downgila: June 2011

Thursday, June 30, 2011

Shift Twitter

Gua rasa sejak kebelakangan ni 'instinct' gua makin power la. Gua dapat rasa yang twitter gua macam ada shift pulak. Bila siang, penuh muka certain certain akak je, diorang baru masuk office, sebelum start kerja tweet dulu. Lepas tu bila tengah hari, kanak kanak baru balik sekolah pulak start tweet tweet, mesti diorang balik terus berlari depan komputer dan tweet. Read More

Jenis Jenis Perokok 4


Jenis 4 : Kita pau rokok dia semalam. Hari ni dia pau rokok kita pula. Padahal dia ada sangat rokok dalam kocek.
Hah jenis yang ni memang jenis yang dimusuhi ramai. Sifat dendam tu jelas menebal di jiwa. Jenis ni selalunya berkira tambah-tambah lagi time dia nak pau kita balik lepas tu kita tak kasi. Hah lepas tu mulalah mengungkit. Elok pau je rokok banyak-banyak kat orang macam ni. Apa sangat la setakat rokok tu. Diorang ni taktikal juga. Diorang ingat taktik pau balik padahal ada rokok sendiri tu tak dapat dikesan? Biasanya orang jenis yang  macam ni lain kali jangan kasi muka. Ni jenis yang orang panggil buruk siku. Mereka ni memang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Kepada makwe-makwe, hati-hati dengan golongan ini. Sepanjang pemerhatian aku, terdapat beberapa orang yang aku kenal terbabit dalam golongan ini. Persamaan antara mereka ialah mereka menghisap rokok Winston.

Wednesday, June 29, 2011

Perhimpunan Pagi

Waktu gua sekolah rendah dulu dulu, tiap-tiap hari mesti ada perhimpunan pagi. Pukul 7.30, semua dah kena beratur menghadap bangunan sekolah. Awal betul. Tak ada langsung nak timbang rasa dengan jadual tidur gua. Sebab itu kadang-kadang gua kena makan roti canai isi kuah dal lipat dua sambil naik motor pegi sekolah bapak gua hantar. Time ni kitorang dah pindah Pahang. Bapak gua dah pencen.

Biasanya setiap pagi semua pelajar akan mulakan perhimpunan dengan menyanyikan lagu sekolah. Gua pun dah tak berapa ingat dah dia punya senikata. Bukan sikit tak ingat , senang cerita gua lupa! Selesai lagu sekolah, lagu kedua menyusul. Lagu kedua ini berbeza mengikut hari. Ada hari kena nyanyi lagu negeri Pahang, ada hari yang kena Asma Ul Husna, ada hari yang pekena lagu Malaysia Sejahtera apa benda entah.

Tapi yang paling gua suka, setiap hari rabu ada satu lagu 'mainstream' yang kami kena nyanyikan beramai-ramai. Lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Lagu yang bila dengar je mesti gua terbayang muka Rashid Sidek dengan misai nghhh dia.

Bila mula saja lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh itu, 2-3 orang kutu mesti buat-buat gaya smash. 2-3 kutu baris sana pula buat-buat gaya angkat smash. Kemudian yang belah belakang kasi drop satu. Ada yang cuba-cuba main net.

Gua pula tetap steady. Sedaya upaya gua cuba dapatkan ton suara Nash. Sampai sekarang tak jadi. Kejadah??

p/s : Ini adalah cover magazine yang gua akan publish dalam projek power gua nanti

Tuesday, June 28, 2011

Serius La! : Kesalahan Blogger Newbie

meoww!

Kali ni gua nak serius sikit. Bukan merepek macam selalu dan bukan jugak pasal sekolah gua. Ni pasal apa yang gua nampak pada sesetengah blogger yang semangat blogging dia awal awal saja. Gua sebagai blogger yang agak lama dah berblogging. PEH gua terbongkak disitu. Sori. Gua sebagai blogger yang dah lama, gua nampak la jugak kenapa blogger blogger newbie ni sekejap je semangat. Antara sebab sebabnya adalah....Read more...

Kes Barbican Haram


Di suatu tengah hari yang panas....Berdekatan dengan 7 Eleven Kuala Lipis Pahang

gp
: Bang, bagi gua satu barbican. Haus kaw punya ni. Kalau gua tak dapat barbican gua boleh koma ni
Bader 7e : Oh. Barbican kitorang dah tak jual. Kena beku dulu penjualan dia
gp : Oh! pasal yg bir halal tu ke? Alah. Politik je tu, bagi la! (gua dah jadi panas baran)
Bader 7e : Tak boleh bang, Beer halal menurut Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
gp : Habis yang banyak banyak beer dalam peti ais korang tu macam mana cerita pulak? Berapa peratus alkohol dia? Bila kerajaan nak haramkan? Judi kat genting yang ramai orang kaya Islam, Dato dato masuk tu macam mana?? Otak letak dalam poket. Bangang
Bader 7e : Errrr.....

