downgila: September 2012

Friday, September 28, 2012

Deryck Whibley

sum 41 deryck whibley live in indonesia 2012

Gua letih satu dua hari ini dengan projek kolej (apa benda yang letih gua tak tau) dan berjogging 300KM petang petang.

Sejak UM tukar peralatan yang buruk dengan yang baru dekat depan tasik tu, segala jenis makwe berkumpul dekat situ main main alatan apa entah. Ada makwe besar, kecik, tinggi, pendek, besar sebelah pun ada. Apa yang besar sebelah lu orang pikir sendiri. Dari tak larat jogging gua menjadi laju secara mendadak. Misteri.

Esok kelas pukul 10.

Sebelum tidur gua pekena konsert Sum 41 sepam.

Peh..kalaulah gua Deryck Whibley..

Wacha!!! Gua karate tilam sedas.

Esok mesti gua tak payah susah-susah pergi kelas.

Tuesday, September 25, 2012

Barai II (Volume Kasi Full)



Pengajaran dari video ini adalah :

1) Sila tengok guna 480p dan ada lirik kalau nak barai sekali. Bukak itu "caption"
2) Gua power bab berdikir barat walaupun gua bukan Mat Kelantan.
3) Gua power dalam bab menukar mic. Tin Red Bull, botol 100 Plus pun boleh jadi mic
4) Pantera power. Tak pernah dengar Pantera? Dengar Maroon 5 saje? Lu memang malang
5) Kalau mak gua tengok video ni ada can juga gua kena pelangkung dekat kepala balik Lipis nanti.

Jumpa lagi!

Monday, September 24, 2012

Van Persie, Manchester United, Madura & Cikaro

Manchester United's Robin van Persie, seen celebrating a hat-trick against

Kalau tak sebab pengadil yang macam jahanam gua rasa semalam Liverpool boleh menang lawan itu Manchester United. Masa player man u tu jatuh tak ada sapa tolak, Babi. Penalti. Apa benda yang penalti gua tak tahu. Pengadil tak dapat membezakan antara membentes dan sengaja buat jatuh. Pengadil juga diselubungi kuasa bodoh. Kau tahu tak macam mana perasaan selipar raya hilang dekat masjid?

Van Persie pun satu. Dia ingat dia Dennis Bergkamp ke apa nak celebrate macam tu? Cina pulak die-hard  Arsenal. Habis carut semua keluar mulut masa tu. Sarawak dah down gila muka tak tentu hala tak tau nak marah siapa. Salak gua tak beri perhatian sangat. Indon madura dengan cikaro diorang dekat belakang pun sama 'chaos'. Cing cong cing cong entah apa cakap. Tapi ikut naluri gua semua bahan Van Persie la. Yang suka Van Persie ni majoritinya budak perempuan baru nak tengok bola dan asyik asyik tweet #GGMU lepas man u menang.

Lagi satu, kalau tak silap gua, Ahad lalu berakhir bulan Syawal. Sekarang entah bulan benda. Ada zul..zul.. juga pangkalnya mengikut perkiraan gua.

Friday, September 21, 2012

Burger Bakar Dan Kereta Baru Bangi

Di sekitar kawasan Kondo Rakyat, terdapat seorang pemuda zuhud bernama Bangi. Bangi adalah seorang pemuda harapan bangsa yang selalu merendah diri dan rajin membantu orang-orang yang lebih tua darinya.

Bangi memiliki sebuah kereta yang diberi nama Kereta Sukan. Kereta Sukan itu juga zuhud seperti tuannya. Ia sebuah kereta lama empat pintu tanpa teknologi 'Power Steering' dan gear pula masih gear manual. Bangi selalu membuat amal dengan membantu menghantar kawan-kawannya ke tempat yang ingin dituju dengan Kereta Sukan zuhud miliknya.

Suatu malam, GP, Sarawak, serta 2 orang penyeri kumpulan, Fatin dan Myra meminta bantuan Bangi untuk membawa mereka makan makan di Wangsa Maju selepas 6 bulan tidak berjumpa Fatin & Myra kerana mereka berdua baru balik dari Korea. Bangi pun dengan gembiranya bersetuju. Walaubagaimanapun, GP risau jika terserempak dengan benda yang tidak boleh disebut dan mereka mungkin disaman kerana Kereta Sukan Bangi nampak gaya macam tak ada road tax.

