Burger Bakar Dan Kereta Baru Bangi | downgila

Friday, September 21, 2012

Burger Bakar Dan Kereta Baru Bangi

Di sekitar kawasan Kondo Rakyat, terdapat seorang pemuda zuhud bernama Bangi. Bangi adalah seorang pemuda harapan bangsa yang selalu merendah diri dan rajin membantu orang-orang yang lebih tua darinya.

Bangi memiliki sebuah kereta yang diberi nama Kereta Sukan. Kereta Sukan itu juga zuhud seperti tuannya. Ia sebuah kereta lama empat pintu tanpa teknologi 'Power Steering' dan gear pula masih gear manual. Bangi selalu membuat amal dengan membantu menghantar kawan-kawannya ke tempat yang ingin dituju dengan Kereta Sukan zuhud miliknya.

Suatu malam, GP, Sarawak, serta 2 orang penyeri kumpulan, Fatin dan Myra meminta bantuan Bangi untuk membawa mereka makan makan di Wangsa Maju selepas 6 bulan tidak berjumpa Fatin & Myra kerana mereka berdua baru balik dari Korea. Bangi pun dengan gembiranya bersetuju. Walaubagaimanapun, GP risau jika terserempak dengan benda yang tidak boleh disebut dan mereka mungkin disaman kerana Kereta Sukan Bangi nampak gaya macam tak ada road tax.

Setelah menunggu Bangi sampai, GP menjadi terkejut kerana kereta yang dibawa Bangi amat lain sekali. Kali ini kereta sudah menjadi 2 pintu. Bila ditengok dengan bersungguh sungguh, rupanya kereta tersebut adalah kereta Satria Neo. Driver nya pula membuat muka seperti pukimak. Sah lah Bangi bersama kereta barunya.

Selepas GP dan Sarawak membuat seperti kagum dengan kereta baru beliau, mereka pun meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju. Mujurlah mereka membawa GP, pakar jalan jalan sekitar Kuala Lumpur, kalau tidak, sudah lama Bangi sesat. Harap saja kereta baru. Tapi ilmu jalan masih nombor 8.

Sampai di kedai burger bakar, Kelima lima mereka mengorder burger bakar, takkan lah nak order Cheese Nan pulak? Ini pula adalah kali pertama GP, Fatin dan Myra memakan burger bakar. Jadi selok belok meng-order diserahkan kepada Bangi. Dengan muka yang sombong dan hidung tinggi, Bangi zass zass zasss order. Dua saat, Setel.

Kemudian stuff pun sampai, Sebelum makan pula, mereka masing masing ber-instagram menangkap gambar stuff dari berbagai angle. GP menggeleng geleng kepala melihat telatah rakan rakannya. Ada ke sebelum makan instagram dulu. GP sahaja yang 'keep kool' dan tidak menangkap gambar menggunakan henpon beliau. Sebaliknya GP membaca Bismillah dan doa makan. Sejuk perut ibu GP mengandung.

Selepas makan, mereka masing masing pulang dengan gembiranya ke kolej masing masing. Bangi kata kalau ada masa beliau nak bawak kawan kawan beliau makan dekat ceruk mana pulak nanti. Katanya stuff distu lebih solid.

"Burger bakar, burger bakar jugak, Minyak kasi tong tong la", pesan Bangi.

Lampiran

Burger bakar wangsa maju gamep01nt downgila
Noh Hafizri Ismail Mohd Zulkhalid Afandi Burger bakar wangsa maju
Burger bakar wangsa maju
Fatin amirah mohd anor Burger bakar wangsa maju

Jumpa lagi!



23 comments:

  1. Sungguh sedap burger bakar itu...

    ReplyDelete
  2. budak engine21/9/12 3:11 PM

    mohon emel number makwe main tepon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mnde mohon mohon, no henpon aku nak?

      Delete
    2. budak engine22/9/12 9:26 AM

      number ko wt ape. cisdel

      Delete
  3. @teenmiera21/9/12 8:37 PM

    datang wangsa maju bukan nak halo orang gombak lol sombong

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah. lu bukan org terengganu ke? nasik dagang

      Delete
    2. @teenmiera21/9/12 9:28 PM

      nasi dagang mu kerek kerek tetibe aku ngidam bb gak. kau lah ni grr

      Delete
    3. lah. delivery ahhh apa lagiiiii :-)

      Delete
  4. waaaahhhh abg bangi..ni bell ni di sini..g mkn burger bakar ajak!!!

    ReplyDelete
  5. tak pernah try yg ni. nak pg tapi xdak transport~ (T_T)

    ReplyDelete
  6. biasa aa tu sblum mkn instagram..twitter..foursquare..fb dulu..haha

    ReplyDelete
  7. bakar je ke? nak buat sendiri la..muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi org ada dapur senang la cerita haha

      Delete
  8. Kena henjut yang dekat Sungai Ramal pula oi. Ura ura mengatakan sana punya lagi boek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua on saje. tp skang sen xde.

      Delete
    2. Kalau dah ada lu payung la? Manissss!

      Delete
    3. byk la gua nak payung. Lu igt bapak gua rais yatim ke

      Delete
  9. Aduh..teringin lak mkn burger bakar...huhuhuh

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...