Monday, June 27, 2011

Dah La...

Hari ni hari yang paling malang sepanjang gua naik bas darik kecik sampai besar. Bas Transnasional habis tiket so gua kena naik bas cap ayam. Dah la lambat, lepas tu penumpang semua tak 'kick'. Sebelah gua pakcik mana entah. Dah la muka bajet korporat. Kalau korporat sangat naik la kereta tak payah semak semak dalam bas. Tido pon annoying. Nak conquer tempat pulak. Gua malas je bersaing sebenarnya. Sebelah gua kapel arab pakistan mana entah. Dah la busuk. Bau macam macam. Ada ke selamba bergurau senda pegang tangan, pasang lagu arab mabuk mana gua tak tahu. Dah la dua dua lelaki. Geli sial. carut carut carut

Sunday, June 26, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Gua Dan Koperasi

Tepat pukul 10.30 malam, prep malam tamat. Automatik gua terjaga. 'Instinct' waktu balik gua memang tinggi. Pelajar-pelajar lain merebas kemas buku-buku, bangun dan berlari turun pergi surau dan solat Isyak.

Lepas dah solat Isyak mula la semua berkejar kejar pergi kantin. Entah apa yang sedap sangat mee makcik kantin tu. Dah la brader buat air tu hari hari muka macam tak mandi. Air pula satu jenis saja yang dia buat. Balik-balik teh 'o' ais. Sekali-sekala buatlah air selasih ke, air kiwi ke, air neskepe tarik gelas kecil ke.

Koperasi pun penuh. Berebut-rebut budak. Sampai yang rendah boleh jadi tinggi. Semua sibuk nak makan aiskrim la, nak makan kacang, nak minum air karbonat, nak makan asam, Nak carik baju rasmi la, baldi la, baju batik. Meriah koperasi. Gua saja yang datang nak beli setem.

Gua periksa duit gua. Ada sehelai duit kertas RM5 dengan rekabentuk baru. Duit akhir. Kalau habis, gua memang bengkrap. Muda-muda dah pandai bengkrap. Ni semua salah mapley yang songlap duit gua haritu. Sekarang gua dah miskin. Gua bertarung di kaunter koperasi.

"Bagi setem 30 sen, 5 keping." minta gua dengan nada serius. Kepala pakai songkok. Gua hulur duit RM5 gua tadi. Bukan main susah nak hulur. Kepala dan leher penuh keliling gua. Bau macam-macam.

Gua tunggu dengan sabar. Tak lama budak koperasi menghulur setem yang gua minta bersama duit baki.

Gua pandang duit baki. Cepat-cepat gua beredar dari kaunter koperasi.

Baki yang gua dapat ialah RM48.50.

Syukur alhamdulillah.

Lima minit kemudian, gua 'repeat' pergi angkat itu air karbonat, kacang-kacang, asam-asam, aiskrim, mee makcik kantin, teh 'o' ais. Semoga koperasi sekolah gua terus mencatat keuntungan tinggi di dalam setiap mesyuarat tahunan. Aminnn...

Saturday, June 25, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah 2

Sekolah alam shah buli denda warden
enjut seteng tu lebih kurang macam ni la. Tapi tangan kena straight kedepan dan muka kitorang tak sekaki objek dalam gambar tu
Lepas tu gua kenal dengan budak budak dalam bilik gua. Bilik gua time tu tak ramai, ada gengster Kampung Sarang Buaya, Mamat Kedah, apa entah nama kampung dia. Dulang kechil ke apa gua tak ingat, otai penang yang awal awal asyik kena bahan sebab dia bingai dan beberapa lagi kutu yang semua muka masih decent. padahal dah form 5 sorang sorang perangai macam lahanat. Haha.

Tp gua sebenarnya ada rumate dengan 2 orang budak pandai. Sorang tu hebat matematik, kecik kecik dah hebat, bagi dia add maths pun dah boleh buat agaknya. Gua maths form 2 pon belum tentu boleh jawab. Sorang lagi KP gua time form 5. Budak ni memang best. Tp waktu form 1 dia senyap beb. Gua pun pelik. "Tak reti bercakap ke ape mamat ni?"

Lepas tu bermula lah orientasi, tak banyak menda nak cerita time orientasi ni. Adalah dengar kaset nasyid sikit. Kenal kenal cikgu sikit. Gua kecewa sebab cikgu kat sini semua dah pangkat mak orang. Gua nak cikgu yang pangkat akak orang. Baru belajar boleh fokus. Gua rasa kerajaan patut ambik berat hal ni. Takkan dia nak generasi muda belajar dalam keadaan yang tidak ikhlas? Tapi cikgu kat sini semua top top. Experience diorang solid punya. seba tu blaja pun masuk je

Lepas dah habis orientasi 2 minggu, kitorang kena panggil dengan 'abang-abang' senior, jahanam semua muka bajet brader brader dan gengster. Tapi muka diorang memang ngeri. Otai penang bilik gua selalu kena bahan dengan senior senior, sebab apa pun gua tak tahu. Gua saspek sebab dia paling tak hensem antara kitorang.'Abang-abang' ni panggil kitorang kumpul sebab nak kitorang buat satu aktiviti yang sangat pukimak yang dinamakan SIGN! celaka ni aktiviti paling annoying sepanjang gua hidup kat alam shah. Lu orang tau tak apa tu sign?