Setelah menunggu Bangi sampai, GP menjadi terkejut kerana kereta yang dibawa Bangi amat lain sekali. Kali ini kereta sudah menjadi 2 pintu. Bila ditengok dengan bersungguh sungguh, rupanya kereta tersebut adalah kereta Satria Neo. Driver nya pula membuat muka seperti pukimak. Sah lah Bangi bersama kereta barunya.

Selepas GP dan Sarawak membuat seperti kagum dengan kereta baru beliau, mereka pun meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju. Mujurlah mereka membawa GP, pakar jalan jalan sekitar Kuala Lumpur, kalau tidak, sudah lama Bangi sesat. Harap saja kereta baru. Tapi ilmu jalan masih nombor 8.

Sampai di kedai burger bakar, Kelima lima mereka mengorder burger bakar, takkan lah nak order Cheese Nan pulak? Ini pula adalah kali pertama GP, Fatin dan Myra memakan burger bakar. Jadi selok belok meng-order diserahkan kepada Bangi. Dengan muka yang sombong dan hidung tinggi, Bangi zass zass zasss order. Dua saat, Setel.

Kemudian stuff pun sampai, Sebelum makan pula, mereka masing masing ber-instagram menangkap gambar stuff dari berbagai angle. GP menggeleng geleng kepala melihat telatah rakan rakannya. Ada ke sebelum makan instagram dulu. GP sahaja yang 'keep kool' dan tidak menangkap gambar menggunakan henpon beliau. Sebaliknya GP membaca Bismillah dan doa makan. Sejuk perut ibu GP mengandung.

Selepas makan, mereka masing masing pulang dengan gembiranya ke kolej masing masing. Bangi kata kalau ada masa beliau nak bawak kawan kawan beliau makan dekat ceruk mana pulak nanti. Katanya stuff distu lebih solid.

"Burger bakar, burger bakar jugak, Minyak kasi tong tong la", pesan Bangi.

Lampiran

Burger bakar wangsa maju gamep01nt downgila
Noh Hafizri Ismail Mohd Zulkhalid Afandi Burger bakar wangsa maju
Burger bakar wangsa maju
Fatin amirah mohd anor Burger bakar wangsa maju

Thursday, September 20, 2012

Kempen

Gua tak berapa pasti lah bila pilihanraya UM ni. Rasanya dah dekat. Gua tak join sangat politik ni. Semalam masa ngeteh dekat kafe bersama Lelaki Taiping, Sarawak, Afif Fadhuli, Salak dan Cina, kitorang terserempak dengan budak budak Kelantan Pro M. Amboi meriah betul meja diorang. Entah baru balik dari menculik calon mana pulak gua tak pasti.

Tadi masa gua merempit ke kelas, jalan depan kolej 1 jadi jem. Perkara macam ni la yang gua tak minat pasal pilihanraya ni. Ada perarakan apa entah. Tak ada kelas ke oi? Gua tengok kat mana mana tempat yang boleh sangkut, dah tergantung poster-poster calon wakil apa benda entah. Gua harap ada calon yang janjikan internet dengan kelajuan 50Mb/s. Itu jam gua bantu kempen tak kira panjat bangunan mana.

Apa gila umur 22 nak main pesbuk sikit pun internet dah sangkut sangkut?

Wednesday, September 19, 2012

T-Shirt Downgila

Sebenarnya gua sejak kebelakangan ni ada jugak bosan main main dengan Photoshop, timbul idea untuk membuat tshirt. Lepas design design, inilah yang keluar.

Tapi ni masih BELUM yang akhir. Lebih kurang macam pra-tonton la. Gua pun rasa macam nak print sehelai dulu, usha kain, kualiti print, kalau lawa, gua ingat nak bukak dekat lu orang. Ada apa apa gua update sini.

Tshirt Downgila depan design gamep01nt azwan mat datar
Downgila design tshirt


Amacam? Sila bagi pandangan. Ada apa apa emel gua macam biasa.

