downgila: October 2011

Friday, October 28, 2011

Taik Warna Hitam


Baru baru ni gua obses pulak dengan pembersihan perut dari segala sisa najis atau mat salleh panggil "Detoxification". Dulu gua layan jugak scene detox ni. Tapi masa tu gua pakai patch kaki. Yang tampal kat kaki bangun besok pagi patch tu jadik hitam dan berbau celaka. Sekejap je gua layan menda alah patch tu.

Sekarang gua layan detox punya teh pulak. So pagi pagi memang gua ngeteh dengan teh detox brand Konihimitsu. Orang cakap teh ni bagus. Membersihkan perut lu orang dari segala kotoran dan menjadikan lu orang semakin kacak. Gua ni dah la jenis gatal tangan nak jugak try. Gua angkat satu pack. Harga agak mahal. RM 20.

Untuk tengok apa yang gua beli. GO SINI

Hari pertama gua minum, memang rasa lain macam aje perut gua. Macam ada tsunami dalam perut. Ceplok ceplok bunyik perut gua. Berterabur juga bunyik dia, so gua tak tahu nak tulis macam mana gua bantai je lah tulis ceplok ceplok.

Hari pertama tu gua minum dua kali. Sekali siang sebelum pergi kelas, sekali malam sebelum tidur. Lepas minum yang pertama pagi tu, gua terus tengok cermin. Gua tengok tak pulak gua bertambah kacak. Bersepah jugak muka.

"Takpe takpe. Baru SATU bungkus kot. ada 13 lagi, bukan senang nak kacak.", gua cuba menenangkan diri sendiri.

Malam sebelum tidur tu gua minum lagi sekali. Nak dijadikan cerita, besok pagi gua terbangun sebab perut gua sakit. Ceplok ceplok dia makin aktif. Bergelora habis perut gua. Sakit gila babi perut. Disebabkan gua sudah mengambil pengajaran daripada peristiwa tempoh hari (GO SINI), gua terus bangun bergegas ke tandas. Tak ada tangguh tangguh.

Sampai tandas cabut seluar dan terus melepas. Perjalanan taik keluar lancar. Sangat lancar. Gua dengan secara tak sengaja telah memandang taik gua. Terkejut beruk terus dengan 'condition' taik tersebut.

Taik gua warna hitam beb. Memang hitam terok punya. Bau pun lain macam, Gua rasa ni la kotoran kotoran yang cuba berselindung dalam usus besar gua yang menghalang gua dari menjadi kacak.

Dengan rasa yang masih teruja dan terkejut, gua balik bilik berjalan dengan laju dan terus memandang cermin. Muka gua masih bersepah. Masih tak kacak. Masih kurang power.

"Takpe takpe. Baru DUA bungkus kot, ada 12 lagi. bukan senang nak kacak"

Notakaki : gua dengar cerita tengok taik sambil berak senang jadik pelupa, ahh masak

Wednesday, October 26, 2011

HARI NI GUA CHAOS

JUST WHAT THE FUCK IS WRONG WITH THIS WORLD??????????

MULA MULA BUDAK KENA GELEK, ORANG RAMAI BUAT  STONE



LEPAS TU....

ENGINEERING


Sebijik macam ni. Serius

Sunday, October 23, 2011

Lu Orang Pernah Rasa Megi Dengan Air Sejuk?


Hari ni hari Ahad. Mud gua untuk makan di dewan makan adalah sangat nipis. Kulit bawang. Jadi gua terpaksa ikhtiar untuk makan menda lain selain makanan ni Dewan Makan. Bila gua selongkar bilik mencari makanan, yang ada hanyalah Meehun Sup Segera PAMA. Meehun ni memang faveret gua. Sedap sampai gua jadi tak ikhlas bila ada orang nak mintak sebungkus. Kira gua sayang la dengan PAMA ni.

