Hal Raya : Sate | downgila

Sunday, September 09, 2012

Hal Raya : Sate

downgila sate satay skewer

Nak dijadikan cerita, hari raya itu hari gua kena paksa turun bawah dengan abang gua. Letih makan rendang sama lemang malam tadi tak settle lagi dah kena bangun tengah-tengah hari untuk pergi pekena jamuan hari raya. Apa cerita? Orang Malaysia ni tak boleh ke nak tunjuk kegembiraan dengan cara lain. Balik-balik makan. Buat le acara lawan badminton ke, main snooker ke, gusti lengan ke, belanja penduduk main bola dekat stadium bukit jalil ke..

Siap pakai smart-smart, baju kolar lagi, gua turun. Nakharam orang macam semua takde dapur dekat rumah. Cendol sampai angkat-angkat balang tuang dalam mulut. Laksa dah nyawa-nyawa ikan. Nasi tomato berampas-rampas kucar-kacir orang. Gua fokus satu hidangan. Gua berjalan penuh kawalan ke port sate. Peh dia punya beratur macam nak ambil bantuan kemanusiaan dari trak askar Amerika.

Dalam hati masa tu gua berhajat nak ambil dua pinggan. Tengok orang-orang lain semua tersengih sengih je menatang 2 pinggan sate dari port sate. Maka semakin konfidenlah gua bahawa hajat gua tak salah. Dah merah merah muka berpanas terik, turn gua sampai.

"Bang kasi sate 2 pinggan ye.." Lemah lembut tutur kata gua. Tak lekang senyuman manis di bibir gua.

"Takde..! pinggan tak cukup ni. Satu je..!" Pakcik sate membebel clear tak clear.

"Kalau macam tu isi lebih sikit ye.." Senyum manis tadi bertukar ke kurang manis.

Pap..tak sampai sepuluh cucuk pakcik tu letak. Cilakak. Gua isi kuah laju-laju. Gua tepek pinggan sate di tangan gua ke muka pakcik sate tadi.

"Blah laa..ingat sedap sangat ke sate kerajaan? Ada ke bagi sate pun main kroni-kroni.."

10 comments:

  1. lama tak makan sate weh :(


    cmner nak main benda alah smiley tu -..-

    ReplyDelete
    Replies
    1. camna nak main? kau tulis aje la macam apa yg ada kat smiley tu nnt dia keluar. ting!~

      Delete
  2. kroni je bole lebih² .
    ahahaha !

    ReplyDelete
  3. memang tepek betul2 ke kat muka dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huruf senget menandakan penipuan

      Delete
    2. hahahahah apesal tak tulis siap2 kat ats italic tu tipu

      Delete
  4. hehehe sate memang la cepat habis wey

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...