Sunday, September 16, 2012

Enjoy Tengah Minggu

Hari semalam, Sabtu, ada tiga acara baik. Satu yang otai otai. Satu lagi, bila lu datang event tu baru otai, satu lagi tak ada kaitan dengan otai. kalau demeh konsisten laa.

Satu kat UM, rumah terbuka ASASI (PASUM). Satu lagi kat rumah Kira, line line Bangi. Satu lagi dekat Mid Valley jalan sorang sorang. Mana la tau ada rezeki dapat jumpa junior sesat jalan. Boleh juga gua jadi hero.

Gua jadi tak tahu nak pergi mana satu. Nak pergi Mid kang, duit macam tak cukup nak makan nasik pulak nanti. Nak pergi event PASUM, gua tak kenal junior junior. PASUM pun bukan best. Nak pergi rumah Kira tapi hari mendung. Dah hujan pun. Tapi tepat pukul 2 petang, ada ghost rider tunggu kat pagar kolej. Apa cerita?

Muhammad Hafeiz Saidin slim kolej kediaman kelima shukri azriy

Notakaki: Nasi Beriani Pakistan rumah kira semalam sedap gila. Gua percaya gua buat keputusan yang betul. Tahniah. Gua memang otai.

Thursday, September 13, 2012

Masuk

downgila malam interaksi dayasari 2012

Hah mari sini orang orang kampung, saya ada berita gembira

1) Bukak Google
2) Carik "50 Most Popular Women"
3) Klik link pertama
4) Tengok makwe yang nombor 7
5) ....
6) ......
7) ..........

Masuk.

Notakimak : Tadi gua join itu Minggu Interaksi Dayasari (MID). Kenal kenal dengan junior. Bagus betul junior tahun ni. Meriah dan tak malu malu macam lah ayu sangat.

Wednesday, September 12, 2012

Alasan

Selain seluar trek longgar, seluar adidas Downtown koyak kat kangkang, gua ada beberapa lagi seluar untuk kekelas.

Ada seluar jeans Uptown. Beli masa hari nak raya 3 tahun lepas. Seluar jeans tu lah yang gua pakai hari hari. Sekarang seluar jeans gua koyak rabak terutama di bahagian lutut. Sebabnya eksiden makan divider jalan dengan Sarawak itu hari, lepas tu gua saja koyakkan lagi nak nampak macam komando komando.

Seluar khakis hitam pulak koyak jugak dekat lutut. Sebabnya gua eksiden masa hari hujan memanjang tempoh hari. tapi koyak sikit je. tapi lagi, dia koyak betul betul kat lutut, nampak sangat koyaknye.

Seluar yang warna coklat ni pulak pinggang size 34 bapak besar nak mampus pinggang gua size 30 sahaje. Bila pakai rasa macam nak pergi beranak emergency. Tak sesuai remaja berwawasan seperti gua memakai seluar yang longgar nokhariak. Nampak seperti warga Vietnam pula.

Jadi, yang tinggal hanya seluar slek licin yang gua beli untuk pergi dinner kolej 4 bulan lepas. Takkan gua pakai baju gambar tengkorak seluar slek licin? Pikir la oi. Duit pulak tengah takde ni.

****

Boleh la kot gua forward entry ni kat emel lecturer gua bagi alasan apasal gua masih kat bilik bawah kipas speed 3 sedangkan kelas start pukul 9 tadi.

Notakaki : Entry ni memang betul weh. Gua tak ada seluar sekarang. Seluar tak penting, yang penting 'honest'

Monday, September 10, 2012

Putar Belit Media

media tipu media massa malaysia anwar ibrahim ibrahim ali

SITUASI SEBENAR: Seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi. Tiba-tiba dia dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama : Nenek meninggal dunia, penarik beca dicari.

Harian Metro : Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan

Utusan Malaysia : Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?

Harakah : Kami tiada beca (lari tajuk)

Malaysiakini : Beca langgar lari bukti kerajaan rasuah.

Tamil Naidu : Nenek mati kerana ubi dilanggar beca.

