 2012

Laptop Murah Saya

downgila compaq cq40

Ini laptop gua. Laptop ni di beli masa 1st year. Masa tu azam nak 3 pointer masih tinggi. Semua kerja nak siapkan awal la konon. Pensyarah gua suruh siapkan kerja-kerja lukisan bodoh apa entah pakai AutoCAD. Masa tu gua beli laptop ni dengan Bangi. Kitorang pergi lowyat angkat ini laptop. Harga masa tu murah la. Kalau sekarang dengan harga yang sama, lu orang dah boleh angkat yang berganda ganda lagi power.

Walaupun laptop gua murah dan brand pun hanya brand cabuk. Tapi ini jugak adalah hadiah dari bapak gua, jadi sampai sekarang gua masih jaga elok elok. Dalam setiap beberapa bulan gua akan bukak habis ini laptop kasi cuci kipas kasi buang habuk. Laptop ni jenis suka makan habuk. Pelik betul.

Kerja kerja sekolah, design, blogging semua pakai laptop ni. Sumber cari makan la laptop ni. Beliau juga adalah laptop yang hebat dan serba boleh sebab boleh main Modern Warfare 3. Sesuai la dengan nama timangan beliau, Badlishah Hanafi.

Masa gua first year dulu, laptop ni gua letak atas meja 24 jam. Jadi, kadang-kadang ramai la kutu kutu 5th akan datang duduk di depan kompiter dengan berpakaian tidak senonoh dan boleh menimbulkan syak.

Kalau gua pergi mandi atau pergi bancuh neskepe sekejap di water cooler, golongan ini akan secara rahsia datang ke meja kerja gua dan menyamar sebagai gua di Yahoo Messenger dan Facebook Chat. Faking.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...