Kempen | downgila

Thursday, September 20, 2012

Kempen

Gua tak berapa pasti lah bila pilihanraya UM ni. Rasanya dah dekat. Gua tak join sangat politik ni. Semalam masa ngeteh dekat kafe bersama Lelaki Taiping, Sarawak, Afif Fadhuli, Salak dan Cina, kitorang terserempak dengan budak budak Kelantan Pro M. Amboi meriah betul meja diorang. Entah baru balik dari menculik calon mana pulak gua tak pasti.

Tadi masa gua merempit ke kelas, jalan depan kolej 1 jadi jem. Perkara macam ni la yang gua tak minat pasal pilihanraya ni. Ada perarakan apa entah. Tak ada kelas ke oi? Gua tengok kat mana mana tempat yang boleh sangkut, dah tergantung poster-poster calon wakil apa benda entah. Gua harap ada calon yang janjikan internet dengan kelajuan 50Mb/s. Itu jam gua bantu kempen tak kira panjat bangunan mana.

Apa gila umur 22 nak main pesbuk sikit pun internet dah sangkut sangkut?




Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...