Sign diorang cakap aktiviti yang merapatkan senior dengan junior la. Taik betul, gua kena carik 20+ senior rumah sukan gua, mintak la biodata diri dia, lepas tu kalau 'pass', senior tu kasi la sign. Kalau dia tak puas hati, lu orang kena carik la apa yang dia nak sampai dia puas. Kalau mintak nama je tak pe. Ini dia nak macam macam sial. Antara yang gua ingat

Nama, Asal, Kelas (dari form 1-form5), Jawatan, Size baju sekolah, Jenama baju sekolah, Saiz kasut, Makanan peberet, Minuman peberet, Nama jambu (macam celake), dan ada la dalam 7-8 item lagi. Gua dah tak ingat sangat. Yang paling tak guna dalam sign ni, sorang kawan tak siap, semua kena buat balik. Mula mula gua sangat tak nampak apa function sign ni. Nak dijadikan cerita kali pertama kitorang try tu, semua tak siap. Ada la 2 3 budak yang muka jambu sikit dapat senang sign, macam gua yang tak jambu ni, ada yang kena suruh macam macam dulu baru dapat sign, dia bagi masa seminggu mana la sempat.

Akibatnya kitorang kena pukul for the 1st time. semua abang abang yang paling senior turun,semua kena enjut-seteng, dua orang budak pandai tadi kena teruk sial. Ada yang kena sampai melambung kebelakang, gua syak diorang jadik pandai sebab kena 'starlight' yang padu kat kepala, terus otak bergegar. Haha. Tp apa apa pun, bila fikir fikir balik, menda menda macam ni la yang menjadikan hidup gua kat Alam Shah sangat best. Ada je benda tahi yang kitorang kena buat. Bila ingat balik. TErgelak gua sorang sorang.

Lepas tu kitorang kena buat algi sekali dan kali ni kitorang siap. Bangga sial gua. Lepas dah buat sign ni, baru gua dapat extract beberapa kebaikan dia

1) Lu orang akan kenal senior senior dalam masa yang singkat
2) Semangat kerjasama lu dengan kawan kawan time ni sangat 'solid'. haha
3) Pengalaman. Ni yang paling best. Lu tanya budak budak sekolah harian mana ada menda ni.

So sebagai konklusi gua rasa aktiviti ni sangat bernas dan perlu diteruskan sampai sekolah tu roboh. (padahal gua nak balas dendam kat junior gua pulak nanti).

Friday, June 24, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah 1

alam shah putrajaya cheras jalan tun razak SAS
Gua sekolah rendah pindah randah sebenarnya. Yang gua ingat dari darjah 1 sampai darjah 3 gua sekolah kat Johor, sekolah semua lelaki. Bila pikir pikir balik kesian siot gua, dari kecik sekolah asyik semua lelaki.

Lepas UPSR, result gua yang agak cemerlang tidak menyebelahi gua untuk sekolah kat rumah je, gua kene panggil masuk Alam Shah, time tu alam shah kat Cheras lagi. Waktu tu pun, yang datang hantar gua ayah gua dengan pakcik gua yang sudah master master jalan Kolumpo.

Time sebelum gua sampai, nenek gua ada bagi RM50 kat gua. Gua waktu tu budak sekolah lagi. RM50 tu macam 5 juta la bagi gua. Rasa macam kalau tido nak peluk RM50 tu tak nak lepas lepas. Tapi time gua makan kat satu kedai mamak ni, gua punya makan lepas kira kira RM4.50, gua rasa gua tersalah bayar, gua terbagi RM50 gua dekat mamak tu. Jahanam betol start start sekolah poket gua kosong. Dah la selipar hilang. Senang cerita gua start sekolah dalam keadaan yang miskin sial. Cilake betol bila gua ingat balik.

Gua sampai sekolah, gua kena masuk dorm 1c4. Apa celaka la bilik diorang panggil dorm. Panggil la bilik sudah. Gua pikir maybe orang kolumpo panggil bilik tu dorm. Gua biarkan. Gua masuk 'dorm' gua, ada la beberapa kutu yang rambut sorang sorang mintak kaki buat muka friendly dengan gua sebab bapak gua ada lg.

Bapak gua pesan

"Kau jangan buat lembik pulak, buat ganas ganas sikit. Nanti kena buli".

