Scene Announcement | downgila

Sunday, March 11, 2012

Scene Announcement

the simpsons downgila

Tadi pukul 2.30 berakhir lah Festival Dayasari yang berlangsung entah dari bila gua tak ingat. Berbagai bagai pertandingan dan aktiviti ada la buat masa ni. Ada masak masak, menyanyi, lukis lukis semua ada. Yang paling gua ingat adalah scene announcement kolej.

Announcement ini akan bermula seawal pukul 8 pagi. Dan selang 5 minit announcement yang sama akan di ulang. Ini menyebabkan ramai tahi tahi twitter termasuk gua memberikan kata kata yang kurang sopan di Twitter.

Nak salahkan si pemberi announcement tak boleh jugak sebab dia buat kerja dia. Dia pun bukan nak sangat mengacau orang tidur pagi ahad kan. Nak salahkan kami yang marah marah ni tak boleh juga sebab pagi Ahad kot. Pukul 8 orang tengah sedap sedap baring kipas '5' mimpi berjumpa Nik Aziz, announcement dah berbunyi. Kalau lu pun, lu panas jugak ye dok. Tapi takpa lah dah habis jugak

Tapi dalam banyak banyak announcement (ada la dalam 3 ribu) ada satu announcement yang paling king. Dia punya king sampai gua rasa nak pergi tandas berak tak tutup pintu. Announcement dia dibuat oleh seorang Palapes. Lebih kurang macam ni lah.

Ting Tong.~

"Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, buat penghuni Koleh Kediaman Kelima, marilah beramai ramai ke gerai Palapes kerana kami ada menyediakan pertandingan Paint Ball dengan hadiah yang lumayan.

Hadiah tempat Ketiga 3, 300 ringgit, tempat kedua 200 ringgit, tempat pertama 100 ringgit..marilah beramai ramai."

Ting Tong~

"Ulang suara, Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, buat penghuni Koleh Kediaman Kelima, marilah beramai ramai ke gerai Palapes kerana sekarang kami ada menyediakan pertandingan Paint Ball dengan hadiah yang lumayan.

Hadiah tempat Ketiga 3, 300 ringg......eh........Maaf pembetulan, tempat pertama 300 ringgit, tempat kedua 200 ringgit dan tempat pertama 100 ringgit, marilah beramai ramai"

Gua terus macam..

jackie chan my brain is full of fuck face downgila

9 comments:

  1. pancing jangan tak pancing bai

    ReplyDelete
  2. budak tempat abang kalau ada anounce je memang kena maki budak tu. siap ada note dekat mic, sapa buat anounce, mak dia hitam

    ReplyDelete
  3. ape seh wat announce leh salah .
    sebaik org x kenal .
    -.-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bole mendatangkan kemarahan tahap cipan !

      Delete
  4. wahaha. lama da aku x jenguk blog ni. lawa lak theme baru ni.

    ReplyDelete
  5. hahahaha.. comel je tukang announcement 2.. mest muke dye blushing gile....

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...