downgila: January 2015

Wednesday, January 28, 2015

Lunch

Opis ni punya lunch hour betul pukul 1 sampai 2. Tapi pukul 12.30 semua dah tak ada, 2.30 semua pun tak masuk lagi. Kah kah kah. Power gila. Aku tengah duduk je dalam opis makan kuih donat satu 40 sen.

"Kuih ni berapa makcik?"

"Satu 40 sen, 5 dua ringgit", jawab makcik tersebut.

Bila aku congak, memang la kalau satu 40 sen, 5 biji dapat dua ringgit. Tak payah bagitau pun aku reti kira sendiri. Puih. Tapi donat ni sedap.

Saturday, January 24, 2015

Magnum Cafe Mid Valley

Tadi petang gua berjalan-jalan secara gerila dekat Mid Valley. Gua ingat nak beli baju sehelai dengan seluar sehelai. Kesian seluar jeans yang gua beli masa nak raya tahun 2011 ni, Dah koyak rabak dah. Bila sampai tingkat atas, gua terserempak dengan satu restoren yang agak hepening. Gila babi ramai orang beratur sepanjang 65 KM. Bila gua tengok dua kali. Kedai ais krim je rupanya.

magnum cafe mid valley KL

Gua tak faham apa yang sedap sangat sampai nak kena tunggu lebih kurang sejam setengah nak dapatkan ais krim magnum ni? Dah la harga mahal gila babi. Ada yang set apa entah sampai RM70. Baik lu orang belanja gua baju sehelai dari beli ais krim.

Pada pandangan gua, Gua pun boleh jamin ais krim tu rasa sama je dengan Magnum yang dekat KK Mart tu, Mende macam ni sebenarnya Placebo Effect je. Taw dak Placebo Effect tu mende? Dia macam sebenarnya satu benda tu tak ada beza pun, tapi lu rasa macam ada beza sebab benda tu mahal. Bila lu makan ais krim RM10 dekat kedai mahal selepas kena beratur sejam lebih, mula la rasa ais krim tu lebih sedap berbanding yang biasa, padahal tak pun.

Orang tua-tua kabor kalau nak tau sedap atau tidak, kena cuba sendiri, jadi gua mengambil tindakan tegas untuk mencuba sendiri ais krim ni. Tapi sebenarnya bila pikir balik ais krim sundae cone choco top McD jugak ais krim paling sedap dalam dunia. Jadi gua beli sundae cone sahaja. Jimat la RM9. Yahudi tak yahudi belakang kira.

Nota-aiskrim: Lepas makan ais krim, gua terus balik je. Tak beli pun baju ke mende sebab gua lupa. Kahkahkah bodoh

Thursday, January 22, 2015

Diari Orang Kebanyakan

Nah lagu sempena gua tak ada mood hari ni. Sila dengar sambil baca entry ni

Hari ni gua berjaya mencatat sejarah dalam bidang perlesenan semalaysia kerana gua berjaya lulus ujian JPJ untuk lesen motor. Kah kah kah, Jangan terkejut gua baru ada lesen motor. Selain daripada tu, tak banyak benda gua buat. Opis pun gua tak masuk hari ni.

Masuk hari ni dah 4 hari gua tak makan nasik. Tangan pun dah bergetar-getar. Jadi tengah hari gua makan dekat area Pantai Dalam tu. Ikan pari bakar dengan nasi campur sayur baru RM5. Nakharam power. Lepas tu gua jalan kaki turun bukit pergi ke tapak motor gua parking. Jauh juga kena berjalan. Nak tahan teksi, rasa macam tak 'indie' pula. Letih sekali-sekala apa salahnya. Apa pun nasib baik badan gua 'fit' sikit hari ni.

Sampai ke tapak motor gua lepak, gua tengok motor gua tak berubah. Lega. Gua cucuk kunci dah cuba start. Celaka. Tak boleh juga.

Gua start lagi. Tak boleh juga. Jadi gua ambil keputusan untuk periksa apa yang patut. Mula-mula gua ketuk sikit kepala motor tu kasi cergas sikit. Kemudian gua buka kabel palam pencucuh dan tiup sambil baca apa-apa yang patut dan ada bunyi agama-agama sikit. Seterusnya gua tepuk-tepuk bateri kasi bergegar sikit. Selesai semua, gua pasang balik komponen-komponen yang terlibat iaitu sistem penghidup dan sistem kemasukan udara dan bahan api. Sebelum gua cuba start, gua goncang sikit motor gua.

Gua cuba start.

"Ada gaya, ada gaya..." kata hati gua.

Bunyi macam nak hidup tu dah ada. Tapi tak hidup juga.

Tiba-tiba gua teringat sesuatu. Gua baca Bismillah. Kemudian gua start motor gua.

Prengg...prengg....!!!

Alhamdulillah.

Gua naik motor dan terus balik rumah. Hari ni tak tahu la. Rasa macam takde 'mood' nak pergi jogging. Hari pun hujan ni.

Wednesday, January 14, 2015

Makan Pagi

Sekarang sebelum gua pergi kerja, gua biasa akan singgah dekat depan stesen Universiti tu membeli breakfast. Ada la dalam 5-6 warung-warung dekat situ. 70% jual nasik lemak. Minggu lepas straight Isnin-Jumaat gua pekena nasik lemak pagi-pagi.

Nasik lemak ni secara saintifiknya bagus. Sebab apa bagus gua tak tau la tapi macam bagus je. Secara domestiknya dia tak bagus sebab dalam area-area pukul 10 tu gua akan jadi mengantuk babi. Kadang-kadang tengah berborak dengan bos pun boleh menguap.

Tapi disebabkan gua orang melayu, gua kena la sapot makanan melayu ni. Nak harapkan makwe-makwe urban sekarang mana boleh. Semua nak breakfast 'French Toast' dengan kopi. Tapi gua masih lagi pegang ungkapan makcik kantin gua semasa di sekolah rendah. "Takkan nasi lemak hilang di dunia."

full english breakfast

Gua tak pernah lagi pekena sarapan pagi macam ni. Entah halal ke dak. Takpe laa, nanti gua dah senang pakai Mercedes nanti, gua mesti cuba satu kali.

Monday, January 05, 2015

Live Dari Kedai Makan

terbaik dari langit review

Sekarang gua rasa malas betul nak bukak laptop selain dari main game. Gua tengah taip secara 'live' dari kedai makan. Sambil itu gua tunggu telur dadar kedai ni siap. Macam celaka lembab.

Gua cuma ada satu perkara nak cakap. Kesempatan yang ada ni gua nak ucapkan terima kasih secara terbuka kepada Bront Palarae kerana kasi gua tiket cerita Terbaik Dari Langit secara percuma hari Sabtu minggu lepas. ulasan review terbaik dari langit

Gua lupa nak review, cerita ni best. Tak ada lah best gila babi macam Inception tapi best. Tak mengantuk macam cerita melayu lain yang ada sekarang. Semua cerita gengster dengan cerita hantu. Kalau nak sangat jumpa gengster sekali dengan hantu, meh la gua bawak jumpa dengan Muzakkir Ayob. Kalau lu orang tak pergi tengok lagi cerita ni, bawak-bawak la pergi tengok.

Sekali lagi terima kasih Bront. Nanti kalau team teater gua buat filem, gua kasi tiket free kat lu pula. Lu jangan risau.

Apa? Lu orang tak percaya? Kalau tak percaya, lu orang tanya Kosmo. Gua malas cerita panjang.