Gua igat pesan bapak gua. Bapak gua dulu komando, dia dah biasa kena denda ni. So dia suruh gua buat bengis bila kena gertak.

"Adik ni asal mana?", tegur sorang kutu, rambut dah la macam Tomok.

"Aku asal kuala lipis. kau?", gua jawab..

"Aku??...hahahahahahha", Balas kutu tu

"Hah. apasal? korang ni tingkatan berapa?", Gua buat nada bengis

Malam tu ada kumpul bilik, gua sikit lagi nak kena pukul. Jahanam diorang suruh panggil abang pulak. Apa kelas abang abang, geli sial gua, abang gua kat rumah pun gua tak panggil abang!

Pukimak.

*****

Pickup Line Muslimin

Pernah jumpa hashtag ni? Gua amek ni dari blog lain. Bader ni sempat rakam menda hashtag ni. Gua tak sempat. Tapi menda ni sangat style. Sekali sekala gua nak guna pickup awek awek muslimah. (kalau diorang layan la). Amin...


1. "Assalamualaikum, tak jawab berdosa." #pickuplinemuslimin

2. #pickuplinemuslimin "Saya akan sentuh awak di tempat yang takkan membatalkan wudhu' awak, iaitu hati.

3. " Telah masuk waktu solat fardhu Asar (16:37) bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & yg sewaktu dengannya" #pickuplinemuslimin

4. "Rukun nikah ada lima: Aqad, wali, dua orang saksi, saya dan awak." #pickuplinemuslimin

5. "Nur Kasih the movie tinggal couple seat je, awak ok ke?" #pickuplinemuslimin

6. "Tak perlu takut dengan JAIS, mereka pun makhluk seperti kita. #pickuplinemuslimin

7. #pickuplinemuslimin "Kahwinlah dengan Pak Aji, Insyallah selamat dunia akhirat"

8. "Saya memang hari-hari doa agar dapat Hidayah." (Boleh guna jika awek nama Hidayah je) #pickuplinemuslimin

9. "Saya mayor foursquare Masjid Shah Alam #pickuplinemuslimin

10. "Bapak awak pengganas ke? pasal awak memang meletup.#pickuplinemuslimin
 " (ni gua xnampak apa yang muslimin)

Thursday, June 23, 2011

MCA dan Mercun

Lu orang tak rasa mercun papan sekarang bunyi macam dah down ke? Dah tak ada kick. Telinga tak berdesing. Balut tak padat. Dengan mercun bola gua rasa dah cicir jauh. 


Dulu time gua kecik kecik beraya kat kampung, bakar sebiji dah boleh buat halau kera dalam 2 jam setengah kat kebun durian kat kampung gua. Sekarang ni kalau bakar, gua kena gelak dengan kera. Tak patut anak melayu ada prinsip macam gua ni kena gelak dengan kera.


Jadi gua harap MCA dan DAP dapat ambil berat sikit la pasal hal ni. Kalau boleh buat seminar, kita buat seminar. Jangan tahu nak makan duit rakyat tapi kualiti mercun kelaut.

Wednesday, June 22, 2011

Jenis Jenis Perokok 3

JENIS 3 :Hisap rokok time berborak dalam kumpulan kecil di table kedai makan tapi hembus asap ke tepi.
Hah kalau yang macam ni, kita boleh conclude kan diorang ni jenis yang penyayang. Seorang yang caring. Meluat pula gua guna perkataan caring ni. Diorang ni jenis tak suka menyusahkan orang lain dan mungkin jenis pemalu atau penakut. Tapi diorang ni memang jenis orang baik-baik. Tahu asap rokok ni boleh membahayakan orang sekeliling dan sanggup berkorban mengherotkan mulut demi kesihatan orang lain di persekitaran. Bagi mereka biarlah sendiri buat, sendiri tanggung dan jangan ada yang terkorban kerana perbuatan sendiri. Jenis ni kalau kena tangkap curi motor, kawan-kawan yang terlibat mungkin selamat kerana risiko untuk dia petik nama orang lain, kurang. 

                                                                                          credit bader PP

Tuesday, June 21, 2011

Kalau Gua Malas Mengundi Jadi Apa?


Kali ni gua nak jadi serius sikit. Sebab ni pasal masa depan negara. Kah Kah Kah. Bulan 10 ni genap la umur gua 21. Bila dah masuk 21 ni mula la ramai parti parti sial mula nak pancing undi. Hasut gua masuk itu ini macam dah tak ada kerja lain nak buat.