Lain pulak dengan mee maggi yang biasa biasa lu orang beli kat kedai tu. Yang bila makan banyak banyak jadi bingai tu, yang tu gua tak berapa nak berkira kalau orang nak mintak. Tapi PAMA ni memang gua admire, mintak sikit boleh laaa. Tu pun gua ada sikit sikit perasaan tidak ikhlas bila nak bagi

Friday, October 21, 2011

REAL STEEL BRRIP DOWNLOAD


Hari hari gua online penuh dekat twitter, FB, frenster, semua cakap pasal cerita ni. Gua jadi tak senang duduk. Rata rata semua yang dah tengok semua cakap macam cerita ni best nak mati punya. Antara selebriti selebriti yang gua nampak bagi review :

"Besttt gilaaaa. Tak menyesal tengok..Serius" -Aaron Aziz

"Kalau aku boleh kapel dengan cerita ni dah lama aku kapel dah" -Ungku Asyraf Aznil

"Gua tengok cerita ni bila dah habis gua ingat gua dekat syurga" -Afif Fadhuli

"Aku PAUSE porn sebab cerita ni" -Shahrur "Popo" Roseley

Thursday, October 20, 2011

AMACAM TEMPLATE JAMBU I?


Hi uolss...Entah kenapa semalam i jadik gedik gitu nak tukar template i. I dah muak tengok header blog lama i tu. Rasa gewli. So semalam ubah ubah code sikit jadik la macam sekarang ni. Amacam? Uolss sukew tak? I suka gila. Sekaraang i tengah senyum pastu tengah nyanyi lagu Hazama gitu. Berterabur juga senikata dia.

Tapi i tau mesti uolss ramai tanya kenapa post ni gambar jejaka jejaka mantaps dekat atas tu? Sebab i rasa diorang jambu la. So kena la dengan template jambu i ni. PINK KALER GITU NYAH! Uolss bagi komen sikit dekat template i noks!

UPDATE - Selepas 12 jam gua pakai gua tengok jadik baran pulak. So gua tukar la balik

Tuesday, October 18, 2011

SEMESTER 5


Gua rasa dalam banyak banyak semester gua dekat UM ni, semester ni la yang paling jahanam. Gua masuk kelas sepatah haram tak paham. Gila banyak formula. Gua rasa macam dah tak seronok belajar. Dan tak 'hepening', dah tak true, dah tak ada jiwa. Dulu kalau masa sekolah sampai PASUM, gua seronok belajar. Lagi lagi masa dekat sekolah. Bila ada je benda baru yang cikgu gua ajar, gua macam

"Ohhh....macam ni. Patut la menda ni macam ni..patut la bla3", macam gua eksaited dapat tahu macam macam. Bila gua jalan jalan keluar bandar, gua rasa macam power sebab banyak dah tahu macam penerangan yang cikgu bagi.

Sunday, October 16, 2011

Gua Ada Bantal Baru


Semalam tak silap gua, gua tidor awal la jugak. Dalam pukul 1.30 gua dah melabuhkan punggung di katil lalu terus hanyut dibuai mimpi. Tapi yang power, gua tak ada mimpi apa apa. Biasanya mimpi ni kita boleh ingat sekejap sekejap lepas bangun tidor. Tapi kali ni sikit pun tak ada. Bilik gua tingkat 4 jadi faktor nyamuk tidak wujud dalam kamus tidor gua. Tapi duduk tinggi tinggi ada satu je masalah, angin yang kuat, lantas mnyebabkan bilik menjadi sangat sejuk. Lebih lebih lagi semalam hujan.

Disebabkan gua tak tahan sejuk, gua telah membuat keputusan untuk membeli comforter atau kat kampung orang tua tua panggil toto. Dengan bantal sekali sebab gua tertinggal bantal dekat rumah. Bantal peluk je yang gua bawak. Tak adil bagi bantal peluk tersebut untuk dianaktirikan lalu dijadikan bantal baring.