Tamil Nisan : Ubi dan nenek melanggar beca walaupun beca sudah mati.

Pancaindera : Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Genster Beca.

Mangga : Kisah ubi dan swimming pool terkini.

Najib Razak : Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat. Janji ditepati!

Anwar Ibrahim : Kematian nenek yang dilanggar beca adalah satu konspirasi berniat jahat oleh UMNO.

Ibrahim Ali : Sampai bila kita nak tengok nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang cina dan India? Melayu perlu bangun dan menentang!

Lu orang pandai pandai la nak percaya hok mane. Minggu haluansiswa Universiti Malaya 2012/2013 MHS Kolej kediaman kelima dayasari

Sunday, September 09, 2012

Hal Raya : Sate

downgila sate satay skewer

Nak dijadikan cerita, hari raya itu hari gua kena paksa turun bawah dengan abang gua. Letih makan rendang sama lemang malam tadi tak settle lagi dah kena bangun tengah-tengah hari untuk pergi pekena jamuan hari raya. Apa cerita? Orang Malaysia ni tak boleh ke nak tunjuk kegembiraan dengan cara lain. Balik-balik makan. Buat le acara lawan badminton ke, main snooker ke, gusti lengan ke, belanja penduduk main bola dekat stadium bukit jalil ke..

Siap pakai smart-smart, baju kolar lagi, gua turun. Nakharam orang macam semua takde dapur dekat rumah. Cendol sampai angkat-angkat balang tuang dalam mulut. Laksa dah nyawa-nyawa ikan. Nasi tomato berampas-rampas kucar-kacir orang. Gua fokus satu hidangan. Gua berjalan penuh kawalan ke port sate. Peh dia punya beratur macam nak ambil bantuan kemanusiaan dari trak askar Amerika.

Dalam hati masa tu gua berhajat nak ambil dua pinggan. Tengok orang-orang lain semua tersengih sengih je menatang 2 pinggan sate dari port sate. Maka semakin konfidenlah gua bahawa hajat gua tak salah. Dah merah merah muka berpanas terik, turn gua sampai.

"Bang kasi sate 2 pinggan ye.." Lemah lembut tutur kata gua. Tak lekang senyuman manis di bibir gua.

"Takde..! pinggan tak cukup ni. Satu je..!" Pakcik sate membebel clear tak clear.

"Kalau macam tu isi lebih sikit ye.." Senyum manis tadi bertukar ke kurang manis.

Pap..tak sampai sepuluh cucuk pakcik tu letak. Cilakak. Gua isi kuah laju-laju. Gua tepek pinggan sate di tangan gua ke muka pakcik sate tadi.

"Blah laa..ingat sedap sangat ke sate kerajaan? Ada ke bagi sate pun main kroni-kroni.."

Saturday, September 01, 2012

Movie Review: The Expendables 2

Movie Review The Expendables 2 posters lundgren chuck norris

Tajuk: The Expendables 2
Direktor: Simon West
Studio: Nu Image / Millennium Films
Pengedar: Lionsgate
Brader brader: Sylvester Stallone, Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Terry Crews, Randy Couture, Yu Nan, Liam Hemsworth, Chuck Norris, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Jean-Claude Van Damme
Rating : 6.5/10

Gua masuk wayang. 20 minit iklan. Baru cerita start

BOOM!!!! TEBABO!!!! BOOM Ptuih! Trrrrrr Brrrrrrr. Pom Pom Pom!!!

Dush dush! Dush! BOOM!!! BOOOOOMMMM!!!!!!

Dang dang dang. HELPP!!! ARGHH!! BOOM! brannnggggg drrraaanggg!!! TRRRRRRR!!!! TRRRRR!!! TRGGHHH!!!

POOOMMMMM!!! BBBBRRRROOOOOMMMM!!!! TEBAAAAAAABOMMMM!!!!

Adoi! ARGHH!!! BOOOM!! BOOM LAY!!! DANG DANG!!! TOOOMPHHH!!!

NOKHAROMM!!!! ARGHH!!! Zas zas zas!! ZASSS!!!!

PIUNG PIUNGGG!! PIUNG!

BOOM!

Habis.