Kisahnya macam ni. Gua nak tanya satu soalan. Kalau gua tak nak mengundi macam mana? Gua tak kesah la orang nak cakap tak ada tanggungjawab la apa la bla bla bla. Kisah la pulak gua, ni nak tanya, kalau tak mengundi kita tak masuk penjara kan? Kalau tak gua memang malas la nak mengundi. Muktamad. Sebab sebab gua malas mengundi :

Monday, June 20, 2011

First Ruski Yang Tak Sedap

Gua dah lama tak 'into' scene maggi ni. Tapi baru baru ni disebabkan gua nak saving sikit time short sem, gua beli la maggi Ruski. Ruski ni biasanya sedap. Paling sedap dalam banyak banyak ruski adalah ruski perisa tomyam. Tapi haritu time gua saja saja nak try perisa baru. Tomyam KAW. Gua harapan tinggi la ingatkan lagi pedas. Bila gua buat, dah masuk perencah semua, makan, rasa tak sedap langsung! Masam gila macam asam boi. Tak sedap langsung sampai gua jadi panas baran. Rasa nak pergi kat tauke ruski, pegang muka dia ckap kuat kuat. Ruski kau yang kali ni tak sedap langsung!!! Rasa macam IBLIS!
Diperkaya dengan nutrien abah kau!

Youtube kena ban pulak?

Member gua nama dia Eimaks..Dia cakap youtube pulak nak kena ban kat malaysia? Sebab boleh download lagu dengan video free. Biar betul? Kalau betul memang chaos la malaysia. Silap silap ada yang datang pejabat Najixx tembak headshot straight tembus kepala dia. Ye lah. Youtube bukan company kecik kecik. Takkan gua hari hari nak masuk portal Kerajaan yang page dia buruk macam celaka. Malu pun ada. Blog gua lagi cantik punya design. Blerghhh.............

Sunday, June 19, 2011

Jenis Jenis Perokok 2


JENIS 2 : Hisap rokok, lepas tu bas sampai (bas aircond), padam api rokok dan simpan baki rokok dalam kocek @ hisap rokok, nasi goreng sampai, padam api rokok dan simpan. Lepas makan sambung balik.
Yang ni jenis berjimat-cermat agaknya.Sebab apa gua cakap agaknya? Sebab dia tengok keadaan jugak. Kalau time rokok banyak pun dia buat macam ni maknanya memang golongan yang betul-betul berjimat cermat dan tak suka membazir. Kalau time rokok kecil saja dia buat, maknanya memang duit dah nak kering la tu. Orang jenis macam ni bagus. Tak ego. Tak sombong. Tak kisah orang nak cakap apa. Semangat jatidiri pun kental dan mempunyai prinsip hidup. Walau bagaimana pun diorang ni jarang ada makwe. Gua pun musykil.

Jenis Jenis Perokok 1


JENIS 1 : Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi makwe, dia mula nyala rokok.

Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri. Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian makwe ke arah mereka. Lagi satu, rokok di sini mungkin sebagai alat untuk mengaburi kekurangan yang wujud pada diri. 


Mereka beranggapan bahawa orang di sekeliling akan lebih tertumpu kepada gaya mereka menyedut dan menghembus asap rokok daripada memandang gaya mereka berjalan yang seakan-akan membuat hantaran bola ke hadapan. Ada juga kemungkinan semasa berjalan penampilan diri dirasakan tak kena terutamanya pada bahagian tangan. Tangan tak tahu nak letak dalam kocek ke, menggengam erat ke, berpeluk tubuh dan sebagainya. Jadi apabila rokok berada di jari, segala-galanya terjawab.

Saturday, June 18, 2011

Orang Putih Gila

Gila la ini orang putih. Tengah tengah chaos dia boleh pulak ber comolot kat tengah tengah jalan. Aduh. Gambar ni memang real beb. Ni kat Vancouver punya Riot. diorang riot sebab Canucks kalah dengan sapa ntah gua tak ingat. Ni kalau Raix Yatingg buat tak apa la lagi sebab raix yatingg kan pukimak dan suka "spiking inglish". Dia boleh la. Mat salleh tak bolleh


Fakta fakyu :

1) Harini gua bangun awal sebab semalam gua tido awal
2) semalam sebelum tidor gua sempat basuh kaki
3) gua lupa berus gigi


Friday, June 17, 2011

Malu Di Hari Jumaat

Tadi gua datang solat jumaat lambat sikit sebab gua lambat balik dari HKL. Lepas balik gua terus bergegas pergi masjid. Sampai masjid orang dah ramai. Jawabnya sembahyang kat luar la gua.. Gua pon bentang sejadah dah tros duduk. Imam start baca khutbah...

Gua dengar bahasa arab. Gua yang tengah mamai mamai nak bagi diri selesa pon tak berapa nak fokus dekat khutbah. Bila dengar je bahasa arab gua teros angkat tangan ingatkan doa. Dalam 10 minit jugak gua 'berdoa'. Bader sebelah dah pandang lain.

Gua baru sedar imam tu baca khutbah dalam bahasa arab. Ohh gua tros buat buat tengah lap lap muka cover sambil malu gila baby. 

