Taik Warna Hitam | downgila

Friday, October 28, 2011

Taik Warna Hitam


Baru baru ni gua obses pulak dengan pembersihan perut dari segala sisa najis atau mat salleh panggil "Detoxification". Dulu gua layan jugak scene detox ni. Tapi masa tu gua pakai patch kaki. Yang tampal kat kaki bangun besok pagi patch tu jadik hitam dan berbau celaka. Sekejap je gua layan menda alah patch tu.

Sekarang gua layan detox punya teh pulak. So pagi pagi memang gua ngeteh dengan teh detox brand Konihimitsu. Orang cakap teh ni bagus. Membersihkan perut lu orang dari segala kotoran dan menjadikan lu orang semakin kacak. Gua ni dah la jenis gatal tangan nak jugak try. Gua angkat satu pack. Harga agak mahal. RM 20.

Untuk tengok apa yang gua beli. GO SINI

Hari pertama gua minum, memang rasa lain macam aje perut gua. Macam ada tsunami dalam perut. Ceplok ceplok bunyik perut gua. Berterabur juga bunyik dia, so gua tak tahu nak tulis macam mana gua bantai je lah tulis ceplok ceplok.

Hari pertama tu gua minum dua kali. Sekali siang sebelum pergi kelas, sekali malam sebelum tidur. Lepas minum yang pertama pagi tu, gua terus tengok cermin. Gua tengok tak pulak gua bertambah kacak. Bersepah jugak muka.

"Takpe takpe. Baru SATU bungkus kot. ada 13 lagi, bukan senang nak kacak.", gua cuba menenangkan diri sendiri.

Malam sebelum tidur tu gua minum lagi sekali. Nak dijadikan cerita, besok pagi gua terbangun sebab perut gua sakit. Ceplok ceplok dia makin aktif. Bergelora habis perut gua. Sakit gila babi perut. Disebabkan gua sudah mengambil pengajaran daripada peristiwa tempoh hari (GO SINI), gua terus bangun bergegas ke tandas. Tak ada tangguh tangguh.

Sampai tandas cabut seluar dan terus melepas. Perjalanan taik keluar lancar. Sangat lancar. Gua dengan secara tak sengaja telah memandang taik gua. Terkejut beruk terus dengan 'condition' taik tersebut.

Taik gua warna hitam beb. Memang hitam terok punya. Bau pun lain macam, Gua rasa ni la kotoran kotoran yang cuba berselindung dalam usus besar gua yang menghalang gua dari menjadi kacak.

Dengan rasa yang masih teruja dan terkejut, gua balik bilik berjalan dengan laju dan terus memandang cermin. Muka gua masih bersepah. Masih tak kacak. Masih kurang power.

"Takpe takpe. Baru DUA bungkus kot, ada 12 lagi. bukan senang nak kacak"

Notakaki : gua dengar cerita tengok taik sambil berak senang jadik pelupa, ahh masak

10 comments:

  1. terbaek la kau bro. boleh lak teruja ngan taik. hahaha.

    ReplyDelete
  2. serius ke? mahu terai lah
    nak jugek kacak

    ReplyDelete
  3. best, seronok dgr hg citer

    ReplyDelete
  4. ape kate lu buat artifak. baru cruel

    ReplyDelete
  5. haha..cter dia ni memang mau gempak semua haha

    ReplyDelete
  6. @Anonymous Peh anon puji gua. terharu suda

    ReplyDelete
  7. @Wadi AR Gua xnak cruel. gua just nak jadk kacak

    ReplyDelete
  8. @Abang Zam Try ah. minum time perut kosong

    ReplyDelete
  9. Gua baru beli. tak try lagi

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...