Kalau Gua Malas Mengundi Jadi Apa? | downgila

Tuesday, June 21, 2011

Kalau Gua Malas Mengundi Jadi Apa?


Kali ni gua nak jadi serius sikit. Sebab ni pasal masa depan negara. Kah Kah Kah. Bulan 10 ni genap la umur gua 21. Bila dah masuk 21 ni mula la ramai parti parti sial mula nak pancing undi. Hasut gua masuk itu ini macam dah tak ada kerja lain nak buat.

Kisahnya macam ni. Gua nak tanya satu soalan. Kalau gua tak nak mengundi macam mana? Gua tak kesah la orang nak cakap tak ada tanggungjawab la apa la bla bla bla. Kisah la pulak gua, ni nak tanya, kalau tak mengundi kita tak masuk penjara kan? Kalau tak gua memang malas la nak mengundi. Muktamad. Sebab sebab gua malas mengundi :


1. Pemimpin sekarang bukan boleh percaya sangat pun. Gua mengundi pon nanti YB tu makan duit rakyat jugak.  Mengundi bagi dia yang kaya, Orang miskin tak jugak nak jadik senang. So?? Kenapa nak bagi dia senang senang jek jadi senang? aku susah payah struggle jawab final kot. Kah kah kah

2. Pemimpin sekarang suka salah guna kuasa. Entah entah ada yang hari hari layan blue sebab tu laman web blue tak pulak kena block padahal megaupload kena block.

3. Politik malaysia kotor. Nak pancing undi dengan fitnah orang. Tak ke dia tau sakit kulit dia nanti kat dalam neraka tu bila orang yang dia tuduh tu tak maafkan dia?

4. Yang bodoh tuduh yang bangang. Yang bangang cakap tak. Pusing Pusing cerita sama nak dekat 10 tahun. Macam (carutan). Yang bangsat makan duit rakyat. Rakyat yang naya.

5. Islam ada cakap kalau lu orang undi orang yang tak layak jadik pemimpin, korang yang sakit kat akhirat nanti. So, gua rasa sorang pon pemimpin yang sedia ada kat malaysia ni tak layak jadi pemimpin. Pemimpin macam Tunku Abdul Rahman dah tak ada. kah kah kah

6. Gua malas beratur

Gua rasa kerajaan patut amek berat menda ni. Sebab gua rasa bukan gua sorang je yang rasa macam ni. Kalau politik malaysia teros macam ni. Gua boleh agak satu hari nanti 25% je rakyat malaysia pegi mengundi. Tu pon makcik, akak, adik, emak, bapak, adik sedara, akak sedara, abang sedara, nenek dan bibik calon yang diundi tu. Yang lain semua buat buat tak tahu dan terus main DoTA kat rumah. Masa tu internet dah laju, GG dah tak lag


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...