Pandai Jugak Raixx Yatingg ni

Tak Nak kena hack shut down tros website, style penakut

Thursday, June 16, 2011

Orientasi Yang Macam Mana

Kat mana-mana tempat belajar biasanya akan ada satu minggu pertama yang dipanggil minggu orientasi atau minggu suai kenal. Tak kira sama ada di Universiti 1Malaysia, Universiti Nurhaliza atau Sekolah Menengah Kebangsaan Steven Gerrard. Gua tak tahu faedahnya besar mana, tapi mungkin berguna dalam menemukan gua dengan member member gua sekarang. Tapi sebenarnya gua time orientasi dulu gua senyap jek. Geng geng gua sekarang ni yang macam banyak joget joget buat cheers. Haha. gua mantain Low- Profile.

Program minggu orientasi ini biasanya akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti intelek dan berfalsafah yang gua dah banyak kali jumpa masa zaman sekolah seperti pijak surat khabar yang ada muka Rais Yatim ramai-ramai dan pejam mata layan kaset nasyid. Gua cuma ambil serius semasa taklimat-taklimat penting khususnya pasal pelajaran dan perjanjian elaun kerajaan yang lumayan bernilai RM45 sebulan. Selebihnya gua tido dan kadang kadang gua berborak dengan kawan gua. Slang kelantan dia memang superb.

Sebenarnya dalam masa terdekat gua nak masuk UM gua dah gtaw bapak gua yang gua tak nak pergi orientasi. Gua bukan tak tau nanti kena buat itu buat ini macam lahanat. Apa lagi yang diorang nak kenalkan UM ni kat gua? Gua dah duduk UM setaun lebih dah. haha. tp last last gua pergi jugak. Selamat bader bader "fasi" suma kawtim. yang fasi makwe pon ok. At least kolej gua la.

Wednesday, June 15, 2011

Bodoh Tak Berkesudahan

Najix Bodoh
Naix Yatim Bodoh
KRU Bodoh
Normang Bodoh
Kerajaang Bodoh
Bila Orang Kompelin dia buat bodoh, bodoh HD, Babi

Tuesday, June 14, 2011

Cemas 2 : JPJ dan Polis

wira x siap siap nak jadik evo

Baru baru ni lesen gua dah mati. So sekarang gua kena lebih alert dengan polis dan JPJ durjana bila gua bawak motor. Nak dijadikan cerita, baru baru ni adik gua masuk HKL, ada accident sikit, so gua pergi la melawat dia kat HKL, 1st time gua pergi gua naik motor sampai KL sentral je, pastu gua park moto gua kat situ dan nek monorel sampai Chow Kit. Baru gua sedar, sebenarnye HKL dgn UM dekat jek, membazir je gua bayar tambang sampai RM2.50. Tu kalau gua isi minyak dah full tank dah. So 2nd time gua pegi gua naik moto. Pergi tu tengah hari, xde la risau polis. Gua tau polis bodoh, tp xde la bodoh sangat nak buat roadblock kat highway time tengah tengah hari kan. Jadi perjalanan pergi gua selamat.

Bila nak balik, time tu dah nak dekat pukul 8 malam, entah kenapa bila gua naik je motor, gua rasa tak sedap hati, Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lain macam dada gua. Sejurus selepas gua duduk atas motor, dada gua automatik jadi berdebar. Laju. Gua hairan. Gua syak macam ada sesuatu akan berlaku. Gua duduk atas motor elok-elok macam orang agama-agama dan bergerak perlahan-lahan menghala ke UM. Gua kasi pemanduan yang paling JPJ.

Tapi gua punya debar tak selesai juga. Sepanjang perjalanan asyik berdebar. Dada jadi mengecil. Pandangan gua pun mula jauh. Gua jadi banyak fokus 500 meter ke hadapan daripada memandang jarak 2 meter di hadapan. Ada masa gua intai-intai juga cermin pandang belakang. Kadang-kadang macam ada jalur-jalur cahaya yang buat gua tambah berdebar. Celaka punya kereta wira modified. Apa cerita pasang lampu bukan-bukan kat kereta? dah la kereta modified style tak siap siap. Orang nak pakai evo kau nak pkai evo. Pastu kau renovate wira kau jadik evo memang xdapat la jep.

Gua sampai depan KL sentral, berdebar gua masih lagi tak hilang.

Sedar sedar gua dah tak berdebar, berdebar gua jadi hilang terus memang tak ada langsung dah. Sekarang dada gua dah jadik macam sombong pulak. Gua turun dari motor, buat muka bangga sebab dah sampai UM

'Apa barang dari HKL sampai UM takde roadblock..??', kata gua di dalam hati sambil berjalan dengan dada bidang masuk bilik.

