Gua Ada Bantal Baru | downgila

Sunday, October 16, 2011

Gua Ada Bantal Baru


Semalam tak silap gua, gua tidor awal la jugak. Dalam pukul 1.30 gua dah melabuhkan punggung di katil lalu terus hanyut dibuai mimpi. Tapi yang power, gua tak ada mimpi apa apa. Biasanya mimpi ni kita boleh ingat sekejap sekejap lepas bangun tidor. Tapi kali ni sikit pun tak ada. Bilik gua tingkat 4 jadi faktor nyamuk tidak wujud dalam kamus tidor gua. Tapi duduk tinggi tinggi ada satu je masalah, angin yang kuat, lantas mnyebabkan bilik menjadi sangat sejuk. Lebih lebih lagi semalam hujan.

Disebabkan gua tak tahan sejuk, gua telah membuat keputusan untuk membeli comforter atau kat kampung orang tua tua panggil toto. Dengan bantal sekali sebab gua tertinggal bantal dekat rumah. Bantal peluk je yang gua bawak. Tak adil bagi bantal peluk tersebut untuk dianaktirikan lalu dijadikan bantal baring.

Gua gerak mid terus, masa tu hari dah nak hujan, gelap. Berpegang pada motto "Hujan itu rahmat", gua start engine ninja gua. Lepas dah panaskan enjin dalam 3 saat, gua terus gerak. Tak ada pandang belakang dah. Sampai mid, gua puas riki riki tempat tu segala jenis toto gua selongkar mencari yang paling selesa dan paling murah. Last last gua jumpa satu bantal dan toto. Terus angkat dan balik. Gua memang tak ada kesaah berhabis duit janji untuk keselesaan diri sendiri. Kalau mahal pun gua jugak yang lena kan?

Tapi, bila pikir balik, gua memang tak reti shopping, pergi-tengok-murah-angkat-balik...Tak ada istilah "tengok tengok dulu" kalau gua memang nak beli. Gua keluar mid, hari masih belum hujan. Gua pecut sampai UM.

Sampai bilik, gua terus setting-setting toto baru dengan bantal baru. Baru gua sedar, bantal baru ni macam gampang punya besar. Tak ada sarung yang muat, Last last gua salut dengan kain pelekat. Pekena baring dan terus gol.

Toto baru gua. Jambu kan?


Pukul 6 baru gua terjaga untuk berjogging dan mencuci mata


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...