Pengalaman Gua Di Alam Shah 1 | downgila

Friday, June 24, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah 1

alam shah putrajaya cheras jalan tun razak SAS
Gua sekolah rendah pindah randah sebenarnya. Yang gua ingat dari darjah 1 sampai darjah 3 gua sekolah kat Johor, sekolah semua lelaki. Bila pikir pikir balik kesian siot gua, dari kecik sekolah asyik semua lelaki.

Lepas UPSR, result gua yang agak cemerlang tidak menyebelahi gua untuk sekolah kat rumah je, gua kene panggil masuk Alam Shah, time tu alam shah kat Cheras lagi. Waktu tu pun, yang datang hantar gua ayah gua dengan pakcik gua yang sudah master master jalan Kolumpo.

Time sebelum gua sampai, nenek gua ada bagi RM50 kat gua. Gua waktu tu budak sekolah lagi. RM50 tu macam 5 juta la bagi gua. Rasa macam kalau tido nak peluk RM50 tu tak nak lepas lepas. Tapi time gua makan kat satu kedai mamak ni, gua punya makan lepas kira kira RM4.50, gua rasa gua tersalah bayar, gua terbagi RM50 gua dekat mamak tu. Jahanam betol start start sekolah poket gua kosong. Dah la selipar hilang. Senang cerita gua start sekolah dalam keadaan yang miskin sial. Cilake betol bila gua ingat balik.

Gua sampai sekolah, gua kena masuk dorm 1c4. Apa celaka la bilik diorang panggil dorm. Panggil la bilik sudah. Gua pikir maybe orang kolumpo panggil bilik tu dorm. Gua biarkan. Gua masuk 'dorm' gua, ada la beberapa kutu yang rambut sorang sorang mintak kaki buat muka friendly dengan gua sebab bapak gua ada lg.

Bapak gua pesan

"Kau jangan buat lembik pulak, buat ganas ganas sikit. Nanti kena buli".

Gua igat pesan bapak gua. Bapak gua dulu komando, dia dah biasa kena denda ni. So dia suruh gua buat bengis bila kena gertak.

"Adik ni asal mana?", tegur sorang kutu, rambut dah la macam Tomok.

"Aku asal kuala lipis. kau?", gua jawab..

"Aku??...hahahahahahha", Balas kutu tu

"Hah. apasal? korang ni tingkatan berapa?", Gua buat nada bengis

Malam tu ada kumpul bilik, gua sikit lagi nak kena pukul. Jahanam diorang suruh panggil abang pulak. Apa kelas abang abang, geli sial gua, abang gua kat rumah pun gua tak panggil abang!

Pukimak.

*****


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...