Monday, June 13, 2011

Cemas 1 : Mael Lambung

Cemas jugak gua tengok poster ni

Kerjaya Gua Semasa Cuti Sem

PASUM 1st sem : Kutu
PASUM 2nd sem : Amek Lesen
1st year 1st sem : Kutu
1st year 2nd sem : Kutu
2nd year 1st sem : Kutu (lagi??)
2nd year 2nd sem : Short Semester
.
.
.
.
2020 : Mufti

Sunday, June 12, 2011

Bateri BB gua tahan sampai seminggu

Ramai orang komplen yang bateri BB diorang tahan dalam 5 jam je. Kalau surf internet lagi lah sekejap. Kalau bateri cikai yang import dari china tu silap silap bukak BB baru 2 3 minit dah kena cas balik. Itu pun dah boleh kira nasib baik. Kalau nasib jahat sikit dia meletop terus kat telinga lu. Hah, masa tu baru lu tau langit tinggi ke rendah. Tapi sejak gua beli BB gua, gua tak pernah menghadapi masalah dengan kekuatan bateri gua. Rasa gua bateri BB gua paling 'king' sebab seminggu boleh tahan. King of bateri punya tahap.
 BB gua. Sukahati gua la nak panggil ni BB ke Iphone ke

Saturday, June 11, 2011

Baring Baring

Hari ni gua keluar pegi Mid valley. Peh, hari ni mid valley dah macam sangkar ayam. Ramai gila orang. Gua nak jalan kat jusco pon terpaksa kuncup dan kembangkan badan gua sebab orang terlalu ramai. Ada apa pon gua tak pasti. Yang penting dekat tingkat empat ada pameran india apa ntah. Takkan orang ramai sebab tu? tak mungkin tak mungkin.

Gua dah puas berjalan gua balik la apa lagi. Gua start motor, lepas panas engine dalam 3 saat gua gerak. Hari pon macam nak hujan. Sebelum gua sampai bilik gua pergi keluar duit dulu. Duit gua dalam poket tinggal 10 ringgit sen sen. Gua keluar duit 6 juta. Ada 2-3 makcik pakcik berbisik sesama sendiri. Mungkin cemburu agaknya.Gua sampai bilik terus pecut masuk bilik pekena baring. Sedap betul rupanya baring ni. Tak guna kerja gaji RM18 ribu sebulan kalau tak dapat baring kan?

Lesen L Gua Dah Mati.Polis Baby

Aduh. mati gua macam ni. Sedar tak sedar lesen L gua dah mati 2 tahun. Cilakak! Tadi waktu gua cek bila P kereta gua nak abes, gua terperasan L moto gua dah 2 tahun tak renew dan gua tak buat buat P motor. Aduh sakit kulit la gua macam ni. Tu la dulu gatal gatal nak buat lesen kereta. Bajet ada bumbung kena hujan tak basah bagai. Sekarang gua jugak yang sakit. Gua kalau kena tahan dengan polis yang gua takut bukan kena saman, tapi polis mintak rasuah. Macam gampang, bukan tak pernah kena. Kalau lu orang kena tahan pastu polis tu muka desperate takde duit macam haram, ni la yang akan diorang buat
1. Cari dadah dalam motor lu dan tuduh lu hisap dadah.

2. Tarik lu bawah pokok minta rasuah dan ugut nak saman lu kaw-kaw sampai RM900 kalau lu tak kasi rasuah.
3. Pastu lu orang cakap tak ada duit & nak settle balai. Lu tunggu trak polis angkut motor tak sampai-sampai. Ingat tak letih ke tunggu?
4. Lu tunggu la situ sampai seminggu, memang sorang pon xnak telepon balai. Style dengki
5. Takpon dia angkat lu orang sekali dengan pendatang haram, pun style dengki

Friday, June 10, 2011

Pakcik berlagak apa dengan gua??

posters old man downgila

Tadi time solat jumaat bese la tempat kan sempit sikit. Pastu gua duduk la belakang sorang pakcik ni. Tengok sekali macam kenal dia ni. Lecturer kat fac gua rasanya. Kaki gua tersentuh la sikit body dia, dia pusing buat muka pastu tepis kaki gua. Mcam siot. Dah la warga emas, gua mlas nak kurang ajar, tp dia respek la sikit, cakap la elok elok takkan tak boleh?

Pakcik pakcik macam ni biasanya yang dressing smart, pakai kemeja, seluar slek kain lembut, pakai songkok, pakai kopiah, rambut potong 3 minggu sekali, hari jumaat potong kuku, anak periksa dapat nombor satu, ada rumah sendiri, ada geran kereta di bank, hari raya shopping kat Jalan TAR bersama keluarga, lalu roadblock polis tak minat nak tahan, ada orang gaji, mesyuarat PIBG tak pernah miss, hujung minggu basuh kereta, cuti-cuti malaysia, sakit sikit pergi klinik, tunggu surat tabung haji, ada janggut macam alim abes tapi takda manners dan memiliki otak udang

Cara jimat minyak?