Friday, October 14, 2011

PROPAGANDA ANTIVIRUS


Tiba tiba hari ni gua nak serius pulak dan tulis pasal IT, gua sebenarnya takde la tahu sangat bab bab komputer ni. Ni pun main tulis tulis je. Semalam Ubuntu 11.10 dah keluar, gua pun belum download lagi untuk nak test drive. Gua sekarang guna windows sebab Ubuntu gua buat palat haritu tiba tiba tak boleh masuk.

Sebab apa gua nak tulis entry serius ni adalah sebab gua rasa terpanggil pulak dengan propaganda antivirus sekarang yang kononya melindungi laptop lu semua dari virus. Ada yang pakai Kaspersky, Eset NOD, Panda, BitDefender jadah apa semua. Dah la mahal. Sampai rm100 pun ada.

Thursday, October 13, 2011

SIAPA BILANG GADIS MELAYU TAK MENAWAN?


Lepas kalah waktu pemilihan 1969, pada tahun 1970, Tun Mahathir telah menulis sebuah buku bertajuk The Malay Dilemma. Satu keluarga gua tak berkelip mata menonton TV.

"Eh gamepoint , kamu dah baca buku Malay Dilemma ni?" tanya ayah gua. Ayah gua kalau dah pakai 'kamu', maknanya dia tengah serius. Dan bila-bila masa saja dia boleh keluar quote omputeh.

"Hukhuk..belom lagi"

Tuesday, October 11, 2011

GILA BABI NAK MAKAN ANAK SENDIRI?


Klik untuk saiz asal. Gua tak tahu gambar ni fake ke ori. Tapi kalau ori memang bangang gila babi la mak dia. Sumpah bangang nak mampos. 14 tahun punya bangang, Bangang square!! Baru baru ni ada kes kat malaysia bapak sontot anak baru lahir. Ni nak makan anak pulak. Gila babi manusia zaman sekarang.

Lagi gambar kat dalam

JALAN MANA SATU?



Kawan lu nama Bangi ajak pergi parti bogel dekat rumah dia. Ada ramai makwe omey omet ngat dekat situ. Disebabkan lu hanyalah manusia biasa yang dipenuhi dengan nafsu serakah, lu tanpa segan silu menerima tawaran Bangi.

Tapi lu orang tak pernah lagi pergi rumah Bangi, yang lu taw, jalan nak pergi rumah memang dipenuhi semak samun. Lu dengan rasa konfiden yang high definition terus pergi dengan menaiki basikal. Sampai dalam hutan lu orang sesat. Masa tu dah pukul 8.30 malam. Lu orang dah jadi macam orang bodoh pusing pusing dalam hutan.

Sunday, October 09, 2011

Pancut Dalam Telinga

pancut dalam telinga

Ok. Meh gua ajar macam mana nak release tension sekaligus mencapai tahap nirvana didalam penghayatan muzik.

1) Load bagi habis dua-dua video.
2) Play video yang pertama tu.
3) LEPAS 5 SAAT, tekan play pulak dekat video kedua.
4) DENGAR KEDUA DUA LAGU PADA MASA YANG SAMA!
5) Sila dengar PKAI HEADPHONE. Full volume dan please tutup mata anda
6) Pancut dalam telinga. Orang kampung aku kata Jizz In My Ear

Notakaki : Jangan dengar kompilasi lagu ni selepas break/clash ataupun selepas dapat tahu Ex anda seorang player. Bahaya. Silap silap besok ada yang terjun bangunan.



PLAY NI DULU 5 SAAT BARU PLAY VIDEO KEDUA



FUCKING WIN! SIAPA TAK PUAS HATI MEH GUA LASTIK

PART 2 KAT SINI

Tidur Jutawan


Dari hari jumaat gua kerja membazir masa. Baru la melayu kan? Semalam saturday seharian hujan, gua jadik malas 2 kali ganda. Tidur pun tak jugak. Tengok movie main game, ulang ulang. Gua ulang ulang macam celaka menda sama sampai malam dalam pukul 2.30 pagi baru gua pekena baring.

