Sakit Perut | downgila

Monday, March 19, 2012

Sakit Perut

downgila sakit perut stomachache

Untuk sesi pagi ni sahaja, dah 7 kali gua ulang alik ke tandas. 3 daripada nya berakhir dengan kecewa saja saja mencangkung sambil mulut menganga "Aaaaaaaa" dalam tandas. Angin sahaja yang keluar. Stuff tak ada pulak nak keluar. Sekarang ni pun ada can gua akan bergerak buat kali ke 8 ke tandas.

Perut gua memulas gila dari semalam. Nak cakap keracunan makanan tak jugak. Gua makan semua makanan bersih dan sihat. Pagi semalam je gua ada pekena roti canai kerinchi sama teh panas. Bukan gua makan ulat gonggok nak keracunan. Ada makwe sorang ni belajar medik dekat USM, dia cakap sebab gua tak makan, jenis minum air. Last last asid apa jadah nama jadi tensyen dan buat gua sakit perut. Cilaka punya asid dalam perut. 

Tapi tadi gua baring baring sambil sapu minyak yuyi cap limau dekat perut. Gua rasa gua dapat tahu sebab apa perut gua sakit.

"Ada gaya macam six packs nak tumbuh ni....", gua tersengih serius sambil meneruskan penyapuan minyak. Memang gua dapat rasa ada ketul ketul baru nak up jadi 'mainstream'.


3 comments:

  1. haah. masa gua nak tumbuh 6 packs pun rasa sengal sengal dekat perut. tapi sekarang, syukur. dah kacak sikit perut ni

    ReplyDelete
  2. minyak yuyi best whoaaa.haha
    6 packs dr roti bun ke.haha

    ReplyDelete
  3. Sies! selama gua baca entri2 lu nih, lu memang tak lari dari sakit perut lu. Gua sarankan lu jumpa pakar bro. Mungkin didalam perut lu ada tapir pita. Ish3.

    Btw, 6 pack? macam Lady Gagah kerr?? erk?? *muntah hijau* =.="

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...