Belajar agama tinggi tinggi. Habis tinggi sampai tahap wali wali. Lepas tu isi air je boleh jalan kereta. Tak pun tinggal kereta kat rumah. Pergi terbang..
-bader PP cakap

Thursday, June 09, 2011

Boikot Israel? Cakap Je Tak Guna


Disebabkan gua benci Israel, Tadi gua buat keputusan pergi periksa tajuk barang-barang yang tersenarai dalam kempen boikot Israel kat blog ni. Hahaha cilakak. Satu barang pun gua tak 'into'..!!
Kampung juga gua ni rupanya..Tapi maggi pon Israel ke? habis la student2 kat malaysia. Haha. Tapi gua rasa dengan ada nya mihun PAMA yang sangat win, Student suma xpayah risau. Mari behijrah ke PAMA!

Sedetik Lebih : Anuar Zain #nowplaying

Tadi sebelum gua berjalan ke motor gua lepas kluar kan duit dekat Bank Islam, gua terserempak dengan sebiji Porsche. Model Cayenne. Porsche tu tengah on lagi, enjin masih hidup. Tingkapnya terbukak sikit bahagian atas. Dari luar gua boleh dengar lagu dari radio Porsche tu. Bunyi lagu lebih kurang macam lagu Anuar Zain. Apa barang bawak Porsche dengar lagu macam tu? Gua intai siapa pemandu Porsche tu. Entah ke makwe ke. Boleh juga gua buat-buat jalan sambil bercakap dengan telefon 'spiking inglish'.

Lu tau siapa dalam Porsche tu? Peh...memang abang Sedetik Lebih rupanya...Hiok Hiok Hiok

Wednesday, June 08, 2011

GOMO KELATE GOMO!



Haha..tak tahan gua dengan mat salleh ni. Macam mana lah dia boleh tetiba tersemangat kelantan? Yang penting....U can stak u can stak what the fak?

Result

Keputusan anda sedang diproses..Keputusan akan diumumkan sebaik sahaja proses pemarkahan selesai. 
Dari semalam gua masuk umisisweb ni kuar mende alah ni. Tau la umisiweb trafik tak tinggi. Ni mesti taktik taktik UM nak bagi traffic selalu tinggi. Kuarkan sikit sikit supaya orang selalu datang. Siot betol. Diorang tak tau ke menunggu result kuar ni punya feeling sangat jahanam? Kalau gua dean list dah dapat tau resu;t gua gempak takpe la. Ni dah la kena buat subjek subjek yang ntah apa apa.
Kelas ODE sem lepas macam tahi! Pung pang pung pang pung pang. Habis sejam.Pung pang pung pang pung pang. Habis sejam lagi. 2 jam seminggu, tapi apa pon gua tak dapat. So baik la keluarkan result cepat cepat sikit sebelum budak budak UM buat chaos pulak nanti. Gua harap Um punya orang atasan dapat pantau benda-benda macam ni. Jangan sampai student mula hidu gam dan hisap ganja dalam kelas sebagai tanda protes. Yang penting jangan sampai gua lempang warga emas.

Awek Hot

Gua Bila dah x boleh tido, apa lg, carik sana korek sini jumpa la awek2 hot yang sangat win. Dia ni agak comel. Tapi bila pandang 2 3 kali dah x comel. So jangan la pandang 2 3 kali. Pandang la 4 5 kali
See cool images at Izismile.com
Lagi gambar : Klik read more

Sombong

Sejak akhir-akhir ini, jadual tidur gua makin pelik pulak. Pukul 10 malam gua akan tido kejap sampai pukul 10.30. Pastu gua xtdo dah sampai pukul 3-4 pagi, agak nye sebab gua dah terbiasa kat umah cuti cuti tido tak tentu hala.

Kemudian gua akan cuba cuba chat dengan kutu-kutu yang tak tido lagi kat facebook. Celaka. Seorang pun tak balas. Sombong.

Tuesday, June 07, 2011

Sakit jugak short sem ni weh..

Aduh. mati gua mcam ni. Short sem ni gua mkan sekali sehari je. Dinner, lunch brekpes suma gua campur sekali. Mana tak nye, dulu kolej gua ada bagi makan, tp time short sem ni xde pulak bagi makan. Disebabkan gua mlas, so memang time balik kelas je la gua beli mkanan. Dinner+Lunch+brekpes = Dinbrunch..Celake

Gua start hari ni nak buat benchmark la. Sekarang berat gua 65kg. Lepas gua dy/dx & integrate bagai, Tolak duit minyak, susu anak suma, berat gua boleh turun sampai 55 kg ni. Haha...mashuk x mashuk la. Belajar dah la laju gila. Baru masuk 1st kelas besok dah test. lahanat apa? patutnya short sem ni kan sem untuk kanak kanak istimewa, patutnya bagi la slow sikit. aduh....