Lepas Makan Basuh La | downgila

Thursday, March 15, 2012

Lepas Makan Basuh La

new google plus button

Dalam keheningan pagi, perut gua diburu keresahan. Gua terjaga dari tidur.

Lapar sangat ni kadang kadang bugima jugak sebab boleh menganggu tidur. Gua tengok lelaki Taiping tidur. Lena betul. Dengan penuh harapan, gua bangun berjalan ke loker. Target gua satu, buka loker dan sauk apa yang patut. Bila tengok dalam loker yang ada hanyalah tiada apa apa. Cilaka. Tapi itu hari gua ada beli bihun segera PAMA RM5.50. Mak gua suruh beli kek pisang untuk buat makan pagi, minum petang dan minum malam. Tapi gua degil beli bihun segera PAMA, rasanya bihun tu gua ada letak dekat meja.

Dengan pandangan yang masih kabur kabur dan 'Noise' gua raba raba dekat laci, Good job, ada lagi 2 paket PAMA, gua amek satu paket sekali dengan bekas tupperware lantas bergerak kearah water cooler untuk mengambil air panas. Perjalanan dari bilik ke water cooler agak jauh bagi orang yang pemalas seperti gua. Gua percepatkan langkah. Pandangan yang 'Noise' bukan lagi penghalang.

Gua hampir sampai ke water cooler. Betul-betul hampir. Dalam setengah langkah lagi. Tapi di saat itu, gua tak jadi ambil air panas. Gua patah balik. Patah balik ke bilik gua dan meletakkan balik bekas tupperware dan bihun segera PAMA. Perasaan 'angry' dan 'hungry' bercampur baur.

"Kruk kruk kruk Ba Dum Tss", perut tengah rocking. Gua geleng kepala. Terasa gua sangat 'asshole'.

Jadi, selepas ni gua bertekad untuk tidak membiarkan tupperware berkulat sebelum digunakan sekali lagi. Ok, gua tunggu siang dulu.



Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...