Lepas pekena baring gua tetido sampai pukul 6.30 pagi. Dalam 4 jam jugak gua tido. Tapi ni tido yang sangat power sebab gua tak sedar apa. Nak cakap kena hempap tak jugak. Boleh dikatakan ni tidor stail jutawan. 4 jam tido, 20 jam buat kerja. Kerja tak siap

Thursday, October 06, 2011

Dada Gua Sakit Balik

Gua  tak sure kenapa gua bulatkan puting Unker ni

Amaran : Ni post serius yang panjang dengan kadar carutan yang agak tinggi. 

Sejak akhir akhir ni dada gua dah start balik. Gua memang ada sakit dada sejak gua kena pukul time form 2 dengan abang abang tersayang. Sebab dia masa tu gua dengan beberapa lagi kutu lambat balik outing pastu ada sorg member gua kantoi bawak masuk rokok. Gua tak hisap rokok cuma gua dah sekali dengan diorang, so semua kena la. Babi. Gua tengah marah ni bila ingat balik. Dahi tengah berkerut mata habis sepet kasi nampak sikit gua punya marah

Masa tu gua dapat kebenaran balik bermalam. So, gua pun dengan sorang lagi kutu nama dia apis talib pun keluar la dengan niat nak bermalam dekat Cyber Cafe dekat depan Mines tu. Tapi disebabkan kebengapan masing masing duit tak cukup nak stay Cyber Cafe sampai besok pagi. Terpaksa balik malam tu jugak.

Wednesday, October 05, 2011

BADER INGAT GUA HANTU SHAVER


Dulu masa kat sekolah, senior gua pernah cerita pasal satu cerita hantu ni, cerita ni sampai sekarang bila gua dengar gua jadi seram jugak. Cerita dia macam ni, dekat tandas floor gua tu, ada sorang mamat ni bunuh diri. Biasa ah cerita hantu, tak bunuh diri, kena bunuh ke apa apa la yang penting mati dengan cara yang kurang steady.

Satu malam, bila dia (senior gua) nak pergi gosok gigi, dia bawak lah berus gigi, ubat gigi, dan pencuci muka. Bila sampai tandas, senior gua basuh muka pastu dia, basuh muka dia yang penuh dengan sabun tu dia pandang cermin pastu nampak ada la hantu shaver tu tengah gosok gigi guna shaver. Habis mulut berdarah darah la. hah lebih kurang macma tu lah cerita dia.

Nak dijadikan cerita semalam....

Monday, October 03, 2011

SOALAN BANGANG


Semalam kat twitter ada satu topik trending yang mantap : #SoalanBangang. Gua baca tergelak gelak jugak lah. Lepas gua usha usha ni lah antara soalan soalan bangang yang paling king. Soalan bila diajukan kat lu, perasaan nak pijak pijak yang bertanya tu sangat tinggi.

Kadang kadang soalan ni semua memang pernah diajukan dekat gua. Perasaan nak pijak tu terpaksa gua pendam kemas. Jom cekidout.

Sunday, October 02, 2011

BAKAT BAKAT GUA


Perjalanan pulang ke Kuala Lipis gua akan bermula dalam masa 5 minit lagi. Jam menunjukkan pukul 7.55. Seat sebelah gua kosong. Tiada makwe, tiada gay, tiada siapa siapa. Gua bebas kangkang luas luas. Tiba tiba datang seorang makwe kecik omey omey lotey

"Akak duduk sini boleh?", tegur makwe tersebut ramah.

"Ohh sila sila. memang tak ada orang pun", balas gua sambil mengecilkan  sikit bukaan kangkang gua.

Gua pun tak ingat apa ayat mula mula gua cakapkan sebagai pemecah kesunyian. Tapi memang gua borak non stop la masa tu, macam dah 14 tahun kenal.